Kurun Najwa
Showing posts with label Perkembangan Bayi. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan Bayi. Show all posts

Menangis Berterusan

Salam..

Jom berkongsi info

Menangis berterusan adalah masalah bayi yang biasa kepada ibubapa atau penjaga bayi baru lahir atau bayi berusia kurang dari satu tahun. Menangis adalah satu cara bayi berhubung untuk menunjukkan mereka mempunyai masalah atau tidak selesa.

Tanda dan Gejala
Bayi biasanya akan menangis apabila :
* Lapar dan dahaga.
* Mengantuk atau letih.
* Kesejukan atau basah.
* Minta didukung.
* Perlu ditukarkan lampin.
* Dalam kesakitan atau tidak selesa.

Menangis berterusan boleh ditafsirkan sebagai :
* Menangis berterusan pada jangka masa yang lama.
* Menangis meskipun semua keperluan dipenuhi
* Menangis dengan nada yang berbeza dari tangisan biasa
* Menangis disertai dengan pergerakan luar biasa seperti bayi menangis sambil mengangkat kedua-dua kaki ke atas.

Keadaan tertentu yang boleh menyebabkan bayi menangis berterusan:
* Perut memulas.
* Penyakit.

Rawatan
Beri perhatian dengan segera apabila bayi anda menangis. Pengalaman dan masa mengajar anda mengenali keperluan bayi anda dan bertindaklah mengikut keperluan.
* Bayi yang menangis akibat lewat diberi susu akan dapat diatasi dengan tidak melengahkan masa pemberian susu.
* Bayi yang lampinnya basah akibat kencing atau berak hanya perlu ditukarkan lampin.
* Bayi yang kesejukan akan selesa apabila dibalut dengan selimut atau pakaian yang dihangatkan terlebih dahulu.
* Periksa seandainya ada keadaan yang boleh menyebabkan kesakitan, seperti pin lampin terbuka atau disengat serangga.
* Memeluk rapat bayi anda dan menghayunkanya perlahan-lahan.
* Urutan atau usapan lembut di belakang atau didada bayi.

Kadangkala bayi menangis berterusan meskipun segala usaha telah diambil untuk memujuknya. Anda mesti bertenang dan tidak tertekan kerana jika tidak perasaan bayi anda akan lebih terganggu. Jangan sesekali mengoncang bayi anda kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan teruk kepada leher dan otak bayi anda. Sekiranya anda rasa tertekan / keletihan minta bantuan kawan atau ahli keluarga yang lain mengambil alih menjaga bayi anda sementara. Ambil masa anda untuk bertenang sebelum meneruskan penjagaan bayi anda.

Sumber
Info Sihat

Panduan perkembangan berbahasa dan bertutur(Part 2)


Salam..
Saya nak berkongsi dengan mama-mama mengenai panduan perkembangan berbahasa dan bertutur bagi anak-anak mengikut peningkatan usia. Panduan ini juga meliputi panduan pendengaran yang diperlukan untuk bertutur.

Part1

12 hingga 18 bulan


  • Menuruti arahan -arahan yang ringkas
  • Menunjuk apabila dipinta ke arah orang, bahagian badan atau benda
  • Menggunakan 10 patah perkataan atau lebih

18 hingga 24 bulan
  • Mendengar cerita-cerita dan nyanyian yang ringkas
  • Menggunakan 20 perkataan atau lebih
  • Menggabungkan 2 ayat atau lebih

2 hingga 3 tahun


  • Menuruti 2 langkah arahan seperti "Ambik buku dan letakkan atas meja"
  • Memahani perbezaan perkataan berlawanan makna seperti besar/kecil, panas/sejuk
  • Menggunakan 2 atau 3 ayat untuk memperkatakan mengenai sesuatu benda atau perkara
  • Pada usia 2 tahun, orang lain boleh sesekali sahaja memahami apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak tersebut
  • Pada usia 3 tahun, orang lainboleh memahami keseluruhan perkara yang diperkatakan oleh kanak-kanak tersebut
Sumber
Majalah Ibu&Ayah 2008

Panduan perkembangan berbahasa dan bertutur(Part 1)

Salam..
Saya nak berkongsi dengan mama-mama mengenai panduan perkembangan berbahasa dan bertutur bagi anak-anak mengikut peningkatan usia. Panduan ini juga meliputi panduan pendengaran yang diperlukan untuk bertutur.

Lahir hingga 3 bulan


  • Diam apabila mendengar bunyi-bunyian biasa
  • Bertindakbalas kearah bunyi yang kuat dengan berkedit mata, terkejut, berhenti menghisap,menanggis atau terjaga dari tidur
  • Membuat suara garau bila terjaga dari tidur untuk menunjukkan kegembiraan dan keselesaan
  • Menanggis apabila merasa kurang selesa
  • Memandang ke arah mulut orang yang bercakap dengannya

3 hingga 6 bulan


  • Memusingkan kepala atau mata untuk mencari arah datangnya suara
  • Menunjukkan reaksi terhadap sebarang perubahan suara
  • Memberikan perhatian kearah permainan yang mengeluarkan bunyi, muzik dan nyanyian
  • Mula untuk mengeluarkan bunyi-bunyi pertuturan seperti ooo, aaa, eh, ahhgoo, mmm

6 hingga 9 bulan


  • Mula menjawab dan melihat apabila dipanggil dengan nama
  • Tersenyum bila bercakap dengannya
  • Meniru mimik muka
  • Membebel dan mengulang sebutan seperti bababa, mamam, dadada
  • Menyukai permainan seperti "peek-a-boo"

9 hingga 12 bulan


  • Memberikan reaksi kepada bunyi-bunyi yang kuat dan perlahan
  • Memahami perkataan "tidak"
  • Menggunakan 2 atau lebih patah perkataan seperti mama, papa
  • Meniru bunyi-bunyi binatang
  • Membalas lambaian apabila dilambai ke arahnya
Sumber
Majalah Ibu&Ayah

Kanak-kanak memerlukan cermin mata hitam

Salam..
Biar betul? Kecik-kecik dah bagi pakai cermin mata hitam.. ni mesti kes nak bergaya sakan..

Ini merupakan salah satu tangapan sesetengah orang bila melihat kanak-kanak memakai cermin mata hitam.. sebenarnya tangapan itu salah, kerana kanak-kanak berisiko tinggi mengalami kerosakkan mata bila terdedah pada cahaya terang disebabkan mereka tidak memiliki keupayaan perlindungan seperti mata orang dewasa.

"Emm.. sampai hati mama buat muka kakak cam nii"

Cara melindungi mata anak daripada pancaran matahari
  • Jangan membiarkan anak-anak berada dibawah mataharidari jam 10 pagi hingga 4 petang.
  • Memakaikan anak-anak cermin mata hitam kerana ia dapat mengurangkan kilauan dan menapis 99-100% sinaran UV.
  • Memakaikan topi yang bertepi lebar atau topi besbol.
  • Melarang anak-anak supaya tidak memandang terus pada arah matahari.
  • Mengambil sejumlah makanan yang mengandungi vitamin A seperti hati, telur, susu, buah-buahan yang berwarna oren, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan brokoli.
Sumber.
Di olah dari Majalah Ibu&Ayah Jun2008

Suratan atau Kebetulan

Masa mengandung bb twin ni.. saya dan somi tak nak tahu jantina.. nak main teka jer.. Naluri saya.. rasa cam dapat bb boy... somi pun rasa bb boy jugak.. maka tak ada lah barang yang warna pink..

Tapi pada masa yang sama.. teringin jugak nak tahu.. jadik saya pun try lah main2 ngan kalender kuno china untuk menentukan jantina bayi berpandukan umur ibu dan bulan terakhir period.. berdasarkan info yang dinyatakan.. ke sahihannya adalah 90% tepat..

Umur saya ketika mengandung.. 29 tahun.. period terakhir november..

Jom tengok keputusanya..

Kalender pertama


Tahniah.. dapat bb girl.... boleh caya ker ni??

Kalender kedua..



Tahniah.. jugak bb girl... heyyy.. biar betul...??

Dan realitinya.....


Tahniah.. untuk saya.. kerana telah mendapat bb girl.. tapi kenapa biru?.. kantoi..

Kesimpulannya
Ini adalah sudah suratan takdir dari Nya.. dan kebetulan sama dengan kalender itu..

pssss.. nanti kalau nak ngandung .. saya nak ikut kalender ni laa... nak bb boy pulak!.. Bukan percaya.. tapi kut kebetulan..

Perkembangan Awal Bayi 12 Bulan

Perkembangan Tubuh Badan


Berjalan mengiring atau kehadapan dengan memegang seseorang atau perabot. Mungkin pandai bertatih dan berjalan jatuh.

Kemahiran Belajar


Anak anda akan membuat apa saja supaya anda ketawa dan mengulanginya beberapa kali. Mungkin mengetahui beberapa patah perkataan yang mudah.

Kemahiran Bertutur
Menyebut dan menggunakan perkataan pertamanya. Perkataan pilihannya adalah nama benda yang penting baginya, contohnya orang(mama, abah) objek(bola, jam).

Kemahiran Sosial
Memahami dan patuh pada arahan mudah seperti "jangan". Memahami keadaan yang berbeza, berupaya meluahkan perasaannya dengan lebih baik. Mungkin pada peringkat ini, tidak boleh berenggang dengan anda.

Sumber Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Perkembangan Awal Bayi 11 Bulan

Perkembangan Tubuh Badan


Berjalan mengiring atau kehadapan dengan memegang seseorang atau perabot. Mungkin pandai bertatih dan berjalan jatuh.

Kemahiran Belajar


Bayi anda akan suka membuat bunyi bising, ingin menggoyang, mengetuk, memukul apa saja yang boleh mengeluarkan bunyi. Suka melemparkan atau menjatuhkan barang dengan sengaja dan menyuruh anda mengutipnya semula.

Kemahiran Bertutur


Menyebut dan menggunakan perkataan pertamanya. Perkataan pilihannya adalah nama benda yang penting baginya, contohnya orang(mama, abah) objek(bola, jam).

Kemahiran Sosial


Memahami dan patuh pada arahan mudah seperti "jangan". Memahami keadaan yang berbeza, berupaya meluahkan perasaannya dengan lebih baik. Mungkin pada peringkat ini, tidak boleh berenggang dengan anda.

Sumber Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Perkembangan Awal Bayi 10 Bulan

Perkembangan Tubuh Badan


Merangkak dengan tangan dan kaki yang lebih tegak. Mungkin akan mengundur buat seketika. Menarik sesuatu benda sebagai sokongan untuk berdiri. Sesetengah bayi akan terus berdiri tegak dan berjalan tanpa peringkat merangkak.

Kemahiran Belajar
Memahami perkataan pendek dan ayat-ayat mudah.

Kemahiran Bertutur
Pertuturan menjadi lebih baik kerana bayi akan cuba menyambung beberapa patah perkataan dan menyebutnya seperti sepotong ayat. Anda aka tahu bila bayi anda akan mula hendak bercakap.

Kemahiran Sosial
Bergaul dengan mengajuk bunyi percakapan dan tindak-tanduk orang lain. Memahami perkataan mudah contohnya jangan, "bye-bye".

Sumber Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Perkembangan Awal Bayi 9 Bulan

Perkembangan Tubuh Badan


Berusaha untuk merangkak dan menyokong berat badannya dengan menggunakan tangan dan lutut. Boleh menukar kedudukannya daripada berbaring kepada duduk.

Kemahiran Belajar


Mula memperlihatkan "kuasanya", misalnya akan menghalang anda dari melakukan sesuatu, cuba mengelak daripada anda membasuh mukanya. Memberi sepenuh perhatian terhadap barang permainannya dan membelek-beleknya seolah-olah ingin memeriksanya dengan teliti. Mencari objek yang tersembunyi.

Kemahiran Bertutur
Pertuturan menjadi lebih baik kerana bayi akan cuba menyambung beberapa patah perkataan dan menyebutnya seperti sepotong ayat. Anda aka tahu bila bayi anda akan mula hendak bercakap.

Kemahiran Sosial
Bergaul dengan mengajuk bunyi percakapan dan tindak-tanduk orang lain. Memahami perkataan mudah contohnya jangan, "bye-bye".

Sumber Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Perkembangan Awal Bayi 8 Bulan

Perkembangan Tubuh Badan


Dapat duduk dengan baik tanpa perlu disokong jika dia tidak bergerak. Mungkin badannya akan bergoyang kehadapan atau kebelakang.

Kemahiran Belajar
Mengenali namanya sendiri apabila dipanggil. Pandai membuat pelbagai jenis bunyi untuk menarik perhatian.

Kemahiran Bertutur
Bermain dengan bibirnya dengan menyebut perkataan yang mudah berulang kali seperti abababa. Belajar untuk menarik perhatian orang ramai. Berminat dalam perbualan orang dewasa.

Kemahiran Sosial


Bergaul dengan mengajuk bunyi percakapan dan tindak-tanduk orang lain. Memahami perkataan mudah contohnya jangan, "bye-bye".

Sumber Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Perkembangan Awal Bayi 7 Bulan

Perkembangan Tubuh Badan


Keupayaan untuk duduk menjadi lebih baik, mungkin akan cuba mengimbangi badannya.

Kemahiran Belajar


Mula pandai untuk memilih makanan. Amat berminat melihat dirinya di cermin.

Kemahiran Bertutur


Bertindakbalas dengan lebih baik ke arah bunyi, samada suara manusia atau bunyi muzik. Dapat menyebut 2 patah perkataan hujung kepada perkataan penuh contohnya Maama, Aabaah.

Kemahiran Sosial


Lebih aktif dan lebih bijak berinteraktif. Suka bermain "cak-cak".

Sumber Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Perkembangan Awal Bayi 6 Bulan

Perkembangan Tubuh Badan


Mungkin dapat duduk tanpa sokongan tanpa untuk beberapa saat. Dapat mengangkat kepalanya ketika baring. Giginya yang pertama mungkin akan tumbuh pada usia 6 bulan, namun setiap bayi adalah berbeza.

Kemahiran Belajar


Mula pandai untuk memilih makanan. Amat berminat melihat dirinya di cermin.

Kemahiran Bertutur
Terus berkomunikasi dengan orang dewasa, membuat pelbagai bunyi dan menunggu sehingga seseorang membalas kelakuannya semula.

Kemahiran Sosial
Pandai buat mimik muka.

Sumber Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Perkembangan Awal Bayi 5 Bulan

Perkembangan Tubuh Badan


Apabila diletakkan dalam keadaan meniarap, dapat mengangkat kepalanya. Dapat berpusing dari posisi meniarap dan kemudian menelentang.

Kemahiran belajar
Mula menyedari keadaan yang asing bagi dirinya, dapat meluahkan perasaan takut, tidak suka dan marah.

Kemahiran Bertutur
Terus berkomunikasi dengan orang dewasa, membuat pelbagai bunyi dan menunggu sehingga seseorang membalas kelakuannya sebelum dia melakukannya semula.

Kemahiran Sosial
Pandai membuat mimik muka.

Sumber Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Perkembangan Awal Bayi 4 Bulan

Perkembangan Tubuh Badan


Dapat berpusing dari posisi menelentang kemudian meniarap, menyokong berat badan dengan lengannya.

Kemahiran Belajar


Akan ketawa kecil apabila anda bermain dengannya. Akan menoleh ke arah sebarang bunyi dan suka jika diletakkan dalam keadaan duduk.

Kemahiran Bertutur


Suka membuat bunyi-bunyi bising dan menyebut beberapa perkataan seperti bunyi Bah, Mah, Paa,Moo, Dah.

Kemahiran sosial
Suka diberi perhatian.

Sumber Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Perkembangan Awal Bayi 3 Bulan

Perkembangan Tubuh Badan


Badannya tidak mengerekot. Bayi boleh mendepangkan lengan dan kakinya. Dapat menendang dengan kuat. Apabila di dukung dalam keadaaan menegak, dapat mengawal pergerakkan kepalanya.

Kemahiran Belajar


Akan membalas percakapan anda dengan senyumannya dan mengagah dengan kuat. Menunjukkan minat ingin tahu dengan keadaan di sekelilingnya.

Kemahiran Bertutur


Dapat membezakan bunyi percakapan dan bunyi-bunyi yang lain. Menoleh ke arah bunyi.

Kemahiran Sosial
Mengenali wajah ibunya dan orang-orang yang biasa berada di sekelilingnya. Kelihatan takut jika ternampak orang asing dengan memalingkan mukanya ataupun mungkin akan menanggis.

Sumber Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Perkembangan Awal Bayi 2 Bulan

Perkembangan Tubuh Badan


Pandai menggeliat. Boleh mengangkat kepala 45 darjah selama beberapa minit.

Kemahiran Belajar


Matanya akan mengekori objek bergerak.

Kemahiran Bertutur
Mula membalas senyuman anda dan pandai mengagah. Walaupun bayi masih tidak tahu untuk bercakap, ini merupakan salah satu isyarat yang bayi sedang belajar untuk berkomunikasi dengan anda.

Kemahiran Sosial


Mengenali wajah ibunya dan orang-orang yang biasa berada di sekelilingnya. Kelihatan takut jika ternampak orang asing dengan memalingkan mukanya ataupun mungkin akan menanggis.

Sumber Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Perkembangan Awal Bayi 1 Bulan

Perkembangan Tubuh Badan


Sejak lahir, bayi akan sentiasa berada dalam kedudukan mengerekot. Rangka kepalanya sangat lembut(otot leher masih tidak kuat untuk menyokong kepalanya). Kakinya lebih cenderung dalam posisi membengkok dan hanya berupaya untuk mengangkat sedikit kepalanya untuk menoleh ke arah kiri dan kanan.


Kemahiran Belajar


Dapat mengenali wajah anda jika anda merapatkan muka ke arah bayi kurang daripada 12 inci(30cm). Apabila bayi berusia sebulan, dia dapat mengajuk mimik muka anda.


Kemahiran Bertutur


Bayi anda akan menanggis sebaik saja dia dilahirkan. Pada peringkat permulaan, bayi anda hanya tahu menanggis sahaja, lambat laun dia akan pandai mengagah sebagai tanda dia berasa seronok dan gembira.


Kemahiran Sosial


(Beberapa minggu pertama)
Tidak berupaya bertindakbalas pada dunia luar.

Sumber Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Suntikan lindungi bayi

BARANGAN bayi antara keperluan pertama disediakan setiap pasangan apabila menerima kehadiran orang baru. Bagaimanapun, ia tidak sepenting persediaan untuk penjagaan kesihatan kerana pada ketika ini si kecil berdepan pelbagai risiko dan gangguan kesihatan.




Ada lebih 15 penyakit yang menanti bayi anda seperti tuberkulosis, hepatitis A dan B, difteria, tetanus (kancing gigi), pertusis (batuk kokol), polio, Hib (Haemophilus influenza jenis b), campak, beguk, rubela, rotavirus, pneumokokal, cacar air dan mengingokokal.

Bagaimanapun, bayi anda mendapat perlindungan kepada 10 penyakit yang disenaraikan di atas melalui Program Imunisasi Kebangsaan dengan syarat anda membawa si kecil untuk diberi vaksin, sama ada secara oral (mulut) atau suntikan.

Namun menurut perunding paediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail, penjagaan bayi sebenarnya bermula ketika dalam kandungan lagi kerana tempoh sembilan bulan itu disifatkan sebagai waktu paling penting bagi ibu untuk memberi lebih perhatian kepada kesihatan diri dan bayinya.

Apabila seseorang wanita hamil, dia tidak boleh mengambil ubat sewenang-wenangnya kerana kebanyakan jenis ubat boleh memberi kesan negatif terhadap janin. Malah, ubat yang dikategorikan ‘selamat’ akan jatuh ke dalam kategori ‘kurang selamat’ untuk wanita hamil.

Ini kerana ubat yang dihasilkan kini hanya diuji ke atas haiwan; justeru kesan langsung terhadap anak dalam kandungan tidak diketahui.

Ini sebabnya setiap wanita perlu menitikberatkan soal kesihatan dengan mengambil pemakanan seimbang dan meneruskan gaya hidup sihat sepanjang kehamilan.

Bahkan, mereka juga masih boleh melakukan senaman ringan mengikut kemampuan. Ketika hamil, ibu dan bayi adalah satu entiti; jika ibu sihat, bayi dalam kandungan juga akan sihat.

Melalui Program Imunisasi Kebangsaan, setiap bayi diberi perlindungan kepada penyakit tuberkulosis, hepatitis B, difteria, kancing gigi, batuk kokol, Hib, polio, campak, beguk dan rubela secara percuma.

Bagaimanapun, bayi anda masih terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti rotavirus, pneumokokal, influenza, cacar air dan mengingokokal — semua ini tidak termasuk dalam imunisasi kebangsaan.

Mengapa imunisasi penting? Setiap hari kanak-kanak terdedah kepada pelbagai jenis kuman (mikro organisma) yang boleh memasuki badan saluran pernafasan, mulut, kulit, makanan dan minuman. Virus dan bakteria ini juga mudah tersebar antara manusia melalui percikan air liur ketika batuk dan bersin.
Walaupun kebanyakannya tidak berbahaya, sebahagian kecil mikro organisma ini, khususnya virus dan bakteria, boleh menyebabkan masalah kesihatan serius, contohnya campak, difteria dan polio.

Sesetengah penyakit seperti polio diisytiharkan sudah terhapus di negara kita, tetapi tidak bermakna kita bebas sepenuhnya daripada virus polio kerana virus ini masih wujud di sesetengah negara di Asia dan Afrika.

Pada 2006, kerajaan Indonesia melancarkan lima kempen suntikan polio yang memberi perlindungan kepada 25 juta kanak-kanak selepas mengesan 329 kanak-kanak dan bayi jatuh sakit apabila penyakit ini muncul semula pada 2005.

Ini bermakna anak kita masih berdepan risiko virus polio, justeru kita perlu membawa anak mendapatkan vaksin yang diberi percuma di mana-mana klinik dan hospital kerajaan.

Mungkin sesetengah golongan muda tidak tahu kewujudan penyakit ini. Serangan virus polio boleh menyebabkan seseorang menjadi lumpuh.

Tindakan segera memberi perlindungan vaksin sangat penting kerana virus ini mudah merebak. Kini kedatangan berjuta-juta pelancong dan pendatang haram memudahkan kemasukan semula virus ini ke negara kita.

Tidak kira sama ada anda baru menimang cahaya mata pertama atau menambah keluarga, setiap pasangan perlu memastikan anak mereka diberi perlindungan dan cara paling mudah ialah melalui vaksinasi.

Sejak Program Imunisasi Kebangsaan diperkenalkan pada pertengahan 1950-an dan dikemaskini dua kali pada 1986 dan 2006, ia terbukti mampu meningkatkan tahap kualiti hidup dan mengurangkan kadar kematian di kalangan kanak-kanak di negara kita.

“Wanita juga diingatkan untuk menyusukan anak secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan. Saranan ini bukan hanya untuk memberi makanan lengkap, tetapi susu ibu sebenarnya mengandungi unsur penting untuk meningkatkan tahap ketahanan badan seseorang bayi.

“Gabungan susu ibu dan vaksin boleh memberi perlindungan yang lebih baik kepada bayi anda,” katanya dalam dalam seminar Ibu Sihat, Anak Sihat anjuran Persatuan Peadiatrik Malaysia (MPA) dengan kerjasama GlaxoSmithKline, yang turut melancarkan buku panduan Vaccine-preventable Diseases.

Walaupun suntikan imunisasi diberi secara percuma, masih ada ibu bapa tidak membawa anak mereka untuk mendapatkan perlindungan penting ini. Ada juga yang hanya membawa anak sekali dua ke klinik dan tidak menghabiskan program vaksin.

Apa akan terjadi jika anak anda tidak mendapat vaksin? Ada dua kemungkinan, iaitu jika anak anda bertuah, dia membesar tanpa dijangkiti penyakit yang boleh dilindungi vaksin.

Kemungkinan kedua ialah jika anak anda terdedah kepada jangkitan mana-mana 10 penyakit seperti disenaraikan di atas dan jatuh sakit. Jika anak anda dijangkiti, dia juga akan menjangkiti orang lain, termasuk kawan dan ahli keluarga.

Kalau sekadar ‘ponteng’ sekolah beberapa hari kerana tidak sihat, tidak mengapa. Yang dibimbangkan ialah jika terpaksa keluar masuk hospital atau ditahan di wad. Jangan lupa, ada banyak penyakit kanak-kanak yang boleh menyebabkan kecacatan dan mengancam nyawa.

Adakah suntikan vaksin selamat? Ya, dan kebanyakan kesan sampingan yang mungkin dialami ialah demam dan sakit pada bahagian disuntik. Jika terlewat membawa anak mendapatkan suntikan vaksin, anda tidak perlu bimbang kerana vaksin boleh diberi pada sebarang umur.

Bagaimanapun perlu diingat, anak anda paling memerlukan perlindungan dalam tempoh dua tahun pertama hidupnya.

Bagi yang membawa anak mendapatkan suntikan dan terlewat untuk dos seterusnya juga tidak perlu khuatir. Selepas dos pertama, badan anak anda menghasilkan imuniti terhadap penyakit tetapi tahapnya masih rendah dan ia perlu dipertingkatkan dengan dos seterusnya.

Jadi untuk tidak terlupa, tandakan kalender bila anda perlu membawa si kecil ke klinik.

Sumber Harian Metro

Lampin pun ada masalah

PERNAHKAH anda melihat kanak-kanak berusia empat tahun ke atas yang cergas dan petah bercakap tetapi masih memakai lampin pakai buang?

Tidakkah pada usia ini (terutama apabila sudah pandai bercakap), mereka tidak lagi memerlukan lampin kerana boleh memberitahu ibu bapa jika mahu ke tandas?




Ada ibu bapa berpendapat, penggunaan lampin pakai buang yang ditambah dengan ciri-ciri perlindungan tambahan terhadap kebasahan menyebabkan kanak-kanak lambat belajar untuk ke tandas.

Walaupun tiada kajian khusus, kanak-kanak yang memakai lampin kain lebih cepat dan mudah diajar untuk ke tandas. Malah ada kanak-kanak tidak lagi memakai lampin apabila memasuki umur dua setengah tahun.

Ini kerana lampin kain lebih cepat basah dan menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesa. Selepas beberapa ketika, kanak-kanak ini boleh mengaitkan antara rasa hendak kencing dengan ketidakselesaan apabila lampin mereka basah.

Kajian mendapati hampir 95 peratus ibu bapa di Amerika Syarikat memilih lampin pakai buang untuk anak mereka.

Rasanya keadaan tidak jauh berbeza di negara kita kerana lampin pakai buang kini menjadi pilihan utama, sama ada di kalangan ibu yang bekerja mahupun suri rumah tangga.

Antara sebabnya ialah ia lebih mudah, selesa dan praktikal untuk ibu dan anak, terutama jika berjalan jauh. Namun segelintir ibu bapa masih memilih lampin kain atas alasan:

# Lebih selesa

# Kurang masalah ruam lampin kerana lampin yang dibuat daripada kain kapas mempunyai pengudaraan baik. Ia akan segera ditukar apabila basah dan mengurangkan risiko ruam lampin

Bagaimanapun pendapat ini masih dipertikai kerana lampin pakai buang kini direka supaya bayi lebih kering dan ia sekali gus dapat mengurangkan risiko ruam lampin. Namun, baik lampin pakai buang atau kain, yang penting ia perlu ditukar apabila basah atau dua jam sekali bagi lampin kain dan tiga hingga empat jam sekali bagi lampin pakai buang

# Bayi lebih cepat belajar ke tandas

# Lebih menjimatkan

# Tidak akan membebankan bumi

Memang benar, penggunaan lampin kain, termasuk lampin kain kapas organik, lebih menjimatkan kerana tahan lama dan boleh digunakan berulang kali. Jika dijaga dengan baik, ia boleh disimpan untuk kegunaan anak seterusnya!

Secara purata, bayi baru lahir menggunakan lapan hingga 12 helai lampin sehari dan berkurang kepada enam hingga lapan helai apabila berusia lapan atau sembilan bulan. Jika mahu menggunakan lampin kain, anda memerlukan sekurang-kurangnya satu hingga tiga dozen lampin.

Lampin kain sepatutnya tidak bocor. Kebocoran hanya akan berlaku apabila:

# Lampin tidak ditukar dengan kerap. Ini adalah masalah biasa apabila ibu bapa bertukar daripada lampin pakai buang kepada lampin kain. Lampin kain perlu ditukar sekurang-kurangnya dua jam sekali atau apabila perlu

# Lampin dicuci dengan sabun yang kuat dan pelembut fabrik. Sesetengah sabun dan semua pelembut fabrik akan menyalut lampin supaya ia kalis air. Jika anda menggunakan lampin kain, seelok-eloknya guna air panas untuk bilasan terakhir bagi menyingkir saki baki sabun. Ia juga bertujuan membunuh kuman

Persoalannya, adakah benar lampin pakai buang akan membebankan bumi? Kajian mendapati sama ada lampin pakai buang atau lampin kain, kedua-duanya memberi kesan negatif kepada bumi dengan cara berbeza.

Lampin pakai buang memerlukan lebih bahan mentah untuk dihasilkan dan memenuhi tapak pelupusan sampah kerana ia mengambil masa yang sangat panjang untuk hancur dan lupus. Lampin kain pula menggunakan banyak bahan pencuci, air dan elektrik untuk membersihkannya.

Kajian di United Kingdom yang dijalankan Rangkaian Alam Sekitar Wanita (WEN) pada 1991 mendapati lampin pakai buang menggunakan 20 kali ganda bahan mentah, tiga kali ganda tenaga, dua kali ganda air dan menghasilkan enam kali ganda sisa pepejal berbanding lampin kain.

Timbul pula kebimbangan merebaknya bakteria daripada lampin pakai buang tetapi Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) menegaskan, lampin pakai buang terletak dalam kategori bahan yang selamat untuk dibuang memandangkan sistem pelupusan sampah di sana diselenggara dengan baik.

Namun di negara kita ia masih menjadi kebimbangan kerana segelintir masyarakat mementingkan diri dan kurang peka terhadap isu ini apabila membuang lampin pakai buang (termasuk berisi najis) merata-rata, terutama di tempat rekreasi awam seperti sungai dan air terjun.

Pilihan terletak di tangan anda. Sama ada lampin pakai buang atau kain, kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Yang penting ialah, di samping memastikan anak sentiasa dalam keadaan bersih, kita perlu menjaga kebersihan tangan.

Apabila anda menukar lampin, alas punggung anak dengan pelapik khas. Cuci tangan dan pelapik ini setiap kali selesai menukar lampin.

Jangan tukar lampin di atas lantai tanpa alas kerana anda bukan saja memindahkan bakteria ke lantai, malah boleh membuatkan air sembahyang terbatal jika terpijak bahagian ini.

Sumber Harian Metro

Corak tidur bayi anda



UMUMNYA, semua bayi tidur sepanjang siang dan malam — hanya bangun untuk makan setiap beberapa jam. Jadi pasangan yang baru menjadi ibu bapa sukar menentukan berapa lama dan kerap bayi mereka perlu tidur.

Tiada kaedah khusus untuk menentukannya kerana bayi tidak mengetahui antara siang dan malam. Mereka sangka perlu tidur waktu siang dan kerap berjaga waktu malam! Namun secara purata, setiap bayi tidur antara lapan hingga sembilan jam waktu siang dan kira-kira lapan jam waktu malam.

Kebanyakan bayi terjaga beberapa kali pada waktu malam dan hanya selepas umur tiga bulan baru mereka tidur sepanjang malam.

Oleh kerana perut mereka kecil, bayi terjaga setiap tiga hingga empat jam. Bagaimanapun, jangan beri bayi anda tidur melebihi lima jam satu-satu masa ketika berumur antara lima hingga enam minggu pertama.

Sesetengah bayi yang dilahirkan pra matang perlu disusukan lebih kerap.

Perhatikan pada corak tidur bayi anda. Jika bayi anda biasanya tidur nyenyak dan bangun mengejut, ia mungkin menandakan si kecil mengalami masalah seperti jangkitan telinga. Tidur bayi juga boleh terganggu akibat perubahan perkembangan atau disebabkan rangsangan berlebihan.
Paling penting, jangan biarkan botol susu ada di mulut bayi anda ketika dia tidur kerana boleh menyebabkan jangkitan telinga atau tercekik.

Seperti orang dewasa, bayi menjalani beberapa fasa tidur. Bergantung kepada fasa tidurnya, bayi anda mungkin bergerak aktif atau baring tidak bergerak langsung.

Corak tidur bayi bermula ketika bulan terakhir kehamilan — tidur yang bergerak aktif dulu, kemudian diikuti dengan tidur tidak bergerak pada hujung bulan kelapan.


Jenis tidur bayi:

# REM (tidur mata bergerak) — Tidur yang tidak nyenyak iaitu apabila bermimpi dan mata bergerak ke depan dan belakang. Walaupun bayi tidur 16 jam sehari, separuh daripadanya dalam fasa ini. Kanak-kanak besar dan orang dewasa tidur lapan jam, tetapi tidur mereka tidak banyak fasa REM.

# Fasa bukan REM — Terbahagi kepada empat peringkat:

Peringkat 1 — mengantuk: mata tertutup, atau terbuka tetapi tertutup semula

Peringkat 2 — tidur belum nyenyak: bayi bergerak, terkejut atau terjaga bila ada bunyi

Peringkat 3 — tidur nyenyak: bayi diam dan tidak bergerak

Peringkat 4 — tidur sangat nyenyak: bayi diam dan tidak bergerak

Pada permulaan tidur, bayi memasuki fasa 1, ke fasa 2, 3 dan 4 kemudian berbalik ke fasa 3, 2 dan ke REM. Pusingan ini berulang beberapa kali sepanjang dia tidur.

Ketika bangun, tahap bayi terjaga juga berbeza. Apabila bayi terjaga penghujung pusingan tidur, ini fasa terjaga yang sunyi. Bayi anda tidak bergerak, tetapi sudah bangun dan seolah-olah tenggelam dalam dunianya.

Ketika ini juga bayi anda mungkin kelihatan merenung sesuatu objek dan bertindak balas terhadap bunyi serta pergerakan, kemudian mereka bergerak aktif.

Selepas ini masuk ke fasa menangis. Badan bayi bergerak tidak tentu arah dan menangis dengan kuat. Bayi mudah mengalami rangsangan berlebihan ketika fasa menangis. Jadi pastikan anda menenangkan bayi dengan mendakapnya atau membedung (balut bayi dengan kain).

Beri susu sebelum bayi masuk ke fasa menangis kerana jika mereka sudah menangis, mungkin sukar untuk memberi susu. Pada bayi baru lahir, menangis menandakan mereka sangat lapar!


Membantu bayi tidur

Bayi mungkin tidak dapat membentuk corak tidur dan bangunnya sendiri; terutama ketika mahu tidur. Anda boleh membantu dengan mengenal pasti tanda mengantuk, mengajarnya untuk tidur sendiri dan menyediakan persekitaran selesa serta selamat untuk tidur.

Antara tanda bayi mengantuk ialah:

# Menggosok mata

# Menguap

# Kelihatan melihat objek yang jauh

# Meragam


Bagaimana anda boleh membantu bayi tidur:

Bukan semua bayi pandai tidur sendiri. Apabila tiba waktu tidur, kebanyakan ibu bapa cuba mendodoi atau memberi susu bagi membantu mereka terlelap. Langkah ini memang baik, tetapi pastikan bayi tidak tidur di tangan atau dalam dakapan anda kerana dia akan belajar bahawa untuk tidur, dia perlu ada dalam dakapan.

Apabila bayi terjaga daripada tidur, dia mungkin tidak dapat tidur balik dengan sendiri. Kebanyakan pakar menyarankan untuk mendakap bayi hingga dia mengantuk dan kemudian letakkan bayi anda di katilnya ketika dia masih terjaga. Kaedah ini membolehkan bayi belajar untuk tidur. Memainkan muzik lembut dan perlahan apabila anda lihat bayi mulai mengantuk juga boleh membantu mereka tidur.

Corak tidur yang sesuai untuk bayi

Selama bertahun-tahun bayi di Amerika Syarikat ditidurkan dalam keadaan meniarap. Di kebanyakan negara lain, bayi ditidurkan secara terlentang. Bagaimanapun, kajian mendapati sindrom bayi mati mengejut (SIDS) ada kaitan dengan tidur meniarap. Kini pakar sependapat tidur terlentang lebih selamat untuk bayi.

Kadangkala boleh tidurkan bayi dengan cara mengiring, tetapi ia juga dikatakan berisiko tinggi berbanding tidur terlentang. Pakar melaporkan, tilam yang terlalu lembut, cadar yang boleh bergumpal dan selimut terlalu tebal (menyebabkan kepanasan) juga boleh mengakibatkan SIDS. Namun apabila mereka bangun, bayi boleh diletakkan dalam keadaan meniarap bagi merangsang pembentukan otot, mata dan mengelak belakang kepala menjadi leper. Jika bayi ditidurkan meniarap, mereka juga akan diletakkan di atas tilam lembut, jadi risiko SIDS semakin tinggi. Malah, ibu merokok juga sebenarnya meningkatkan risiko bayi mendapat SIDS.

Sejak Akademi Pediatrik Amerika menyarankan semula bayi ditidurkan secara terlentang pada 1992, kes SIDS menurun lebih 40 peratus.

Tidur terlentang mempunyai banyak kebaikan lain. Sehingga kini, tiada bukti menunjukkan bayi yang tidur terlentang mudah muntah atau muak, sebaliknya mereka mudah tercekik jika tidur meniarap.


Saranan menidurkan bayi:

# Pastikan tilam bayi tidak terlalu lembut dan dipasang dengan cadar yang tidak mudah tertanggal

# Alihkan bantal, selimut, mainan atau barang lain yang lembut daripada katil bayi

# Guna kain selimut yang khusus untuk bayi (ia berbentuk sarung kecil yang direka khusus untuk bayi, dipanggil ‘sleeper’) berbanding selimut biasa

# Jika menggunakan selimut, pastikan hujung kaki bayi dekat dengan hujung tilam. Pastikan panjang selimut hanya sampai ke dada bayi dan sisipkan selebihnya di bawah tilam dengan kemas

# Pastikan kepala bayi tidak tertutup sepanjang masa dia tidur

# Jangan tidurkan bayi di atas tilam air, sofa, tilam yang terlalu empuk, bantal atau permukaan lembut lain

Malah, banyak pendapat mengatakan tidur bersama bayi juga boleh mencetuskan keadaan berbahaya kerana bayi boleh tertindih. Justeru, ibu bapa disaran:

# Letakkan katil bayi berhampiran katil ibu bapa supaya mudah disusukan dan mengeratkan hubungan antara anak dan ibu

# Jika ibu memilih untuk tidur bersama (supaya mudah disusukan), pastikan bayi tidak ditidurkan dalam keadaan meniarap, jauhkan selimut dan jarakkan katil dari perabot atau dinding bagi mengelak bayi anda tersepit di celahnya

# Jangan benarkan adik beradik atau orang dewasa lain (selain ibu dan bapa) tidur bersama bayi

# Ibu bapa yang memilih untuk tidur sekatil dengan bayi perlu berhenti merokok dan tidak minum kerana ia boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk terjaga dengan cepat

# Untuk mengelak bayi terlalu panas, pastikan dipakai baju nipis dan tetapkan suhu bilik pada keadaan selesa. Dari semasa ke semasa, periksa dahi bayi anda bagi mengetahui dia tidak terlalu panas.

sumber harian metro

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails