Kurun Najwa
Showing posts with label Tag. Show all posts
Showing posts with label Tag. Show all posts

Pink Award For Pink ADDICTED

Salam..

1. Sila link kpd org yg bg award ni kat kamu.
Saya dapat award ni dari tuan empunya award iaitu cik Agelika Fadhila dan dari CheQpPJoY

2. Nyatakan sebab sebab anda suka kaler Pink.
Nampak sweet jer.. terutamanya kalau kanak-kanak perempuan yang pakai.. remaja dan makcik-makcik pun nampak cun juger kalau pakai baju pink.. nampak lagik muda..

3. Sejak bila suka dgn kaler Pink?
Dari kecik lagik.. tapi tak ler addict sangat..

4. Nyatakan 5 barang paling kamu syg yg b'kaler PINK.
* pakaian
* aksesori
* Lip gloss
* blusher
* Bilik sembahyang

5. Snap picture kamu dgn barang kamu yg kaler Pink itu (1 brg pun cukup, yg penting kaler PINK) *yg ni kalau tak nak buat pun tak pe, no biggie :X

T-shirt pink.. walaupun murah.. tapi suka.. sebab ada tulis twin..

6. Tagged kawan kawan kamu yg minat PINK jugak.
emmm.. sapa erkk..

Saya dapat 2 juta ringgit.. woww makcik kayoss

Salam

Oh my godddd.. saya dapat 2 juta ringgit laaa.. ishh umpama mimpi dalam mimpi(sambil tenyeh bijik mata yang bertahik).. tak caya... tengok kat bawah tu.. berlambak duit kat atas tilam tu.. penat saya laki bini duk kira.. tuwen siap main geget-geget lagik..


1. cam biasa la ckp sapa yg baik ati antor tag ni
Orang yang baik hati hantar 2 juta hinggit ni .. adalah Dato Siti .. tak percaya... sila klik tengok.. maaf laa dato.. lambat kepo-kepo pasal duit 2 juta ni..

2.tag kan kat kwn2 korng yg semestinya akan layan berangan bersama2 korng
(nak tag kat 2 juta kawan pon tak pe)
Alamak.. saya dah habis belanja pun..

3.dah tag kn la jenjalan war war kan kat kwn korang kan yg korng nak bg 2 juta kat dorng
Macam mana nak war-war.. dah habiss.

4.Apa agaknya angan angan korng tu? korng berangan nak buat per ngan duit ni



Oppss.. satu lagikk

5-Cuba korang cakap camner kita nak dapat duit banyak camni kat dunia reality ek
Elok jadik ahli politik.. paling bagus ada kuasa kat tangan.. lepas tu .. bolehlah songlap duit rakyat.. boleh makan berjuta-juta.. kalau panjang akal.. berbilion-bilion pun boleh..

Wasiat lembu itam untuk Coretan Uda

Salam

Berbaloi betul berblog ni.. sebab apa? Sebabnya baru- ni.. saya dapat sekor lembu itam... tu gambar kat bawah.. glamor tul ngko lembu.. pi mana-mana pun mesti ada muka ngko..

1- Thank & link the person that gave you the cow.
Terima kasih pada Siti mama Naufal N Nureen yang kasi lembu itam ni..

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 orang blogger yang paling aktif atau 7 yang paling tak aktif.
Hehehe.. saya tak nak bagi.. nampak tak? saya dah ikat rebet kat leher lembu tu.. jadik saya yang punya...(mesti korang suka hatikan.. tak kena tag..)

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat ni dari orang kaya kg sepening lalat.
Untuk Pengetahuan korang wasiat ini datangnya dari Kampung Sepening lalat... kampung kelahiran Ahmad Albab..

4. Cerita 3 perkara, apa yang anda selalu buat sambil tengok tv.
Berbaring sambil silang pangkah..
Lipat baju yang berbakul-bakul..
Menetek budak tecik berdua tu..

5. Bagitau 3 makanan pelik yang pernah anda makan.
Goreng pisang cicah kicap.. sebab tak jumpa kat utara macam ni..
Otak-otak.. kerana tidak diperbuat dari sebarang otak haiwan
Laksa goreng.. selalunya makan ngan kuah.. ni hang pi goreng pulak.. mesti tak cukup kuah..

6. Cuba bagi tau berapa orang kawan anda kat FACEBOOK.
Tak da.. sign up facebook semata-mata untuk gengblogger jer..

7. Aku suka soklan ni...Camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe..... kat mana?
Masa kat dalam bilik kuliah .. alamak tak ingat dah.. kat upm

Marathon tag dan award

Salam

Lama dah duk bertagak nak buat .. tapi tak jadik2 juga.. laa ni cheq nak selesaikan semuanya..

Tag ni dari Ira kecik dan Simiey

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.


Ini gambarnya.. sorang budak perempuan sedang berlakon bercakap ditelefon.. nama dia Nadya Hakim.. Gambar di ambik kat Hotel Green Park Temerloh masa tahun baru cina yang lepas.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Award dari Raksasa Laut dan Budak SkemA

Terima kasih

1. Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
Saya tikam dia balik.. tapi dari depan tau.. acah jer.. kalau member tu jenis suka main tikam-tikam masih boleh layan lagik.. tapi kalau jenis suka tikam dari belakang ni.. baik tak payah buat kawan..

2. 6 orang di hati anda ?
~ Suami
~ Anak-anak
~ Ibu bapa dan mertua
~ Adik- beradik
~ kawan-kawan di alam nyata
~kawan-kawan di alam maya

3. Anda rasa anda comel ?
~Yaaaaa.. sangat comel .. hehehe. .. sila muntah jauh-jauh yer..

4. single or taken ?
~dah ada anak 4.. wakaka..

5. blog yang anda suka ?
~ blog pasal blogging, hiburan, masakan tak kisah laa apaapa pun..

6. adakah bilik anda kemas setiap hari ?
~ Jom tengok

7. lagu terakhir yang anda dengar ?
~nanti jap nak ingat..

8. last text message ?
~ hotlink suruh top up

9. last phone call ?
- Abang nak balik ni.. dah masak ker belum???

10. hari terakhir anda menangis ?
- Sebulan yang lepas

11. list lima faberet colour anda .
~ Hitam, putih, biru, pink dan purple.

12. orang terakhir anda ber"ym" ?
~ tak

13. game yang anda paling suka ?
Tak berapa suka games sangat.. Zuma boleh laa kut..

14. adakah anda peminat MCR ?
~MCR tu ape..

15. apa perasaan anda semasa jawab tag ni ?
~Tak selesa basah ketiak weiii

16. anda rasa tag ni best ?
~seriusss tak besss langsungg..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Award dari Abg Feroz yang suka gulink-gulink..

Terima kasih

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Award dari budak hijau.. Ingat Hijau Ingat Daus

Terima kasih

Mommies Blogger Award

Salam..

Boleh dikatakan minggu ini.. adalah minggu demam award.. dan terkini award yang saya dapat ini adalah dari Ira mama Balqis..

(akekekeh.. lupa lak nak letak gambar award)

Syarat-syarat yang dikenakan adalah seperti berikut

1. Thank and link the person who gave you the award.. post the above award in your entry too..

Terima kasih yer Ira mama Balqis.. sebab sudi berikan pada saya.. pada hal kita baru jer nak kenal-kenal kan.. semoga lepas ni .. hubungan di alam maya ini akan menjadi semakin akrab..

2. List the date of birth of your first child and your following children.. add also their names..

Saya ada 4 orang anak
  1. Wan Iman Hakim... 1 Februari 2003
  2. Wan Nadya Hakim... 28 Disember 2004
  3. Wan Elly Hakim ... 19 Ogos 2009
  4. Wan Emmy Hakim.. 19 Ogos 2009
Abang Iman dengan adik Elly

Kakak Nadya dengan Adik Emmy

3. Upload a picture of you with your children..

Opss... saya dengan sikembar

4. For those mommy to be.. your pregnant picture will do..
Hehehe.. buat masa sekarang .. saya tak pegnen kayy..

5. Pass the award to all mommy bloggers you know! Let them know
Kalau ada mommy2 yang nak ambik.. sila lah ambik.. hehehe.. grenti tak ambik kan.. tahu korang sangat sibuk nak layan kerenah anak masing-masing kan.. kan..

Sepuluh

Salam..

Saya telah di tag oleh Cikmin dan rifhaman .. untuk menjawab tag tersebut mesti mengikut peraturannya iaitu:
  1. Copy Tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda..
  2. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.
  3. Sila jawab dengan jujur..

[#1] Siapakah diri anda di rumah?
Seorang isteri dan ibu kepada 4 orang cahaya mata.

[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Tak tahu!

[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
Honda Civic TypeR
Mesin jahit sulaman yang canggih.
Sebuah bilik yang dipenuhi dengan baju dan kasut.
Sebuah banglo di pinggir desa.
Wang simpanan yang menceceh sejuta ringgit.

[#4] Siapakah nama pasangan anda?
Hakim Ayob

[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
Seorang yang penyabar dan tidak cepat marah.
Bukan jenis yang suka mengungkit.
Pandai berjimat dalam mengatur perbelanjaan keluarga.
Bukan seorang yang kedekut kerana setiap bulan dia yang bayarkan wang pinjaman PTPTN saya dan menghantar wang belanja emak dikampung.
Tidak suka melepak dikedai kopi dengan menghabiskan masa bersama kawan-kawan.

[#6] Bila tarikh anda couple?
January 2001

[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Kereta kehabisan petrol kat lebuhraya masa bulan puasa. Kes terlupa tengok meter. Saya dan anak-anak terpaksa menjadi pak pacak kat tepi jalan sementara suami meminta bantuan.. perasaan ketika itu sangat malu sebab mana ada orang naik kereta lupa isi minyak, sungguh luar biasa. kalau kereta rosak, itu perkara biasa.

[#8] Lagu tema cinta anda?
Macam tak sesuaikan.. tapi nak buat macam mana.. masa bertentang mata (ada cas letrik bzz bzz) .. lagu ni tengah berkumandang.. jadi kalau terdengar lagu ni dapat rasa getaran panahan mata masa tu.. (cehhhh ayattt)



[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Tolong kakanda ...jangan cakap/cerita benda yang sama berulang-ulang kali.. lemau telinga adinda hendak mendengarnya.

[#10] Tag 10 rakan ada yang lain
Rasanya 10 orang kawan saya sangat sibuk.. jadi tak payah ganggu mereka!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails