Kurun Najwa
Showing posts with label Penyertaan. Show all posts
Showing posts with label Penyertaan. Show all posts

Jom Berkelah Dengan Geng Kembar!!!!

Salam..

Apa kabar semua..

Ishh.. baru nak buat entri berkelah ngan kembar.. maaf yer abah auni, auni dan auni.. ini lah akibatnya kalau suka bertangguh.. dan menyibuk-yibukkan diri..

Berbalik pada entri ini " Jom Berkelah Dengan Geng Kembar" yang di anjurkan oleh abah AMRAFAHAN (Auni, Auni,Auni sikembar3) pada

Tarikh: 12 Feb 2011 (Sabtu)

Masa: 4 petang

Tempat: Taman Canselari, Presint Diplomatik Putrajaya

Tujuan gathering ini adalah untuk berkenal-kenalan secara nyata disamping mengeratkan tali silaturahim sesama blogger tidak kira mempunyai anak kembar atau tidak.. pendek kata sesiapa saja boleh join.. nak tahu syarat lebih lanjut.. klik pada banner..

Jom ramai-ramai join..boleh tengok secara live Elly&Emmy yang kecik kenit ni(hehehe.. bajet cam fofular pulak)

dah kasi tahu papa, wan, atok.. diaorang pun berminat nak join sekali .. nak tengok geng-geng kembar.. Insyaallah kalau tak ada apa-apa halangan .. papa, mama, wan, atok, kak nadya, abang iman dan kami elly&emmy akan berada si situ..

ok sekarang giliran kami nak ajak kawan-kawan..

Cikmin.. blogger yang mula-mula kenal.. sebelum kelahiran Elly&Emmy.. juga menantu Faheem

Cik Puan Nurul.. PC BF Elly&Emmy.. banyak bagi nasihat kat saya tentang BF..

Si Gorjes Syida.. satu geng ngan saya.. hehehe.. cekedingggg..

Mamalieyna.. blogger yang awal saya kenal... selalu bagi komen.. hero mama sweettt..

Mek Rose.. juga blogger yang lama saya kenal..

Mama Mika.. ingat masa mengandung dulu.. selalu mengikuti kisah mama mengandung dan bersalin Mika.. besday Elly&Emmy(19.08.09) ngan Mika(07.08.09) bulan yang sama kan??

Edit photo contest

Salam..

Kami telah di tag oleh ibu aka kakyong untuk sama-sama menyertai kontes mengedit photo yang telah di anjurkan oleh Qaseh Dalia Adelia..

ok laa yer.. gambar yang di edit adalah gambar si Elly masa umur 5 bulan..

sebelum

setelah di edit dengan menambah sedikit garam, gula, asam dan penyedap iaitu ajinomoto.. maka terhasillah gambar yang boleh mengejutkan jantung korang.. kalau tak terkejut tak per laaa..

selepas

ok.. sekarang giliran kami pulak nak tag 4 orang yang bertuah iaitu

Cik Puan Nurul
nabilah_2908
win@momyShaneQeisha
Blogger ::sherry::

kenapa mereka???.. sebab mereka meninggalkan komen kat entri sebelum ni.. akekeh kebetulan nak 4 orang..

untuk mengetahui syarat-syarat kontes.. sila klik pada banner.. okkk..

dan bonus untuk korang yang dah terkejut dengan gambar elly tu..

ni haa.. muka si emmy .. heeee.. weeee.. ngeeettt.. jangan mare maaa..

Giveaway Separuh Jiwang

Salam..

Si twins telah di tag oleh si triple + one (Amrafahan) untuk menjoinkan diri dalam GA Separuh Jiwang yang di anjurkan oleh cik Weeda..

Hadiahnya pun sangat menarik.. kerana ditaja oleh Bifa's collezion..

nak tahu dengan lebih lanjut .. sila klik pada banner..


sekarang giliran kami pula nak tag..

kak yong
mama mika
mama adha

ok .. gud luck semua..

Jom sertai BlogLarian untuk trafik yang mantap..

Salam

Selamat petang semua..

Haaa.. kami telah ditag oleh Ummi Izan untuk join BlogLarian.. dengan menjoinkan diri dalam BlogLarian diharapkan traffik blog kami akan meningkat.. dan.. dan.. dengan masa yang terhad dapat BW banyak blog...

untuk join .. klik pada banner


Saya suka berblogwalking kerana
Saya rasa terhibur bila membaca pelbagai coretan dan juga melihat pelbagai photo pada setiap blog.. serta mendapat rakan di alam maya ..disamping itu boleh menaikkan trafik blog saya..

Giliran saya pula.. nak tag

Minum Teh Cameron Highland

Salam..

Selamat petang semua.. dah minum petang ker belum??

Saya tengah minum teh Cameron Highland ni.. wahhh.. aromanya memang menyegarkan.. tambah pulak dengan cuaca yang hujan ni.. rasa sejuk suam.. melayang fikiran saya sekejap ..

bagaikan berada di Tanah tinggi cameron dan sedang memetik daun teh.. tapi tiba-tiba telinga rasa bagaikan nak pecah.. hampehhh.. budak elly&emmy sedang lawan menyerit kat belakang tu.. dengan frekuensi yang sangat tinggi!!!!..


Sebenarnya saya nak kabor.. teh yang lazat dan pelekat magnet yang cantik itu telah dihadiahkan oleh besan saya.. siapa yer.. tentu laa cikmin.. kerana tangan-tangan yang bertuah telah mencabut dan memihak kepada elly&emmy .. masa GA untuk komen cuba teka kat mana cikmin sekeluarga sedang bercuti..

terima kasih yer besan.. hadoii.. budak berdua ni dah lawan gaduh nii..

Cuti-Cuti Sekolah GA!

Salam..

Selamat petang semua..

Elly & Emmy telah di tag oleh Mama Kembar 3 untuk join GA ini..

GA yang di anjukan oleh Mama Adam dan Lady_Dila


Nak tahu syarat-syarat selanjutnya mengenai GA ini.. sila klik pada banner GA

Sekarang giliran Elly&Emmy pulak tag kawan yerr..

Mamalieyna ngan Arif yang so sweet

Okeyy gud luck semua kawan-kawan..

Sweet & Cute Baby ‘Exploration Time’ Contest

Salam..

Selamat petang semua..
Mood nak berkontes dah mai balikkk..
cewahh.. cewahhh.. menang kalah itu belakang kira..
yang penting kita meriahkan kontes sesama kengkawang blogger.. betul tak??

kontes yang pertama kali nya.. di anjurkan oleh mamalieyna..

Budak berdua ni memang sangatttttttttt sukaaaaaaaaaa memanjat.. aktiviti wajib setiap hari.. setiap hari ada jer benda baru yang diorang cuba nak panjat.. panjat tangga, panjat walker, panjat kotak, panjat meja kopi, panjat katil dannn panjat pokok.. hehehe acah jerrr..kalau mama baring.. dua-dua naik buat kuda.. hadoiii..

Wan Emmy Hakim Dan Wan Elly Hakim
1 Tahun 1Bulan

Ni time kalau mama duk menghadap komputer.. diorang memang gelisah giler.. cari jalan nak join sama.. bergayut kat kaki pun juga.. kadang-kadang tengah mama duk BW.. diorang off jer komputer tuuuu.. terus shut down.. kalau mama riba diorang.. memang tak sempat mama nak taip.. tangan diorang pulak yang lebih laju.. abis nya diketuknya keyboard tu.. sampai setting kat komputer tu boleh ter adjust..

Kenakalan diorang ni bukan bila berdua-duaan jer.. sorang pun menjadi.. ni haaa.. si Emmy adik bushyuk.. suka sangat panjat masuk dalam laci kabinet TV.. memang ngam-ngam laci tu dengan dia.. tak boleh laa nak simpan apa-apa benda kat dalam tu.. nanti abis dia pekerjakan..

okkk tuu jer laa citer nyer akan kenakalan budak berdua niii...

Myfaheem.com ada SUPRISE sempena HARI BAPA

Salam..

Hai kawan-kawan.. ada berita baik ni.. lagik dan lagik.. kontes dari Mymenantu.com aka Myfaheem.com .. nak bagi hadiah sempena sambutan Hari Bapa.. hadiah mestilah berbaloi-baloi..

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai kontes menantu ai ni.. korang klik jer.. pada link atau pun korang boleh klik pada banner umah menantu ai yang cunn tuuuu..

Okkkk .. kawan-kawan.. apa tunggu lagik.. jom join ramai-ramai..

Contest Senyuman Paling Menawan



Salam..

Saya telah di tag oleh mama Adha untuk join kontes senyuman paling menawan.. Klik pada banner kontes utk mengetahui syarat-ayarat yang dikenakan


Sebenarnya susah nak cari gambar senyuman paling menawan.. kebanyakkan gambar senyum munchong jer... (ayat yang cik somi selalu cakap).. tension ai..

Kenapa senyuman ni..
Sebab happy tengah berbadan tiga.. mengandung twins
Happy sampai bedal laksa 2 pinggan wooo..

Sekarang giliran saya pula nak tag..
Mamalieyna
Ummi Izan
Nurul Azham
Nafira

ok mama-mama cepat buat .. sebelum 20 mei 2010.. Sekadar untuk suka-suka meriahkan kontes..

Sling bag Hello Kitty dari mama Damia Giveaway

Salam...

Comel kan? kan?.. Beg Hello Kitty ni.. warna pink lagik..(pada siapa yang susah tidur malam.. bolehlah mengira berapa banyak bulu roma jari saya.. hehehe)

Saya menang dalam cabutan bertuah mama Damia Giveaway.. dapat no 1.. fuhhh.. memang tak sangka.. Terima kasih pada Ayu yang menganjurkan giveaway tersebut..

Psss... besan.. masih kah sudi berjalan dengan ai.. pusing putrajaya sambil sorong keter baby.. yer laa.. u dah galas Sembornia.. ai galas Hello Kitty jer... hehehe..

Contest "Tunjukkan Bakat Anda"

Salam..

Hehehe.. tak tahu ada bakat ker tidak.. tapi rasa nak join jugak.. Kontes merekacipta header ini di anjurkan oleh cik Ery.. kalau ada yang berminat nak join.. klik pada banner...


Header nyer

untuk paparan sebenar, sila klik


Be My 19,099th Visitor

Salam..

Jom layan giveaway.. kali ni main hit kaunter jackpot.. nombornya 19 099.. Saya tahu giveaway ni pun dari besan saya aka cikmin.. wahhhhhhhhhhhhhhhh caya laaa besan.. ari tu berjaya hit kaunter dan memenangi hadiah sebuah handbag sembonia..

Dan kali ini tuan blog iaitu Dr. Faryn mahu membuka peluang sekali lagi kepada pengunjung blog nya untuk hit 19099 dengan hadiah yang serupa.. jadik apa tunggu lagik.. jom serbu ramai-ramai..

kalau nak join sila klik pada banner.. ok

“If I am Ip Man master, I would …”

Salam..

Kalau saya seorang Ip man master mestilah saya akan menggunakan kehebatan itu untuk menolong setiap orang yang memerlukan pertolongan .. Membenteras segala jenayah dimuka bumi ini demi keamanan dan keselamatan sejagat..

Tapi sebelum itu.. kena lah berlatih dulu.. kalau tak macam mana nak pertahankan gelaran master..

Jom saya bawa anda semua mengikuti sessi latihan saya..

Kalau dah master.. kat mana-mana pun boleh berlatih..

Mesti berada dalam keadaan bersedia..

Lepas tu boleh fire semua penjahat.. grenti patah leher ni..

Okey.. apa macam ? Hebat tak sessi latihan kungfu saya.. kalau penjahat tengok.. mesti larik tak cukup tanah..

Nak tahu lebih lanjut mengenai jalan cerita Ip man master boleh baca kat Nuffnang dan kalau nak join kontes sila ke http://www.gsc-eonbankcard.com/

Contest Hijau

Entry Melekat.. sila scroll kebawah untuk entri terbaru..

Salam..

Sapa suka makan kacang panjang.. boleh klik pada banner.. nanti boleh dapat kacang semangkuk.. hehehe.. acah jer..

Saya baru jer tau pasal kontes ni.. jadi pada sesiap yang berminat nak join .. cepat-cepat yer.. tarikh akhir kontes 16 april 2010.. sapa lambat.. nanti geget kacang panjang..

Hadiah yang ditawarkan adalah 4 watermark kepada 4 orang yang bertuah..

Gambar hijau saya adalah ..

Seekor ibu burung merbok dengan sepasang anak sedang mandi ketika hujan. Gambar di ambil semasa saya berpantang dikampung.. masa tu cuaca sangat panas.. hampir seminggu hujan tidak turun..

Tapi bila hujan turun.. terus burung merbok ini terbang turun dan mandi dengan membuka sayap masing-masing.. kali pertama saya tengok burung yang bebas terbang akhirnya turun ketanah untuk mandi dan bermain air hujan.. bertapa besarnya Rahmat hujan yang turun..

Cute & Creative Picture

Salam..

Emmmm.. kontes.. lagik dan lagik.. Jom mama-mama kita join beramai-ramai.. cepat jangan berlenggah lagik.. tarikh tutup dah dekat.. kalau berminat.. klik pada banner tu..






Nama:Wan Elly Hakim & Wan Emmy Hakim
Umur: 7 bulan setengah
Asal: Putrajaya
Emel & nama pengirim: puanuda@yahoo.com (Puan Uda)

Forurlovelybaby Contest

Salam ..

Lagik kontes.. kalau berminat sila klik pada banner

XOXO CHECKBOOK WALLET WORTH RM80!

Contest is from 05/03/10 - 05/05/10.

Mama Damia's Giveaway

Salam..

Hehehe.. giveaway pulak.. memang saya tengah parah ni.. tahap kritikal.. deman kontes dan giveaway.. kalau mama-mama nak tumpang berjangkit sama.. sila klik pada banner..

Contest Pengalaman Menyusukan Anak

Salam..


Ini wajah kembar kesayangan kami sekeluarga.. Mereka berusia 7 bulan setengah dan ini bermakna mereka juga telah menyusu susu ibu sepenuhnya selama 7 bulan setengah..

Nama kembar : Wan Elly Hakim & Wan Emmy Hakim
Pasangan kembar : Puan Uda dan Tuan Hakim
Tempoh penyusuan : 7 bulan setengah
Umur kembar : 7 bulan setengah

Wajah kesayangan yang membesar dengan setiap titis susu mama

Semasa disahkan mengandung saya telah menanam azam untuk menyusu badan sepenuhnya.. walaupun pada masa itu saya tidak mengetahui yang saya sedang kandungkan anak kembar.. Apabila ujian ultrasound dilakukan, doktor mengesahkan bahawa saya mengandung anak kembar.. pada masa itu saya rasakan bagai bermimpi.. selama ini perasaan untuk mendapatkan anak kembar hanyalah satu keinginan naluri saya sebagai seorang ibu .. tapi tiba-tiba ianya telah menjadi kenyataan berkat Rahmat dari Nya..

Maka pada masa itu keazaman saya untuk menyusu badan semakin membuak-buak.. dengan mencari pelbagai info mengenai susu ibu di pamplet, majalah, blog, forum dan sebagainya. Saya juga mengambil makanan yang berkhasiat kaya dengan protein dan kalsium serta makanan tambahan yang disarankan oleh doktor bagi menyumbang kepada pengeluaran susu ibu.

Saat yang dinantikan telah tiba.. genap saja minggu ke38 saya diberi ubat induce untuk bersalin dan tanggal 19 ogos 2009 saya selamat melahirkan sepasang kembar perempuan secara normal.. yang masing-masing seberat 1.69kg dan 1.88kg...

Hari kedua semasa dihospital Putrajaya.. saya telah diberi urutan buah dada untuk melancarkan pengaliran air susu oleh pihak rumah perbidanan yang bekerjasama dengan pihak hospital untuk menjayakan kempen susu ibu. Pada waktu itu susu tidak dapat keluar dan buah dada menjadi sangat tegang.. kesakitannya makin terasa..

Hari ketiga saya dan kembar dibenarkan pulang kerumah.. dan bermula episod airmata serta kegoyahan semangat untuk menyusu badan.. Sepanjang malam itu saya tidak dapat berbaring kerana perlu menyusu kedua-duanya.. Kakak dan adik asyik menanggis kerana terlalu lapar dan dahaga.. dan susu saya tidak keluar hanya ada air jernih sahaja.. dan kesakitan terus mencengkam.. Bila si adik menanggis saya terpaksa letakkan si kakak walaupun waktu itu dia sedang mengisap kemudian susukan si adik.. dan sebaliknya.

Tetapi bila kedua-duanya menanggis secara serentak.. kekuatan saya semakin goyah.. airmata mula berderai.. bukan lagi kerana sakit pada buah dada.. tapi tak sanggup melihat wajah kelaparan mereka.. bibir yang kering cuba menelan air susu.. tapi apakan daya.. susu belum mahu keluar.. Dengan keadaan badan yang masih terasa bisa-bisa senggal.. saya menggunakan seluruh kekuatan yang ada mengangkat satu persatu sebelah tangan untuk menyusu kiri dan kanan.. mujur mereka tidak berat dan tidak memberikan kesukaran untuk saya menyusu.. seksi??.. hehehe saya lah insan yang terseksi pada masa itu..

Apabila hampir subuh.. suara azan pun berkumandang.. sikembar sudah tidur.. tidur dalam kelaparan dan keletihan menanggis.. dan saya pun baru dapat berbaring.. rasa bagaikan sudah kematu.. Sambil baring saya merenung pada wajah sikembar.. mata mereka sudah bengkak kerana banyak menanggis dan bibir pula kering... Tak dapat saya bendung perasaan ketika tu.. airmata pun mula jatuh berjujuran.."maafkan mama sayang.. kerana tak terdaya menyusu dan kamu tidur dalam kelaparan"... Sepanjang subuh saya tidak dapat melelapkan mata dan sentiasa risaukan akan kelaparan mereka.. hanya airmata yang menjadi peneman sehingga saya pun terlelap akibat keletihan..

Wajah tanggisan yang tidur dalam kelaparan dahagakan susu mama

Keesokkan harinya saya dan suami terus bertolak dari Putrajaya ke Perlis untuk proses bepantang.. Alhamdullillah.. dalam perjalanan sikembar banyak tidur dan buah dada mula mengeluarkan susu secara perlahan-lahan... seperti mata air yang baru ditemui..

Ps..
Cerita pengalaman ini hanya berkisar pada perasaan saya pada masa itu dan sebenarnya suami serta mertua juga turut membantu.. tapi tidak dinyatakan.. Tanpa sokongan mereka tak mungkin saya dapat menempuh cubaan ini..

~ BaBy's SpECiaL pOSe CoNTesT ~

Salam..

Masuk kontes lagik dan lagik.. Jom mama-mama... meriahkan kontes anjuran mama Aqilah ni.. kalau nak.. sila klik pada banner..

Jom layan gambar budak berdua ni

Wan Elly Hakim
19 ogos 2009
7 bulan setengah

Suka tengok kakak angkat kaki dan pegang.. nampak bolat jer.. macam anak ulat.. hehehe.. orang tua kata nak adik laa tuu

Wan Emmy Hakim
19 ogos 2009
7 bulan setengah

Muka adik yang serius siap muncung mulut... jauh termenung mungkin frust ngan kakak.. adik dah ada.. lagik mau adik..

Cahaya mata.. ratu hati... intan payung... busyuk masyam kepada

Puan Uda dan Tuan Hakim
puanuda@yahoo.com

MaMa_aDHa ; BaBy iN BlUe CoNTesT

Salam..

Jom mama-mama masuk kontes lagik.. hehehe.. mak budak berdua ni macam dah kemaruk kontes jer.. ada jer kontes pasal anak-anak jer.. haaa .. terus jer masuk.. Kalau mama-mama nak join.. sila klik pada banner..


Seronok dapat tempek gambar si kucik mucik berdua tu kat sini .. janji hati saya gembira.. kalah menang tu.. bergantung pada rezeki masing-masing..

Saya jumpa kontes ni pun masa jalan-jalan kat umah Anje..

Kalau nak tahu si tuwin ni hanya ada baju biru ni ajer.. tu pun baju masa newborn .. hehehe.. mama ngan papa silap teka.. ingat boy.. rupa-rupanya girl.. jadi tu jer laa satu-satunya baju biru mereka.. hehehe.. sekarang ni asyik warna pink jer.. Jom layan gambar...

Wan Elly Hakim
7 bulan setengah
kategori girl


Wan Emmy Hakim
7 bulan setengah
kategori girl

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails