Kurun Najwa

Teknik Menyusukan Bayi

Salam..

Jom berkongsi info mengenai teknik penyusuan susu ibu..

1. Kedudukan badan

*Pastikan anda selesa. bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau anda duduk bersandar di atas kerusi
*Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah ia mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membonkok sehingga terlalu rapat denan bayi
*Gunakan bantal, kusyen atau bahan yang lembut untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan

Cara memegang bayi
* Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari
* Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
* bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu

Cara memegang payudara
*Cara yang betul adalah Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
*Cara yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting

Posisi Penyusuan


1. Posisi mendukung/buai
* Ibu duduk memangku bayi dengan lengan
* muka dan kepala bayi menghadap payudara

2. Posisi mendakap/di sisi
*Ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut longgar
*Ibu memangku bahu bayi dan memegang kepala
*Pastikan runag mencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu ke hadapan untuk menyusukannya

3. Posisi mendukung bersilang/bersilang buai
*Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pegangan bayi. Ibu juga boleh mengawal kepalanya
*Posisi ini sesuai untuk bayi pramatang yang sukar untuk melekap

4. Posisi baring
* bayi baring mengiring menghadap ibunya. Seluruh badannya melekap dekat ibu. Posisi ini sesuai untuk ibu yang hendak berehat

Penyusuan pasangan kembar

* Bayi kembar boleh menyusu pada kedua-dua payudara pada masa serentak


Pelekapan


Cara yang betul menyusukan bayi
* Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas
* gerakkan badan bayi ke arah payudara
* pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola)
* pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara

Cara pelekapan yang betul
* mulut bayi terbuka luas
* dagunya mencecah payudara
* bibir melekup keluar
* pipi gelembung
* payudara nampak penuh dan bulat
* terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan

Cara pelekapan yang salah
* dagu bayi jauh
* tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi
* dagu tidak menyentuh payudara
* ibu rasa sakit
* payudara bolehbengkak dan puting luka

Rujukan
Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Disember 2006

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails