Terima kasih kawan-kawan

Salam..

Pertama sekali saya nak mintak maaf sebab tak berkesempatan nak membalas BW kawan-kawan yang bertandang.. Insyaallah saya kan membalas jejak yang korang tinggalkan..

Kedua.. saya nak ucapkan terima kasih pada kawan-kawan yang memberikan kata semangat dan nasihat untuk saya teruskan BF si kembar.. Insyaallah saya akan terus berusaha BF si kembar sehingga mencapai matlamat BF(2 tahun hendaknya)..

Psss..belum sempat nak crita pasal cuti-cuti malaysia.. seronokkk..


Penjelasan kepada situasi saya sekarang..

Salam...

Terima kasih pada kawan-kawan yang meninggalkan komen pada entri pagi tadi.. dikotak komen mahu pun di kotak chat.. kebanyakkannya meneka yang si tuwen akan mendapat adik baru.. tapi kawan-kawan.. itu bukan jawapannya..

Jawapan yang tepat adalah Nurul aka sitecit tenit
"tak cukup berat ke dk dua org tu sampai mama kene makan bitamin lak hehe aku teka je nih."

Yerrr.. semalam pergi checkup perkembangan untuk situwen yang sudah 10 bulan.. berat mereka baru 6kg.. masih lagik dibawah graf untuk berat baby seusia mereka.. bukan tiada peningkatan berat.. tapi berat badan diorang naik sikit saja..

Doktor hanya memberikan senyuman sengget jer.. bila melihat fizikal ibu yang kering jer.. (sayer laa tuu) tapi cuba sedaya upaya untuk menyusu 2 orang baby.. memang jelas terpancar kat muka dier.. ketidak yakinan yang situwen dapat membesar sempurna dengan penyusuan badan.. banyak supplement yang cuba direkemenkan pada saya.. supplement untuk anak dan juga untuk ibu..

saya menceritakan akan perkembangan si tuwen pada umur 10 bulan.. baik dari fizikal ataupun mental
  1. Duduk sudah stabil.. dan sudah pandai merangkak.. tapi malas.. diorang lebih suka merayap cara kombet.. lebih cepat..
  2. Sudah mula berdiri dengan berpaut pada sofa, meja, belakang orang tgh duduk
  3. Sudah mula panjat tangga
  4. Sudah pandai mencari orang.. merayap kedapur, kebilik.. hinggakan masuk dalam bilik air..
  5. Memahami arahan ringkas.. seperti "jangan".. dan kalau panggil mereka akan datang..
  6. Pandai tepuk tangan bila nyanyi lagu "tepuk amai-amai"
  7. Mulut banyak bercakap.. tapi dalam bahasa mereka
Banyak lagik perkembangan mereka... tak payah laa sayer nak crite semuakan kan.. muak korang nak baca.. tapi doktor tu tetap tak yakin.. macam dalam hati dier.. budak berdua ni wajib disusukan dengan FM(susu formula) untuk mendapatkan peningkatan graf yang cantik..

Itulah sebabnya saya diberikan supplement tersebut.. untuk meningkatkan kualiti air susu.. memandangkan susuk tubuh ibu yang maintain macam anak dara ni..(hehehe izinkan saya perasan kejap yer)

Jadik saya nak tanya pendapat ibu-ibu yang yang berpengalaman dalam menyusu ibu.. apakah tindakkan wajar yang patut saya ambik?.. terus BF diorang sepenuh nyer atau perlu FM jugak..(remuk hati saya kalau terpaksa FM mereka) tapi kalau untuk kebaikkan diorang.. saya rela meremukkan hati ni..cewahh..

Ok.. laaa kawan-kawan.. ini jer coretan saya.. sebelum bye-bye.. ada suprise hadiah kat sini.. layan jer gambar situwen yerr..


Situasi saya sekarang ni..

Salam..

Semalam saya pergi klinik untuk checkup perkembangan tuwen .. setelah disoal dengan bertubi-tubi soalan serta penerangan yang berbakul-bakul sampai sengget mulut doktor dan termunchung-munchung mulut saya mengiyakan apa yang betul dan menidakkan apa yang salah..

Akhirnya.. doktor tu kasi supplement ni kat saya.. hehehe adakah Noriday saya sudah bye bye?


Agak-agak nyer apa yang berlaku.. sila luahkan apa yang tersirat kat kepala korang kat komen tu..

Ps:
Satu lagik.. korang tahu tak.. ada sorang baby baru 7 bulan tapi dah pandai cari wang saku.. kalau nak tahu anak siapa.. jom pi umah dier..

Adik nakal

salam..

lama saya tak citer pasal perkembangan si kembar.. sekarang diorang ni dah 10 bulan.. nakal nyer 2 x 5 jer.. kejap kakak kacau adik.. kejap adik kacau kakak.. sama naik jer.. diorang ni..

yang paling bes nyer diorang suka bergurau.. suka senyum.. tuu yang menjadi penawar.. kalau saya bad mood pun boleh ceria balik.. tengok senyuman manis diorang tu..

jom laa layan gambar adik yang tengah kacau kakak tidur.. nak taip banyak pun tak larat.. kurang selsema dah nak batuk pulak..

Ada SUPRISE dari menantu ai.. nak tahu klik lerrr..

Myfaheem.com ada SUPRISE sempena HARI BAPA

Salam..

Hai kawan-kawan.. ada berita baik ni.. lagik dan lagik.. kontes dari Mymenantu.com aka Myfaheem.com .. nak bagi hadiah sempena sambutan Hari Bapa.. hadiah mestilah berbaloi-baloi..

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai kontes menantu ai ni.. korang klik jer.. pada link atau pun korang boleh klik pada banner umah menantu ai yang cunn tuuuu..

Okkkk .. kawan-kawan.. apa tunggu lagik.. jom join ramai-ramai..

Saya selsema

Salam..

Pada semua kawan-kawan yang bertandang keblog Coretan Uda.. sila berhati-hati.. kalau boleh tolong pakai penutup hidung.. ini kerana tuan punya blog sedang selsema.. takut nanti berjangkit pulak...

Sekarang ni asyik bersin jer.. tak tau dah berapa puluh kali.. hidung dah mengalir air jernih.. deria rasa dah hilang.. dah tak rasa manis, masin, masam.. rasa tebal jer lidah ni.. ubat dah saya telan .. mungkin esok lusa hilang laa selsema ni..

Rasa nyer ini kali pertama saya selsema ketika BF tuwen.. risau pulak saya.. sebab diorang nak berkepik jer.. takut berjangkit pulak.. mintak-minta antibodi badan diorang kuat.. dapat tangkis kuman.. bukan aper.. kalau diorang sakit.. saya jugak yang susah.. susah hati.. susah nak handle.. serba serbi laa susahnya..

Ok la... ni jer nak update.. blog pun dah macam menjunam jer..ranking alexa dah makin banyak tu.. kalau tukar ngan wang .. tak per la.. boleh peram lama-lama.. kayo makcik.. aduhh dah merepek daaaa nii...

Penjagaan Kaki

Salam..

Masalah tumit merekah juga boleh disebabkan keadaan persekitaran tempat kerja. Orang yang bekerja di tapak binaan menghadapi risiko lebih besar mengalami masalah ini kerana kaki menerima lebih tekanan.

Antara faktor lain yang boleh membawa kepada masalah ini ialah:
  1. Berdiri terlalu lama di atas permukaan kasar.
  2. Obesiti. Kegemukan memberi tekanan berlebihan kepada lapisan lemak pada tumit, menyebabkan ia tersesar ke tepi. Kulit akan pecah jika ia tidak lagi mampu menahan tekanan ini.
  3. Memakai kasut tidak bertutup belakang juga dikatakan membantu sesaran lapisan lemak dan meningkatkan tekanan pada tumit.
  4. Masalah kulit seperti psoriasis atau ekzema.
  5. Kelenjar peluh yang tidak aktif.
  6. Masalah kaki leper.
  7. Memakai kasut yang terlalu ketat.
  8. Kencing manis.
Sangat mudah untuk melihat masalah ini. Petanda paling jelas ialah wujudnya rekahan halus pada tumit. Kulit tumit biasanya menjadi tebal dan seolah-olah 'tumbuh' di keliling tumit. Kulit ini biasanya berwarna kekuningan atau menjadi lebih gelap. Malah, kaki berasa gatal dan sakit apabila berjalan.

Bagaimanapun, jangan risau kerana masalah ini mudah dirawat. Jika rekahan pada tumit berdarah, perkara pertama perlu dilakukan ialah merawat luka terlebih dulu. Sebaik-baiknya mulakan rawatan sebaik garis halus pada tumit kelihatan kerana pada peringkat ini ia lebih mudah dihilangkan.

Rawatan boleh dimulakan dengan:
  1. Bersihkan kaki pada setiap pagi dan malam (selepas semua aktiviti harian tamat). Kulit kaki juga perlu dibelai dengan mencuci menggunakan sabun yang lembut atau sabun anti bakteria membuat pengelupasan dan menyapukan pelembap.
  2. Cara pengelupasan paling mudah ialah menggosok tumit dengan batu pumis (boleh dibeli di farmasi atau pasar raya). Gosok perlahan-lahan beberapa kali untuk menanggalkan kulit yang tebal.Jika rekahan tumit besar, gunakan berus yang dibuat daripada gentian semula jadi. Cuci bersih dan lap hingga kering, terutama di bahagian merekah.
  3. Sapukan pelembap seperti losen atau minyak bayi.
  4. Pakai stokin dibuat daripada kapas ketika bekerja.
  5. Sebelum tidur, buat dua mandian untuk kaki iaitu mandian panas dan sejuk (masukkan air suam dan sejuk dalam dua besen berasingan). Tuangkan sedikit sabun antibakteria ke dalam kedua-dua besen. Rendam kaki dalam kedua-dua besen secara berselang seli. Ulang antara 10 hingga 15 minit.
  6. Keringkan kaki dan sapukan losyen pelembap.
  7. Pakai stokin kapas ketika tidur.
  8. Ulang semua proses ini selama lima hari. Apabila kulit tumit menjadi lembut, proses membersih, mengelupas dan melembap boleh dilakukan dua kali seminggu.

Pink Award For Pink ADDICTED

Salam..

1. Sila link kpd org yg bg award ni kat kamu.
Saya dapat award ni dari tuan empunya award iaitu cik Agelika Fadhila dan dari CheQpPJoY

2. Nyatakan sebab sebab anda suka kaler Pink.
Nampak sweet jer.. terutamanya kalau kanak-kanak perempuan yang pakai.. remaja dan makcik-makcik pun nampak cun juger kalau pakai baju pink.. nampak lagik muda..

3. Sejak bila suka dgn kaler Pink?
Dari kecik lagik.. tapi tak ler addict sangat..

4. Nyatakan 5 barang paling kamu syg yg b'kaler PINK.
* pakaian
* aksesori
* Lip gloss
* blusher
* Bilik sembahyang

5. Snap picture kamu dgn barang kamu yg kaler Pink itu (1 brg pun cukup, yg penting kaler PINK) *yg ni kalau tak nak buat pun tak pe, no biggie :X

T-shirt pink.. walaupun murah.. tapi suka.. sebab ada tulis twin..

6. Tagged kawan kawan kamu yg minat PINK jugak.
emmm.. sapa erkk..

Saiful apek positif dadah

Salam..

Lagik berita artis dengan dadah.. kali ni melibatkan pelawak yang farmous dengan aksi "gitu-gitu" ngan buat dada dag dig dug tu.. siapa lagi kalau bukan saiful apek.. hai apa laaa nak jadi ngan artis malaysia ni.. orang islam pulak tu... berita utusan

Dulu saya pernah terfikir.. mungkin si siful apek ni isap dadah.. bukan nyer aper.. tengok badan kurus kelengkeng semacam jer.. tapi tak baik ler main serkap jarang.. mungkin dia jenis kurus.. nak buat macam mana.. tapi.. tapi.. berapa banyak tapi laaa..

saya pun kurus kelengkeng jugak.. tapi saya tak isap dadah.. saya isap dadeh... tutttt...

Gaya pashmina dan serban lampin..

Salam..

Haii semuaaa.. rindu kat kami tak???.. hari ni baru muka kami dapat keluar kat blog ni.. bukan salah kami.. salah mama.. yang malas nak upload gambar kami.. eee geram tau.. rasa nak geget jer mama tu.. tapi apa kan daya.. kami tak ader gigi lagik..

Untuk mengubati kerinduan antie-antie, uncle-uncle, kakak-kakak dan abang-abang kat luar sana tu(hehehe ader ker yang rindu kat kami ni?) kami muncul dengan fesyen terkini..

iaitu aksi ayu manis.. kakak dengan pashmina lampin.. glamor uu..

dan aksi serius adik dengan serban lampin.. huuu.. takut tengok uuu..

okey.. tu jer dari kami.. tata titi tutu..

Buah turunkan Berat Badan

Salam..

RAMAI sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.
Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.

1. Limau gedang

  • Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghalang kehadiran kalori dalam makanan.

2. Oren
  • Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal
  • Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

4. Beri

  • Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

5. Tembikai
  • Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

6. Anggur
  • Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.

Mari kita bergaban petang ni..

Salam..

Apakabar semua?.. ada yang rasa boring tak?.. sayer memang tengah boring ni.. kalau dah hari-hari terperap kat rumah tentu boring giler?..

salah satu cara nak hilang boring.. hehehe.. berkaroke.. tapi kena tengok lagu jugak.. kalau karok yang jiwang-jiwang tu.. makin merudum mood nanti..

Salah satu lagu yang saya rekemen untuk korang karok ramai-ramai ngan anak-anak.. grenti tak boring yer.. silap haribulan leh pecah perut pulak..

Jom layan..



ni lirik sebenar dalam bahasa jepun..

Otoko Nan Darou ? Guzu Guzu Surunayo
Mune No Enjin Ni, Hi O Tsukerou
Ore Wa Koko Daze Hito Ashi O Saki
Hikari No Hayasade Ashita E Dashusa
Wakasa, Wakasatte Nanda Furimukanaikotosa
Aitte Nan Da Tamerawanaikoto Sa
Gyaban ! Abayo Namida
Gyaban ! Yoroshiku Yuuki
Uchuu Keiji Gyaban !!

Panduan Solekan Mata Kucing

Salam...
Untuk kaum hawa yang suka bersolek.. apa kata cuba solekan mata kucing .. fuh nampak sangat seksi tau.. suka.. suka.. rasa cam nak try.. tapi selalunya tak sempat nak solek cam tu.. nanti cik somi bunyikan hon keter.. frust makcik.. nak kena handle anak2 lagik..

kalau nak try.. boleh ikut panduan kat bawah itew.. jangan nanti solekan mata korang jadi cam lutong.. sudah laa.. kang larik orang..


  1. Sapukan seluruh kelopak mata dengan pembayang mata neutral.
  2. Sapukan warna coklat pada bahagian bawah tulang kening bagi menyerlahkan bentuk kelopak mata.
  3. Lukis garisan sederhana tebal pada bahagian atas kelopak mata menggunakan pensil mata dari gerakan dari dalam membawa ke hujung mata. Pada bahagian hujung mata, lorek sedikit lekukan ke atas membentuk seperti segi tiga pada hujungnya.
  4. Kemaskan lorekan dan tambah garisan menggunakan warna yang sama pada bahagian bawah mata. Pastikan palitan pensil mata pada bahagian atas dan bawah bersambung di penghujungnya bagi memastikan ia kelihatan kemas.
  5. Akhiri dengan sapuan maskara jika ingin mata bundar anda kelihatan lebih galak.

Tip
Cuba lukis garisan pada mata berulang kali bagi memastikan anda benar-benar mahir mengawal pensil mata. Latihan yang dibuat juga membolehkan hasil lorekan mata kucing kelihatan kemas. Pilihan warna bergantung pada anda sama ada biru gelap, coklat atau hitam. Atau jika anda inginkan kesan tampak dramatik sesuai dengan majlis yang ingin dihadiri, boleh gunakan pensil warna metalik yang ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna memukau.

Cantik, bijak dengan pisang

Salam..
Sapa suka makan pisang?.. kalau suka jentik ads kat tepi tu yer.. hehehe..
Bagus tau makan pisang ni.. banyak kebaikkannya.. korang tau tak? kalau makan pisang hari-hari korang akan kelihatan cantik dan bijak.. kalau tak caya.. korang baca info kat bawah tu..


Pisang mampu buat anda gembira.
Protein dalam pisang yang dikenali sebagai triptofan ditukar kepada serotonin oleh badan manusia. Serotonin adalah sejenis bahan yang mampu menghasilkan perasaan tenang, membangkitkan mood dan secara keseluruhannya membuatkan kita gembira. Oleh itu jika anda berasa kecewa, cuba nikmati keenakan pisang, sambil merasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada positif.

Meredakan ketidakselesaan perut.
Kita sering mengalami masalah perut tidak selesa apabila bangun pagi akibat makan banyak sebelum tidur. Beberapa hirisan pisang atau pun minum pisang yang dikisar mampu meredakan 'menenangkan' perut sekali gus memulihkan rasa tidak selesa.

Hindari stres.
Apabila stres atau menghadapi tekanan kadar metabolik kita akan meningkat, pada masa yang sama menurunkan paras potasium dalam badan. Pisang mengandungi potasium yang tinggi membantu mengembalikan kadar potasium dalam badan pada paras normal. Degupan jantung dan aliran oksigen dalam badan juga boleh kembali normal.

Merangsang otak.
Pisang membantu merangsan fungsi otak disebabkan potasium yang terkandung di dalamnya. Hasil penyelidikan mendapati potasium membantu seseorang menjadi lebih peka dan berhati- hati. Cuba makan sebiji pisang sebelum menduduki peperiksaan atau menghadiri temuduga. Ia mungkin membantu.

Penampilan menawan.
Sejak zaman nenek moyang kita, pisang telah digunakan sebagai bahan untuk topeng kecantikan wajah. Ini kerana kandungan anti penuaan yang dipercayai terdapat di dalam pisang. Cuba resipi ini untuk mendapatkan kulit menawan. Kisar pisang dengan madu dan beberapa titik oren. Sapukan pada muka, biarkan beberapa minit sebelum dibilas bersih. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.

sumber utusan

Tip Penjagaan Kulit Cantik

Salam..
Selamat petang semua.. jom berkongsi tip untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat..

Mulakan rutin kecantikan anda hari ini dengan melakukan tip penjagaan kulit cantik seperti yang di nyatakan.
  1. Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan enam bulan lalu dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar ingin digunakan setiap hari.
  2. Minum 8 gelas air masak setiap hari.
  3. Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri.
  4. Pastikan kulit anda mendapat 'makanan' terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar.
  5. Pakai pelembap wajah setiap hari. Pilih pelembap yang bebas minyak.
  6. Elakan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
  7. Jangan sentiasa mengenakan solekan. Biar kulit berehat seketika.
  8. Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.
  9. Jangan menggunakan sabun atau sebarang produk selain produk penjagan kulit yang sesuai dengan kulit anda.
  10. Berhenti pengambilan makanan ringgan kerana ia boleh merosakkan kulit anda.
  11. Makanan tambahan seperti vitamin amat penting untuk kesihatan kulit anda. Walaupun begitu, tidak bermakna jika anda tidak mengamalkan makan harian yang berkhasiat.
  12. Pastikan anda tidur cukup iaitu 8 jam sehari.
Diharapkan tip ini dapat membantu anda menjaga kulit supaya sihat dan kelihatan cantik.

Safi Rania Gold

Salam..

Apakabar semua?.. Saya mencuri masa mengupdate blog.. bukan sibuk urus BSO.. tapi sangat laa cibuk mengurus sitecik tenik.. (ayat qasehadam).. ligat betul tak padan ngan kecik..nanti saya citer.. apa yang diorang dah buat..

sekarang nak citer pasal produk kecantikkan safi rania gold.. hehehe berjaya jugak mendapatkannya.. ni bukan terpengaruh ngan iklan tuuu tau.. (muka catrina ross tu dah memang putih melepak..diakan kacukan)

ni pasal rasa tak sedap telinga dan hati.. bila kakak nadya tegur muka mama.. "mama muka mama banyak bintik laaa.. tak cantik.." kalau korang macam mana rasa.. gelabah tak? kalau anak umur 6 tahun dah komplain pasal kecantikkan diri korang?.. kalau tak rasa apa-apa.. tak tahu nak kata apa..

Ini set yang saya beli.. jimat sikit kalau nak beli 3 ketul tu berasingan harga dia lebih mahal.. beli kat giant... memang tengah buat promosi.. untuk safi rania gold ni..


Lepas tu saya beli krim malam.. kalau dalam 3 minggu ni tak jadi cantik bagai yang diiklankan.. memang ci**nnnnnnnn..

Pembukaan Batik Sarong Online

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. akhirnya tercapai juga hajat saya nak buka sebuah kedai online.. Jadi pada pagi Jumaat yang mulia ini... saya dengan rasminya melancarkan pembukaan BSO(hehehe ditemani dengan Nadya, Elly dan Emmy).. pada kawan-kawan sekalian.. boleh klik pada banner BSO.. ada giveaway untuk korang..

batiksarongon9.blogspot.com

Jom join ramai-ramai.. meriahkan giveaway BSO.. baru ada semangat nak mulakan bisnes.. sokongan kalian amat diperlukan.. korang boleh ajak kawan-kawan korang join.. kalau nak ajak Fasha Sanda pun boleh juga.. sebab diakan suka berkemban... elok benar tu.. untuk next filem or drama...

ok laa.. tak nak merepek .. jom ke BSO.. Klik banner..

Panduan mengempiskan perut

Salam..

SEMUA wanita pasti mengidamkan perut yang kempis dan bebas dari sebarang benjolan lemak. Namun, pemakanan dan gaya hidup hari ini yang semakin diabaikan, ramai wanita mengalami masalah perut buncit.


Ada enam panduan boleh dicuba wanita yang impikan perut kempis.
Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.
Selalunya terlupa nak makan buah-buahan.. sebab perut dah kenyang makan nasik.. kalau dah sembelit baru terhegeh-hegeh nak makan buah..
Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.
Yang ini selalu diamalkan.. sebab bila menyusu anak.. badan sentiasa
Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.
Yang ni selalu kantoi..
Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.
Yang ini dah memang kerja saya..
Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.
Tekan tubi.. ooo.. tidak sanggup.. nanti sakit satu badan.. hehehe.. nampak sangat tak pernah bersenam.. hanya bersenang-senang sahaja..
Hindari minuman beralkohol. Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Minuman beralkohol juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol menyebabkan perut bahagian bawah menjadi buncit.
Saya orang islam.. arak itu harammmm

Makna Disebalik Bentuk Bibir Korang

Salam

Cuppp.. sebelum itu .. hehehe.. saya seorang yang berbibir muncung.. dan makna disebalik bentuk bibir muncung adalah.. seorang yang sangat comel dan kiut miut bila senyum.. nampak awet muda.. kadang-kadang sangat becok mulutnya macam murai tercabut ekor dan kadang-kadang diamnya seperti gunung berapi.. kalau meletus.. habis laa.. mengelupur orang disekeliling nya.. panas telinga.. (saya yang ss)

Kelebihan orang yang berbibir muncung.. boleh jadikan senjata untuk meraih simpati suami.. kalau nak sesuatu benda dan suami tak mo kasi.. sila muncung mulut yang tersedia muncung hingga ketahap boleh sangkut hanger baju.. Insyaallah .. lembut hati suami sebab tak tahan tengok isteri yang muncung dari pagi sampai ke malam.. (hehehe selalu berlaku secara spontan..tiba-tiba dah muncung)

Okey laa.. tak nak mengarut lagik.. korang bacalah info pasal bibir kat bawah tu.. agaknya korang kategori mana?.. kalau kategori muncung boleh join kelab muncung yer..
Bibir Tebal
* Bentuk bibir kelihatan tebal dan kembang, tidak berapa cantik tetapi kalau pandai mengenakan solekan yang betul, akan kelihatan seksi dan menggoda. Bagi mereka yang memiliki bibir jenis ini, merupakan seorang yang pandai mengatur kewangan dalam perbelanjaan, penyabar serta berani menghadapi dugaan dan cabaran hidup.

Bibir Kecil
* Bentuk ini amat disukai, kerana kelihatan comel dan mungil seperti bibir bayi. Mereka yang memiliki bibir jenis ini, merupakan seorang yang suka berterus-terang tetapi mudah merasa rendah diri serta merasa diri tidak bahagia.

Bibir Tipis
* Selalu dikaitkan, orang berbibir tipis adalah jenis celupar iaitu suka cakap lepas dan berbisa serta bermulut jahat, tetapi ini hanya andaian dan kalau adapun ianya adalah kebetulan. Dikatakan orang bibir bibir tipis tidak mempunyai prinsip dan pegangan hidup kerana mereka mudah terpengaruh apabila dipujuk rayu iaitu bersikap seperti lalang.

Bibir Kecil dan Sempit
* Dikaitkan sebagai seorang yang yang comel dan manis. Mempunyai sifat yang hampir serupa dengan orang berbibir kecil. Bezanya, mereka selalu cepat panik dan bimbang apabila berhadapan dengan masalah serta tidak pandai membuat keputusan. Merasakan diri tidak diberi peluang yang cukup dalam sesuatu keadaan.

Bibir Kehitaman
* Bibir kehitaman yang bukan disebabkan merokok, tetapi memang semulajadi kehitaman. Mereka ini dikatakan jenis yang suka berbohong dan bergaduh.

Bibir Pucat
* Mereka berbibir jenis ini merupakan seorang yang bersifat panas baran dan cepat marah serta menginginkan kemenangan didalam segala hal dan situasi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails