Kurun Najwa
Showing posts with label Am. Show all posts
Showing posts with label Am. Show all posts

Ni blog zombie elly emmy

Assalammualaikum..

emm .. baru nak menghadap blog yer.. kesian blog elly emmy nii.. dah jadik blog zombie.. mana ker tidak nya.. dah setengah tahun tak ber update.. mujur ada nyawa lagik.. walaupun nyawa2 zombie.. tapi mak tak kisah lahh.. mood nak berblog dah maii.. nak juger menaip kat sini.. boleh juger lepas giannn..

macam budak emmy ni.. memang suka benar buat muka zombie.. nak usik orang konon.. pada hal dia yg penakut.. sikit2 ada hantu... alasannnn..


kucing ni pun dah macam zombie juger.. dah ronggak.. gigi habih bersepai.. sebab suka bertumbuh belakang umah... gara2 berebut bini. .. hisss..


Saya dan anak-anak di rumah wan

Salam..

Ooo.. hari ni sangat sibuk ngan anak-anak.. baru dapat bukak blog... selalunya hari sabtu orang releks jer, bawak anak pergi jalan-jalan.. tapi saya sebaliknya pulak.. tapi ok juga dapat lepak kat umah wan.. lepak ngan anak teruna saya ni.. ..

Anak teruna saya ni tinggal ngan wan.. jadik seminggu sekali kami datang tengok dia... sebab dia dah masuk darjah satu.. kena belajar banyak benda.. tu yang wan ngan atuk nak uruskan dia.. takut saya tak dapat berikan tumpuan pada dia.. kira ok juga laa.. memang saya tak dapat nak handle semua benda.. lagik pun boleh dia teman wan ngan atuk... tak laaa diorang rasa sunyi.. ada juga aktiviti bersama cucu..

Ok.. cukup sudah citer pasal anak teruna saya yang tersangat manja ni.. jom citer bab makan pulak..

Tengahari tadi makan nasi kari udang.. sangat special tau.. sebabnya wan(mertua) yang masak.. subuh lagik dia dah masak.. sebelum pergi klinik... takut saya tak sempat nak masak... baikkan mertua saya.. susah nak dapat macam ni..

Malam ni pulak, kami makan sup tulang.. mertua saya jugak yang masak...

Fuhh beruntung tul saya dapat mertua yang baik.. hehehe.. dan beruntung jugak mertua saya.. dapat menantu yang malas..

Anak dara yang kuat merajuk

Salam..

Anak dara saya ni.. si Nadya.. akhir-akhir ni kuat merajuk.. kalau merajuk habis segala barang mainan terbang.. tapi tak kesah laa .. barang mainan dia.. kalau rosak... senang terus boleh masuk tong sampah.. tak payah nak teruk kena kutip kemas segalanya... hehehe jangan barang mama ngan papa yang melayang dah lerr.. kan ada yang makan penampar terbang..

Jom tengok budak kuat majuk ni buat apa kat muka dia..

Nampak tak? Merah kat bahagian mulut tu.. Mana tak nyer .. dia pi kepam gelas kat mulut.. sedut itik punya teknik.. hasilnya mulut dia pun jadi kembang.. terkejut jugak masa saya tengok muka dia.. ingatkan kena apa.. lepas tu terus gelak jer..

Hehehe.. gamuk la budak ni.. habis terbang barang mainan... nak sentuh barang mama tak berani.. main kutuk-kutuk jer.. cakap kamera mama buruk laa..

kesudahannya.. kamera pun merajuk jugak.. tangkap gambar Nadya jadi muka hantu... dia tengok pun takut.. hehehe..ingat dia sorang jer tahu merajuk.. kalau mama merajuk.. tak tahu laaa..

Transfer Factor.. 4Life

Salam...

Siapa yang ambik produk 4Life Transfer Factor .. sila angkat tangan.. Kalau tak pernah dengar pasal produk ni.. mai saya kasi tau sikit.. Hehehe nak kasi tau banyak-banyak pun tak boleh jugak .. sebab saya pun baru jer cuba produk ni..


Cerita dia macam ni... 2 minggu lepas, suami saya mengalami selsema dan sakit tekak yang teruk.. .memang serak giler...sampai hilang suara. Kebetulan pulak mama memang duk guna TF ni.. jadi dia kasi anak dia makan.. 2..3 hari kemudian sakit tekak suami pun beransur sembuh.. kalau nak bergantung pada ubat klinik.. alamatnya lambat ler nak sembuh ..cakap main pakai isyarat tangan laa..

Suami pun rasa yakin dengan TF ni.. jadi beli laa sebotol .. melalui dealer yang mama selalu beli tu.. walaupun harga agak mahal.. tapi tak kisah lah, sebab ianya berkesan. Nadya pun saya kasi TF ni, sebab dia selalu selsema dan batuk..Caranya dengan campurkan TF(berbentuk serbuk dalam kapsul) dalam susu dan kacau... kalau tak ... susahnya nak beri minum ubat batuk.. sampai kena paksa.. silap haribulan terus muntah jer ..

Kalau nak tahu mengenai kebaikkan TF ni.. boleh baca kat blog Ina.. sebab dia dah lama gunakan TF..

Info mengenai TF.. di ambik dari sini
  • TF adalah "molekul pendidik sistem imun" (immune IQ).
  • 1biji (200mg) berpotensi mengenali lebih dari 100,00 jenis kuman, virus, kulat, parasit, bakteria, dan juga sel kanser.
  • Maklumat IQ yang terkandung dalam TF merangsang sistem imun untuk menyerang segala "penceroboh"dan sel2 "rosak" (berpenyakit) didalam badan.
  • Molekul TF diastrak dpd kolustrum (susu awal lembu) dan kuning telur.
  • Walau bagaimana pun TF tiada mengandungi antibodi khusus spt yg terdapat didlm kolustrum (haiwan). Oleh itu,TF tidak memberi sebarang kesan elergi kepada pengguna.
Jangan salah faham yer.. saya bukan nak promote produk ni... tapi sekadar nak berkongsi dengan kawan-kawan tentang produk yang baik untuk kesihatan.

Alah membeli menang memakai

Salam..

Tajuk entri macam nak iklan kebagusan sesuatu produk jer... hehehe.. apa- apa aja laaa..

Tapi memang puas hatikan.. bila beli sesuatu barang tu dengan harga yang orang kata 2 kali pikir jugak laa.. baru boleh beli.. Lepas tu dapat pakai semaksimum yang mungkin, sampai lebam.. baru rosak.. memang berbaloikan duit yang dibelanjakan tu. .. betul tak?

Niii.. bukannya apa.. nak cerita pasal CD(cloth diapers) budak berdua ni... first CD jenama Babyland beli kat kedai Mummy Qis... masa tu baru nak cuba.. jadik beli 6 helai jer.. Mula-mula bagi budak berdua tu pakai.. memang leceh.. asyik bocor jer.. sebab budak pun kecik dan cara pemakaian pun salah.. tapi akhirnya masalah tu dapat di atasi..

Sebelum menambah bilangan CD.. mesti laa menguji keberkesanannya dulu.. jadi 6 helai cd tu di guna pakai sepenuhnya... bila kotor jer terus basuh.. tak ada nya nak rendam-rendam.. boleh dikatakan dalam masa 24 jam tu.. setiap CD dibasuh 2 kali.. kalau 4 bulan pakai.. maknanya CD tersebut dibasuh sebanyak 120 hari x 2 kali.. iaitu lebih kurang 240 kali.. disental dengan tangan dan juga mesin basuh.. (pada masa yang sama DD disimpan sebagai stok kecemasan) dan akhir nya..
"
"
"
"
Getah kat paha tu pun dah tak elastik lagik.. tapi tak perlu risau.. sebab boleh gantikan getah baru ..

Macam mana mama-mama... berbaloi tak pakai CD ni.. Alah membeli menang memakai..

Award Beautiful Blogger

Salam

Ohh cantik ker saya nii..
opss .. cantik ker blog saya ni..
of kos laa cantik kan..kan..
bukan saya yang cakap tau..
tapi kawan-kawan ...
siap kasi award lagik..
tengok.. tengokkk..
ramai yang kasi..

yang sudi memberikan award ini..
Fuhhh glamor giler akak nii.. jangan jeles..

7 perkara mengenai saya
  • Seorang isteri
  • Ibu kepada 4 orang anak
  • Bos kat rumah
  • orang utara
  • Tidak kidal
  • Suka menjahit
  • Suka berkomputer
psss.. bukan kedekut nak passing award ni.. tapi saya tengok banyak yang dah dapat.. dah tak tahu nak kasi kat sapa..

Kami menang Kakyong’s shoppe Giveaway

Salam..

Alhamdullilah.... murah betul rezeki budak berdua ni.. kerana mendapat tempat pertama dalam Kakyong’s shoppe Giveaway@ cabutan bertuah .. hadiahnya ialah sekeping CD Coolbaby..

Dan kebetulan saya tengok kat kedai kak yong ada CD minky.. corak yang saya nak..emmm ..apa lagik... terus beli jer lah...

Kena tambahkan bilangan CD yang ada.. maklum laa .. sejak budak berdua ni makan.. mereka kerap beyak.. sehari dalam 2 ..3 kali.. hehehe kali ngan 2 orang.. kerja main montot jer laa ..

Kepada siapa yang ingin membeli CD.. boleh lah ke kedai kak yong.. ada pelbagai jenama CD yang dijual dan harga pun berpatutan.. dan yang paling bagusnya.. penghantaran adalah cepat.. bayar jer.. terus tuan kedai hantar.. memang tip top.

Sekali lagi terima kasih kepada kak yong yang sudi membuat giveaway ini dan bayaran pos tersebut :)

Cerita di sebalik maskara

Salam..

Make up.. bersolek.. emm perempuan mana yang tak suka kan.. even auw-auww pun lebih over bersolek berbanding kaum hawa. Tak kisah lah bersolek tebal ker nipis ker.. ikut cita rasa sendiri kan. Kalau saya lebih suka dan selesa bersolek cara nipis nampak natural dan lembut jer... tempek sikit bedak, eyeshadow warna koko,krim, peach janji bukan warna terang. Lepas tu suka pakai lip gloss jer.. dah tak berapa minat nak pakai lipstik.. leceh sebab lipstik ni suka bagi bibir kering.. dan last alat solek yang saya suka.. mascara.. kasi lentik tebal bulu mata.. tapi tak lah sampai macam akak Rosita che wan tu.. bulu mata siap boleh buat kipas lagi.. opsss.. terpuji pulak..

Tapi kan kan.. sekarang dah tak pakai maskara semua ni.. di sebabkan oleh satu eksiden.. cik suami la punya pasal niii..

Cerita dia macam ni.. pada suatu hari.. hehehehe.. nak keluar jalan-jalan kan, so saya pun bersiap laa.. zass zusss zasss.. 15 minit siap .. cepat kan.. make up simpel jer.. bedak, eyeshadow, mascara dan lipgloss.. Bila dah siap.. suami memandang saya dengan terpegun siap diteleknya muka saya pada jarak lebih dekat.. Dalam hati saya pada masa tu kan.. fuh kembang-kempeh.. duk pikir mesti dia nak puji betapa cun nya isteri dia bila dah makeup.. Siti Nurhaliza pun boleh kalah..

Tut... tut.. suami saya menarik bulu mata saya..
"Auwww sakit laaaa.. apasal abang tarik bulu mata ayang ni??"

"Laaaa abang ingatkan kaki serangga terlekatkan mata ayang tadi.. tu yang nak tolong buang tu, takut masuk mata"..

Bulu mata tebal kasar cam kaki serangga. pic kredit google

Emm hampeh tul kan.. kalau korang kan.. rasa macam mana.. keciwa tak? Nak bagi jadi cantik tapi lain pulak jadinya.. sejak dari kes tarik bulu mata tu.. saya dah tak pakai maskara.. walaupun masih ada hati nak pakai.. Ni baru pakai maskara .. kalau pakai bulu mata palsu .. tak tau laa apa reaksi suami..

No sweat!

Salam

Badan busuk.. berpeluh dan melekik.. eee tak suka tau.. rasa rimas. Kalau ketiak berbau nanti suami pun tak nak bermanja-manja.. baru nak bermesra, tiba-tiba terbau bau ketiak yang busuk masam.. terus hilang mood.. kan dah rugi! Bukan setakat suami jer larik.. anak-anak pun tak nak di peluk-peluk, sebab tak selesa dengan bau badan mama yang sama naik dengan pak janggut berkaki 4. Pendek kata bukan ahli keluarga jer yang tak suka.. orang disekeliling pun tak suka juga.. menganggu ketenteraman lubang hidung.. Fuh malu tau, kalau ada orang yang tegur "eh akak ni mandi tak gosot ketiak ker, busuk mengalahkan mat bangla kerja kontrek jer!

Uwaaaa.. tak mooo.. ketiak mama bau busyuk ashamm

Tapi sekarang tak perlu risau kerana Adidas dapat membantu mengatasi masalah bau badan. Dengan produk terbaru Adidas Action 3 iaitu sejenis deodorant yang mempunyai 3 kuasa hebat bagi menyerap peluh yang berlebihan maka dengan ini dapat menghalang bau badan yang tidak di ingini dan seterusnya dapat memberikan keselesaan serta keyakinan diri pada si pemakai.
Untuk merasa sensasi ketiak wangi, bolehlah dapatkan produk Adidas di pasaraya terdekat. Jangan terkejut.. kalau selepas ni.. suami dan anak-anak asyik nak berkepit bawa ketiak jer.. baru rasa diri lebih di hargai dan disayangi!

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

Seri Bahasa Community Blogger Award

Salam

Terima kasih. Award dari Cik Seri Bahasa..

Daun selasih daun saderi
Terima kasih sudi beri

Kami dah balik dari Temerloh

Salam..

Kami dah sampai umah dalam pukul 2 ptg gitu... mama kasi mamam.. lepas tu kasi mandi.. kami pun tidur.. sekarang baru jaga nak susu..lepas tu nak main..

Semalam kami ke Temerloh.. saja nak join ngan atuk dan wan.. tapi naik kereta masing-masing.. atuk ngan wan balik kampung Kelibut tengok orang bersih kan tanah.. kena pantau .. takut nanti diorang tak buat kerja...

So kami lepak kat hotel Jelai jer.. wan tak kasi ikut balik kampung.. takut tak selesa dengan umah lama nyang.. kesian kat mama.. sebab tak boleh nak bertenet.. line slow sangat.. compaq mama asyik ter off jer sebab terlalu panas.. nak loading dari 1 blog ke 1 blog memang take time.. sempat lagi kalu masa loading tu pi mandi ker, pee-pee, poo-poo, dan kalau rendam mee magi grenti kembang semangkuk!

Kami kan full CD.. tengok kat mana mama kami jemur CD... hahaha... mama kami memang selamber jer.. main sidai jer kat beranda tu.. tingkat 4 pulak tu.. paling tinggi.. satu pekan Temerloh boleh nampak CD kami..

Sepuluh

Salam..

Saya telah di tag oleh Cikmin dan rifhaman .. untuk menjawab tag tersebut mesti mengikut peraturannya iaitu:
  1. Copy Tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda..
  2. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.
  3. Sila jawab dengan jujur..

[#1] Siapakah diri anda di rumah?
Seorang isteri dan ibu kepada 4 orang cahaya mata.

[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Tak tahu!

[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
Honda Civic TypeR
Mesin jahit sulaman yang canggih.
Sebuah bilik yang dipenuhi dengan baju dan kasut.
Sebuah banglo di pinggir desa.
Wang simpanan yang menceceh sejuta ringgit.

[#4] Siapakah nama pasangan anda?
Hakim Ayob

[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
Seorang yang penyabar dan tidak cepat marah.
Bukan jenis yang suka mengungkit.
Pandai berjimat dalam mengatur perbelanjaan keluarga.
Bukan seorang yang kedekut kerana setiap bulan dia yang bayarkan wang pinjaman PTPTN saya dan menghantar wang belanja emak dikampung.
Tidak suka melepak dikedai kopi dengan menghabiskan masa bersama kawan-kawan.

[#6] Bila tarikh anda couple?
January 2001

[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Kereta kehabisan petrol kat lebuhraya masa bulan puasa. Kes terlupa tengok meter. Saya dan anak-anak terpaksa menjadi pak pacak kat tepi jalan sementara suami meminta bantuan.. perasaan ketika itu sangat malu sebab mana ada orang naik kereta lupa isi minyak, sungguh luar biasa. kalau kereta rosak, itu perkara biasa.

[#8] Lagu tema cinta anda?
Macam tak sesuaikan.. tapi nak buat macam mana.. masa bertentang mata (ada cas letrik bzz bzz) .. lagu ni tengah berkumandang.. jadi kalau terdengar lagu ni dapat rasa getaran panahan mata masa tu.. (cehhhh ayattt)



[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Tolong kakanda ...jangan cakap/cerita benda yang sama berulang-ulang kali.. lemau telinga adinda hendak mendengarnya.

[#10] Tag 10 rakan ada yang lain
Rasanya 10 orang kawan saya sangat sibuk.. jadi tak payah ganggu mereka!

Cara memasukkan adsense untuk blog bahasa melayu

Salam

Ada orag bertanya kepada saya..

saya pun baru tahu dalam berblogwalking, caranya adalah dengan menambah kod (yang berwarna oren) di dalam adsense script.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila ke Blog info tips.

Dua buffered earning untuk Coretan Uda untuk pertama kalinya

Salam
Pagi tadi saya check akaun Nuffnang... perkara wajib yang mesti dilakukan setiap hari.. walaupun tahu hasil tak seberapa.. tapi suka nak check.. sebab nak tengok berapa unik visitor yang dapat untuk sehari.. tapi alang-alang dah masuk, mesti nak tengok berapa earning yang dapat.. bila klik jer.. saya nampak ada 2 buffered yang sedang on..

Apa lagi suka hati laaa.. kira ini kali pertama saya dapat buffered earning untuk Coretan Uda.. setelah berblogwalking selama 2 minggu dan hasilnya unik visitor untuk setiap hari adalah 150.. lebih kurang lerr.. Oo.. terima kasih Nuffnang..

Untuk kawan yang belum pernah mendapat buffered earning.. boleh mencuba mengikut cara saya iaitu
1. Mesti isikan survey yang nuffnang mintak tu..
2. Rajin blogwalking kerana dapat meningkatkan jumlah unik visitor seterusnya trafik pun meningkat.. kalau semua dah meningkat.. ni yang membuatkan nuffnang suka nak bagi.. tak percaya.. sila percaya.

Untuk mengetahui tips dan trick untuk tackle nuffnang bolehlah terjah blog Aried

Saya gembira bila mat laju sampai

Salam..
Lalalalalalalaaaaaa.. kena menyanyi dulu, sebab hati gembira.. pukul 10 pagi tadi.. dengar hon motor depan rumah.. jengok tengok.. ooo... rupa-rupanya mat laju aka mamat poslaju dah duk tunggu depan pintu pagar.. Syoknya barang yang saya beli dah sampai..

Tu dia budak dua orang ni tengah berebut.. tarik-tarik.. agak-agaknya apa yang ada dalam tu ekkk


Ini dia barang yang dibeli... 1 set romper 5 helai ... saya beli kat kedai online Shahlyiana Collections banyak romper yang comel-comel kat situ dengan harga yang berpatutan.. boleh juling bijik mata tak tahu nak buat pilihan.

Tuan kedai jugak bermurah hati bagi saya keychain tanda menghargai pelanggannya.. terima kasih.

Hahaha.. kalau hati gembira pengeluaran pun meningkat. Yeppyy..

Bila Lori kangaroo sampai...hati saya pun gembira

Salam..
Pagi tadi dalam pukul 10 lebih gitu.. masa saya duk sidai kain kat ampaian.. tiba-tiba berhenti sebuah lori kangaroo .. bapak la besar .. terkejut saya...mamat lori tu pun terkejut jugak tengok muka saya yang separuh siap... ghupa-ghupanya barang yang saya beli dah sampai.. agak-agaknya .. apa ekkss..

Teng.. tengggg.. ini dia .. CD QQ Baby Snazzy Minky..

Comel tak? Yang bes nya tu.. kain dia jenis baldu.. lembut gebus gitu.. dah tu, ada 9 corak yang sangat cantik dan ceria.. ooo saya dah tangkap cintan tau.. rasa cam nak beli lagik.. geram.. geramm.. saya beli kat kedai online Miela77 yang tengah buat promosi pakej istimewa dan preorder.. tak caya.. pergi tengok sendiri!

Tak sabar nak bagi diorang pakai.. mesti comel.. heeeee..

psss.. nilah salah satu cara yang menyumbang peningkatan pengeluaran susu.. lalalalalalalaaaaa

Buku Bacalah Aulad

Alhamdulillah.. buku Bacalah Aulad hasil tangan kak Pah dan anak sudah selamat sampai. Orang yang paling suka ialah kakak Nadya. Sekali lagi terima kasih kepada pihak penganjur.

Kulit hadapan
Kulit belakang

Buku ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu bahagian 1 perkenalan kepada huruf vokal dan konsonan dengan penggunaan contoh perkataan yang mudah(bunyi 2 gabungan huruf vokal dan konsonan) serta dibantu dengan ilustrasi ringkas.



Bahagian 2.. penggunaan huruf vokal dengan gabungan huruf konsonan yang lebih dari 2 huruf.


Buku ini memang bagus digunakan untuk mengajar anak-anak yang baru belajar membaca supaya cepat membaca. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini, bolehlah menghubungi kak Pah di Aulad Jannah.

Inilah makhluk comel yang menemani saya semalam

Salam semua..
Saya nak ucapkan selamat hari wanita sedunia kepada semua kaum hawa.. yang auw..auww tu.. tak kira.. plastik lol!

Tapi kan.. tugas sama jer.. memasak,membasuh, menyapu, menyental .. pendek kata segala "mem" dan "men" kena buat.. tapi tak kisah laa.. dah memang tugas saya..

ooo.. hari ni saya dah mula berpuasa ... kena ganti 30 hari.. fuhhh.. jauh lagik perjalanan ni.. tenaga sekarang ni dah tinggal 50%.. lepas ni nak pergi pengsan kat tilam tu ngan anak-anak sambil layan adik di tv9..

Sebelum tu.. meh kita tengok perihal semalam..

Biasa laa.. dekat2 time 12 tgh malam tu.. aktiviti senaman jari giat dilakukan.. tapi semalam special sikit .. saya di temani oleh sorang mahkluk Allah yang sangat comel.. teng..teng.. tengg..


Kakak Elly yang terjaga dari tidur.. kemudian tak moo tidur balik.. so terpaksa la ber "ehem.. ehemmm" ngan mama.. suka sangat budak ni.. layan jer.. tapi leceh sikit.. tangan dia lebih laju dari tangan saya.. semua dia nak sambar.. 30 minit kemudian dia dah ngantuk.. letak atas tilam.. cium..cium.. tepuk.. tepuk.. dia pun lena balik.. saya pun meneruskan aktiviti.. fuhh mujur sempat jugak!

Pukul 2 pagi saya dah angkat kaki .. kena jadi iron woman pulak.. bila dah siap.. tengok jam pun dah pukul 3.30 pg.. pikir-pikir elok bersahur dan pasang niat berpuasa.. tak boleh bertangguh lagi.. makin bertangguh makin tak menjadi.. takut tak sempat pulak nak mengganti ! Sahurnya makan spagetti yang tak abis malam tadi..nyum.. nyumm..

Wokey laa... tilam dah panggil..

Jawapan untuk soalan tag dari Nurul

Saya dah kena tag niee.. orang yang tag saya adalah Nurul.. wokey ni jawapan untuk setiap soalan tu..

1. Adakah anda rasa HOT??
Memang rasa tersangat hot.. sayaaa.. bukan sayaaa.. tapi cuaca laaa..

2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang.


3. Cerita pasal gambar.
Gambar Nadya masa umur 1 tahun setengah.. letak gambar dia sebab pc ni dia yang punya.. saya tumpang guna.. kalau nak tahu kami selalu berebut pc.. anak nak tengok pocoyo.. maknya pulak sibuk nak berblog.. hahaha.. tapi mestilah anak kena mengalah kat mak dia kan.. kan.. baru jadi anak solehah.. bau syurga..

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
Tahun lepas dalam bulan 6 kut.. fuhh .. lama giler..

5. Lagu terakhir anda dengar?
Lagu Spongebob Squarepants.. Jom pakat-pakat nyanyi

Captain: Are you ready kids?
Kids: Aye-aye Captain.
Captain: I can't hear you...
Kids: Aye-Aye Captain!!
Captain: Oh! Who lives in a pineapple under the sea?
Kids: SpongeBob SquarePants!
Captain: Absorbent and yellow and porous is he!
Kids: SpongeBob SquarePants!
Captain: If nautical nonsense be something you wish...
Kids: SpongeBob SquarePants!
Captain: Then drop on the deck and flop like a fish!
Kids: SpongeBob SquarePants!
Captain: Ready?
EveryBody: SpongeBob SquarePants! SpongeBob SquarePants! SpongeBob SquarePants! Captain: SpongeBob.... SquarePants! Haha.

6. Apakah yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Makan gula-gula sugus.. kakak Nadya yang kasi..

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
Masa sekolah.. Ku, Waty, Tie
Masa IPTA.. Eida, Kutie
Bila dah kahwin.. Eida, Eida udang, mama

8. Tag lagi 8 orang. Hehehe.. kompen diorang tak jawab..

1. Wan Iman Hakim

2. Wonder Girls


3. Dato Siti Nurhaliza


4. Rossa


5. Rozita Che Wan


6. Wan Nadya Hakim


7. Wan Elly Hakim


8. Wan Emmy Hakim


9. Siapakah orang no 1 kepada anda?
Satu-satunya anak lelaki saya.. sangat sayang padanya..

10. Katakan sesuatu kepada orang no. 5.
Sangat cantik walaupun status janda anak 2.. fuhhbody kalah anak dara..

11. No 3 ada hubungan kepada siapa?
Ada hubungan dengan Datuk K

12. Bagaimana pula dengan no. 4?
Lagu-lagu dia sangat bess.. suara pun mantap..

13. Pesanan kepada orang no. 6.
Belajar rajin-rajin dan jadi anak yang bijak serta solehah

14. Kata2 cinta kepada orang no. 6.
Mama sayang kamu!

15. Adakah no 7 dan no 8 mempunyai persamaan?
Yep.. tarikh lahir yang sama iaitu 19 Ogos 2009

16. Berikan 5 perkara yang anda tau tentang orang yang mentag anda.
Nama dia Nurul
Suri rumah sepenuh masa... macam saya .. geng ratu lebah
Ada 3 orang Puteri yang comel
Breastfeeding anak ..macam saya jugak
Tinggal di Batu Pahat Johor


17. Persamaan antara KAMBING dan LEMBU?
Kedua-dua ada kaki empat dan makan rumput.

18. Perasaan anda wat tag ni?
Entah.. kosong..

19. Adakah anda tau si Razman itu sengal?
Suka hati dia laa, kalau dia nak senggal.. saya tak rugi..

20 - a) GAY or b) LESS?
Siapa? Razman ker?.. Lantak dia laaa..


Saya dapat giveaway dari Sentuhan Jemari Ummi

Saya suka hati.. memang sangat suka hati.. sebabnya.. (nak gelak besar dulu) hahahahaaaa.. saya dapat giveaway yang di anjurkan oleh Sentuhan Jemari Ummi

Alhamdulillah.. kali pertama dapat giveaway.. seronok sangat.. pendek kata minggu ni memang seronok.. menang 2 kontes dan 1 giveaway.. rezeki.. rezeki..

Dapat 2 hairband yang no A5 dan B1.. terima kasih pihak penganjur.. Elok benar pakai hairband time panas ni.. Lepas ni budak kecik berdua tu dah tak boleh tarik rambut saya masa duk menyusu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails