Kurun Najwa
Showing posts with label Kemenangan. Show all posts
Showing posts with label Kemenangan. Show all posts

Terima kasih Dunia Susu Ibu

Salam..

Alhamdulillah.. si kembar Elly&Emmy telah berjaya mendapat tempat pertama dalam Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 bagi kategori Bersalin Bayi Kembar.

Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Puan Mardziah Mohd Lokoman (Malaysian Breastfeeding Peer Counselor) http://malaysianbfpc.org/ Blog: http://duniasusuibu.com/ kerana memilih entri pengalaman tersebut untuk tempat pertama.

Hadiah yang dimenangi adalah merupakan
1.Produk penyusuan susu ibu bernilai RM121.50 : Mama Go Versatile Cooler Bag (bernilai RM49.90), Safety Plus Breastmilk Storage Bottles (4oz) 8 pcs (bernilai RM35.60), Safety Plus™ Duragel Ice Pack (3 pcs) (bernilai RM36.00).




Minum Teh Cameron Highland

Salam..

Selamat petang semua.. dah minum petang ker belum??

Saya tengah minum teh Cameron Highland ni.. wahhh.. aromanya memang menyegarkan.. tambah pulak dengan cuaca yang hujan ni.. rasa sejuk suam.. melayang fikiran saya sekejap ..

bagaikan berada di Tanah tinggi cameron dan sedang memetik daun teh.. tapi tiba-tiba telinga rasa bagaikan nak pecah.. hampehhh.. budak elly&emmy sedang lawan menyerit kat belakang tu.. dengan frekuensi yang sangat tinggi!!!!..


Sebenarnya saya nak kabor.. teh yang lazat dan pelekat magnet yang cantik itu telah dihadiahkan oleh besan saya.. siapa yer.. tentu laa cikmin.. kerana tangan-tangan yang bertuah telah mencabut dan memihak kepada elly&emmy .. masa GA untuk komen cuba teka kat mana cikmin sekeluarga sedang bercuti..

terima kasih yer besan.. hadoii.. budak berdua ni dah lawan gaduh nii..

Sling bag Hello Kitty dari mama Damia Giveaway

Salam...

Comel kan? kan?.. Beg Hello Kitty ni.. warna pink lagik..(pada siapa yang susah tidur malam.. bolehlah mengira berapa banyak bulu roma jari saya.. hehehe)

Saya menang dalam cabutan bertuah mama Damia Giveaway.. dapat no 1.. fuhhh.. memang tak sangka.. Terima kasih pada Ayu yang menganjurkan giveaway tersebut..

Psss... besan.. masih kah sudi berjalan dengan ai.. pusing putrajaya sambil sorong keter baby.. yer laa.. u dah galas Sembornia.. ai galas Hello Kitty jer... hehehe..

Kami sudah 8 bulan

Salam..

Hehehe.. budak berdua ni sudah 8 bulan.. tapi diorang sangat kucik laaa.. berat baru 5 kilo lebih.. ..tapi mamam bukan main lagik berselera.. tu yang saya tak risau sangat.. Walaupun kecik.. diorang sangat aktif.. kalau naik walker.. memang merata diorang pergi.. mesti kena tutup semua pintu bilik .. terutamanya pintu dapur.. suka nak pergi dapur nak tolong mama memasak..

Kalau meniarap pulak.. memang tak cukup lantai diorang nak tolong mop.. Kalau besar rajin macam ni.. senang mama.. goyang kaki jer yerr..


Akibat dari keaktifan diorang.. dendanya... hahaha.. kena kuarantin kat dalam play pan.. habis laaa.. pakat lawan tarik rambut pulak..

Pss.. pakai baju dari Sweet pinky stuff yang menang kontes hari tu..

Invitation to Premiere Screening of Ip Man 2

Salam..

Betul tak tipu ni.. saya dapat 2 tiket wayang Ip man.. Memang saya sangat happy.. terima kasih nuffnang.. entri ni

Tapi sayang .. saya tak dapat pergi pulak.. sebabnya
Pada keesokkan harinya encik suami ada kursus dan meeting.. jadi terpaksa tidur awal dan rehat secukupnya..

Saya rasa susah hati pulak nak tinggalkan budak berdua ni.. walaupun dah ada stok EBM untuk mereka.. mungkin sebab saya tak pernah tinggal diorang sebelum ni... asyik berkepit jer.

Tak pa laaa.. bukan rezeki saya.. saya passing kat blogger yang lain jer.. Pada sesiapa yang pergi nanti.. selamat ber enjoy yaaa..

Kepada Nuffnang pulak.. jangan serik nak kasi lagik yer.. kalau ada kelapangan .. grenti saya pergi.. lama dah weii tak tengok wayang nii.. asyik buat wayang jer.. oppssss...

Kami menang Kakyong’s shoppe Giveaway

Salam..

Alhamdullilah.... murah betul rezeki budak berdua ni.. kerana mendapat tempat pertama dalam Kakyong’s shoppe Giveaway@ cabutan bertuah .. hadiahnya ialah sekeping CD Coolbaby..

Dan kebetulan saya tengok kat kedai kak yong ada CD minky.. corak yang saya nak..emmm ..apa lagik... terus beli jer lah...

Kena tambahkan bilangan CD yang ada.. maklum laa .. sejak budak berdua ni makan.. mereka kerap beyak.. sehari dalam 2 ..3 kali.. hehehe kali ngan 2 orang.. kerja main montot jer laa ..

Kepada siapa yang ingin membeli CD.. boleh lah ke kedai kak yong.. ada pelbagai jenama CD yang dijual dan harga pun berpatutan.. dan yang paling bagusnya.. penghantaran adalah cepat.. bayar jer.. terus tuan kedai hantar.. memang tip top.

Sekali lagi terima kasih kepada kak yong yang sudi membuat giveaway ini dan bayaran pos tersebut :)

Buku Bacalah Aulad

Alhamdulillah.. buku Bacalah Aulad hasil tangan kak Pah dan anak sudah selamat sampai. Orang yang paling suka ialah kakak Nadya. Sekali lagi terima kasih kepada pihak penganjur.

Kulit hadapan
Kulit belakang

Buku ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu bahagian 1 perkenalan kepada huruf vokal dan konsonan dengan penggunaan contoh perkataan yang mudah(bunyi 2 gabungan huruf vokal dan konsonan) serta dibantu dengan ilustrasi ringkas.



Bahagian 2.. penggunaan huruf vokal dengan gabungan huruf konsonan yang lebih dari 2 huruf.


Buku ini memang bagus digunakan untuk mengajar anak-anak yang baru belajar membaca supaya cepat membaca. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini, bolehlah menghubungi kak Pah di Aulad Jannah.

Saya dapat giveaway dari Sentuhan Jemari Ummi

Saya suka hati.. memang sangat suka hati.. sebabnya.. (nak gelak besar dulu) hahahahaaaa.. saya dapat giveaway yang di anjurkan oleh Sentuhan Jemari Ummi

Alhamdulillah.. kali pertama dapat giveaway.. seronok sangat.. pendek kata minggu ni memang seronok.. menang 2 kontes dan 1 giveaway.. rezeki.. rezeki..

Dapat 2 hairband yang no A5 dan B1.. terima kasih pihak penganjur.. Elok benar pakai hairband time panas ni.. Lepas ni budak kecik berdua tu dah tak boleh tarik rambut saya masa duk menyusu...

Adik Emmy.. menang baby crying contest's

Alhamdulillah..
Adik menang baby crying contest's yang di anjurkan oleh Kak Pah.. Aulad Jannah... mendapat hadiah saguhati iaitu top-up bernilai RM10 dan sebuah buku buku Bacalah Aulad yang ditulis oleh Kak Pah dan anak bernilai RM20.. Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi mengadakan kontes dan seterusnya memilih adik sebagai pemenang saguhati.. walaupun saguhati saya rasa amat suka hati.. gumbira..

Top up tu leh kasi kat papa.. sebab telepon mama dah bertukar jadi jam loceng.. buku Bacalah Aulad pulak boleh kasi kat kakak Nadya yang boleh baca merangkak-rangkak.. Adik ngan kakak dapat upah susu mama.. nyum..nyumm nikmat..

Inilah muka adik menaggis tu..


Kalau nak tahu.. adik ni memang suka menanggis.. menanggis sebab nak dapatkan perhatian yang lebih dari mama.. berbanding kakak kalau menanggis pun bersebab..

Kami menang dapat hadiah ni..

Alhamdulillah.. kami menang dalam kontes "Seiras Pandang" yang di anjurkan oleh Sweet Pinky Stuff yang merupakan sebuah kedai online menjual pakai kanak-kanak pada harga borong.. Cantik serta berkualiti.. kalau tak caya.. pergi tengok sendiri..

Mendapat tempat ke 4.. hadiah merupakan sehelai baby Gap Jumper.. Terima kasih di ucapkan kepada pihak penganjur dan orang yang memberi undian kepada kami.. muah.. muahh..

Jom tengok.. kat mana yang seiras..

Hehehe....lepas tengok, jom kita kaji.. seiras tang mana tu..
Lubang hidung yang sama leper seperti lubang hidung mama..
Ada 2 bijik mata hitam yang sama ngan mama.. tapi kadang-kadang mama perasan nak jadik orang putih, dia pakai kontek lens kelabu sampai papa pun naik menyampah tengok bini dia yang perasan memanjang..
Mulut kami yang muncung tapi tak boleh nak kalahkan mulut mama sebab mulut mama lagik super muncung siap boleh sangkut hanger..

psss.. ni kalau mama baca mesti kena marah..

Parcelnya sudah sampai...

Salam..
Terima kasih..

Baru saja cik min tanya.. parcel nyer sudah sampai ker belum.. tut.. tuttt.. 3 jam kemudian dah sampai.. hehehe ternyata cik posmen tak padan ngan CD tu..

Hadiahnya adalah.. hasil dari peraduan Merdeka Belly contest .. peraduan ibu ngandung ngan perut comel.... perasaan pada masa tu..sangat teruja.. menanti orang baru.. yang datangnya berdua.. hehehe.. buy 1.. free 1..

Hadiah yang dijanjikan adalah CD jenama Babyland... tapi mama min sangat bermurah hati.. jadik si tuwen jugak mendapat apron... bulan depan boleh ler pakai.. time main2 makan..


Mula2 tadi.. dengar enjin berhenti depan umah.. ingatkan dah sampai.. ghupa2 nya lori sampah.. kemudian masa duk telek2 bb.. dengar hon kat depan tu... jengok kat pintu... tu diaaa.. dah sampai..

Orang yang paling suka ni laa.. kakak Nadya.. yehhh hadiah kakak dah sampai.. hehehe.. mamanya pun syok jugak.. kali pertama masuk peraduan.. dan menang..


Pandai pulak kakak Nadya teka.." ni mesti lampin adik" ..eikkk.. mama tak cakap apa2 pun.. macam mana boleh tahu ni..

Adik dan kakak pun hapi jugak.. bila tunjuk bungkusan tu.. tak tahu apa2.. senyum dan senggit jer..

Terus saja mama kasi pakai.. nak posing2 dulu.. kebetulan pulak sama warna ngan baju masing2..


Sekali lagi terima kasih ♥MyLife MyLove MySouL♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails