Kurun Najwa

Happy cloth diapering giveaway

sticky mode sehingga 31 Januari 2010.


Kategori B

Saya pakaikan twins CD sejak bulan dec 2009.. kiranya dah 2 bulan berCD sepenuhnya..masa tu umur twins baru 3 bulan lebih..berat badan mereka pun baru mencecah 3 kg... lewat sikit memakai CD.. kerana saiz mereka yang sangat kecik.. dilahirkan dengan berat 1.88kg bagi Elly dan 1.69kg bagi Emmy..

Selama 3 bulan twins memakai lampin pakai buang.. mereka telah memakai dan membuang sebanyak 8 paket iaitu.. 1 paket lampin Pet-Pet saiz new born 48 keping, 3 paket lampin Drypers new born 56 keping, 4 paket lampin Hey Baby bersaiz S 84 keping...banyakkan duit yang dah dibelanja untuk benda yang di pakai dan dibuang... sungguh rugi..

Bayangkan betapa banyak sampah yang terhasil dan kebetulan.. masa tu saya duduk dikampung.. tak ada tong sampah.. nak bakar tak boleh.. nak tanam pun tak boleh... jadik bila papa datang ambik saya .. dia terpaksa mengangkut bahan-bahan buangan itu.. yang amat la banyak.. dekat 15 guni beras jugak.. penuh bonet kereta dan terpaksa buat dua kali angkut baru habis.. dah tu nak cari tong sampah besar pun sangat susah.. pusing satu bandar kangar jugak baru berjumpa..dah banyak merugikan.. masa, duit, tenaga, minyak kereta.. papa dah geleng kepala..

Kesimpulan dari cerita di atas.. sebab utama saya pakaikan mereka CD adalah
1. Dapat memjimatkan wang perbelanjaan.. ini sudah terbukti..
2. Si manja tak mengalami ruam lampin..
3. Saya pun happy.. sebab dapat membantu suami mengawal pebelanjaan.. selain itu tiada rasa was-was jauh dari bahan kimia
4. Dapat menjaga alam sekitar.. elak pencemaran..

Pendek kata.. Mama suka anak-anak pun ceria..


Teringat masa dalam perut.. lebih kurang macam ni lah kedudukkan kamu..


Wan Elly Hakim
5 bulan


Wan Emmy Hakim
5 bulan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails