Kurun Najwa
Showing posts with label Pil Perancang. Show all posts
Showing posts with label Pil Perancang. Show all posts

Situasi saya sekarang ni..

Salam..

Semalam saya pergi klinik untuk checkup perkembangan tuwen .. setelah disoal dengan bertubi-tubi soalan serta penerangan yang berbakul-bakul sampai sengget mulut doktor dan termunchung-munchung mulut saya mengiyakan apa yang betul dan menidakkan apa yang salah..

Akhirnya.. doktor tu kasi supplement ni kat saya.. hehehe adakah Noriday saya sudah bye bye?


Agak-agak nyer apa yang berlaku.. sila luahkan apa yang tersirat kat kepala korang kat komen tu..

Ps:
Satu lagik.. korang tahu tak.. ada sorang baby baru 7 bulan tapi dah pandai cari wang saku.. kalau nak tahu anak siapa.. jom pi umah dier..

Perancang keluarga

Salam

Berkongsi info bagi merancang keluarga

Kenapakah saya perlu mengambil berat mengenai perancang keluarga?
Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut.
Masa yang sesuai untuk wanita mempunyai anak:

  • Berumur diantara 20 dan 35 tahun
  • Mempunyai anak kurang dari 2-3 orang
  • Kelahiran anak terakhir 2-3 tahun lalu
  • Tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi
  • Pasangan ingin mempunyai anak

Ibu dan bayi adalah berisiko jika faktor-faktor diatas tidak di penuhi.
Dari itu wanita adalah digalakkan mengamalkan kaedah perancang keluarga.

Apakah kaedah-kaedah perancang keluarga yang ada?

  1. Kaedah semulajadi
    • Kaedah masa subur
    • Suhu badan asas
    • Kaedah cairan dan lendiran faraj
    • Kaedah gabungan
    • Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan
  2. Kaedah halangan
    • Kondom
    • Topi servik
    • Diafram
  3. Hormon
    • Pil
    • Implan
    • Suntikan
  4. Alat dalam rahim
  5. Kaedah kekal
    • Ikatan tiub fallopian/peranakan
    • Pembedahan mengikat saluran mani lelaki

Apakah faedah merancang keluarga?
Faedah-faedahnya termasuklah:

  • Meningkatkan kualiti hidup wanita, pasangan dan anak-anak
  • Membantu wanita merancang dan menjarakkan kehamilan untuk kesihatan ibu dan anak yang lebih baik
  • Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak di ingini
  • Untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi
  • Merancang keluarga membaiki kesejahteraan keluarga

Apakah kaedah yang sesuai untuk saya?
Anda perlulah menentukan kaedah yang paling sesuai untuk anda dengan bantuan anggota kesihatan.
Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum memilih kaedah perancang keluarga:

  • Umur wanita tersebut
  • Taraf kesihatan
  • Keberkesanan kaedah
  • Kaedah yang disukai individu
  • Kaedah yang terdapat di klinik

Bagaimana untuk saya tahu yang saya tidak hamil sebelum memulakan perancang keluarga?
Sebelum memulakan perancang keluarga, anda harus memastikan anda tidak hamil.
Wanita tidak hamil jika beliau tidak mempunyai tanda-tanda kehamilan dan mempunyai criteria seperti di bawah:

  • Dalam masa 7 hari selepas haid normal
  • Dalam masa 7 hari selepas keguguran
  • Dalam masa 4 minggu selepas kelahiran untuk ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi
  • Ibu-ibu yang menyusukan anak dalam masa 6 bulan kelahiran dan belum lagi turun haid
  • Belum lagi melakukan seks sejak haid terakhir

Sekiranya kehamilan belum lagi dipastikan, anda perlu :

  • melakukan ujian kehamilan air kencing atau
  • tunggu sehingga haid berikutnya (kondom dan penggunaan bahan pembunuh sperma boleh digunakan sementara menunggu haid berikutnya)


Bilakah kaedah perancang keluarga perlu dimulakan?

  1. Hormon (pil)
    • Wanita tidak hamil- bila-bila masa, terutamanya dalam masa 7 hari
    • Selepas keguguran- mulakan serta merta
    • Selepas kelahiran :-
      • Jika tidak menyusukan bayi-mulakan 3 minggu selepas melahirkan anak
      • Jika menyusukan bayi- mulakan 6 bulan selepas melahirkan anak atau lebih awal jika berhenti menyusu atau digantikan dengan susu formula
  2. Suntikan hormon
    • Mulakan dalam masa 7 hari haid
    • Mulakan serta merta selepas keguguran
    • Selepas kelahiran
      • Sekiranya tidak menyusu-serta-merta selepas melahirkan anak
      • Jika menyusukan bayi-6 minggu selepas melahirkan anak
  3. Alat dalam rahim
    • Semasa haid
    • Serta merta selepas keguguran
    • 6-8 minggu selepas kelahiran sebelum memulakan hubungan seks
  4. Kaedah kekal
    • Wanita (Ikatan tiub fallopian/ tiub peranakkan)
      • serta-merta selepas melahirkan atau
      • 6 minggu selepas melahirkan atau
      • Semasa pembedahan kelahiran/ Caesar atau
      • Bila-bila masa
    • Lelaki (Vasektomi)
      • Bila-bila masa


Adakah kaedah perancang keluarga yang digunakan semasa kecemasan berkesan untuk mengelak kehamilan
Keberkesanan Pil perancang yang di gunakan semasa kecemasan ialah 75% manakala keberkesanan Alat dalam rahim pula adalah 99.9% untuk mengelak kehamilan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlupa mengambil pil kombinasi hormone paket 21 (seperti Marvelon, Nordette)

  • Lambat memulakan
    • Tidak melakukan seks atau menggunakan kondom atau gunakan bahan pemusnah sperma sehingga anda mengambil turutan 7 pil.
  • Terlupa 1 pil
    • Ambil serta-merta dan sambung yang lain seperti biasa.
  • Terlupa 2 atau lebih pil
    • Gunakan kondom untuk selama 7 hari
    • Ambil pil hormon
    • Kira berapa bilangan pil hormone yang masih tinggal dalam paket, jika 7 biji atau lebih, makan pil yang tinggal seperti biasa. Jika kurang dari 7 pil hormone yang tinggal, makan baki pil yang tinggal itu seperti biasa dan mulakan paket baru pada hari esoknya.
Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tertinggal pil hormone progestin ? (cth, Noriday)
Ambil pil terakhir yang tertinggal serta-merta. Elakkan seks. Sambung mengambil pil berikutnya seperti biasa. Jika tidak dapat mengelak dari melakukan seks, gunakan kaedah perancang yang lain selama 48 jam.

Sekiranya tiub fallopian/ peranakan saya telah diikat?
Kaedah pembedahan adalah kaedah kekal dan pembedahan untuk membukanya dapat dilakukan tetapi mungkin tidak akan berjaya.

Di manakah saya boleh mendapat khidmat bantuan untuk perancang keluarga?
Khidmat Perancang Keluarga terdapat di semua Klinik Kesihatan Kerajaan, Klinik Lembaga Pembangunan dan Kependudukan Negara (LPPKN) dan Klinik Pertubuhan Perancang Keluarga.

Sumber
Info Sihat

Ibu menyusu secara eksklusif pun boleh mengandung?

Salam
Minggu lepas, mama ada datang rumah.. masa duk sembang kat dapur, mama ternampak pil Noriday saya,lalu bertanya.. "ni pil apa?".. Saya pun bagi tahu mama yang saya ambik pil perancang tu.. sebab sesuai ngan saya dan elok untuk ibu menyusu.. Terus jer mama zasss dengan ketidak percayaannya akan keberkesanan menggunakan pil.. sebab masih ada risiko untuk mengandung.. kalau ikutkan mama, dia lebih suka saya mengunakan implano macam beras opps biras saya.. senang.. kasi masuk ikut berapa tahun nak .. lepas tu.. kompem selamat.. kalau termengandung jugak.. memang tuhan nak bagi rezeki..

Jadi saya pun cuba menyakinkan mama bahawa penggunaan pil pun selamat.. sebab saya dah menyusu anak sepenuhnya, lagi pun serasi dengan badan.. jadik tak mungkin akan mengandung.. Lagik pun tentera jepun tidak menjajah lagik... Hehehe.. terus saja mama zasss" haa tu lagik bahaya.. tentera jepun tak datang, nanti tiba-tiba dah makan budakkk..".. saya pun gelak-gelak jer.. takkan kot boleh jadik macam tu..

Tapi kan.. kan.. masa duk baca metro terjumpa artikel ni..

Wanita menyusu eksklusif berbadan dua


KAEDAH penyusuan badan secara eksklusif bagi tujuan mencegah kehamilan hanya berkesan sekiranya semua (bukannya salah satu) syarat di bawah dipenuhi:

* Usia bayi yang dilahirkan di bawah empat bulan (ada pendapat yang mengatakan enam bulan)
* Menyusu badan sepenuhnya
* Belum didatangi haid

Sekiranya salah satu syarat terbabit tidak dipenuhi misalnya selepas tempoh usia sembilan bulan seperti dalam keadaan anda, kaedah ini tidak lagi dijamin keberkesanannya dan anda terdedah kepada risiko kehamilan.

Pada setiap pemeriksaan antenatal ini, anda digalakkan berbincang dengan doktor anda mengenai kaedah pencegah kehamilan yang terdapat di pasaran.

Jika anda ingin menyusu badan, kaedah tidak berhormon (seperti IUD) ataupun kaedah berhormon progestin saja (seperti pil tertentu, suntikan depo atau implan) boleh digunakan, pilihlah yang bersesuaian dengan anda. Bacaan seterusnya

Ni dah mula pikir banyak kali.. takut beb..

Si kakak ni pun dah pandai angkat kaki.. lepas tu isap jari kaki.. orang tua cakap.. tu nak adik laa.. tapi tak kisah la.. kakak dah dapat adik dah..

Yang kisahnya.. si adik ni.. pun mau isap kaki.. ooo tidak.. kamu tak boleh ada adik lagik.. teruk badan mama.. baru nak pulih..

**mama(MIL)

Merancang keluarga

Salam..
Saya nak bertanya kepada mama2.. ibu2.. emak2.. kat luar sana tu...
Kaedah apa yang kalian guna untuk merancang keluarga aka menjarakkan kehamilan...

Untuk pengetahuan .. sebelum ini saya tidak mengambil sebarang kaedah perancangan... merancang secara "berjaga-jaga" ada paham?.. ikut kitaran haid .. kenal pasti waktu kesuburan.. Kira-kira sampai 5 tahun jugak lah berjaya menjarakkan kelahiran.. sehingga eksiden berlaku.. dan ianya adalah rezeki dari Nya..

Terus dapat 2 bb.. membuatkan saya rasa kena lebih berhati2 selepas ini.. nak guna pakai kaedah semulajadi ni.. saya pikir beratus kali.. takut tersangkut pulak dalam masa terdekat ni.. abis laaa.. kantoiii..

Cadangan dari mama saya.. ikat saja.. sudah ramai anak .. sudah 4.. tak payah nak beranak lagik.. susah kalau banyak sangat anak.. nanti dah takleh enjoyyy.. dengan erti kata lain nya.. SEKS UNTUK ENJOYY.. BUKAN UNTUK BUAT ANAK BEBANYAK.. hehehe.. poyo jugak yer pernyataan mama saya ni.. membuatkan saya kemalu-maluan..
Saya diam saja.. sambil senyum bodoo.. dalam hati.. mana boleh.. hehehe.. saya muda lagi.. kalau boleh nak lagik anak.. tamak kan!

Hari tu.. banyak yang nurse tu terangkan.. macam2 kaedah la.. suntik, pil, implano.. apa2 pun keberkesanannya bergantung pada individu masing2.. ada yang sesuai ada yang tidak..

Oleh kerana saya menyusu anak.. jadi nurse tu, sarankan saya menggunakan kaedah pil.. kenalah makan tiap2 malam.. tak leh mis.. waktu pun kena tetap.. tapi masih ada lagi kemungkinan untuk hamil lagik.. iaitu 5%.. kiranya.. kaedah "berjaga-jaga" kena guna pakai lagik laa..


Pil Noriday.. kebaikkannya adalah.. dapat menambah pengaliran air susu.. mujur saya tak ada sebarang simpton seperti pening, mual selepas makan ...

Tau tak? Saya dah set dalam reminder hanset.. utk makan pil ni.. so tiap2 malam hanset saya akan berbunyi.. hehehe.. tak der la makcik ni lupa nak makan pil dier..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails