Kurun Najwa
Showing posts with label Sakit. Show all posts
Showing posts with label Sakit. Show all posts

Penanggan limau mandrin

Salam.

Ouch .. ouch .. hari ni mama, papa dan emmy sakit perut.. rasanya sebab semalam pakat duk makan limau mandrin.. pagi tadi dah kecoh semua.. emmy tiba-tiba jer menanggis kuat tapi mata masih pejam.. lepas tu... dengar bunyi cam cirit jer.. terus bangunkan dia.. check tengok.. haaaaa.. dah belambak dalam CD.. busyukkk..

Lepas tu giliran papa dengan mama pulak.. silih ganti masuk tandas.. mujur kakak Nadya dan elly ok..

Petang ni semua dah ok.. perut terkejut kut.. limau mandrin tu ada yang manis.. ada yang masam.. kena yang manis, laju jer makan.. kena yang masam.. haaa berkerut muka nak habis..

Tapi buah limau mandrin yang kat bawah ni memang special.. tak da jual kat mana-mana pasaraya... rasa dia memang unik.. kejap manis.. kejap masam.. kejap berangin .. kejap tawar.. hahaha..

Saya selsema

Salam..

Pada semua kawan-kawan yang bertandang keblog Coretan Uda.. sila berhati-hati.. kalau boleh tolong pakai penutup hidung.. ini kerana tuan punya blog sedang selsema.. takut nanti berjangkit pulak...

Sekarang ni asyik bersin jer.. tak tau dah berapa puluh kali.. hidung dah mengalir air jernih.. deria rasa dah hilang.. dah tak rasa manis, masin, masam.. rasa tebal jer lidah ni.. ubat dah saya telan .. mungkin esok lusa hilang laa selsema ni..

Rasa nyer ini kali pertama saya selsema ketika BF tuwen.. risau pulak saya.. sebab diorang nak berkepik jer.. takut berjangkit pulak.. mintak-minta antibodi badan diorang kuat.. dapat tangkis kuman.. bukan aper.. kalau diorang sakit.. saya jugak yang susah.. susah hati.. susah nak handle.. serba serbi laa susahnya..

Ok la... ni jer nak update.. blog pun dah macam menjunam jer..ranking alexa dah makin banyak tu.. kalau tukar ngan wang .. tak per la.. boleh peram lama-lama.. kayo makcik.. aduhh dah merepek daaaa nii...

Saya yang tengah gatal tekak

Salam ..

Selamat pagi semua.. semoga sihat dan ceria semuanya disamping menjalankan tugas harian ..

Memang saya tengah gatal tekak.. tapi bukan gatal tekak nak pi audition menyanyi yer.. gatal tekak berkokok... memang parah... tak tahan rasa gatal kat anak tekak tu.. kalau boleh nak garu jer dengan berus gigi..

Bila malam jer.. time tidur makin menjadi pulak gatal tekak ni... kelakar .. sampai semalam suami tegur.. dia cakap saya tidur keluar bunyi macam-macam.. ghimau laa.. gajah laa.. beruang laa.. pendek kata segala bunyi binatang buas.. Hehehe saja dia nak buat lawak pulak..

Bila minum ubat batuk.. makin menjadi pulak gatalnya .. tapi rasa okay sikit bila minum air suam atau panas.. mungkin kuman kat tekak tu dah mengelupur dan kurang aktif sikit bila terkena air panas..

Dalam duk gatal tekak.. rasa teringin pulak nak makan aiskrim.. huu.. parahhh ni...

Tip merawat anak demam panas

Salam..

Info untuk dikongsi bersama.

Demam adalah keadaan di mana suhu berada di atas tahap normal iaitu 38 darjah Celsius. Namun demam yang sesungguhnya ialah apabila suhu melebihi 38.5 darjah Celsius.


Tip penting semasa merawat anak demam:

- Mencari penyebab demam dan perhatikan perilaku anak. Jika perilaku anak hampir sama seperti biasa, maka anda tidak perlu risau kerana demam biasa adalah tidak berbahaya.

- Cegah dehidrasi kekeringan cecair dalam badan. Bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami dehidrasi. Berikan anak lebih banyak cecair seperti air, kuah sup, jus buah segar yang dicampur air dan sebagainya.

- Jika anak muntah atau cirit-birit, berikan minuman garam oral bagi menggantikan cecair yang telah keluar daripada badan.

- Pastikan bilik anak tidak panas. Pasang kipas atau pendingin hawa dan pakaikan anak baju nipis.

- Beri anak makan apa yang diingininya. Jangan dipaksa. Elakkan makanan berlemak kerana makanan ini sukar dihadamkan oleh tubuh.

- Walaupun sebaiknya anak tidak ke sekolah kerana bimbang berjangkit dengan kanak-kanak lain, namun ini bukan bermakna anak harus berada di tempat tidur seharian.

- Ibu bapa harus berjumpa doktor apabila bayi mereka yang berusia tiga bulan mempunyai suhu melebihi 38 darjah Celsius, tiga hingga enam bulan dengan suhu lebih 38.3 darjah Celsius, lebih enam bulan dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

- Berbincang dengan doktor jika terdapat tanda-tanda tidak mahu minum atau terdapat tanda dehidrasi, gelisah, muntah atau cirit-birit.

- Anak nampak tidak selesa, gelisah atau asyik menangis.

- Asyik tidur dan sukar dikejutkan.

- Sering kejang, kaku atau sakit kepala yang teruk.


Petua merawat anak demam:

Air asam jawa dan kunyit hidup

Caranya
lumurkan sedikit demi sedikit air asam jawa di kepala bayi dan jika selsema calitkan kunyit hidup yang telah dipotong di batang hidung bayi atau di sekitar atas hidung. InsyaAllah demam bayi akan beransur-ansur kebah.

Sumber : Utusan

Transfer Factor.. 4Life

Salam...

Siapa yang ambik produk 4Life Transfer Factor .. sila angkat tangan.. Kalau tak pernah dengar pasal produk ni.. mai saya kasi tau sikit.. Hehehe nak kasi tau banyak-banyak pun tak boleh jugak .. sebab saya pun baru jer cuba produk ni..


Cerita dia macam ni... 2 minggu lepas, suami saya mengalami selsema dan sakit tekak yang teruk.. .memang serak giler...sampai hilang suara. Kebetulan pulak mama memang duk guna TF ni.. jadi dia kasi anak dia makan.. 2..3 hari kemudian sakit tekak suami pun beransur sembuh.. kalau nak bergantung pada ubat klinik.. alamatnya lambat ler nak sembuh ..cakap main pakai isyarat tangan laa..

Suami pun rasa yakin dengan TF ni.. jadi beli laa sebotol .. melalui dealer yang mama selalu beli tu.. walaupun harga agak mahal.. tapi tak kisah lah, sebab ianya berkesan. Nadya pun saya kasi TF ni, sebab dia selalu selsema dan batuk..Caranya dengan campurkan TF(berbentuk serbuk dalam kapsul) dalam susu dan kacau... kalau tak ... susahnya nak beri minum ubat batuk.. sampai kena paksa.. silap haribulan terus muntah jer ..

Kalau nak tahu mengenai kebaikkan TF ni.. boleh baca kat blog Ina.. sebab dia dah lama gunakan TF..

Info mengenai TF.. di ambik dari sini
  • TF adalah "molekul pendidik sistem imun" (immune IQ).
  • 1biji (200mg) berpotensi mengenali lebih dari 100,00 jenis kuman, virus, kulat, parasit, bakteria, dan juga sel kanser.
  • Maklumat IQ yang terkandung dalam TF merangsang sistem imun untuk menyerang segala "penceroboh"dan sel2 "rosak" (berpenyakit) didalam badan.
  • Molekul TF diastrak dpd kolustrum (susu awal lembu) dan kuning telur.
  • Walau bagaimana pun TF tiada mengandungi antibodi khusus spt yg terdapat didlm kolustrum (haiwan). Oleh itu,TF tidak memberi sebarang kesan elergi kepada pengguna.
Jangan salah faham yer.. saya bukan nak promote produk ni... tapi sekadar nak berkongsi dengan kawan-kawan tentang produk yang baik untuk kesihatan.

Cabai Terbang

Pernah tak mama2 sekalian mengalami kejadian seperti ini..
Suatu hari.. korang tengah gigih menumbuk sambal belacan.. pelepuk.. pelepak.. pelepuk... pelepak.. memang bersemangat abis.. dalam hati duk pikir nak makan sambal belacan ngan ulam.. rasa terliur ketika tu.. aroma belacan pun dah menyusuk ke lobang idung...

Tiba2.. kedebusss... cabai tu terbang melayang dengan erti kata lain.. terpelanting tepat masuk kat dalam bijik mata.. golllllllll.... Aduhhh.. pedih.. panas... gelap seketika... sakitnya.. tak dapat nak bukak bijik mata..

Teraba-raba saya jalan masuk kebilik air.. basuh bijik mata.. rasa kalau boleh macam nak keluarkan bijik mata tu.. basuh cuci2 baru letak balik... Lepas dah keluar cabai tu.. baru boleh bukak bijik mata.. mujur tak rasa sakit lagik..tapi bijik mata dah merah menyala time tu..



Ni.. lah sambal bertuah tu.. nak makan pun rasa tak bersemangat.. bila terkenangkan mata saya yang sakit time tu..

Kembong perut

Adik baru jer tidur... perut kembong sikit.. dia buat ragam sikit...
Biasa la.. kalau kembong memang tak leh tidur.. menanggis tak henti.. sapu ngan minyak angin yu yee.. baru lega sikit.. lepas dah kentut2.. rasa lembut sikit perut dier.. dukung kejap.. peluk2.. tepuk2 belakang sikit.. usap2 manja.. sampai dier rasa okey balik... lepas tu boleh lah letak kat tempat tidur... dier pun macam dah ngantuk sangat.. isap2 jari.. terus tidur... mujur kakak tidur nyenyak.. time adik nanggis.. kalau tak susah la nak handle kedua2nya..

saya guna minyak angin kat bawah ni.. memang mujarab..


Info ringkas tentang kolik

Kolik atau perut kembung terjadi apabila terdapat angin dalam perut bayi. Angin boleh masuk dalam perut bayi semasa bayi menyusu, menangis atau pun bernafas dan mengakibatkan bayi berasa tidak selesa dan sakit perut. Tanda-tanda bayi kembungbiasanya akan menangis, tidak mahu tidur dan perutnya agak keras. Bayi mungkin menangis lebih satu jam selama satu hari, lebih tiga hari selama seminggu dan lebih tiga minggu dalam tiga bulan pertama kehidupan bayi. Ia biasanya bermula pada usia hari ke 10 sehingga 2 minggu dan pada usia 6 minggu.

"Kenapa/membendung dengan kain?"
1. Membendung atau membalut bayi dengan kain mengehadkan pergerakan anggota tangan dan kakinya.
2. Membantu meluruskan anggota badan dan mengelak bayi terlalu aktif mengerakkan anggota badannya. Malah, bentuk bendung ini membuatkan bayi merasai tekanan seakan berada di dalamrahim ibunya.

"Kenapa menekan?"
1. Menekan ( pastikan tangan anda dalam kedudukan lembut dan meniarapkan bayi)
membuatkan bayi merasa seperti masih dalam rahim ibunya.
2. Ia memberikan rasa sentuhan yang tenang buat bayi. Sentuhan seperti memeluk atau menggosok pada bahagian lutut misalnya akan memberikan rasa kelegaan dan selesa buat si kecil.

"Kenapa dukung?"
1. Ia membuatkan bayi dalam kedudukan seperti dalam kandungan ibunya. Cara dukungan itu memberikan tekanan yang melegakan dan mengelak daripada bayi mengalami pergerakan yang terlalu aktif.
2. Ia memberikan ruang yang selesa buat bayi apabila berada di samping orang yang biasa dengannya seperti ibunya. Dia akan merasai pergerakan, bau dan suara yang dimiliki oleh ibunya.

"Kenapa menepuk?"
1. Menepuk memberikan rasa kelegaan kepada bayi.
2. Menepuk bayi pada bahagian bawah dan belakang.

Nak tahu lebih lanjut sila beli majalah Pa & Ma keluaran Dis di pasaran sekarang

sumber
http://www.majalahpama.com.my


Sakit mata

Sakit mata... satu famili saya dah kena... saya belum lagik .. mungkin mangsa terakhir kut.. tapi mintak di jauhkan.. kalau saya sakit, sapa nak jaga famili saya? Macam iklan dettol tu.. hari2 mop lantai pakai antibakteria.. bau pun dah macam hospital... tapi susah nak elakkan jangkitan.. sebab sakit mata ni berjangkit melalui sentuhan... kalau dah duduk satu umah.. payah tu nak halang jangkitan dari merebak!

Mehh saya citer, sapa yang bawa penyakit ni...

Teng.. teng.. tenggg...

Orangnya adalah Mr papa.. dah seminggu mc .. mata merah menyala.. mcm antu raya.. (walaupun tak pernah nampak antu raya..) tapi mcm tu kut! Dah tu.. bengkak pulak.. takut nak tengok.. kalau tengok, rasa macam mata kita pulak nak berair.. mula2 kena.. nampak merah sebelah mata.. kemudian dua2 sekali merah! Pesakit jugak akan terasa gatal dan pedih mata..




Mangsa kedua adalah.. kakak Ya.. kesian budak ni.. sangat baik orangnya.. Berjangkit sebab suka duk menempet kat komputer papa dier..(papa garu mata, lepas tu pegang kebod)... mujur sekarang beransur pulih sembuh..



Mangsa ketiga.. kakak.. sib baik tak teruk.. merah sikit jer.. saya titiskan susu badan kat dalam mata dier.. alhamdulillah.. jugak beransur pulih.. Kakak baik sangat.. tak nanggis .. tak ada merengget.. tidur malam pun okey..




Mangsa ke empat.. adik.. semalam kena.. teruk sikit.. menanggis bagai kan nak rak.. takut saya dengar.. pedih sangat.. mata bengkak sebab nanggis sama.. pi klinik doc kasi ubat bersih mata jer.. takut bulu mata melekat. Semalam nak tidur kena ulik .. dodoi bagaikan.. mujur bila tidur, lena sampai ke subuh.. Pagi ni tengok dah okey sikit dari semalam.. tapi masih ada merah lagi.. badan adik pun rasa macam nak demam.. tapi saya dah kasi ubat demam..




Mangsa ke lima ?? Mintak simpang malaikat 44..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails