Kurun Najwa

Panduan Solekan Mata Kucing

Salam...
Untuk kaum hawa yang suka bersolek.. apa kata cuba solekan mata kucing .. fuh nampak sangat seksi tau.. suka.. suka.. rasa cam nak try.. tapi selalunya tak sempat nak solek cam tu.. nanti cik somi bunyikan hon keter.. frust makcik.. nak kena handle anak2 lagik..

kalau nak try.. boleh ikut panduan kat bawah itew.. jangan nanti solekan mata korang jadi cam lutong.. sudah laa.. kang larik orang..


  1. Sapukan seluruh kelopak mata dengan pembayang mata neutral.
  2. Sapukan warna coklat pada bahagian bawah tulang kening bagi menyerlahkan bentuk kelopak mata.
  3. Lukis garisan sederhana tebal pada bahagian atas kelopak mata menggunakan pensil mata dari gerakan dari dalam membawa ke hujung mata. Pada bahagian hujung mata, lorek sedikit lekukan ke atas membentuk seperti segi tiga pada hujungnya.
  4. Kemaskan lorekan dan tambah garisan menggunakan warna yang sama pada bahagian bawah mata. Pastikan palitan pensil mata pada bahagian atas dan bawah bersambung di penghujungnya bagi memastikan ia kelihatan kemas.
  5. Akhiri dengan sapuan maskara jika ingin mata bundar anda kelihatan lebih galak.

Tip
Cuba lukis garisan pada mata berulang kali bagi memastikan anda benar-benar mahir mengawal pensil mata. Latihan yang dibuat juga membolehkan hasil lorekan mata kucing kelihatan kemas. Pilihan warna bergantung pada anda sama ada biru gelap, coklat atau hitam. Atau jika anda inginkan kesan tampak dramatik sesuai dengan majlis yang ingin dihadiri, boleh gunakan pensil warna metalik yang ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna memukau.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails