Selamat petang semua.. jom berkongsi tip untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat..
Mulakan rutin kecantikan anda hari ini dengan melakukan tip penjagaan kulit cantik seperti yang di nyatakan.
- Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan enam bulan lalu dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar ingin digunakan setiap hari.
 - Minum 8 gelas air masak setiap hari.
 - Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri.
 - Pastikan kulit anda mendapat 'makanan' terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar.
 - Pakai pelembap wajah setiap hari. Pilih pelembap yang bebas minyak.
 - Elakan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
 - Jangan sentiasa mengenakan solekan. Biar kulit berehat seketika.
 - Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.
 - Jangan menggunakan sabun atau sebarang produk selain produk penjagan kulit yang sesuai dengan kulit anda.
 - Berhenti pengambilan makanan ringgan kerana ia boleh merosakkan kulit anda.
 - Makanan tambahan seperti vitamin amat penting untuk kesihatan kulit anda. Walaupun begitu, tidak bermakna jika anda tidak mengamalkan makan harian yang berkhasiat.
 - Pastikan anda tidur cukup iaitu 8 jam sehari.
 
