Elly & Emmy sudah 9 bulan

Salam...

Selamat pagi semua.
Semalam kakak Elly dan adik Emmy sudah cukup 9 bulan... cepatnya tik tok tik tok masa berlalu.. kalau boleh tak nak mereka cepat membesar.. tak puas nak main peluk-peluk... gerammm sangat ngan budak kecik niii....
Perkembangan diorang sekarang ni...
Pandai tiru gaya orang berzikir.. bila kita sebut la ilah il allah.. diorang dah goyang-goyangkan kepala dan badan sambil mulut pun buat bunyi..
Suka tarik rambut sesama sendiri.. tak cukup rambut sendiri rambut mama, papa dan kak Ya pun diorang belasah jugak...
Jari suka cakar, picit, mencengkam, korek pada orang yang duduk dekat dia.. fuhh .. memang sakit giler.. bila kiter menyerit.. lagik dia suka..
Susah nak ajak tidur malam.. asyik nak merayap.. tak lekat atas tilam.. nak panjat-panjat lagik.. dah tak nak tidur, pi kacau orang yang tidur.. kakak Ya selalu jadik mangsa..
Kaki tangan cukup kuat .. berasa sakit jugak laa.. kalau kena tendang dengan diorang..
Suka menyerit bila tak dapat benda yang diorang nak atau pun masa tengah berebut mainan.. fuhhh.. nyaring giler jeritan mereka.. berdenyut gegendang telinga..
Bila nak susu dah pandai datang mencari kat mama dan siap berebut-rebut lagi..
Sekarang baru cuba-cuba nak berdiri ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails