Kurun Najwa

Wanita mengamuk pijak anak

Salam..

Selamat pagi semua..

Hari ni.. mood tak happy sangat .. cuaca pun mendung.. macam mood saya juga.. minggu ni memang tak bess giler... tension saya.. cehh tak buat apa pun boleh tension kan.. tu laaa pasal.. tapi tension saya tak der laa meroyan nak campak anak kat lantai.. lepas tu pijak-pijak pulak kan..

Ni baru jer terbaca berita kat kosmo... ada sorang wanita kat china.. dia campak anak dia dan pijak-pijak sebab naik minyak meroyan gila vavi sebab sekumpulan pelajar telah menuduh dia mencuri handset... oleh sebab tindakan gila vavi dia tu.. terus kena tangkap masuk lokap..Tengok.. ni laa akibatnya.. kalau tak dapat menguruskan emosi.. terlalu mengikutkan nafsu.. bukan dapat menyelesaikan masalah.. tapi menambahkan lagik masalah..

Teknik Menyusukan Bayi

Salam..

Jom berkongsi info mengenai teknik penyusuan susu ibu..

1. Kedudukan badan

*Pastikan anda selesa. bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau anda duduk bersandar di atas kerusi
*Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah ia mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membonkok sehingga terlalu rapat denan bayi
*Gunakan bantal, kusyen atau bahan yang lembut untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan

Cara memegang bayi
* Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari
* Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
* bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu

Cara memegang payudara
*Cara yang betul adalah Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
*Cara yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting

Posisi Penyusuan


1. Posisi mendukung/buai
* Ibu duduk memangku bayi dengan lengan
* muka dan kepala bayi menghadap payudara

2. Posisi mendakap/di sisi
*Ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut longgar
*Ibu memangku bahu bayi dan memegang kepala
*Pastikan runag mencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu ke hadapan untuk menyusukannya

3. Posisi mendukung bersilang/bersilang buai
*Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pegangan bayi. Ibu juga boleh mengawal kepalanya
*Posisi ini sesuai untuk bayi pramatang yang sukar untuk melekap

4. Posisi baring
* bayi baring mengiring menghadap ibunya. Seluruh badannya melekap dekat ibu. Posisi ini sesuai untuk ibu yang hendak berehat

Penyusuan pasangan kembar

* Bayi kembar boleh menyusu pada kedua-dua payudara pada masa serentak


Pelekapan


Cara yang betul menyusukan bayi
* Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas
* gerakkan badan bayi ke arah payudara
* pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola)
* pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara

Cara pelekapan yang betul
* mulut bayi terbuka luas
* dagunya mencecah payudara
* bibir melekup keluar
* pipi gelembung
* payudara nampak penuh dan bulat
* terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan

Cara pelekapan yang salah
* dagu bayi jauh
* tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi
* dagu tidak menyentuh payudara
* ibu rasa sakit
* payudara bolehbengkak dan puting luka

Rujukan
Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Disember 2006

Ayam goreng atuk untuk kegemukkan badan

Salam..

Papa balik kerja bekalkan ayam goreng atuk kegemaran mama .. papa tengah berusaha nak mengemokkan bini dier.. hehehe.. kalau dah gemok nanti.. jangan menyesal yer papa.. terimalah seadanya keadaan bini mu ini...

Jom kawan-kawan .. jemput menjamu mata .. sedap woooo.. makan panas-panas..


Mood masak pun macam .. entah ke mana.. hehehe.. selalu macam tak bermood jer kan.. hai ni nak merasa penampar terbang dulu kut .. baru mood mai... hehehe.. tu alamatnya terus terbang kuali yang tersangkut cantek kat dapur...

tapi kira okey ler.. kan..dalam tak der mood dapat siapkan lauk udang ni.. korang tengok terliur tak?..

Ni pulak.. entah kucing sapa .. mai duk bermanja-manja kat umah saya... nak berkongsi ayam goreng atuk ler tu.. ok laa.. tulang untuk ngko..

Si kembar buli mama.. uwaaaa

Salam..

Baru berkesempatan nak update blog.. fuhhh sibuk sangat sekarang ni.. badan pun letih.. menguruskan si kucik berdua tu..

Sekarang ni .. diorang dah pandai berpakat.. macam mana nak buli mama kesayangan diorang.. memang tak nak kasi mama berternet dan jugak nak landing-landing manja kat bantal tu.. kalau nampak jer mama landing.. fuhh ... menerkam datang.. adik tarik rambut..siap geget-geget sekali kepala mama.. kakak pula, siap cakar muka mama.. kalau boleh mata mama pun mahu di korek nyer.. asyik nak buat geram-geraman jer diorang ni..

Kalau masa tidur .. dah tak mahu tidur serentak.. adik tidur.. kakak main sampai laa adik terjaga.. lepas tu..baru kakak nak tidur... yang parahnya mama laa.. sebab kalau tak tidur kedua-dua.. kerja mama pun terbatas.. masa rehat pun tak ada..

Bila nak menyusu.. masing-masing berlumba-lumba nak menetek.. bila kakak nampak adik sedang menetek.. haaaa.. mula la dia jelesss.. datang tarik-tarik adik.. kalau boleh nak panjat atas adik.. jadik kenalah mama offer sebelah lagik.. dapat nyot-nyott sorang satu baru diam.. seksi meksi laaa mama nyer.. sampai kakak Ya cakap.. "mama.. Ya tak tengok mama seksi ..nanti mama malu".. hehehe.. mujurkan .. anak perempuan.. lebih memahami.. kalau ada abang iman.. terpaksa mama cover time duk menetek..

Jom tengok cara mama menetek twin...teknik penyusuan cara kendong bola (breastfeeding football hold)..



Hehehe.. mama dan twin version omputih..

Kesimpulannya.. fuhh .. letih.. bila kedua-dua nyer meragam.. tapi pada masa yang sama.. besss nyer pengalaman ni.. terutamanya bila dapat menyusu mereka secara serentak.. pendek kata mama rela dibuli ngan budak kucik berdua ni..

Elly & Emmy sudah 9 bulan

Salam...

Selamat pagi semua.
Semalam kakak Elly dan adik Emmy sudah cukup 9 bulan... cepatnya tik tok tik tok masa berlalu.. kalau boleh tak nak mereka cepat membesar.. tak puas nak main peluk-peluk... gerammm sangat ngan budak kecik niii....
Perkembangan diorang sekarang ni...
Pandai tiru gaya orang berzikir.. bila kita sebut la ilah il allah.. diorang dah goyang-goyangkan kepala dan badan sambil mulut pun buat bunyi..
Suka tarik rambut sesama sendiri.. tak cukup rambut sendiri rambut mama, papa dan kak Ya pun diorang belasah jugak...
Jari suka cakar, picit, mencengkam, korek pada orang yang duduk dekat dia.. fuhh .. memang sakit giler.. bila kiter menyerit.. lagik dia suka..
Susah nak ajak tidur malam.. asyik nak merayap.. tak lekat atas tilam.. nak panjat-panjat lagik.. dah tak nak tidur, pi kacau orang yang tidur.. kakak Ya selalu jadik mangsa..
Kaki tangan cukup kuat .. berasa sakit jugak laa.. kalau kena tendang dengan diorang..
Suka menyerit bila tak dapat benda yang diorang nak atau pun masa tengah berebut mainan.. fuhhh.. nyaring giler jeritan mereka.. berdenyut gegendang telinga..
Bila nak susu dah pandai datang mencari kat mama dan siap berebut-rebut lagi..
Sekarang baru cuba-cuba nak berdiri ..

Khasiat buah anggur

Salam..

Selamat petang semua.. petang ni tak ader kuih muih.. petang ni kiter makan buah anggur jer.. kalau nak tahu, buah anggur ni ada banyak khasiat.. nak tahu khasiatnya..

Jom baca info tentang khasiat buah anggur

Buah Anggur dikenali sebagai Vitis vinifera iaitu dari family vitaceae merupakan buah yang paling baik dan banyak faedah daripadanya. Anggur boleh di makan ketika basah ataupun kering yang dipanggil kismis. Ia juga di gunakan untuk membuat jus anggur dan arak. Walau bagaimanapun arak diharamkan oleh Islam kerana membawa kepada kemudaratan.

Sumber Yang Terdapat Dalam Buah Anggur

· Mineral (kalsium & fosforus)

· Vitamin A&B

· Gula (glukos & fruktos )

Sumber :Encyclopaedia Britannica

Kandungan yeng terdapat dalam buah anggur diperlukan oleh limpa manusia bagi tujuan simpanan dan akan dikeluarkan ketika diperlukan seperti ketika berpuasa. Walaupun buah anggur merupakan buah yang baik, sumber kekuatan, ubat yang baik, minuman yang baik tetapi jika pengambilan yang berlebihan akan membawa kepada sakit kepala.

Walau bagaimanapun semua kelebihan dan kenikmatan buah Anggur adalah rezeki yang diberikan kepada manusia oleh penciptanya Yang Maha Agung.

Saya dapat 2 juta ringgit.. woww makcik kayoss

Salam

Oh my godddd.. saya dapat 2 juta ringgit laaa.. ishh umpama mimpi dalam mimpi(sambil tenyeh bijik mata yang bertahik).. tak caya... tengok kat bawah tu.. berlambak duit kat atas tilam tu.. penat saya laki bini duk kira.. tuwen siap main geget-geget lagik..


1. cam biasa la ckp sapa yg baik ati antor tag ni
Orang yang baik hati hantar 2 juta hinggit ni .. adalah Dato Siti .. tak percaya... sila klik tengok.. maaf laa dato.. lambat kepo-kepo pasal duit 2 juta ni..

2.tag kan kat kwn2 korng yg semestinya akan layan berangan bersama2 korng
(nak tag kat 2 juta kawan pon tak pe)
Alamak.. saya dah habis belanja pun..

3.dah tag kn la jenjalan war war kan kat kwn korang kan yg korng nak bg 2 juta kat dorng
Macam mana nak war-war.. dah habiss.

4.Apa agaknya angan angan korng tu? korng berangan nak buat per ngan duit ni



Oppss.. satu lagikk

5-Cuba korang cakap camner kita nak dapat duit banyak camni kat dunia reality ek
Elok jadik ahli politik.. paling bagus ada kuasa kat tangan.. lepas tu .. bolehlah songlap duit rakyat.. boleh makan berjuta-juta.. kalau panjang akal.. berbilion-bilion pun boleh..

Minum petang, tengok Tom and Jerry

Salam..

Petang yang ujan.. besss.. rasa sejuk sikit..

Rileks petang sambil teman kakak Nadya tengok cd Tom and Jerry .. memang lawak giler katun ni..tuwen pun terkebil-kebil tengok walaupun tak paham apa-apa pun.. kejap lagik nak suap diorang mamam.. lepas tu mandi pulak..

Menu minum petang hari ni adalah karipap, kuih kacang dan putu buluh.. semua makcik taman sebelah yang masak.. saya tolong bagi duit jer.. lalala..

Karipap dan kuih kacang.. senang jer nak buat.. tapi tahap kemalasan saya berganda-ganda.. lagik pun cik somi dah cakap.. tak minat nak makan kuih-kuih ni... saya sorang jer yang tinggin nak makan.. apa lagik.. cari makcik lerr..

Putu buluh.. ni memang saya tak tahu nak buat.. memang tak berangan nak buat.. nanti lain jadiknya.. siapa yang pandai buat? kalau pandai buat memang hebat laa..

Cara menikmati makanan

Salam..

Morning semua.. ceria-ceria selalu..

Pagi ni kakak nak tunjuk cara-cara untuk menikmati kelazatan makanan.. walaupun hanya makan biskut beras jer.. tapi impressi muka tu penting.. baru membangkitkan selera orang yang tengok..

Jom layan pic kakak yang tengah stim biskut beras.. gamak nya kalau bagi pizza big fish kat kakak.. tak tau laa cam mana memek muka dia.. lagik berganda-ganda kut..



Jumlah Buffered Earnings setakat ini

Salam..

Setelah berblog lebih kurang 11 bulan.. jumlah terkumpul Buffered Earnings(BE) yang tersangkut adalah sebanyak 7 kempen.. hasil setiap kempen tak der la banyak ciput jer.. kalau campur semua tu pun belum cukup sebelah tangan lagik nilainya.. ok la jugak kan dari tak ada langsung..

Terima kasih Nuffnang coz bagi Coretan Uda merasa hasil dari berblog untuk suka-suka hati... hilang rasa tension.. sakit kepala layan kenakalan anak-anak.. bila bukak blog mood happy datang.. sebab dapat tengok iklan dan komen-komen dari kawan blog..

Minggu ni tak ada kempen yang tersangkut untuk Coretan Uda.. harap-harap tu adalah yang tersangkut.. kan cik nuffnang kan....

Ayam atuk

Salam..

Petang semua.. hari dah gelap ni.. hujan nak turun.. tapi tak turun-turun lagik.. mood nak masak pun malas cam cuaca kat luar tu... hehehe.. kalau malas ada jer alasan.. langsung tak ada kaitankan.. cuaca ngan nak masak ..

Tapi alhamdulillah .. perut dah kenyang .. tadi pesan kat cik somi tapau ayam goreng atuk .. makan kat umah boleh bedal ngan nasik seperiuk.. bubuh kicap.. abis licin..



Malam ni kalau lapar lagik .. lain citer.. bukak freezer atau kedai mamak jer jawabnya..

Giliran adik pulak

Salam..

Selamat pagi semua..semoga ceria-ceria selalu..

Jom tengok muka adik yang nakal.. senyum ada makna tuu.. dapat balas balik kat kakak sebab ari tu kakak geget montot adik..

Nak criter prihal adik semalam yang telah berjaya mengusti kakak dia... masa makan tengahari, dengar suara kakak menyerit.. kuat bangat.. hampir tercekik saya dengan sambal tauhu.. ingatkan dah jatuh ker aper.. kalam kabut pi tengok.. rupa-rupanya, adik dah naik atas kakak.. siap nak buat checkup gigi lagik.. abis sengget mulut kakak..

Sekarang ni, macam nilah gelagat diorang.. suka bergumpal.. bergurau senda laa tu kut..

Contest Senyuman Paling Menawan



Salam..

Saya telah di tag oleh mama Adha untuk join kontes senyuman paling menawan.. Klik pada banner kontes utk mengetahui syarat-ayarat yang dikenakan


Sebenarnya susah nak cari gambar senyuman paling menawan.. kebanyakkan gambar senyum munchong jer... (ayat yang cik somi selalu cakap).. tension ai..

Kenapa senyuman ni..
Sebab happy tengah berbadan tiga.. mengandung twins
Happy sampai bedal laksa 2 pinggan wooo..

Sekarang giliran saya pula nak tag..
Mamalieyna
Ummi Izan
Nurul Azham
Nafira

ok mama-mama cepat buat .. sebelum 20 mei 2010.. Sekadar untuk suka-suka meriahkan kontes..

Selamat hari Guru

Salam ..

Selamat hari guru pada semua guru-guru di Malaysia.. jasa kalian amat besar.. dengan tunjuk ajar kalian maka.. lahirlah pelbagai insan cerdik pandai yang sebelum itu tidak mengenali apa itu ABC..

kredit google

Dan setiap kali sambutan Hari guru... saya juga sentiasa mengingati mereka..

Cikgu Rahmah..
kerana balas kad hari raya saya masa darjah 1

Cikgu Junaidah..
berikan saya sebijik gula-gula masa darjah 1

Cikgu Azizan
Suka mengetuk kepala murid dengan pembaris.. masa darjah 3

Cikgu Rohana..
sentiasa bermuka merah dan suka maki.. masa darjah 4

Cikgu Roslan..
Suka pilih kasih.. suka pada anak orang kayos.. masa darjah 5

Ustaz Ali
Suka tidur dalam kelas.. masa darjah 6

Tengok.. bertapa kuatnya pengaruh guru pada murid terutamanya masa diperingkat sekolah rendah.. Oleh itu teruskan perjuangan kalian dan laksanakan amanah yang diberi untuk terus mendidik anak bangsa..

Udang kunyit version Coretan Uda

Salam..

Malam ni kita orang malam makanan laut.. senang dan cepat nak siapkan.. jom layan gambar.. resepi dia.. saya gunakan resepi kerang bercili.. hanya adjust sikit.. tambah kunyit.. amacam bijak tak ai?.. hehehe sebenarnya ada udang sebalik mee

Udang goreng kunyit ni senang jer nak buat.. tak take time .. bagus untuk mak budak kecik macam saya ni.. kalau lambat nak masak.. nanti anak nanggis.. dan akibatnya perut laki bini pun akan menanggis jugak..

Sebab saya nak masak kerang bercili ni juga.. jadi tak payah sedia bahan belbagai.. hantam jer bahan-bahan yang sama.. hanya perlu sentuhan magik kasih sayang.. tingggg.. emm .. marveles.. abis licin ... nasik abis .. lauk pun abis.. errr.. alhamdulillah..

Wasiat lembu itam untuk Coretan Uda

Salam

Berbaloi betul berblog ni.. sebab apa? Sebabnya baru- ni.. saya dapat sekor lembu itam... tu gambar kat bawah.. glamor tul ngko lembu.. pi mana-mana pun mesti ada muka ngko..

1- Thank & link the person that gave you the cow.
Terima kasih pada Siti mama Naufal N Nureen yang kasi lembu itam ni..

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 orang blogger yang paling aktif atau 7 yang paling tak aktif.
Hehehe.. saya tak nak bagi.. nampak tak? saya dah ikat rebet kat leher lembu tu.. jadik saya yang punya...(mesti korang suka hatikan.. tak kena tag..)

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat ni dari orang kaya kg sepening lalat.
Untuk Pengetahuan korang wasiat ini datangnya dari Kampung Sepening lalat... kampung kelahiran Ahmad Albab..

4. Cerita 3 perkara, apa yang anda selalu buat sambil tengok tv.
Berbaring sambil silang pangkah..
Lipat baju yang berbakul-bakul..
Menetek budak tecik berdua tu..

5. Bagitau 3 makanan pelik yang pernah anda makan.
Goreng pisang cicah kicap.. sebab tak jumpa kat utara macam ni..
Otak-otak.. kerana tidak diperbuat dari sebarang otak haiwan
Laksa goreng.. selalunya makan ngan kuah.. ni hang pi goreng pulak.. mesti tak cukup kuah..

6. Cuba bagi tau berapa orang kawan anda kat FACEBOOK.
Tak da.. sign up facebook semata-mata untuk gengblogger jer..

7. Aku suka soklan ni...Camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe..... kat mana?
Masa kat dalam bilik kuliah .. alamak tak ingat dah.. kat upm

Anak dara bangun lewat tapi tetap comel

Salam..

Hari ni pecah rekod.. sebab anak dara berdua tu baru bangun tidur.. akibat dari semalam asyik nak main jer.. pagi ni bangun pun lambat.. isap susu.. lepas tu tidur balik .. nyenyak betul.. nak kejutkan pun kesian.. jadik ari ni mandi lewat laa...


Tapi ok juga.. bangun lewat dan mood ceria jer.. kalau duk meragam nanggis rock kapak tu.. haii tu yang tak tahan.. rasa cam nak berangin jer telinga nii..

Tolong.. adik tak rela...

Salam..

Selamat pagi semua.. dah sarapan? Saya sudah sarapan ... 4 keping roti dan 2 keping keju... dan semug milo.. baju pun dah habis dibasuh.. tinggal nak jemur jer.. tu yang liat sikit.. hehehe ketepikan kerja tu dulu.. kena tengok blog dulu.. baru bersemangat sikit..

Jom cuci mata dulu.. tengok muka adik yang macam tak rela ni.. agak-agak korang.. apa yang kakak dia buat?


"

"

"

"

Inilah akibatnya .. kalau pakai busha.. akan menarik perhatian.. akhirnya montot akan menjadi mangsa.. kali ni giliran kakak mengeget montot adik..

Holidays are here again

Salam..

Masa duk kat umah wan hari tu.. terjumpa buku bahasa inggeris ni.. zaman cik suami kecik-kecik dulu duk belajar bahasa inggeris dengan baca buku ni.. sekarang ni ...dak Iman pulak yang duk belajar baca buku ni.. saya pun baru nak baca.. seronok tengok ilustrasi pada buku tu..sapa yang dah baca?

Ini kira barang antik ker?

Rita & Aidil didenda RM500

Salam..

Pasangan ini masing-masing didenda RM500 atau penjara 15 bulan kerana bernikah di Songkhla, Selatan Thailand tanpa kebenaran mahkamah pada pukul 9.30 malam, 25 Februari tahun lalu.

Lepas ni giliran sapa pulak.. tunggu dan tengok saja..

Sumber utusan

Selamat Hari Ibu

Salam..

Selamat hari ibu kepada semua kaum wanita yang sudah bergelar ibu, emak,mak, mama, mommy, mum, mummy, ummi dan apa-apa jer gelaran.. yang pastinya pengorbanan dan jasa kita dalam membesar dan mendidik anak amatlah sangat berharga.. tiada tandingan..

Dan yang bakal menjadi ibu.. kamu juga akan merasainya .. kehebatan perasaan sebagai ibu.. bila pertama kali mendengar tangisan anak yang dilahirkan.. apatah lagik apabila melihat wajah mereka ..

Dan amat malang bagi mereka yang membuang dan mengabaikan anak.. kerana kamu sudah menolak nikmat anugerah sebagai seorang ibu.. mungkin sekarang kamu tidak insaf.. tapi masa akan menghukum kamu.. penyesalan yang sentiasa mencengkam jiwa..

Saya dan anak-anak di rumah wan

Salam..

Ooo.. hari ni sangat sibuk ngan anak-anak.. baru dapat bukak blog... selalunya hari sabtu orang releks jer, bawak anak pergi jalan-jalan.. tapi saya sebaliknya pulak.. tapi ok juga dapat lepak kat umah wan.. lepak ngan anak teruna saya ni.. ..

Anak teruna saya ni tinggal ngan wan.. jadik seminggu sekali kami datang tengok dia... sebab dia dah masuk darjah satu.. kena belajar banyak benda.. tu yang wan ngan atuk nak uruskan dia.. takut saya tak dapat berikan tumpuan pada dia.. kira ok juga laa.. memang saya tak dapat nak handle semua benda.. lagik pun boleh dia teman wan ngan atuk... tak laaa diorang rasa sunyi.. ada juga aktiviti bersama cucu..

Ok.. cukup sudah citer pasal anak teruna saya yang tersangat manja ni.. jom citer bab makan pulak..

Tengahari tadi makan nasi kari udang.. sangat special tau.. sebabnya wan(mertua) yang masak.. subuh lagik dia dah masak.. sebelum pergi klinik... takut saya tak sempat nak masak... baikkan mertua saya.. susah nak dapat macam ni..

Malam ni pulak, kami makan sup tulang.. mertua saya jugak yang masak...

Fuhh beruntung tul saya dapat mertua yang baik.. hehehe.. dan beruntung jugak mertua saya.. dapat menantu yang malas..

Bila hujan biskut pun sedap

Salam..

Hujan lebat petang ni.. nak pi rumah wan tengok Iman, pun tak pasti lagik.. Iman dah telefon.. rindu kat mama.. tapi bila suruh cakap tak mahu.. bertuah punya anak..

Kalau time hujan, korang suka buat apa. .. hehehe dah ada yang fikir luar dari kotak... nget.. nget.. ngettt.. emm.. cik suami pun tak balik lagik..

Kalau saya suka minum koko panas ngan biskut jem.. bukan yang dalam peket tau.. tapi yang timbang nyer.. sedap sebab guna jem tat nanas.. memang laju lerr.. sambil ngadap pc..

Iman yang saya rindu pulak.. suka makan biskut orang putih.. satu tin tu.. dia pulun sorang.. dahsyat tul anak teruna saya ni.. makan mesti nak sedap jer..

Minggu kakak dan adik

Salam..

Dalam minggu ni .. saya dapat lihat 2 personaliti yang berbeza antara kakak dan adik.. jadi mood saya pun bagaikan terbahagi.. jadi tak menentu.. kejap suka.. kejap geram.. kejam marah.. dan ok balik.. kalau tak ok .. alamatnya.. emmm..

Minggu ni, kakak banyak buat mama jadik tension-mension.. sebabnya.. tengok gambar kat bawah tu..

Kerja kakak nanggis.. mengantuk nanggis.. lapar nanggis.. poo-poo nanggis.. menetek nanggis.. pendek kata banyak nanggis laaa.. fuhh bergegar jantung dan keimanan setiap kali kakak nanggis dengan tanggisan rock kapak..

Penawar pada tanggisan kakak.. nak mama dukung.. bawa jalan-jalan luar rumah.. kesian kakak sebab tak tahu yang mama tak boleh penuhi permintaan kakak untuk bawak jalan-jalan luar rumah.. sebabnya mama ini asalnya keturunan anak raja lilin.. tak boleh kena panas dan hujan.. nanti lemau..

Manakala adik pula.. minggu ni.. banyak buat mama tersenyum... rasa lega.. rasa bersemangat.. rasa segar... sebabnya mood adik baik sangat... suka senyum.. berganda-ganda adik senyum.. adakah adik telah mencuri senyum tawa kakak?.. sebab itu kakak moody semacam jer.

Apa-apa pun.. adik dan kakak membuatkan hari-hari mama makin berseri!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails