Kurun Najwa
Showing posts with label Kecantikkan. Show all posts
Showing posts with label Kecantikkan. Show all posts

Bahaya gusi berdarah

Salam..

Coretan hari ni, mengenai gusi berdarah.. ada sesiapa yang mengalaminya? kalau ada atau baru mengalami masalah gusi berdarah, jangan buat tak endah saja yer.. bahaya tau.. boleh menjejaskan kesihatan oral serta menyebabkan rasa kurang keyakinan diri untuk berbual dengan orang disekeliling.

Faktor utama yang mendorong gusi berdarah adalah dengan peningkatan usia kita dan faktor berikutnya adalah kerana ketidak sesuaian ubat gigi atau berus gigi yang digunakan. Ini dari pengalaman saya sendiri, masa usia belasan hingga lewat 20 an, tidak ada masalah gusi berdarah.. guna lah ubat gigi apa pun, kotak merah, kotak hijau, kotak biru semua ok, tak da masalah.. tapi bila usia sudah menghampiri 30 an.. gusi mula berdarah semasa memberus.. asalkan berus gigi jer mesti buih tu bercampur darah..  

Punca Masalah gusi berdarah  telah terjawab ..

Bila saya pergi check dengan doktor gigi, dia menasihati saya supaya menukarkan ubat gigi kerana ubat gigi yang digunakan tidak sesuai maka ia menyebabkab gusi berdarah.. kalau dibiarkan keadaan ini berlarutan gusi akan terhakis dan gigi boleh tertanggal dengan sendiri. selain itu juga nafas akan berbau busuk disebabkan darah yang ada dicelah gigi menjadi tempat pembiakkan bakteria..

Doktor gigi tersebut telah mencadangkan  beberapa jenis ubat gigi yang bagus untuk gusi berdarah ni.. salah 1 darinya adalah Sensodyne..  dan syukur masalah gusi berdarah saya dapat di atasi.. sehingga kini saya kekal menggunakan sensodyne..

jadi pada sesiapa yang mengalami gusi berdarah ketika memberus gigi, jangan buat tak endah yer.. kalau sayangkan gigi tu, sila berjumpa doktor gigi dengar nasihat dan cadangan darinya yer..





Blusher, lipstick, BB cream dari MAC

Salam

Coretan petang ni, teringin sangat.. macam orang tengah mengidam, nak guna jenama makeup yang mahal2.. huhuk sebelum ni tak pernah guna pun, kalau beli pun jenama makeup yang duk iklan kat tv saja...julat harga antara rm16 hingga rm40 saja..

mungkin juga penanggan daripada GST yang bakal rakyat Malaysia hadapi bermula minggu hadapan.. jadi apalagi, sebelum harga yang dah mahal ni bertambah mahal, saya pun menyempurnakan kempunan tersebut dengan di seponsor sepenuhnya oleh enchik abam suami tersayang.. tq lalink :)

Persoalannya.. baguih ker? bagoss ker? lawa ka muka tu? dah jadik sama taraf cam muka artis ka?

OK.. Jawapan untuk persoalan itu telah dijawab oleh juri2 yang susah bangat nak memuji ni.. macam takut kena saman saja kalau nak bagi pujian tu.. kempunan tau nak dengan pujian dari diorang.

Juri pertama.. Enchik Abam Suami
" emm cantik .. muka tu nampak cam tak bermakeup.. nampak cantik semulajadi.. berseri2 ..muda .. macam ni abang suka, kalau tempek muka bedak berlapis2 tu abang tak suka.. rasa cam nak pi cakar jer muka tu.. mesti banyak bedak kat kuku.. dah tu mulut merah menyala macam kucing baru lepas makan burung "
Pehh sempat lagi tu dalam memuji selit dengan leteran sedikit... ok noted.. isteri awak tak akan pakai bedah tebal2 cam tepung gombak plus dengan lipstik merah nyala..

Juri kedua.. anak lelaki Iman 12 tahun
ni pun jenis yang susah nak bagi pujian.. jenis tak kesah, buat dekk jer.. tapi kan hari tu dia pun puji mama dia ni.. " wahhh mama.. muka mama nampak licin lahhh, berseri, cantik.. ni kalau lalat ngap pun boleh tergelincir tau"..
peh sempat lagik tu.. sambil memuji bagi perbandingan bagai.. huhhh..  macam2..

Kesimpulannya... suka hati saya..  ni yang dikatakan alah membeli menang memakai.. walaupun mahal hasilnya walahhhh.. ni pun tak tahu bila nak habis, bukanya selalu bermakeup.. dah tu pakai nipis2 saja..

blusher MAC ..warna berton.. yang warna terang sapukan pipi, warna lembut tu sapu bawah mata atau bahagian muka yang nampak sebam tak berseri.. bagi nampak seri sikit..


cantik pulak cover compact dia.. tapi tak der cermin dalam tu.. nak sapu kena pi carik cermin :P


BB cream MAC.. senang saja, sapu jer bb cream ni, tak payah dah nak tempek2 bedak bagai.. licin dan sekata warna dia.. kalau ada cela2 atau parut2 jerawat yg tak berapa terang boleh cover, kalau muka ada parut jerawat atau jeragat yang ketara, kena pakai concealer dulu, baru dapat melitupi kesan2 tersebut dengan sempurna..

Lipstick MAC, saya pilih warna pink.. mmg suka warna pink yang lembut ni selain daripada warna nude.. hehe lagik pun Enchik Abam Suami dah pesannn.. jangan pakai warna merah angggg


huuuuuuuuuu.. heppy muka berseri2.. bukan sebab makeup MAC yang mahal ni.. TAPI sebab Enchik Abam Suami yang belanja.. sayatauawaksayangsaya

Cover gel dari Bancream

Salam..

Lama dah tak update.. malam ni nak berkongsi 1 produk yang baru masuk dalam pasaran malaysia..   ini produk di panggil cover gel dari kilang yang bernama Bancream nunnnn di utaraaa nuuu.. made in thailand.. fungsinya adalah untuk disapu pada bahagian badan yang ada selulit, kulit merekah pecah2.. kawasan paling top sekali mestilah kat perut, paha dll ..sapa yang dah try sila angkat tangan sambil sapu perut yer..

mujarab kaa?.. saya pun tak tau.  sebab baru jer pakai.. dia tulis kat box tu kena sapu canai bagai sampai 30 hari.. huhuk masak kau.. tapi jangan risau.. ofkos perut tu tak masak sebab gel ni sejukkk berangin.. kalau ada yang teringin nak try, sila beli kat watson yer.. harga rm69  laa ni tengah ofer dapat rm62++ dengan berat 100g

kalau nak tau lebih lanjut.. sila lah like page bancream malaysia tu
https://www.facebook.com/BancreamMY




Pemakaian masker memberi kesan baik pada kulit muka

Tak pernah2 dalam hidup pakai masker.. tiba2 jer dah terjebak dalam misi memperabihkan duit untuk melangkah kealam kecantikkan kulit bagaikan pelakon dan penyanyi korea.. hehe ayat poyo sungguhh..

yang sebenarnya cuaca panas sangat.. nak2 kat putrajaya ni.. rasa kering sangat kulit muka.. bila kena tempek dengan masker ni... pehhh.. nikmat duniawi sungguhhh.. sejukkk mejukk..

dan yang sebenar2nya juga.. Guardian tengah buat sale.. untuk masker terpilih.. 2nd buy boleh beli dengan harga rm0.80.. pandai betul strategik perniagaan diorang yer..





bagi yang baru nak pakai mask, saya sarankan pakai 2-3 kali seminggu, baru rasa ada kelainan pada kulit muka, rasa lembih lembut, licin, segar dan liang pori pun nampak mengecil.

kebaikkan pakai mask, dapat membuang sel kulit yang mati dan melembapkan kulit wajah. Pemakaian yang teratur dapat menampakkan hasil pada kulit wajah, iaitu kulit kelihatan segar, licin, gebu dan juga dapat melambatkan proses penuaan, mengurangkan lekuk kedutan kerana kulit kelihatan anjal.

40 gaya senaman untuk kempiskan perut..

  

Jom kita amalkan senaman kempiskan perut ni.. boleh juga membakar lemak2 yg degil kat perut tu.. saya dah cuba senaman ni, nampak mudah saja.. tapi bila buat.. pehh meletup juga urat saraf.. besok nya, kejong semua sendi.. nak bergerak pun sakit.. tapi lepas 2, 3 hari ok .. bila dah senam tiap2 hari.. 

sambil tengok tv (wonderpets) pun boleh senam.. kadang2 tu dapat tanggung bebanan berat pulak masa senam.. mana tak nya.. budak kembar ni terus tunggang atas mamanya.. nampak posing cantik cam kuda tongek2.. tension makkk...

kesimpulannya tak mudah nak badan yg cantik.. letih kena senam.. anak2 pun nak tumpang panjat buat kuda segala macam.. letihhhh..  ikut kan nafsu macam nak pi slimworld saja..tapi bila tanya hati dan tepuk2 kocek.. rasa cam nak tercekikk sj..

Potongan rambut gaya Bobcut

Assalammualaikum..

Cantik pulak gaya rambut potongan Bobcut ni.. nampak cute kan?.. rasanya dak kembar comel buat gaya rambut cam ni.. sebab bentuk muka diorang kecik dan cute..

teringin nak cuba gunting.. tapi masalah sungguh... diorang mesti  tak reti duk diam masa gunting..kepala  toleh sana sini..silap2 tak jadi bobcut.. botak terus.

kalau nak gunting kat kedai.. lagik tension.. meraung dak kembar ni.. konon nak buat bobcut last2 kena "bakar" nagn tukang gunting rambut plak.. huhuhukk..


Nak cantik juga

Assaalammualaikum..

Kaum hawa dengan kecantikkan mmg sudah sebati.. kalau ada yang tidak bernaluri utk mencantikkan diri.. ahaa .. itu sudah anehhh.. mungkin ada tersilap kat mana2.. kena cekkk balikk..

saya suka nak bercantik.. walaupun tak berapa nak cantikkk.. asalkan  hati cantik dan bahagia..
 sooo.. lomoq jangan tak lomoq

wangii tauu.. krim apakah itu??


 hehe.. krim tangan ..saja buat gempaq ..

* loghat utara lomoq ertinya sapu

Info Mengenai Minyak wangi.

Salam..

Sekadar berkongsi ..



Beberapa semakan untuk mengesahkan ketulenan minyak wangi. Antaranya adalah:

Kod Bar.
Batch Number.
Label pada keseluruhan botol.
Mengesahkan sumber bekalan yang diperolehi. Negara asal pengeluaran.
Percetakan. Semakan untuk penerangan bercetak pada kotak. Saiz tulisan,ejaan, logo, dan cap dagang.
Cara pembungkusan/balutan. Melihat pada kualiti, ketebalan kertas, dan kejelasan cetakan pada tulisan.
Luaran kotak. Kualiti bahan yang digunakan, warna, ketebalan, kesan lipatan dan segi-segi pada kotak
Dalaman kotak. Warna dan saiz bahan yang digunakan.
Bentuk botol. Ketinggian dan kelebaran bentuk asal dan rekabentuk.
Kaca botol. Ketebalan kaca botol dan gelembung udara dalam kaca.
Kepala penyembur. Warna material dan kelancaran ia beroperasi.
Tiub Dalam Penyembur. ketebalan, panjang dan warna.
Warna, kepekatan dan Keharuman minyak wangi.
Ketahanan haruman mengikut jenis minyak wangi.
Kesan pada kulit.



Jenis-jenis Minyak Wangian

Minyak wangi diketegorikan pada 4 jenis mengikut kepekatan dan ketahannya. Semakin pekat minyak wangi tersebut maka semakin lama ia dapat bertahan.

Eau de Cologne

Kepekatan paling rendah.
Wangian yang ringan.
Kekal sehingga 1-2 jam.
Sesuai untuk kegunaan harian.


Eau de Toilette

Kurang pekat.
Wangian yang separa ringan.
Kekal sehingga 2-3 jam.
Juga sesuai untuk kegunaan harian dan jamuan ringan.


Eau de Parfum

Kepekatan kedua tertinggi.
Kekal sehingga 3-5 jam.
Sesuai untuk kemajlis formal dan makan malam.


Parfum

Paling pekat.
Wangian yang kuat dan tahan lama.
Kekal sehingga 5 jam ke atas.
Mahal dan penggunaan yang sedikit.


Bahagian badan yang efektif untuk penggunaan minyak wangi.

Belakang telinga
Leher
Lurah dada
siku
Pergelangan tangan
Hujung jari
Paha
Belakang lutut
Buku lali


Untuk mengekalkan wangian lebih lama adalah dengan melapiskan wangian tersebut. Gunakan keseluruhan rangkaian wangian tersebut.

semburkan Body Spray ke seluruh badan selepas mandi.
Selepas itu, gunakan deodoran untuk mencegah bau badan.
Sapukan Perfumed Skin Softener atau Body Lotion untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan halus.
Kemudian baru semburkan wangian pada bahagian badan yang efektif/denyutan nadi.
Setelah beberapa jam, sapukan Purse Concentre pada pergelangan tangan dan leher.

Kekal Muda dengan ZELL-V (Trevel pack)

Salam

Selamat petang semua..

Siapa kat sini yang makan suplemen ZELL-V.. yang Rosyam Nor jadik duta tu?? Atau pun teringin nak mencuba ZELL-V.. kalau nak email saya eidaelhakim@gmail.com

Harga untuk trevel pack(10 kapsul) RM220 harga pasaran.. kalau berminat email saya untuk harga istimewa.. tapi bagi ibu yang mengandung dan menyusu tidak boleh yaaa..sebab anda dah cunn.. heheh..

ZELL-V merupakan supplemen ekstrak dari plasenta biri-biri yang mengandungi 15000mg plasenta biri-biri segar dan kaya dengan faktor pertumbuhan yang penting untuk tubuh badan. Dihasilkan melalui terapi selular yang canggih dari new Zealand, Switzerlan dan Amerika Syarikat..



Ramuan Masker untuk merawat kulit kusam

Salam

Selamat pagi..

Saya nak kongsi beberapa ramuan yang enak.. bukan untuk dimakan yer.. tapi untuk ditempek kat muka.. macam filem Salon lakonan Raja Farah tuu..

hehehe.. tapi kalau saya.. tak sanggup pulak nak tempek kat muka.. sebab buah-buahan/sayur-sayuran itu sangat sedap dimakan..

kalau ada yang teringgin tempek kat muka.. boleh ikut ramuan kat bawah..


Terdapat beberapa ramuan masker/scrub yang boleh di amalkan. Di antaranya ialah:

Betik

Kisar sepotong betik yang telah dibuang biji dan campurkan dengan 1 sudu makan madu. Gaul ramuan sehingga sebati. Kemudian sapukan pada wajah dan biar kering selama 15-30 minit. Selepas itu, bersihkan wajah dengan air suam.


Tomato

Belah sebiji tomato dan gosokkan pada wajah. Biarkan selama 15-30 minit. Kemudian baru dibilas dengan air suam.


Mentimun

Potong mentimun secara nipis. Tampalkan pada keseluruhan muka dan dibiarkan selama 15-30 minit. Kemudian baru dibilas dengan air suam.


Epel

Kisar sebiji epel yang telah dibuang pulur dan biji. Kemudian dicampur dengan 1 sudu makan madu. Gaul sehingga ramuan sebati dan barulah disapukan pada wajah. Biarkan selama 15-30 minit. Selepas itu bilas dengan air suam.


Strawberry

Kisar 3 biji strawberry dan campurkan dengan 1 sudu makan madu. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 15-30 minit. Kemudian barulah dibilas dengan air suam.


Karot

Kisar sebatang karot dan campurkan 1 sudu makan madu. Kemudian sapukan pada wajah dan dibiar selama 15-30 minit. Selepas itu barulah dibilas dengan air suam.

Solekkan gothic cara Elly

Salam..

Apakabar semua??

Hari ni Elly nak tunjukkan cara-cara untuk bersolek cara gothic.. untuk digayakan pada hari raya Haji nanti... ekekeh.. lembu pun boleh pengsan.. tak sempat nak dikorbankan.. tergezut..

Jom tengok pada pic.. kalau ada pertanyaan.. sila tinggal pada petak komen.. nanti Elly akan jawab dengan menggunakan bahasa gothic yang mana.. Elly sendiri pun tidak paham.. hehehe.. cakkkk..

Rangkaian penjagaan lengkap Safi Rania Gold

Salam..

Keyword yang paling banyak dicari dalam Blog Elly & Emmy ialah Safi Rania Gold.. jadik untuk tidak menghampakan pencarian korang tu.. saya letakkan pamplet Safi Rania Gold kat sini.. boleh dijadikan rujukan korang..

lepas ni korang boleh terjah kat Giant, Guadian dan lain-lain kedai untuk mendapatkan produk tersebut.. harga dia tak mahal.. semua orang mampu memilikinya.. hasil diaaa.. emmm.. kena coba sendiriii..





Gigi sihat putih menawan

Salam..

Selamat pagi semua..
Hari ni saya nak berkongsi tip dan pertua untuk memutihkan gigi serta mengatasi masalah sakit gigi yang di amalkan oleh orang-orang lama..


Memutihkan gigi
Terdapat beberapa cara yang di amalkan untuk memutihkan gigi. Di antaranya adalah

* Ambil biji asam jawa dan goreng tanpa menggunakan minyak sehingga kering. Kemudian tumbuk biji asam jawa tersebut sehingga menjadi serbuk. Gosokkan serbuk tersebut pada gigi. Amalkan selalu dan hasilnya gigi akan kelihatan bersih dan putih berseri.

* Ambil 2 biji pinang tua yang kering dan bakar sehingga menjadi arang. Kemudian tumbuk pinang tersebut sehingga menjadi serbuk. Gosokan serbuk tersebut pada gigi dan dibiarkan seketika. Selepas itu barulah dicuci dengan air.

* Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tumbuk arang hingga halus. Gosokkan pada gigi.

* Hancurkan dua atau tiga helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi.

* Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi.

* Ambil kulit manggis dan bakar. Kemudian tumbuk sehingga halus. Gosokkan pada gigi.

Sakit gigi berlubang
Antara pertuanya adalah

* Cara yang paling cepat untuk menghilangkan rasa sakit ialah dengan menyumbat serbuk bunga cengkih yang telah ditumbuk halus pada gigi berlubang.

* Tumbuk sirih yang dicampur sedikit kapur kemudian letakkan pada gigi yang sakit. Rasa sakit akan berkurangan.

* Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di atas daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

* Tempelkan gigi berlubang dengan hirisan bawang putih. Kemudian dibiarkan selama 1 jam.

* Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Kemudian tumbuk sehingga separuh hancur. Selepas itu masukkan gambir ini ke dalam gigi yang berlubang.

Sakit Gigi Geraham Bongsu
* Panaskan air,garam dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.

Minyak lemak ayam

Salam..

Selamat pagi semua..

Hari ni saya nak berkongsi tentang kebaikkan minyak lemak ayam... korang pernah dengar tak tentang minyak lemak ayam ni.. kalau tak.. meh saya nak kasi tau..

okkk.. minyak lemak ayam ni.. korang kena buat sendiri tauuu.. tak der jual kat mana-mana kedai minyak..

bau busukk??.. korang jangan risau.. minyak lemak ayam ni tak der bau apa-apa dan jugak tidak melekit..


cam mana nak buat???
mula-mula korang mestilah kumpul lemak-lemak ayam (yang lembek kuning-kuning tuu)... kumpul banyak lemak tu.. baru boleh dapat banyak minyak.. ayam pulak tak kisah ayam apa pun.. ayam kampung ker.. ayam bandar ker.. ayam dara ker.. ayam jantan ker... semua boleh.. janji ayam noooo..

setelah lemak-lemak itu dibersikan dan disejat air nya.. letakkan dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan sambil dikacau.. masak sehingga semua lemak tersebut pecah menjadi minyak.. kemudian boleh laaa korang tapis dan simpan dalam botol..

okkk dah siap..

sekarang saya nak bagi tau.. kebaikkan minyak lemak ayam ni..
kegunaannya adalah untuk disapukan pada kulit yang terkena percikan minyak panas ketika mengoreng.. bila terkena jer minyak panas tu.. korang jangan basuh ngan air tapi korang terus jer sapu minyak lemak ayam ni.. letak banyak-banyak.. Insyaallah memang tak kan lepuh dan mengelembong bahagian kulit yang terkena minyak panas tu.. esok lusa tulat tungging.. kulit itu akan kering dan mengelupas sendiri nya.. tak kan ada parut nyer..

tak percaya??.. sila percaya.. sebab saya dah amalkan sejak zaman anak dara lagik..kat dapur mesti ada minyak lemak ayam ni.. biasa laa.. masa mengoreng tuuuu.. letupan tidak dijangka..

ok tuuu jer.. bye.. bye.

Payudara sihat dan cantik mengoda

Salam..

Hari ini, saya nak berkongsi info yang sangat berguna dengan kaum hawa diluar sana.. tentang penjagaan aset kita yang sangat berharga iaitu payudara..



Mencantikkan Payu Dara

* Panaskan dua sudu minyak sapi dengan menggunakan api yang kecil dan kemudian sejukkannya. Setelah itu, sapukan pada sekeliling payu dara dengan urutan secara perlahan-lahan selama 15 minit. Kemudian lap sehingga bersih menggunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air suam.

* Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekeliling payu dara dan jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.

Menegangkan Payu Dara

* Bagi ibu-ibu yang menyusu anak,mereka merasa bimbang dan takut payudara akan menjadi kendur. Terdapat cara untuk mengatasi masalah itu dengan mengamalkan petua ini.

* Mula-mula, sapukan minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.Kemudian daun sirih tersebut di layak atas api kecil. Apabila sudah layu, ramas daun sirih sehingga lumat dan sapukan pada sekeliling payu dara. Jangan terkena pada bahagian puting. Lakukan sehingga 3 hari berturut-turut. Insyaallah payu dara anda akan kembali tegang.


Payu Dara Membengkak

* Bersihkan daun kacang panjang dan daun sirih. Kemudian ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan tampalkan pada payu dara. Lakukan secara berulang-ulang kali sehingga kering. Selepas itu barulah dicuci dengan air bersih.

Merawat ketiak busuk

Salam..

Ketiak sapa yang wangiii ?? sila angkat tangan.. hehehe.. tipuuu .. mana ada ketiak orang tua wangi.. mesti ada jugakk busuk nya.. mungkin tahap kebusukan tuu berlainan untuk setiap individu.. yang pasti mesti ada bau nyaa.. kecuali ketiak kitarong ni.. sentiasa wangiii.. sebab kitaorang masih budak tecik.. tak der lagik hormon untuk ketiak busuk.. tak caya.. mehh cium ketiak kami... emmm wangiiii...ketiak artis pun kalahhh..


Sebenarnya tak susah nak hilangkan bau ketiak busuk ni.. bergantung kepada kerajinan untuk menjaga kebersihan diri.. sebab dah berlambak produk untuk merawat ketiak busuk dipasaran.. siap duit dan cuba yang mana bersesuaian dengan ketiak masing-masing.. tapi kalau dah setiap produk yang dibeli tak berjalan jugak.. emm boleh cuba beberapa petua orang dulu-dulu.. lebih jimat bajet.. tapi kena rajin laa.. kalau setakat sekali cuba jaaa.. memang tak nampak hasil..
* Ramaskan pucuk jambu batu hingga hancur. Kemudian sapukan di ketiak setiap kali sebelum mandi.

* Rebus lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Didihkan hingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan camourkan gula merah. Amalkan meminumnya dua kali seminggu.

* Ambil hampas kelapa, lumurkan pada ketiak. Biarkan selama lima minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

* Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan dua kali seminggu.

* Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.

* Tumbuk tujuh helai daun limau nipis hingga hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar biji kacang. Makanlah tiga kali sehari. Bau badan akan hilang.

* Rendam bunga tanjung, melati, melur, kenanga dan bunga mawar dalam sebaldi air. Campurkan dengan limau purut yang dibelah empat. Biarkan semalaman. Amalkan mandi selama empat puluh hari sebelum hari pernikahan.

pss... cara yang paling senang dan cepat.. yang mama selalu lakukan adalah dengan menyental limau purut pada ketiak.. belah dua dan gosokan pada ketiak.. lakukan seminggu 2 kali.. Insyaallah.. lama kelamaan.. hilang laa bau tengit ketiak tu.. yang penting kena rajin amalkan.. baru nampak hasil..

Merawat tumit kaki yang merekah

Salam..

Masalah tumit merekah berpunca daripada proses xerosis, iaitu kekeringan kulit yang keterlaluan. Ia menjadikan kulit yang tebal mudah merekah dan membentuk garis halus.

Pada peringkat awal, garis pecah yang halus ini tidak mendatangkan masalah, tetapi ia kurang cantik dipandang.

Namun jika tidak diberikan rawatan, rekahan halus ini akan menjadi semakin besar dan panjang membentuk kalus (kulit lebih tebal). Tanpa disedari, rekahan di bawah kalus ini boleh menjadi panjang sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dan sakit apabila berjalan.

Masalah akan menjadi lebih teruk jika rekahan ini 'pecah' dan berdarah kerana ia mudah mendapat jangkitan. Terdapat pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah.

Antaranya ialah
* Merendamkan kaki dalam air suam selama 10 - 15 minit. Selepas itu , gosokkan bahagian tumit yang pecah dengan batu asah pisau. Lakukan sehingga menampakkan perubahan.Sapukan pada tumit yang pecah dengan getah betik muda. Biarkan seketika sehingga getah itu kering kemudian baru dicuci.
* Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan air limau nipis. Kemudian sapukan pada tumit yang pecah. Amalkan selalu sehingga menampakkan hasilnya.
* Geselkan tapak kaki pada rumput yang berembun pada waktu awal pagi. Lakukan setiap hari dan anda akan merasa perubahannya.
* Sapukan tumit pecah dengan bawang merah yang telah dibelah dua sehingga kering. Lakukan setiap hari sehingga sembuh.
* Boleh juga menyapukan tumit kaki yang pecah dengan campuran gambir dengan air ataupun disapu dengan minyak lebihan mengoreng ikan. Hendaklah di amalkan selalu supaya menanpakkan hasilnya.

Kematu di Tumit Kaki
* Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
* Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.

Potongan rambut mengikut kesesuaian bentuk badan

Salam

Jom berkongsi tip untuk memilih potongan rambut yang sesuai ngan bentuk badan..

Selain usia dan bentuk wajah, bentuk tubuh juga perlu diperhatikan saat ingin bertemu pendandan rambut. Tidak semua orang sesuai berambut panjang dan tidak semua orang juga sesuai berimej ranggi melalui potongan rambut pendek.

Tubuh kurus
* Potongan rambut seharusnya dapat memperlihatkan wajah kelihatan berisi. Untuk tampil feminin, rambut paras bahu, berombak dan dipotong layer sesuai untuk mereka bertubuh kurus. Bagaimanapun, elakkan menggayakan rambut panjang lurus kerana ia akan membuatkan anda lebih kurus. Rambut pendek pula membuatkan anda kelihatan lebih maskulin.

Tubuh gemuk
* Rambut yang tidak terlalu panjang (melepasi bahu) dengan layer pada sisi kiri dan kanan rambut boleh membuatkan anda kelihatan kecil. Elakkan potongan rambut yang terlalu pendek, terlalu panjang, kerinting dan bergelombang kerana ia membuatkan tubuh kelihatan bertambah besar.

Tubuh kecil atau mungil
* Rambut lurus yang halus sesuai dengan anda. Panjang rambut tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang. Rambut pendek dengan layer dan gelombang pada bahagian atas kepala juga sesuai.

Tubuh tinggi
* Mungkin mereka bertubuh tinggi tidak menghadapi sebarang masalah untuk menggayakan apa juga gaya rambut. Gaya rambut berombak dan beralun semula jadi boleh merubah penampilan anda kelihatan feminin.

Penjagaan Kaki

Salam..

Masalah tumit merekah juga boleh disebabkan keadaan persekitaran tempat kerja. Orang yang bekerja di tapak binaan menghadapi risiko lebih besar mengalami masalah ini kerana kaki menerima lebih tekanan.

Antara faktor lain yang boleh membawa kepada masalah ini ialah:
  1. Berdiri terlalu lama di atas permukaan kasar.
  2. Obesiti. Kegemukan memberi tekanan berlebihan kepada lapisan lemak pada tumit, menyebabkan ia tersesar ke tepi. Kulit akan pecah jika ia tidak lagi mampu menahan tekanan ini.
  3. Memakai kasut tidak bertutup belakang juga dikatakan membantu sesaran lapisan lemak dan meningkatkan tekanan pada tumit.
  4. Masalah kulit seperti psoriasis atau ekzema.
  5. Kelenjar peluh yang tidak aktif.
  6. Masalah kaki leper.
  7. Memakai kasut yang terlalu ketat.
  8. Kencing manis.
Sangat mudah untuk melihat masalah ini. Petanda paling jelas ialah wujudnya rekahan halus pada tumit. Kulit tumit biasanya menjadi tebal dan seolah-olah 'tumbuh' di keliling tumit. Kulit ini biasanya berwarna kekuningan atau menjadi lebih gelap. Malah, kaki berasa gatal dan sakit apabila berjalan.

Bagaimanapun, jangan risau kerana masalah ini mudah dirawat. Jika rekahan pada tumit berdarah, perkara pertama perlu dilakukan ialah merawat luka terlebih dulu. Sebaik-baiknya mulakan rawatan sebaik garis halus pada tumit kelihatan kerana pada peringkat ini ia lebih mudah dihilangkan.

Rawatan boleh dimulakan dengan:
  1. Bersihkan kaki pada setiap pagi dan malam (selepas semua aktiviti harian tamat). Kulit kaki juga perlu dibelai dengan mencuci menggunakan sabun yang lembut atau sabun anti bakteria membuat pengelupasan dan menyapukan pelembap.
  2. Cara pengelupasan paling mudah ialah menggosok tumit dengan batu pumis (boleh dibeli di farmasi atau pasar raya). Gosok perlahan-lahan beberapa kali untuk menanggalkan kulit yang tebal.Jika rekahan tumit besar, gunakan berus yang dibuat daripada gentian semula jadi. Cuci bersih dan lap hingga kering, terutama di bahagian merekah.
  3. Sapukan pelembap seperti losen atau minyak bayi.
  4. Pakai stokin dibuat daripada kapas ketika bekerja.
  5. Sebelum tidur, buat dua mandian untuk kaki iaitu mandian panas dan sejuk (masukkan air suam dan sejuk dalam dua besen berasingan). Tuangkan sedikit sabun antibakteria ke dalam kedua-dua besen. Rendam kaki dalam kedua-dua besen secara berselang seli. Ulang antara 10 hingga 15 minit.
  6. Keringkan kaki dan sapukan losyen pelembap.
  7. Pakai stokin kapas ketika tidur.
  8. Ulang semua proses ini selama lima hari. Apabila kulit tumit menjadi lembut, proses membersih, mengelupas dan melembap boleh dilakukan dua kali seminggu.

Buah turunkan Berat Badan

Salam..

RAMAI sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.
Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.

1. Limau gedang

  • Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghalang kehadiran kalori dalam makanan.

2. Oren
  • Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal
  • Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

4. Beri

  • Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

5. Tembikai
  • Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

6. Anggur
  • Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails