Kurun Najwa
Showing posts with label Sikembar. Show all posts
Showing posts with label Sikembar. Show all posts

Elly dan Emmy ke prasekolah

selamat pagi..
update utk tahun 2015..
Elly dan Emmy dah masuk ke prasekolah.. bermangat giler..siap malamnya boleh tidur dalam senyuman.. lena di ulit intan betul diorang ni.. termimpi galas beg baru kut..

hari pertama..kedua2 mudah bangun, pukul 6 pagi dah terpacak depan bilik mama.. mandi dan siap berbaju.. masih memerlukan bantuan mama utk bersiap dengan pantas.. sarapan koko crunch dengan abang Iman dan kakak Nadya.. kat sekolah hantar sampai kelas.. tengok diorang ok.. boleh ikut arahan cikgu .. kakak nanggis sikit, gelabah sebab tak nampak adik.. lepas dah nampak adik, dia kool balik..

hari kedua.. adik pulak menanggis.. kes cuak, sebab takut cikgu tak bagi balik.. nak mama kata nya.. lawak lak adik ni..

yang pastinya diorang gembira sangat dapat pergi sekolah.. tanya jer pasal sekolah.. panjang lah cerita diorang..

                                                                             Elly

                                                                        Emmy

seronok pi sekolah sebab dapat ramai kawan.. kalau kat umah berkawan ngan Noch dan Ijat saja

                                                                              Noch

                                                                                Ijat

Trick bagi anak makan tomato + bawang besar

Assalammualaikum..

Susah kan nak ajak anak2 makan sayur.. bertuah yer kalau yang jenis suka makan sayur, tak payah nak susah2 nak buat trick bagai.. hidang jer terus ngapp..

nak kena potong cantek2 ler.. kalau boleh potong mcm2 bentuk .. haiwan, bunga.. tahap kecekapan tangan dan kretif yg tinggi diperlukan.. silap haribulan.. hancuss sayur2 tu..

anak sulung 10thn mmg tak makan sayur.. buat pi laa macam mana pun .. mmg tak jalan.. sanggup sembelit dari makan sayur.. tu diaa punya laa ta sukaaa..

anak  kedua 9thn.. pun tak suka sayur.. yg dia makan pun karot sj.. sebab terpengaruh dengan katoon bugs bunny.. wat sap doc??

si kembar.. ok.. pasal makan.. byk senang.. susah sikit sj.. tapi kena ada trick juger laa.. kalau nampak  bulat2 sayur depan mata mmg tak makan juger..

ni salah 1 trick nak suruh makan sayur tomato + bawang..
emm.. masak spagetti goreng.. kisar tomato + bawang besar (2,3 bijik).. dah tu tumis sampai wangi.. campur dengan sos tomato spagetti (nak ada bau dan rasa pasta spagetti).. dah bukan tekak orang itali... so wajib letak kicap sikit.. bg ada kick..bila dah pekat baru masukkan spagetti yg telah direbus tadi..

hasilnya.. tadaaaa.. kan dah makan  tomato ngan bawang..
ekekeh.. yg sebenarnya mama diorang dah buntu tak tahu nak masak apaaaa..

ada juger trick nak bagi anak2 suka makan brokoli.. si kembar ni pun dah kena ngan trick nii.. so sekarang mmg suka makan brokoli.. dah tak takut bila tengok sayur tuu.. nak tahu caranya cam mana?? nanti sy citer yerr..




Anak kembar pun bergaduh dan berebut

Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh ..

Ada 1 soalan cepumas yang datang melayang..

" Adakah  anak kembar bergaduh sesama sendiri dan bagaimana menangganinya???"

Oooo sudah tentu mereka bergaduh sesama sendiri.. bila semakin besar sudah pandai berebut barang dan masing2 susah untuk mengalah.. kalau berebut mereka akan menarik rambut, menampar dan mencakar sesama sendiri.. dalam kes anak kembar saya ni.. si adik yang garang.. kakak  kalah dan  lari menyorok  masuk bawah katil..

Sakit jiwa???.. memang boleh sakit jiwa bila mereka mula bergaduh berebut sesuatu.. menanggis.. menjerit.. riuh rendah dibuatnya..suasana sangat tegang..

dan apa yang saya buat.. hehehe.. mungkin agak kejam sikitt..

kes berebut mainan.. sebab mainan tu ada 1 .. senang saja.. saya ambik mainan tu dan buang ..  cakap kat mereka " kalau berebut tak nak berkongsi mama buang.. kalau nak mesti berkongsi" .. bila barang yang direbut kena buang terus diorang pergi mengadu kat papa.. tapi papa buat tak layan.. sebab dah sedih sangat barang kena buat maka kedua2nya berbaik semula.. berhenti menanggis sendiri.. melopong sebab kedua2 melepas..

Beberapa jam kemudian.. dengar bising2 macam bergaduh berebut sesuatu.. terus saya bagi amaran " nak berkongi atau nak mama buang " terus tak berebut.. haha tahu takut..

Saya selalu ingatkan mereka supaya berkongsi dan berbaik sesama sendiri

" kakak adalah adik.. adik adalah kakak.. kamu datang bersama.. kamu berkongsi dari dalam perut mama"

Mungkin sekarang diorang tak faham.. tapi suatu hari nanti diorang akan faham betapa  diorang memerlukan 1 sama lain.







Bawa lari seluar kecik

Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh ..

Kenakalan budak berdua ni makin menjadi.. sekarang suka bawak larik seluar kecik dan baju kecik .. tak kira yang sapa punya.. dapat kat diorang emm siappp.. masing2 duk cuba nak pakai.. macam2 aksi diorang sampai tersengget2 badan...

kelakar tengok.. 1 lubang kaki  diorang masukkan kedua2 kaki, lepas tu tarik sampai kepinggang.. dengan bangga tunjuk kat mama diorang sambil tanya " mamaaa cantik takkk?"

kalau dapat baju kecik pulak.. siap gelak bagaikan.. sambil sebut "t*t*k" lepas tu gelak balik.. emmm.. entah laa apa yang kelakarnya..

Untuk keselamatan kenalah sorok seluar kecik dengan baju kecik bila dah ambik dari ampaian..



##Pss
haa ni bukan yang mama diorang punya tau.. hahaha kak Ya punya..

Elly & Emmy on Metro 22 ogos 2012.. Mental, emosi kena kuat

Elly dan Emmy di Metro semalam.. bersama dengan geng kembar Amrafahan (3 Auni) dan Affan dan Afnan (dua hati menjadi satu)



Artikel on9 boleh baca di sini

Roti Cunai

Al kisah budak kembar yang baru belajar menyebut perkataan baru..

suatu petang..

Si kembar Elly dan Emmy sedang menikmati roti canai.. dan diorang pun mula berborak..

Elly : emmm.. sedapnya roti cunaiii..

Emmy : bukan kakkk.. roti canaiiiii..

bila saya dengar.. rasa kelakar plak.. dan tengok gelagat diorang.. haha.. bertambah2 kelakar lagii..

Pada mulanya.. dua2nya tak pandai nak sebut roti canai.. duk sebut roti cunaii.. saya selalu duk perbetulkan sebutan diorang.. "bukan roti cunai laaa.. roti canaiii "..

dan akhirnya.. Emmy yang dapat ingat sebutan yang betul.. sekarang ni dia selalu tegur si Elly plakk..


My Elly Emmy 2 tahun 9 bulan

Hari terakhir dalam bulan May.. Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan menikmati kehidupan bersama orang2 yang disayangi dan meneruskan aktiviti seharian..

Terkini.. my elly dan emmy sudah mula mesra kamera.. terutamanya emmy.. elly masih ligat kesana kesini masa nak bergambar..

Akhirnya dapat juga saya ambil gambar dia orang berdua.. bukan senang nak dapatkan gambar yang macam ni.. ada-ada jer.. gelagat diorang.. tak boleh diam jap.. sorang kesana.. sorang ke sini.. bila sorang dah bersedia sorang lagik menyorok plakk.. hehehe.. baru tauuu... susah jugak jadi jurugambar yang tangkap gambar budak kecik ni.. mencabar kesabarannn.. lucu pun yer juger..

Elly dan Emmy yang mengayakan Pillow Case Dress

Elly dan Emmy kecik saja orang nya.. berat Elly baru 10.2kg dan Emmy 10kg.. itu yang ditimbang bulan lepas.. ada peningkatan berat badan.. tapi terlalu sedikit.. kalau nak dibandingkan dengan selera makan diorang.. haa... memang tidak merisaukann.. mesti ikut saya nii.. heee.. perasan japp..

Perbezaan ketinggian.. sudah nampak ketara.. elly lebih tinggi.. kalau nak bandingkan fizikal.. memang elly lebih segalanya berbanding emmy..

Gigi Elly serpih

Kenakalan budak berdua ni.. yang suka bergurau, bergaduh dan bergurau lagi.. akhirnya menyebabkan gigi Elly serpih..



Elly tukang gigit

Ceritanya begini.. seperti biasa mereka bergurau dan bergelak sampai tak hinggat dunia... asyik bermain dengan botol kosong minuman yogurt bliss yang abang mereka minum dan campak merata2 tuu..

Elly mengigit bahagian atas botol yang berpenutup manakala Emmy memusing botol tersebut.. maka bila seorang mengigit dengan kuat dan seorang lagi memusing dengan kuat.. dengan itu terjadilah kejadian gigi serpih.. dan yang kelakarnya Elly sendiri tak perasan yang gigi dia dah serpih.. mungkin tak rasa sakit masa tuu..

Bila Elly senggeh.. saya rasa macam ada yang tak kena dengan muka dia.. bila perhati betul2 baru perasan.. rupanya gigi dia dah serpih.. rasa geramm jerrr.. sebab tak sepatutnya jadi macam tuu.. dah laa gigi depan dia macam rabbit.. nampak ketara sangat..

Emmy tukang pusing

wekkk.. selamat pagi

Selamat pagi dan berehat dihujung minggu..



Pesanan dari Elly.. selalu-selalu lah makan epel hijau.. bagus untuk kesihatan.. " An apple a day Keeps the doctor away"

Tolong saya

Al kisahnya.. budak kembar ni leka bermain.. entah macam mana kaki bangku tu boleh termasuk dalam baju si adik.. tapi dia tak sedar, bila nak bangun dah tak boleh sebab baju dia tertarik.. dia dah panik.. mula menjerit dan nak menanggis..

Datang si kakak memberi bantuan.. cuba meenarik adik dia.. tapi oleh sebab orang yang nak tolong pun sama saiz dengan si mangsa.. maka tiada kejayaan lah disitu.. walaupun dah guna sepenuh tenaga yanng ada..

saya masa ni.. duk pandang jer.. sambil picit punat kamera saja... hahaha.. saja nak tengok gelagat diaorang.. nak tengok apa lagik iktiar diorang..

duk sat... dengar adik duk jerit mintak tolong.. kakak pun sama juga... saya bbuat2 lambat nak tolong.. adik dah nak menanggis.. kakak pun nak nanggis jugak, risau tengok adik dia yanng tak boleh bergerak tuu..


Moralnya..
walaupun selalu bergaduh... berebut benda.. tapi kalau salah sorang dalam kesusahan..seorang lagik mesti akan cuba membantu.. begitulah adat adik beradik..

Mengintai dari kejauhan sungguh pilu

Al kisah seorang budak yang bernama Emmy.. muka toyer baru bangun tido... masih keliru.. di manakah saya?.. kenapa disekeliling saya hijau saja???.. tertanya-tanya.. dimanakah mama?

Lalu mengintai dari kejauhan.. mencari kelibat mama yang dikasihi.. masih belum kelihatan... mama.. di manakah mamaaaaa..


Tiba-tiba... nunnnnnn... disana.. ternampak mama... mama sedang bersiar-siar bersama Elly.. tidak pula mama memandang ke arah saya.. dalam hati terasa sesuatu.. perasaan yang aneh... berat semacam..


Akhirnya perasaan itu tak dapat ditanggung lagiii...hiba dan pilu.. kenapa mama tinggalkan saya disini? menanggis dan terus menanggis.. sambil memanggil mamaaaa...


Dan apa yang saya mampu lakukan??.. menanggis dan terus menanggis.. menunggu mama untuk datang memujuk hati saya.. yang terasa ditinggalkan..

Kakak .. tolong kemas meja!!

Salam..

Kalau korang bawak anak-anak makan kat kedai.. lepas makan tu macam mana keadaan meja makan itu?? adakah meja masih bersih dan saki baki makanan terletak elok jer.. tak sepak sana sini.. ataupun emmm..

Hehehe.. kalau saya yang beranak pinak ni.. memang susah nak kekalkan keadaan macam sebelum makan tu.. meja berterabur makanan jer.. memang susah nak kawal anak-anak kecil ni masa makan.. bukan tak ajar.. tapi mengambil masa..

sebab tu kalau makan .. saya lebih suka makan kat kedai / medan yang lebih santai sahaja.. nanti tak da lah tuan kedai nak jeling-jeling bila tengok kedai dia bersepah makanan.. kalau kat rumah.. keadaan bersepah makanan kat dapur tu biasa laa.. lepas tu mama diorang kemas.. kalau kat kedai.. tak ada lah saya nak kemas.. biar jer pekerja yang buat.. masa ni anak-anak pun dah laju kesana kesini.. kalau kena cas lebih untuk keadaan yang bersepah tuuu .. kami redhaa.. hahaha.. jangan sampai kena maki kat belakang sudah laaaa..





Berkaki naturel

Salam..

Gelagat budak kembar .. dah lama tak citer pasal diorang.. macam-macam kerenah.. semua benda diorang buat mainan..kalau duduk kat dapur.. habis periuk belanga.. besen-besen dibuat mainan..terbaru dah pandai bukak peti sejuk.. jadiknya.. kerja bukak tutup peti jer.. ni kerja Elly.. Emmy pula tolong geledah apa yang ada dalam peti..hahaha.. sabar jer..

Budak kecik ni memang kretif.. ada-ada saja yang diorang main.. kalau senyap jer tu.. adalahh projek yang diorang buat ..

Hahaha.. berkaki Naturel..


Tidur gaya Ali Baba

Salam..

Gaya tidur comel dari Emmy.. kali diberi nama gaya tidur Ali Baba.. sebabnya..

pakai seluar tidur Ali Baba..

suka baca buku Ali Baba.. hehehe.. tengok gambar jer..

pandai cakap "Aliii Babaaaa""

jadik tidur pun dah terbawak-bawak..



Bukan sorang Ali Baba yer.. tapi 2 orang yaaa.. sama-sama lasak .. tidur sampai tak cukup tilam..

Anak skodeng emak..

Salam..

Tajuk entri sangat panass.. kalau yang ada gejala otak biru, mesti terpikir yang bukan-bukan.. nak-nak yang mengoggel permasalah tersebut.. eeee..

Kejadian yang sangat memalukan ini telah berlaku pada diri saya.. heee... inilah akibatnya kalau pakai kain batik sarong kat umah.. memang akan menjadi mangsa pencabulan oleh anak sendiri ;P

Akibat daripada saya leka duk ambik gambar si kembar ni.. sedar-sedar sorang telah hilang... rupa-rupanya, dia dah masuk dalam kain sarung mama dia..

Inilah orang yang skodeng mama dia.. lagik..lagikkk.. si Emmy.. memang nakal sungguh dak teciik nii..

Kebuasan Tidur

Salam..

Selamat pagi semua.. bersiaran secara langsung dari kerusi empuk Putrajaya dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dari kipas meja setting no 1.. heee..

Si kembar masih lagi dibuai mimpi.. sambung semula cerita mimpi yang terganggu semalam akibat dari kehausan tekak lalu terjaga dan mencari susu .. iaitu mencari mama dia.. lalu menghimpit dan berebut untuk menyusu.. masih lagik haus.. botol air pulak yang mereka cari... begitu lah setiap malam..

Dan sekarang mereka tidur dengan begitu nyenyak dan buas sekali.. mengolek dan tergolek sehingga tidak cukup tilam.. tidak sedar walaupun kedengaran bunyi kapal terbang yang memecah ruang udara bila sekali sekala melintasi rumah..


Puteri Mandi dan Puteri lepas Mandi

Salam 16 Ramahdan..

Puteri Mandi.. dah masuk kali ke 3 buat dalam bulan Ramahdan.. sangat mudah dan cepat disiapkan.. rasapun sangat sedap... sweettt jerrr...


Dan yang ini juga puteri..tapi Puteri Lepas Mandi.. puteri ni tak payah nak buat tapi..susah sangat nak siapkan..ke hulu ke hilir dia berlari.. letih nak kejar.. rutin tiap-tiap hari..




Menanggis pun kena ada gaya..

Salam..

Selamat petang semua..

Semalam kita bereksperimen.. hari ni.. kita beraktiviti plak.. aktivitinya adalah... menanggis dengan penuh gaya..bes tau aktiviti niii.. boleh tarik perhatian orang disekeliling..dan seterusnya menaikkan darah ..hehehe.. terutamanya untuk mama .. hahaha.. nanti abis lahhh terpelanting timun yang bertempek kat muka mama tuuu... yesss..mission berjayaaa!!!!

Menanggis bukan dengan aksi biasa-biasa saja tau.. kena ada gaya.. contohnya macam gambar kami kat bawah ni... lepas ni.. kawan-kawan boleh try yaaa.. hasilnya mesti mengagumkan.. dusss..panggg..

Aksi golek-golek kuch kuch hota hai..haii.. dari elly



Aksi nanggis muka gangster dari emmy



ok selamat mencuba kawan-kawan ;PPP

Eksperimen merasa air berbikabonat

Salam..

selamat petang semua..

Hari ni.. dak kembar nak tunjuk 1 eksperimen yang sangat mudah.. iaitu cara untuk merasa air berbikabonat supaya lidah tidak berasa pedih..pedass..dan terkezutt.. untuk kawan-kawan yang seusia dengan kami.. boleh lah mencuba yaa :)

Cara paling selamat dan bijak dari elly.. lidah pun tak rasa sakit...



Tapi Awas.. jangan tiru cara emmy.. kesudahannya.. nanti terjelir lidahh..


okkk.. selamat mencuba dan menikmati minuman berbikabonat..;ppp

Harimau jadian..eh.. kucing jadian..

Salam..

Selama petang semua.. baru berkesempatan menghadap blog ..

Tak tahu nak cerita apa.. hanya nak kongsi gambar si Elly dan Emmy yang suka bermain dengan topeng.. suka sangat bergurau senda sesama sendiri.. kalau bergaduh pun boleh tahan jugak.. kedua-dua hebat.. tak nak mengalah.. tapi masih boleh dipujuk lagik.. kiranya makan dek pujuk juga..

Jom lerr tengok gambar .. si Emmy yang katunn sikit nii.. suka buat lawak..

Masa ni dia suruh kiter pakaikan topeng kat dia.. lepas tu dia agah kat elly.. gelak saja si elly.. Bila dah jemu pakai.. dia kasi kat mama dia pulak.. suruh pakai.."Nah.. Nahh..Nahhh.." kalau tak layan.. abisss laaa.. golek-golek kat lantai tuu..

Jadi mama dia pn kena layan jugaaa... bila mama pakai topeng .. kedua-dua budak ni gelak golek-golek.. buat bunyi kucing, diorang gelak.. buat bunyi harimau pun diorang gelak.. memang tak takut kena sakat.. suka berbakul-bakul pulak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails