Kurun Najwa
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Bahaya gusi berdarah

Salam..

Coretan hari ni, mengenai gusi berdarah.. ada sesiapa yang mengalaminya? kalau ada atau baru mengalami masalah gusi berdarah, jangan buat tak endah saja yer.. bahaya tau.. boleh menjejaskan kesihatan oral serta menyebabkan rasa kurang keyakinan diri untuk berbual dengan orang disekeliling.

Faktor utama yang mendorong gusi berdarah adalah dengan peningkatan usia kita dan faktor berikutnya adalah kerana ketidak sesuaian ubat gigi atau berus gigi yang digunakan. Ini dari pengalaman saya sendiri, masa usia belasan hingga lewat 20 an, tidak ada masalah gusi berdarah.. guna lah ubat gigi apa pun, kotak merah, kotak hijau, kotak biru semua ok, tak da masalah.. tapi bila usia sudah menghampiri 30 an.. gusi mula berdarah semasa memberus.. asalkan berus gigi jer mesti buih tu bercampur darah..  

Punca Masalah gusi berdarah  telah terjawab ..

Bila saya pergi check dengan doktor gigi, dia menasihati saya supaya menukarkan ubat gigi kerana ubat gigi yang digunakan tidak sesuai maka ia menyebabkab gusi berdarah.. kalau dibiarkan keadaan ini berlarutan gusi akan terhakis dan gigi boleh tertanggal dengan sendiri. selain itu juga nafas akan berbau busuk disebabkan darah yang ada dicelah gigi menjadi tempat pembiakkan bakteria..

Doktor gigi tersebut telah mencadangkan  beberapa jenis ubat gigi yang bagus untuk gusi berdarah ni.. salah 1 darinya adalah Sensodyne..  dan syukur masalah gusi berdarah saya dapat di atasi.. sehingga kini saya kekal menggunakan sensodyne..

jadi pada sesiapa yang mengalami gusi berdarah ketika memberus gigi, jangan buat tak endah yer.. kalau sayangkan gigi tu, sila berjumpa doktor gigi dengar nasihat dan cadangan darinya yer..





Gigi sihat putih menawan

Salam..

Selamat pagi semua..
Hari ni saya nak berkongsi tip dan pertua untuk memutihkan gigi serta mengatasi masalah sakit gigi yang di amalkan oleh orang-orang lama..


Memutihkan gigi
Terdapat beberapa cara yang di amalkan untuk memutihkan gigi. Di antaranya adalah

* Ambil biji asam jawa dan goreng tanpa menggunakan minyak sehingga kering. Kemudian tumbuk biji asam jawa tersebut sehingga menjadi serbuk. Gosokkan serbuk tersebut pada gigi. Amalkan selalu dan hasilnya gigi akan kelihatan bersih dan putih berseri.

* Ambil 2 biji pinang tua yang kering dan bakar sehingga menjadi arang. Kemudian tumbuk pinang tersebut sehingga menjadi serbuk. Gosokan serbuk tersebut pada gigi dan dibiarkan seketika. Selepas itu barulah dicuci dengan air.

* Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tumbuk arang hingga halus. Gosokkan pada gigi.

* Hancurkan dua atau tiga helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi.

* Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi.

* Ambil kulit manggis dan bakar. Kemudian tumbuk sehingga halus. Gosokkan pada gigi.

Sakit gigi berlubang
Antara pertuanya adalah

* Cara yang paling cepat untuk menghilangkan rasa sakit ialah dengan menyumbat serbuk bunga cengkih yang telah ditumbuk halus pada gigi berlubang.

* Tumbuk sirih yang dicampur sedikit kapur kemudian letakkan pada gigi yang sakit. Rasa sakit akan berkurangan.

* Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di atas daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

* Tempelkan gigi berlubang dengan hirisan bawang putih. Kemudian dibiarkan selama 1 jam.

* Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Kemudian tumbuk sehingga separuh hancur. Selepas itu masukkan gambir ini ke dalam gigi yang berlubang.

Sakit Gigi Geraham Bongsu
* Panaskan air,garam dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.

Minyak lemak ayam

Salam..

Selamat pagi semua..

Hari ni saya nak berkongsi tentang kebaikkan minyak lemak ayam... korang pernah dengar tak tentang minyak lemak ayam ni.. kalau tak.. meh saya nak kasi tau..

okkk.. minyak lemak ayam ni.. korang kena buat sendiri tauuu.. tak der jual kat mana-mana kedai minyak..

bau busukk??.. korang jangan risau.. minyak lemak ayam ni tak der bau apa-apa dan jugak tidak melekit..


cam mana nak buat???
mula-mula korang mestilah kumpul lemak-lemak ayam (yang lembek kuning-kuning tuu)... kumpul banyak lemak tu.. baru boleh dapat banyak minyak.. ayam pulak tak kisah ayam apa pun.. ayam kampung ker.. ayam bandar ker.. ayam dara ker.. ayam jantan ker... semua boleh.. janji ayam noooo..

setelah lemak-lemak itu dibersikan dan disejat air nya.. letakkan dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan sambil dikacau.. masak sehingga semua lemak tersebut pecah menjadi minyak.. kemudian boleh laaa korang tapis dan simpan dalam botol..

okkk dah siap..

sekarang saya nak bagi tau.. kebaikkan minyak lemak ayam ni..
kegunaannya adalah untuk disapukan pada kulit yang terkena percikan minyak panas ketika mengoreng.. bila terkena jer minyak panas tu.. korang jangan basuh ngan air tapi korang terus jer sapu minyak lemak ayam ni.. letak banyak-banyak.. Insyaallah memang tak kan lepuh dan mengelembong bahagian kulit yang terkena minyak panas tu.. esok lusa tulat tungging.. kulit itu akan kering dan mengelupas sendiri nya.. tak kan ada parut nyer..

tak percaya??.. sila percaya.. sebab saya dah amalkan sejak zaman anak dara lagik..kat dapur mesti ada minyak lemak ayam ni.. biasa laa.. masa mengoreng tuuuu.. letupan tidak dijangka..

ok tuuu jer.. bye.. bye.

Payudara sihat dan cantik mengoda

Salam..

Hari ini, saya nak berkongsi info yang sangat berguna dengan kaum hawa diluar sana.. tentang penjagaan aset kita yang sangat berharga iaitu payudara..



Mencantikkan Payu Dara

* Panaskan dua sudu minyak sapi dengan menggunakan api yang kecil dan kemudian sejukkannya. Setelah itu, sapukan pada sekeliling payu dara dengan urutan secara perlahan-lahan selama 15 minit. Kemudian lap sehingga bersih menggunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air suam.

* Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekeliling payu dara dan jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.

Menegangkan Payu Dara

* Bagi ibu-ibu yang menyusu anak,mereka merasa bimbang dan takut payudara akan menjadi kendur. Terdapat cara untuk mengatasi masalah itu dengan mengamalkan petua ini.

* Mula-mula, sapukan minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.Kemudian daun sirih tersebut di layak atas api kecil. Apabila sudah layu, ramas daun sirih sehingga lumat dan sapukan pada sekeliling payu dara. Jangan terkena pada bahagian puting. Lakukan sehingga 3 hari berturut-turut. Insyaallah payu dara anda akan kembali tegang.


Payu Dara Membengkak

* Bersihkan daun kacang panjang dan daun sirih. Kemudian ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan tampalkan pada payu dara. Lakukan secara berulang-ulang kali sehingga kering. Selepas itu barulah dicuci dengan air bersih.

Merawat ketiak busuk

Salam..

Ketiak sapa yang wangiii ?? sila angkat tangan.. hehehe.. tipuuu .. mana ada ketiak orang tua wangi.. mesti ada jugakk busuk nya.. mungkin tahap kebusukan tuu berlainan untuk setiap individu.. yang pasti mesti ada bau nyaa.. kecuali ketiak kitarong ni.. sentiasa wangiii.. sebab kitaorang masih budak tecik.. tak der lagik hormon untuk ketiak busuk.. tak caya.. mehh cium ketiak kami... emmm wangiiii...ketiak artis pun kalahhh..


Sebenarnya tak susah nak hilangkan bau ketiak busuk ni.. bergantung kepada kerajinan untuk menjaga kebersihan diri.. sebab dah berlambak produk untuk merawat ketiak busuk dipasaran.. siap duit dan cuba yang mana bersesuaian dengan ketiak masing-masing.. tapi kalau dah setiap produk yang dibeli tak berjalan jugak.. emm boleh cuba beberapa petua orang dulu-dulu.. lebih jimat bajet.. tapi kena rajin laa.. kalau setakat sekali cuba jaaa.. memang tak nampak hasil..
* Ramaskan pucuk jambu batu hingga hancur. Kemudian sapukan di ketiak setiap kali sebelum mandi.

* Rebus lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Didihkan hingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan camourkan gula merah. Amalkan meminumnya dua kali seminggu.

* Ambil hampas kelapa, lumurkan pada ketiak. Biarkan selama lima minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

* Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan dua kali seminggu.

* Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.

* Tumbuk tujuh helai daun limau nipis hingga hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar biji kacang. Makanlah tiga kali sehari. Bau badan akan hilang.

* Rendam bunga tanjung, melati, melur, kenanga dan bunga mawar dalam sebaldi air. Campurkan dengan limau purut yang dibelah empat. Biarkan semalaman. Amalkan mandi selama empat puluh hari sebelum hari pernikahan.

pss... cara yang paling senang dan cepat.. yang mama selalu lakukan adalah dengan menyental limau purut pada ketiak.. belah dua dan gosokan pada ketiak.. lakukan seminggu 2 kali.. Insyaallah.. lama kelamaan.. hilang laa bau tengit ketiak tu.. yang penting kena rajin amalkan.. baru nampak hasil..

Situasi saya sekarang ni..

Salam..

Semalam saya pergi klinik untuk checkup perkembangan tuwen .. setelah disoal dengan bertubi-tubi soalan serta penerangan yang berbakul-bakul sampai sengget mulut doktor dan termunchung-munchung mulut saya mengiyakan apa yang betul dan menidakkan apa yang salah..

Akhirnya.. doktor tu kasi supplement ni kat saya.. hehehe adakah Noriday saya sudah bye bye?


Agak-agak nyer apa yang berlaku.. sila luahkan apa yang tersirat kat kepala korang kat komen tu..

Ps:
Satu lagik.. korang tahu tak.. ada sorang baby baru 7 bulan tapi dah pandai cari wang saku.. kalau nak tahu anak siapa.. jom pi umah dier..

Buah turunkan Berat Badan

Salam..

RAMAI sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.
Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.

1. Limau gedang

  • Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghalang kehadiran kalori dalam makanan.

2. Oren
  • Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal
  • Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

4. Beri

  • Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

5. Tembikai
  • Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

6. Anggur
  • Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.

Cantik, bijak dengan pisang

Salam..
Sapa suka makan pisang?.. kalau suka jentik ads kat tepi tu yer.. hehehe..
Bagus tau makan pisang ni.. banyak kebaikkannya.. korang tau tak? kalau makan pisang hari-hari korang akan kelihatan cantik dan bijak.. kalau tak caya.. korang baca info kat bawah tu..


Pisang mampu buat anda gembira.
Protein dalam pisang yang dikenali sebagai triptofan ditukar kepada serotonin oleh badan manusia. Serotonin adalah sejenis bahan yang mampu menghasilkan perasaan tenang, membangkitkan mood dan secara keseluruhannya membuatkan kita gembira. Oleh itu jika anda berasa kecewa, cuba nikmati keenakan pisang, sambil merasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada positif.

Meredakan ketidakselesaan perut.
Kita sering mengalami masalah perut tidak selesa apabila bangun pagi akibat makan banyak sebelum tidur. Beberapa hirisan pisang atau pun minum pisang yang dikisar mampu meredakan 'menenangkan' perut sekali gus memulihkan rasa tidak selesa.

Hindari stres.
Apabila stres atau menghadapi tekanan kadar metabolik kita akan meningkat, pada masa yang sama menurunkan paras potasium dalam badan. Pisang mengandungi potasium yang tinggi membantu mengembalikan kadar potasium dalam badan pada paras normal. Degupan jantung dan aliran oksigen dalam badan juga boleh kembali normal.

Merangsang otak.
Pisang membantu merangsan fungsi otak disebabkan potasium yang terkandung di dalamnya. Hasil penyelidikan mendapati potasium membantu seseorang menjadi lebih peka dan berhati- hati. Cuba makan sebiji pisang sebelum menduduki peperiksaan atau menghadiri temuduga. Ia mungkin membantu.

Penampilan menawan.
Sejak zaman nenek moyang kita, pisang telah digunakan sebagai bahan untuk topeng kecantikan wajah. Ini kerana kandungan anti penuaan yang dipercayai terdapat di dalam pisang. Cuba resipi ini untuk mendapatkan kulit menawan. Kisar pisang dengan madu dan beberapa titik oren. Sapukan pada muka, biarkan beberapa minit sebelum dibilas bersih. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.

sumber utusan

Khasiat buah anggur

Salam..

Selamat petang semua.. petang ni tak ader kuih muih.. petang ni kiter makan buah anggur jer.. kalau nak tahu, buah anggur ni ada banyak khasiat.. nak tahu khasiatnya..

Jom baca info tentang khasiat buah anggur

Buah Anggur dikenali sebagai Vitis vinifera iaitu dari family vitaceae merupakan buah yang paling baik dan banyak faedah daripadanya. Anggur boleh di makan ketika basah ataupun kering yang dipanggil kismis. Ia juga di gunakan untuk membuat jus anggur dan arak. Walau bagaimanapun arak diharamkan oleh Islam kerana membawa kepada kemudaratan.

Sumber Yang Terdapat Dalam Buah Anggur

· Mineral (kalsium & fosforus)

· Vitamin A&B

· Gula (glukos & fruktos )

Sumber :Encyclopaedia Britannica

Kandungan yeng terdapat dalam buah anggur diperlukan oleh limpa manusia bagi tujuan simpanan dan akan dikeluarkan ketika diperlukan seperti ketika berpuasa. Walaupun buah anggur merupakan buah yang baik, sumber kekuatan, ubat yang baik, minuman yang baik tetapi jika pengambilan yang berlebihan akan membawa kepada sakit kepala.

Walau bagaimanapun semua kelebihan dan kenikmatan buah Anggur adalah rezeki yang diberikan kepada manusia oleh penciptanya Yang Maha Agung.

Menangis Berterusan

Salam..

Jom berkongsi info

Menangis berterusan adalah masalah bayi yang biasa kepada ibubapa atau penjaga bayi baru lahir atau bayi berusia kurang dari satu tahun. Menangis adalah satu cara bayi berhubung untuk menunjukkan mereka mempunyai masalah atau tidak selesa.

Tanda dan Gejala
Bayi biasanya akan menangis apabila :
* Lapar dan dahaga.
* Mengantuk atau letih.
* Kesejukan atau basah.
* Minta didukung.
* Perlu ditukarkan lampin.
* Dalam kesakitan atau tidak selesa.

Menangis berterusan boleh ditafsirkan sebagai :
* Menangis berterusan pada jangka masa yang lama.
* Menangis meskipun semua keperluan dipenuhi
* Menangis dengan nada yang berbeza dari tangisan biasa
* Menangis disertai dengan pergerakan luar biasa seperti bayi menangis sambil mengangkat kedua-dua kaki ke atas.

Keadaan tertentu yang boleh menyebabkan bayi menangis berterusan:
* Perut memulas.
* Penyakit.

Rawatan
Beri perhatian dengan segera apabila bayi anda menangis. Pengalaman dan masa mengajar anda mengenali keperluan bayi anda dan bertindaklah mengikut keperluan.
* Bayi yang menangis akibat lewat diberi susu akan dapat diatasi dengan tidak melengahkan masa pemberian susu.
* Bayi yang lampinnya basah akibat kencing atau berak hanya perlu ditukarkan lampin.
* Bayi yang kesejukan akan selesa apabila dibalut dengan selimut atau pakaian yang dihangatkan terlebih dahulu.
* Periksa seandainya ada keadaan yang boleh menyebabkan kesakitan, seperti pin lampin terbuka atau disengat serangga.
* Memeluk rapat bayi anda dan menghayunkanya perlahan-lahan.
* Urutan atau usapan lembut di belakang atau didada bayi.

Kadangkala bayi menangis berterusan meskipun segala usaha telah diambil untuk memujuknya. Anda mesti bertenang dan tidak tertekan kerana jika tidak perasaan bayi anda akan lebih terganggu. Jangan sesekali mengoncang bayi anda kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan teruk kepada leher dan otak bayi anda. Sekiranya anda rasa tertekan / keletihan minta bantuan kawan atau ahli keluarga yang lain mengambil alih menjaga bayi anda sementara. Ambil masa anda untuk bertenang sebelum meneruskan penjagaan bayi anda.

Sumber
Info Sihat

Ekzema

Salam..

Jom berkongsi info penting..

Apa itu ekzema?

Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak. Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

pic google

Apa penyebab ekzema?

* Keturunan.
* Alahan
* Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
* Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
o Infeksi virus.
o Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
o Lain lain jangkitan.
* Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan

Apa kah tanda tanda dan gejala-gejala ekzema?
Ekzema kelihatan seperti :

* Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki
* Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
* Bengkak kecil yang berair.

Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?
Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:

* Ubat pencegah gatal seperti antihistamin
* Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
* Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
* Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman

Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?

* Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
* Elakkan mandi air panas/suam.
* Elakkan memakai baju berlapis-lapis
* Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
* Elakkan dari fabrik yang kasar.
* Jangan gunakan sabun apabila mandi.
* Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda
* Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

Sumber
Info Sihat

Penurunan Berat Badan

Salam..

Berkongsi info mengenai penurunan berat badan

  • Jika anda mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kkal sehari , anda boleh menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu.
  • Dalam sebulan,anda akan kehilangan berat badan sebanyak 2 kg hingga 4 kg.
  • Pengurangan berat badan yang disarankan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam masa 6 bulan.
  • Sekiranya penurunan berat badan melebihi 10% dalam masa 6 bulan , anda akan;
    • Berisiko tinggi mendapat batu hempedu
    • Elektrolit tidak normal
    • Kekurangan nutrien
    • Peningkatan asid urik
    • Kehilangan protein dan otot
  • Selepas 6 bulan,penurunan berat badan akan statik dan anda tidak akan mengalami penurunan berat badan lagi.
  • Ini adalah kerana ,apabila berat badan anda menurun , tahap metabolisme juga menurun kerana kehilangan otot-otot.
  • Oleh yang demikian, adalah penting untuk menggabungkan DIET dan SENAMAN dalam proses penurunan berat badan .
Pengurusan Pemakanan Untuk Berat Badan Berlebihan

Objektif Pengurusan Pemakanan
  • Untuk menurunkan berat badan
  • Untuk mengekalkan berat badan yang normal.
  • Untuk menghalang peningkatan berat badan .
  • Untuk mengurangkan risiko darah tinggi , diabetis mellitus dan penyakit jantung .
  • Untuk meningkatkan kualiti kehidupan,berasa lebih sihat dan bertenaga.
  • Untuk mengurangkan pengambilan kalori.

Untuk mengurangkan berat badan , anda perlu mengurangkan pengambilan makanan secara berperingkat dengan teratur

  • Pastikan anda mengikut Panduan Pemakanan Malaysia.
  • Cuba kurangkan pengambilan hasil bijirin , ubi ??? ubian, ikan , ayam , daging dan kekacang.
  • Kurangkan pengambilan kalori dengan ;
    1. menggunakan sedikit minyak semasa memasak
    2. mengurangkan penggunaan gula seperti gula pasir , gula perang , madu dan gula yang tersembunyi dalam makanan dan minuman.
    3. meningkatkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran , buah-buahan dan hasil bijirin seperti oats kerana makanan ini akan menyebabkan anda berasa kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama.
    4. minum air kosong dengan banyak sekiranya mengambil makanan tinggi serat
Sumber
Info Sihat

Transfer Factor.. 4Life

Salam...

Siapa yang ambik produk 4Life Transfer Factor .. sila angkat tangan.. Kalau tak pernah dengar pasal produk ni.. mai saya kasi tau sikit.. Hehehe nak kasi tau banyak-banyak pun tak boleh jugak .. sebab saya pun baru jer cuba produk ni..


Cerita dia macam ni... 2 minggu lepas, suami saya mengalami selsema dan sakit tekak yang teruk.. .memang serak giler...sampai hilang suara. Kebetulan pulak mama memang duk guna TF ni.. jadi dia kasi anak dia makan.. 2..3 hari kemudian sakit tekak suami pun beransur sembuh.. kalau nak bergantung pada ubat klinik.. alamatnya lambat ler nak sembuh ..cakap main pakai isyarat tangan laa..

Suami pun rasa yakin dengan TF ni.. jadi beli laa sebotol .. melalui dealer yang mama selalu beli tu.. walaupun harga agak mahal.. tapi tak kisah lah, sebab ianya berkesan. Nadya pun saya kasi TF ni, sebab dia selalu selsema dan batuk..Caranya dengan campurkan TF(berbentuk serbuk dalam kapsul) dalam susu dan kacau... kalau tak ... susahnya nak beri minum ubat batuk.. sampai kena paksa.. silap haribulan terus muntah jer ..

Kalau nak tahu mengenai kebaikkan TF ni.. boleh baca kat blog Ina.. sebab dia dah lama gunakan TF..

Info mengenai TF.. di ambik dari sini
  • TF adalah "molekul pendidik sistem imun" (immune IQ).
  • 1biji (200mg) berpotensi mengenali lebih dari 100,00 jenis kuman, virus, kulat, parasit, bakteria, dan juga sel kanser.
  • Maklumat IQ yang terkandung dalam TF merangsang sistem imun untuk menyerang segala "penceroboh"dan sel2 "rosak" (berpenyakit) didalam badan.
  • Molekul TF diastrak dpd kolustrum (susu awal lembu) dan kuning telur.
  • Walau bagaimana pun TF tiada mengandungi antibodi khusus spt yg terdapat didlm kolustrum (haiwan). Oleh itu,TF tidak memberi sebarang kesan elergi kepada pengguna.
Jangan salah faham yer.. saya bukan nak promote produk ni... tapi sekadar nak berkongsi dengan kawan-kawan tentang produk yang baik untuk kesihatan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails