Kurun Najwa
Showing posts with label buah. Show all posts
Showing posts with label buah. Show all posts

Anggur Autumn Royal

Salam..

Selamat pagi semua..

Hari nak kongsi citer buah kegemaran Elly&Emmy..iaitu buah anggur "Autumn Royal".. buah anggur ni rasa dier memang sangat manis macam makan gulaaaa.. isi nya pula sangat ranggup dan keras(very crunchy).. dan juga tidak mempunyai biji.. sekali makan memang tak boleh berhenti.. Elly sampai gigit jari mama masa suap dia makan.. bagus makan anggur sebab ianya banyak khasiat..

Anggur Royal Autumn mula dipunggut dari bulan oktober sehingga disember.. jadi jangan lepaskan perluang merasai kemanisannya.. dan ianya boleh didapati dipasaraya Giant dengan harga Rm10 kg.. yang di peketkan dalam lingkungan 6-8 hinggit sepeket.. tiba-tiba jadik jurujual Giant tak bergaji pulak

Buah turunkan Berat Badan

Salam..

RAMAI sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.
Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.

1. Limau gedang

  • Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghalang kehadiran kalori dalam makanan.

2. Oren
  • Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal
  • Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

4. Beri

  • Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

5. Tembikai
  • Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

6. Anggur
  • Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.

Khasiat buah anggur

Salam..

Selamat petang semua.. petang ni tak ader kuih muih.. petang ni kiter makan buah anggur jer.. kalau nak tahu, buah anggur ni ada banyak khasiat.. nak tahu khasiatnya..

Jom baca info tentang khasiat buah anggur

Buah Anggur dikenali sebagai Vitis vinifera iaitu dari family vitaceae merupakan buah yang paling baik dan banyak faedah daripadanya. Anggur boleh di makan ketika basah ataupun kering yang dipanggil kismis. Ia juga di gunakan untuk membuat jus anggur dan arak. Walau bagaimanapun arak diharamkan oleh Islam kerana membawa kepada kemudaratan.

Sumber Yang Terdapat Dalam Buah Anggur

· Mineral (kalsium & fosforus)

· Vitamin A&B

· Gula (glukos & fruktos )

Sumber :Encyclopaedia Britannica

Kandungan yeng terdapat dalam buah anggur diperlukan oleh limpa manusia bagi tujuan simpanan dan akan dikeluarkan ketika diperlukan seperti ketika berpuasa. Walaupun buah anggur merupakan buah yang baik, sumber kekuatan, ubat yang baik, minuman yang baik tetapi jika pengambilan yang berlebihan akan membawa kepada sakit kepala.

Walau bagaimanapun semua kelebihan dan kenikmatan buah Anggur adalah rezeki yang diberikan kepada manusia oleh penciptanya Yang Maha Agung.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails