Sunday, January 31, 2010

Happy cloth diapering giveaway

sticky mode sehingga 31 Januari 2010.


Kategori B

Saya pakaikan twins CD sejak bulan dec 2009.. kiranya dah 2 bulan berCD sepenuhnya..masa tu umur twins baru 3 bulan lebih..berat badan mereka pun baru mencecah 3 kg... lewat sikit memakai CD.. kerana saiz mereka yang sangat kecik.. dilahirkan dengan berat 1.88kg bagi Elly dan 1.69kg bagi Emmy..

Selama 3 bulan twins memakai lampin pakai buang.. mereka telah memakai dan membuang sebanyak 8 paket iaitu.. 1 paket lampin Pet-Pet saiz new born 48 keping, 3 paket lampin Drypers new born 56 keping, 4 paket lampin Hey Baby bersaiz S 84 keping...banyakkan duit yang dah dibelanja untuk benda yang di pakai dan dibuang... sungguh rugi..

Bayangkan betapa banyak sampah yang terhasil dan kebetulan.. masa tu saya duduk dikampung.. tak ada tong sampah.. nak bakar tak boleh.. nak tanam pun tak boleh... jadik bila papa datang ambik saya .. dia terpaksa mengangkut bahan-bahan buangan itu.. yang amat la banyak.. dekat 15 guni beras jugak.. penuh bonet kereta dan terpaksa buat dua kali angkut baru habis.. dah tu nak cari tong sampah besar pun sangat susah.. pusing satu bandar kangar jugak baru berjumpa..dah banyak merugikan.. masa, duit, tenaga, minyak kereta.. papa dah geleng kepala..

Kesimpulan dari cerita di atas.. sebab utama saya pakaikan mereka CD adalah
1. Dapat memjimatkan wang perbelanjaan.. ini sudah terbukti..
2. Si manja tak mengalami ruam lampin..
3. Saya pun happy.. sebab dapat membantu suami mengawal pebelanjaan.. selain itu tiada rasa was-was jauh dari bahan kimia
4. Dapat menjaga alam sekitar.. elak pencemaran..

Pendek kata.. Mama suka anak-anak pun ceria..


Teringat masa dalam perut.. lebih kurang macam ni lah kedudukkan kamu..


Wan Elly Hakim
5 bulan


Wan Emmy Hakim
5 bulan

Saturday, January 30, 2010

Suka muncung dan angkat kaki

Diorang sekarang ni.. sangat teruja bila dapat pegang mainan..bersemangat nak main..dengan memek muka yang kelakar.. mata galak..mulut muncung.. muka geram.. bunyi entah apa-apa.. sangat leka melihat mainan ditangan.. mesti duk imaging macam-macam..

Jom tengok ...

kakak dengan muncung oooooooo


Adik pulak..



Jugak suka angkat kaki..

Kakak yang pakai skirt.. bila angkat kaki.. kantoii..


Naseb baik adik pakai seluar.. selamat..

Friday, January 29, 2010

Saya tak sanggup.. korang macam mana?

Sanggup tak korang makan kek yang macam kat bawah tu...



Mak iiii.. geli nyer tengok.. takut pun yer jugak..

Ni kalau buat hantaran.. akibatnya bakal mak mertua boleh masuk wad.. terkejut kambeng..

Kalau buat kek besday.. boleh pendek umur.. kes terkejut juga..

Jangan terkejut.. kek taik kuceng pun ada.. tak percaya.. jangan tak percaya.. jom klik sini..

Betulkan.. sungguh menakutkan dan menjijikkan anak tekak.. tapi sebaliknya.. kreatif betul orang yang buat kek-kek tersebut..

February datang lagik

Salam pagi jumaat semua.. semoga hari ini memberikan keberkatan kepada kita semua..

Ooo cepatnya masa berlalu.. january hampir berlalu.. dan february bakal menjelma.. tik tok tik tok masa berlalu tanpa disedari... usia pun makin meningkat.. anak-anak pun makin membesar dan nakal..

Bagi saya bulan february sangat istimewa.. kerana

1 february... abang Iman
2 february... saya
7 february.. anak saudara
13 february.. kak long
14 february.. suami

Ada sesiapa yang sambut birthday pada 29 february... 4 tahun sekali jer.. sedih kan..


Bulan meraikan cinta dan kasih sayang bagi yang menyambut valentine day... namun saya tidak pernah menyambutnya .. kerana bagi saya cinta dan kasih sayang itu bagaikan udara sentiasa diperlukan untuk meneruskan kehidupan..

Thursday, January 28, 2010

Aksi terbang dari Super Red and Super Pink

Super girls saya ni masih belajar meniarap lagik.. kedua-duanya tak lulus lagik.. kena dapat talian hayat baru boleh.. tak kuat lagik nak tarik tangan yang tertindih tu.. seronok tengok gelagat diorang bila duk berlatih meniarap tu.. macam-macam aksi dan memek muka yang ditunjukkan...

Jom kita tengok aksi terbang dari kakak aka Super Red..

Ni tengah belajar meniarap atau meneran...

Kepam mulut.. susah sangat yer nak..

Dah rasa geram.. sembelit ker?

Tapi kakak sangat baik.. tak banyak ragam.. tak macam adik pandai cari ragam.. ada-ada jer.. nak tarik perhatian mama.. suruh dukung dia..

Jom tengok aksi adik pulak aka Super Pink...


Sepenuh perasaan..

Baru kejap jer.. dah melepek..

Bila angkat kepala.. dia buat muka macam ni... hahaha.. adik memang pandai tarik perhatian.. mama dah gelak guling-guling masa tengok muka adik tu.. alahai anak-anak nak membesar..

Wednesday, January 27, 2010

Belajar jahit sulaman Pinwheel flowers

Pagi ni saya duk try jahitan sulam bunga yang simple ni.. nama dia Pinwheel flowers.. sangat mudah untuk dibuat ... sangat sesuai untuk hiasan pada leher, lengan baju dan sebagai nya.. nak tahu macam mana nak jahit.. step by step.. sila ke durra's doodle .. terima kasih Dura.. kerana berkongsi ilmu jahitan...

Ni hasil dia.. nampak sedikit aneh.. biasa la.. lain tangan lain hasilnya.. lagik pun saya mama baru belajar... kena banyak prektis baru menjadi..

Tuesday, January 26, 2010

Macam ni nama pun ada..

Macam tak percaya jer.. ada jugak orang yang nama dia macam ni.. mesti kes mak bapak dia taksub sangat dengan watak adiwira criter mat saleh ni.. kesian kat anak tu.. mesti seumur hidup duk kena peleceh dek kawan-kawan...


Jadik mak bapak kat luar tu.. jangan la letak nama anak yang eksotik cam tu.. alahai kesian kat budak tu..

Kalau betul dia superhero cam nama tu.. can bess.. aman donia..

Monday, January 25, 2010

The New Year Giveaway 2010

Saya juga nak try giveaway ni

Siapa yang berminat nak join..
Jom ke My Sweet Den
sebelum 31 januari 2010..

Saturday, January 23, 2010

Cabutan Bertuah di Yanmieonline.com

Yanmieonline.com adalah sebuah laman blog peribadi Yanmie dan Keluarga. Tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Sekiranya ada, kemungkinan ianya hanyalah kebetulah sahaja. Yanmieonline.com dengan ini ingin mengadakan cabutan bertuah sempena Tahun baru 2010.

Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima 1 set Minyak Wangi Pure dan Barangan Mutiara Asli dari Sabah. Opss!! lagi ada hadiah khas untuk referrer tertinggi akan menerima hadiah yang sama seperti pemenang utama

untuk keterangan lanjut tentang Pertandingan ini, baca di http://yanmieonline.com/2010/01/cabutan-bertuah-di-yanmieonline-com/


Pertandingan ini tamat pada 31/01/10 pukul 11.59pm

referrer saya adalah cikmin

saya pun nak cuba juga.. mana tahu rezeki saya ada kat tangan kecik aiman

First birthday of Button Planet Enterprise!

Nampak tak butang kat bawah tu.. cantik dan comel.. rasa cam nak kunyah jer.. Pelbagai jenis butang yang terdapat di Button Planet Enterprise.. yang buat saya rasa geramm dan teringin.. boleh juling bijik mata...

kalau dapat giveaway ni.. boleh saya hias kat gaun Elly dan Emmy.. tak caya.. jangan tak caya.. saya pun tahu menjahit .. boleh laa.. kalau nak pakai sendiri..


Semperna ulang tahun pertama Button Planet Enterprise! Pihak pengurusan dengan bermurah hati memberi giveaway iaitu FREE VOUCHERS bernilai RM20 kepada 3 orang yang bertuah.. nak tahu lebih lanjut sila terjah Button Planet Enterprise.. sebelum 31 januari 2010

Friday, January 22, 2010

Heee mama ngan papa seksi laa..

Pengakuan yang dikeluarkan oleh budak Nadya secara tiba-tiba "heeeee mama ngan papa seksi laa" sambil duk tersenyum simpul..


Ehh.. biar betul budak ni.. tiba-tiba jer cakap macam tu.. bila masa mama ngan papa duk berseksi ni.. ataupun adakah dier tertengok benda yang tak sepatutnya.. konpius saya..

Lalu saya pun bertanya kepadanya.. seksi tu apa?.. dier gelak jer.. tak tahu makna laaa.. tu, dan saya bertanya lagi .. apa yang seksi.. kali ini dier dah bersedia ngan jawapannya.. "seksi laaa.. bila mama suap papa makan, kemudian papa pulak suap mama makan"...

Tersenyum saya mendengar jawapan tu.. emm macam tu pun boleh dapat gelaran seksi... tak pernah lagik mama dapat gelaran seksi meksi ni.. jadik mama dan papa kat luar tu.. selalu lah makan bersuap-suapan didepan anak-anak.. nanti boleh dapat gelaran seksi ker apa-apa gelaran yang tak pernah dapat lagi..

Thursday, January 21, 2010

Hiss kuatnya papa mengheroh.. dari awal entri sampai akhir entri masih duk mengheroh..

hehehe.. papa duk mengheroh.. bunyi punya kuat kalah sound tv dah tu note book duk atas perut.. nak berforum.. last2.. terus lena..

Adik dah tidur.. lena sangat lepas kena ubat demam.. kakak duk main kaki.. kelakar tengok kaki duk terpacak jer, tangan duk tarik2 kaki tu... budak Nadya duk melukis dan tulis.. macam2 jenis gelagat org dalam umah ni..

Tadi masa kat klinik, timbang berat kakak.. naik 300g dalam masa 2 minggu.. sekarang berat berat kakak 4.8kg.. Adik pun naik 300g jugak.. jadik berat sekarang 4.7kg.. ramai peminat adik masa kat klinik tadi.. suka makcik2 nurse agah adik sebab adik asyik duk senyum jer.. kakak pulak suka memerhati.. pandang jer muka tiap2 sorang..



Tengah malam nanti.. tak tahu macam mana keadaan mereka.. kena berjaga-jaga.. takut diorang demam.. kalau dalam masa 24 jam ni tak demam... mama boleh tarik nafas lega.. alahai risau nya kalau anak2 demam.. nak -nak yang kecik2 nii...

Sudah sampai umah..

Dah sampai umah .. bb pun dah kena cucuk.. alhamdulillah.. diorang ok jer time kena cucuk tu.. nanggis sikit jer.. mama gosot2 belakang .. diorang pun diam.. letak dalam stroller.. terus balik.. tak nak berlenggah lagik.. nak kasi diorang ubat demam cepat2.. takut nanti demam pulak..

Dalam keter pun diorang ok.. tak der meragam.. kakak menetek.. adik pula tidur.. mujur semuanya ok.. risau jugak saya tadi.. takut tak dapat nak uruskan diorang berdua.. maklum laa, selalu nya bb selepas kena cucuk mesti meragam.. menanggis sampai tak leh nak dipujuk..

Sekarang ni adik dah tidur.. kakak pulak duk membebel sorang2.. dah kasi diorang minum ubat.. kakak susah sikit nak menelan.. dier main sembur... abih kena muka mama dier.. adik senang sikit.. siap tarik tangan mama nak isap ubat kat bekas tu.. lepas tu muka nampak lain sikit.. pelek dengan rasa ubat yang manis tu..


kakak dah pandai pegang kaki..



Adik belum lagik..

Ooo.. mak kauuu ..dah lewat..

Dahh lewat.. dah lewat...lewattttttttttttttttt... temujanji kilinik pukul 9 pg.. tapi masih duk kat umah lagik.. mama dan bb dah siap.. budak Nadya tengah bedfes.. cik somi pergi melaburr.. alahai semua ni gara2 saya tersilap tengok masa temujanji .. ingat kul 10.. ghupa2 nya kul 9.. buat cam mana?.. alang2 dah terlewat.. hehehe.. biarlah lewat.. kalau kena marah.. terima saja lol..

Hari diorang ni nak kena cucuk 5 bulan.. nanggis laaaa.. uwaaaaaaaaaaa... mintak2 jangan sampai demam pulak..

Muka adik akan jadi macam ni..

kakak pun sama..

okey lah.. bye-bye.. tata.. tituuuuu..

Alamak mama pulak rasa nak melabur... hiyaaaaaaaa.. kaya la kitoooooooooo..

Wednesday, January 20, 2010

Orang ikat barut kat dalam tapi mama..

Tengok gambar adik kakak kat bawah tu...


Hahaha.. ni reti guna barut ker tidak? Diorang ni sebenarnya dah tak pakai barut.. tapi saya terpaksa pakai kan.. sebab sejak dua tiga hari ni.. bila nak tidur jer.. tangan tu mesti tarik baju.. abis terselah nampak perut.. kalau waktu siang tak kisah sangat sebab panas.. tapi kalau waktu malam, duk tayang perut.. takut sejuk dan masuk angin pulak perut tu.. kalau perut dah kembong.. mula lah nak pasang lagu.. uuuu... letih nak pujuk.. letih nak dengar.. suara2 kamu..

Jadik jalan penyelesaian.. terpaksa saya ikat barut kat luar baju diorang.. semalam dah gamuk 2 nak tarik baju tapi tak dapat.. ambik masa jugak ler nak tidur.. sampai mama dah tersenguk2 macam ayam patuk padi.. tapi anak2 dier masih duk berjaga... kalau hari2 macam ni.. kepala boleh ting tonggg.. mata jadi macam kung fu panda... alahai anak2!

Tuesday, January 19, 2010

eeee.. papaaaa.. nii..

Papa memang tak patut... suka sangat menyakat kakak dan adik.. mujur lah diorang ni ok jer.. tak cepat nanggis... moody tak tentu pasal...

semalam papa makan epel.. saja tayang2 kat kakak.. lepas tu.. letak kat mulut kakak.. mula2 kakak ni terkebil2.. mudian keluar sikit lidah.. jilat sikit nak rasa.. Gamaknya rasa manis sedap.. panjang jer lidah duk jilat.. papa dah gelak golek2 kat depan tu.. acah jer.. "amboi comelnya macam anak kucing duk jilat2 buat mata kesian" kata papa... duk sat mak kucing pun datang tengok.. kali ni kakak dah pulun isap..

Bila epel abis.. papa hulur jari kat kakak.. kakak tarik jari papa dan isap.. teruja sangat dier dengan rasa epel tu..



Dah tunjuk respon nak makan ni.. tapi susu mama banyak lagik.. nanti laa mama kasi makan..

Bila tengok gambar adik.. mama rasa nak gelak

Adik ni memang suka gelak.. senyum dan terbaru suka menyerit... selagi tak angkat, dukung, nak susu dia akan menyerittt... huuu boleh tahan jugak suara.. tak padan dengan kecik.. bergegar jugak gendang telinga..

Tapi kalau nak dapatkan gambar dier senyum memang susah.. bila depan kamera dier akan kaku.. tengok jer .. buat muka entah apa-apa.. macam kat gambar bawah tu.. alahai .. ni baru adik.. kakak pun sama.. adoiii.. pocoyo betul kamu berdua ni..




Akhirnya.. dapat jugak pleater itu..

Tertunai sudah hasrat di hati saya nak benda ni.. mesin pleater.. kegunaannya adalah untuk memerah tebu.. lepas ni boleh lah saya meniaga air tebu depan umah.. sambil melaungkan "kain kak.. tebu kak".. nanti ada kakak2, makcik2 yang duk pandang2 kat kain dier.. hisssssss.. apa yg ngko duk merepek laaa.......


Sebenarnya kegunaan pleater ni adalah untuk membuat kedutan bagi jahitan smocking.. nak tau apa itu smocking.. jom terjah kat blog kak Nanie.. sangat pandai menjahit smocking.. saya pun baru nak belajar kat blog dier.. banyak info mengenai smocking..

Benda ni saya beli kat kak Zila Kasim ... so hari ahad tu dia datang hantar kat umah saya.. jugak mengajar cara nak menggunakannya..kalau ada sesiapa yang teringin nak beli boleh la kontek dier. Selain itu kak zila juga merupakan ejen menjual mesin jahit.. so siapa yang tengah duk mencari atau masih tertanya2 pasal mesin yang mana bagus.. boleh lah tanya kat pakar mesin jahit nii..


sori kak.. gambar gelap.. sebab gatal tangan duk godek kamera tu..

Lepas ni seronok la saya.. ada aktiviti baru.. ni kena guna sepenuhnya nanti ada suara dari langit.. "heyyy... niii nak buat tukung kerr.."... haaa.. panasss jer telinga..

Monday, January 18, 2010

First time kami bawak tuwen makan kat situ.

Semalam saya sekeluarga ke Bikini Bottom.. makan di sebuah restoran yang sangat terkenal iaitu..The Krusty Krab.. tak nampak pulak muka SpongeBob.. mungkin tengah kalut memasak.. kami oder ni... memang yummmie.. sangat sedap..

Patrik cakap" sangat bagus untuk menambahkan saiz pinggang lebih kurang bentuk macam dier"... manakala squidward berkata"emmm.. makan saja perduli apa.. tau kamu akan di anggap sangat berani kalau boleh abiskan satu ni".... dan cik crab pulak sibuk mengira duit dier.." hoyehh pokcik kayoo"..


Adik dah mula nanggis bila nampak cik crab, Patrik, squidward dan ramai lagik... tapi tak nampak planton yang jahat tu.. sebab dier kecik sangat.. mungkin dah kena pijak dengan budak Nadya.. ehhh.. ehhh.. biru la rambut kamu.. dah sejuk kot.. jom la kita balik!



Tak leh nak lepak lama kat situ.. sebab adik dah meragam.. lagik pun.. cik krab kat dalam opis tu, asyik duk menjeling... takot kami tak bayor.. ekk.. elehhh..

Maaf laa.. kawan2.. ini adalah entri merepek.. buang karan betul.. sapa suruh baca..

Sunday, January 17, 2010

Pretty Zaza baby face contest

Kali ni mama nak masukkan kamu berdua dalam kontes baby face... hehehe.. tamak ker saya ni? ooo tidakkk.. sebenarnya kalau mama letak muka kakak jer nanti adik majuk pulak.. dan sebaliknya.. tak nak laaa.. nanti kamu kata mama pilih kasih pulak!.. cewahhh.. yo yo annn jerr..


Senyuman moncung dari kakak....


Nama : Wan Elly Hakim
Umur : 5 bulan
Jantina : Perempuan



Adik yang terkujat... bila depan kamera..


Nama : Wan Emmy Hakim
Umur : 5 bulan
Jantina : Perempuan

Kalau tak menang.. tak bermakna kamu tak cantik.. dimata mama kamu sangat cantik dan comel.. selalu membuat hati mama berbunga ceria setiap kali melihat senyum tawa kamu..

Thursday, January 14, 2010

AlmariAdel - New Year Giveaway



Hari ni mama dah join 2 giveaway ... tak cuba belum tahu.. kalau dapat itu rezeki.. yang penting kamu berdua ceria dan mama pun senang hati..

Syarat yang diperlukan

1. Jadi fOllOwer AlmariAdel + add AlmariAdel kat blOglist u'ols
2. Letak banner giveaway kat sidebar
3. Buat satu entry mengenai giveaway ni yang bertitle, AlmariAdel - New Year Giveaway. Jangan lupa letak pic kat atas tuh, OK~!!
4. Tinggalkan link entry u'ols pada bahagian cOmment entry ni
5. Closing date : 20.1.2010

Kami baru bangun daaaa...

Busyuk acemm mama baru bangun tidur... duk mengomel sesama sendiri... entah apa yang dibualkan.. mama tak paham.. tapi mama suka sebab kamu sentiasa ceria setiap kali bangun tidur..


Ni yang dikatakan tidur berbantal lengan.. sedap jer adik landing kepala kat tangan kakak.. alahai.. sabar jer kakak nooo.. Ini kiranya giliran adik pulak.. sebab kadang2 kakak yang duk menyendeng kat adik.. pendek kata 2 kali 5 jer... tapi yang bagusnya tak nanggis pulak tu.. boleh tahan kena himpit.. dah biasa kut.. sebab dulu duk berhimpit kat dalam perut.

Tu diaaa.. aksi sebenar dari jauh.. tak der cover2.. ni betul2 baru bangun tidor..


mama dah siap membasuh, menyapu, melipat, menyilat, melawa kecuali memasak.. kamu baru bangun.. nanti kalau dah anak dara buat perangai macam ni.. mahu kena leter tiap2 pagi..

Adrini’s 1st Giveaway

Nak cuba nasib si tuwen dalam giveaway ni.. mana la tahu kut ada rezeki diorang.. kalau dapat boleh adik dan kakak berkongsi.. kena la belajar berkongsi.. tak nak gado-gado.. nanti pening kepala mama dan papa.. terus naik darah tinggi.. kan dah susah.

Syarat yg dikenakan..

1. Tulis entry bertajuk Adrini’s 1st Giveaway .

sudah siap!

2. Letak banner di sideboxes dan link kan kepada

http://www.adrinis.com/blog

sudah siap!

3. Letakkan link

http://krochetshop.blogspot.com/

sebagai penaja bersama.

sudah siap!

4. Lepas tu tinggalkan komen dengan link sebagai tanda penyertaan kawan-kawan.

sudah siap!

Wednesday, January 13, 2010

Betul-betul saspender

Kejadian yang berlaku semalam.. masa tu semua anak-anak dah tidur.. saya dan somi lepak kat bawah sambil baca majalah dan bersembang...

Tiba-tiba saya terdengar satu bunyi yang aneh.. seperti sedang mencakar dan mengigit.. dalam kepala hotak dah pikir yang bukan-bukan.. saya bertanya kepada suami.. "dengar ker?".. tapi somi tak dengar apa-apa.. atas desakan saya yang telah bermuka cuak.. somi pun naik keatas.. sambil jalan terhendap-hendap bersedia dengan sebatang kayu... saya pulak mengekor dari belakang...saspek bunyi tu datang dari dalam bilik.. masuk dalam bilik.. chek segalanya.. tapi tiada apa-apa..

Tapi masih ada terdengar bunyi.. kali ni dari luar bilik..somi dah bersedia ngan kayu tuk melibas.. ... tengok disekeliling tak ada apa-apa.. tiba-tiba disuatu penjuru saya ternampak satu benda... agaknya apa yarr..

mungkin antu... eee.. takotttt nyaaa..

mungkin musang..

mungkin tupai

mungkin tikus...

mungkin cicak..

mungkin lipas...

semuanya salahhhh..

dan sebenarnya.. Yunaaaaa.. ada kat sini!


seekor kumbang hijau.. mungkin kumbang taik lembu kut.. yang tersesat masuk kedalam umah saya... nget.. nget.. ngettt... sungguh saspen.. abis mengigil bulu betis saya..

Tuesday, January 12, 2010

Parcelnya sudah sampai...

Salam..
Terima kasih..

Baru saja cik min tanya.. parcel nyer sudah sampai ker belum.. tut.. tuttt.. 3 jam kemudian dah sampai.. hehehe ternyata cik posmen tak padan ngan CD tu..

Hadiahnya adalah.. hasil dari peraduan Merdeka Belly contest .. peraduan ibu ngandung ngan perut comel.... perasaan pada masa tu..sangat teruja.. menanti orang baru.. yang datangnya berdua.. hehehe.. buy 1.. free 1..

Hadiah yang dijanjikan adalah CD jenama Babyland... tapi mama min sangat bermurah hati.. jadik si tuwen jugak mendapat apron... bulan depan boleh ler pakai.. time main2 makan..


Mula2 tadi.. dengar enjin berhenti depan umah.. ingatkan dah sampai.. ghupa2 nya lori sampah.. kemudian masa duk telek2 bb.. dengar hon kat depan tu... jengok kat pintu... tu diaaa.. dah sampai..

Orang yang paling suka ni laa.. kakak Nadya.. yehhh hadiah kakak dah sampai.. hehehe.. mamanya pun syok jugak.. kali pertama masuk peraduan.. dan menang..


Pandai pulak kakak Nadya teka.." ni mesti lampin adik" ..eikkk.. mama tak cakap apa2 pun.. macam mana boleh tahu ni..

Adik dan kakak pun hapi jugak.. bila tunjuk bungkusan tu.. tak tahu apa2.. senyum dan senggit jer..

Terus saja mama kasi pakai.. nak posing2 dulu.. kebetulan pulak sama warna ngan baju masing2..


Sekali lagi terima kasih ♥MyLife MyLove MySouL♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails