Kerang bercili

Salam..

Hehehe.. pagi ni saya nak berkongsi resepi. resepi kerang bercili semalam tu.. yang ratah sampai hijau... sebenarnya segan jugak kan nak kongsi resepi yang masak main campak2 ni.. tapi untuk tidak mengecewakan Ummi Fitrah bertanya.. jom try


Bahan-bahan
Kerang sekilo dibasuh dan disejat
Kacang buncis/botol dipotong
Daun kunyit.. hiris nipis
Belacan sebesar ibu jari
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan untuk pes cili(kisar)
Cili api 15 tangkai
Cili merah 5 tangkai
Serai 3 batang
Bawang merah 8 ulas
Bawang putih 5 ulas
Halia sebesar ibu jari
Tomato sebiji

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bahan pes.. masukkan belacan, gula dan garam. Masak hingga pecah minyak.. Kemudian masukkan kerang dan kacang buncis/botol.. kacau goreng sampai masak..(bila kerang dah terbukak tandanya dah masak).. sebelum angkat, taburkan daun kunyit yang dipotong halus tadi..

Pss.. Resepi try and error dari Uda.. boleh ubah sukatan bahan-bahan mengikut kesesuaian anak tekak masing-masing.. okey selamat mencuba..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails