Kurun Najwa
Showing posts with label Hotel. Show all posts
Showing posts with label Hotel. Show all posts

Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur

Salam..

Percutian 3hari 2 malam bersama anak-anak di Swiss Garden Residences Kuala Lumpur.. hehehe biar betul... duduk di putrajaya tapi tidur hotel kat kuala lumpur..

emm.. betul.. betul.. betulll..

Bilik studio, kecik giler.. katil king size.. tapi lengkap dengan freezer, kettle, hair dryer, peti keselamatan, LCD tv, seterika dan papan seterika... RM388 sehari tidak termasuk sarapan pagi..mahal kan.. tu laa.. hotel 4 bintang.. banyak pelangcong asing..



Waktu malam bawak anak-anak pergi jalan kat Bukit Bintang.. peluh jugak ketiak masa menapak tu.. dukung budak kembar lagik sambil meredah orang ramai.. eee.. tak sukaaa..

Lepak sekejap sambil tengok artis jalanan mendendangkan muzik dari lagu-lagu popular ABBA, spice girl, kitaro dan hentah apa2 lagik..

Jumpa banyak orang patung yang merlip merlap..goldenman, silverman, maroonman.. tapi tak ambik gambar pun.. sebab dak kembar ni.. tengokk dah nanggiss..

Bila balik kat hotel.. suami asyik pasang video klip Aizat Sungai Lui.. gara-gara nampak goldenman..




PSS..

Sebenarnya percutian di hotel ini adalah free.. salah satu cara untuk mempromosikan pakej pelancongan.. hehehe..apa kejadah kann.. nak duk hotel kat kuala lumpur.. baik tido kat rumah sendiri..

Golden Straits Villas Resort Port Dickson

Salam..

Percutian bersama keluarga 3 hari 2 malam di Golden Straits Villas Resort Port Dickson.. sebab anak-anak nak berenang kat swimming pool.. maka situ merupakan pilihan yang tepat..

Sehari RM275 termasuk sarapan pagi.. tapi bedfesnya terlalu bajet hanya ada nasi goreng, bihun sup dan roti sahaja.. minuman teh dan kopi sahaja... anak-anak memang tak kisah.. sebab diorang nak main air jer.. tapi mak budak sangat frust giler sebab tak dapat bedfes lama2.. tak dapat nak jalankan aktiviti angkut mengankut makanan..

Ada 3 bilik .. master bedroom katil queen, toilet kat dalam bilik.. bilik kedua katil queen juga dan bilik ketiga single bed, ada 2 buah katil.. bilik kedua dan ketiga kongsi toilet kat luar.. bahagian dapur hanya ada kabinet dapur sahaja dengan 4 bijik gelas dan 2 bijik cawan, kettle, freezer dan sinki.. amaran keras tak boleh memasak..

Sampai jer.. terus budak berdua ni terjun kolam.. memang tak ada orang lain.. jadik kolam tu diorang lah punya masa tuu..

Budak kembar ni mengintai dari balkoni jer.. tingkat 2.. lewat petang baru kasi diorang mandi sama.. tapi sekejap jer.. sebab budak kecik ni tak tahan sejuk.. mengigil macam nak tercabut tulang.. kesian tengok..
Master bedroom.. bilik saya laa tuu..

Bilik 3.. single bed..

Bilik 2.. my MIL

Ruang tamu

Costa Rica Hotel & Apartments Port Dickson

Salam

Apakabar semua..

3 hari berholiday kat Port Dickson.. sewa apartments Costa Rica.. sebab anak-anak nak sangat mandi swimming pool.. jadi kat situ lah pilihan terbaik.. kerana apartment Costa Rica/Hotel Le Paris ada menyediakan swimming pool..

paling seronok ianya menghadap permandangan laut.. sungguh cantik..

Sewa apartment ni semalam rm3++ termasuk sarapan pagi.. terdapat 3 bilik tidur(king, queen dan 2 single bed) dan 2 toilet..

ruang tamu dengan set sofa dan tv tanpa astro..

ruang kabinet membancuh minuman dan sinki membasuh pinggan mangkuk tapi tidak sediakan dapur untuk memasak..

Permandangan yang boleh dilihat dari apartment



Sarapan pagi yang terlalu bajet.. tak banyak pilihan hidangan dan juga tidak sedappp..

tuu.. seperti yang saya katakan tadi.. kelebihan Costa Rica ni adalah .. swimming pool dan ianya menghadap laut..

Saufiville Resort Janda Baik

Salam..



Suka lepak kat pondok sambil bagi ikan koi makan jari.. gemok-gemok belaka ikan koi tu.. dan jinak .. siap boleh pegang lagi..


Boleh berenang kat swimming pool.. yang menghadap pemandangan bukit bukau.. air memang sejuk giler..


Ruang tamu dan sudut bacaan.. novel penuh almari..



Ada 6 bilik semuanya.. tilam memang empuk..

Cantikkann.. dan harga semalam RM1500 weekday dan RM2000 weekend..

untuk maklumat selanjutnya... sila layari SAUFIVILLE RESORT@JANDA BAIK

Cuti-cuti Malaysia yang dah basi

Salam..

Hari tu kan..Cuti-cuti Malaysia yang dah basi.. kami sekelurga jalan-jalan kat Cameron Highlands.. kami duk kat Country Logde Brinchang.. masa sampai tu dalam pukul 5ptg.. cuaca pun hujan.. jadik tak dapat pergi pasar malam kat depan hotel.. papa jer pergi.. kami dalam bilik jer.. memang sejuk sangat masa tu..



Besok tu.. pergi kat Tanah Rata.. cuaca panas jugak laa.. sampai nanggis Elly tak mau jalan-jalan dah.. pergi ladang strawberi kat kampung setia.. tapi kan.. kan.. strawberi nyer dah habis kena petik masa cuti sekolah hari tu.. tinggal putik jer..

Besoknya sebelum balik.. singgah kat MARDI.. tiket masuk kena 3 hingget utk orang dewasa.. kat dalam tu ada macam-macam pokok .. anggur baru berputik.. epal tak berbuah lagik.. yang banyak tomato ler.. (hehehe kalau nak tengok tomato kat tesco pun boleh kan).. sayur-mayur macam kubis,salad, kundur panjang dan ....

tu jerr.. criter nyer..

Kami dah balik dari Temerloh

Salam..

Kami dah sampai umah dalam pukul 2 ptg gitu... mama kasi mamam.. lepas tu kasi mandi.. kami pun tidur.. sekarang baru jaga nak susu..lepas tu nak main..

Semalam kami ke Temerloh.. saja nak join ngan atuk dan wan.. tapi naik kereta masing-masing.. atuk ngan wan balik kampung Kelibut tengok orang bersih kan tanah.. kena pantau .. takut nanti diorang tak buat kerja...

So kami lepak kat hotel Jelai jer.. wan tak kasi ikut balik kampung.. takut tak selesa dengan umah lama nyang.. kesian kat mama.. sebab tak boleh nak bertenet.. line slow sangat.. compaq mama asyik ter off jer sebab terlalu panas.. nak loading dari 1 blog ke 1 blog memang take time.. sempat lagi kalu masa loading tu pi mandi ker, pee-pee, poo-poo, dan kalau rendam mee magi grenti kembang semangkuk!

Kami kan full CD.. tengok kat mana mama kami jemur CD... hahaha... mama kami memang selamber jer.. main sidai jer kat beranda tu.. tingkat 4 pulak tu.. paling tinggi.. satu pekan Temerloh boleh nampak CD kami..

Tiba-tiba dah sampai kat Temerloh

Pagi tadi... baru jer tulis entri.. tak pi mana-mana cuti ni.. tut.. tut.. malam ni duk bersiaran langsung kat Temerloh..

Biasa laa.. ni gara-gara cik suami laa.. dia bukan suka buat perancangan dulu.. kalau rasa nak pergi.. terus ajak.. macam tadi.. lepas balik sembahyang jumaat.. terus dia ajak.. jom kita pi temerloh.. duk kat hotel sari dua.. bosan duk kat umah.. panas sangat.. kalau duk hotel sejuk "feel tu rasa lain.. tak sama ngan bilik sendiri walaupun sejuk jugak.. siap dia angkut ngan player dvd nak tengok movies.. notebook sekali.. hehehe... saya urus anak-anak jer..

Mula tu.. nak tidur kat rest house.. telepon tadi, dah penuh.. jadik terpaksa la tidur kat hotel green park.. okey laa... ambik bilik yang ada king bed dan single bed.. suka sangat budak-budak ni.. jom la layan pic tu..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails