Minum petang, tengok Tom and Jerry

Salam..

Petang yang ujan.. besss.. rasa sejuk sikit..

Rileks petang sambil teman kakak Nadya tengok cd Tom and Jerry .. memang lawak giler katun ni..tuwen pun terkebil-kebil tengok walaupun tak paham apa-apa pun.. kejap lagik nak suap diorang mamam.. lepas tu mandi pulak..

Menu minum petang hari ni adalah karipap, kuih kacang dan putu buluh.. semua makcik taman sebelah yang masak.. saya tolong bagi duit jer.. lalala..

Karipap dan kuih kacang.. senang jer nak buat.. tapi tahap kemalasan saya berganda-ganda.. lagik pun cik somi dah cakap.. tak minat nak makan kuih-kuih ni... saya sorang jer yang tinggin nak makan.. apa lagik.. cari makcik lerr..

Putu buluh.. ni memang saya tak tahu nak buat.. memang tak berangan nak buat.. nanti lain jadiknya.. siapa yang pandai buat? kalau pandai buat memang hebat laa..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails