Panduan perkembangan berbahasa dan bertutur(Part 1)

Salam..
Saya nak berkongsi dengan mama-mama mengenai panduan perkembangan berbahasa dan bertutur bagi anak-anak mengikut peningkatan usia. Panduan ini juga meliputi panduan pendengaran yang diperlukan untuk bertutur.

Lahir hingga 3 bulan


  • Diam apabila mendengar bunyi-bunyian biasa
  • Bertindakbalas kearah bunyi yang kuat dengan berkedit mata, terkejut, berhenti menghisap,menanggis atau terjaga dari tidur
  • Membuat suara garau bila terjaga dari tidur untuk menunjukkan kegembiraan dan keselesaan
  • Menanggis apabila merasa kurang selesa
  • Memandang ke arah mulut orang yang bercakap dengannya

3 hingga 6 bulan


  • Memusingkan kepala atau mata untuk mencari arah datangnya suara
  • Menunjukkan reaksi terhadap sebarang perubahan suara
  • Memberikan perhatian kearah permainan yang mengeluarkan bunyi, muzik dan nyanyian
  • Mula untuk mengeluarkan bunyi-bunyi pertuturan seperti ooo, aaa, eh, ahhgoo, mmm

6 hingga 9 bulan


  • Mula menjawab dan melihat apabila dipanggil dengan nama
  • Tersenyum bila bercakap dengannya
  • Meniru mimik muka
  • Membebel dan mengulang sebutan seperti bababa, mamam, dadada
  • Menyukai permainan seperti "peek-a-boo"

9 hingga 12 bulan


  • Memberikan reaksi kepada bunyi-bunyi yang kuat dan perlahan
  • Memahami perkataan "tidak"
  • Menggunakan 2 atau lebih patah perkataan seperti mama, papa
  • Meniru bunyi-bunyi binatang
  • Membalas lambaian apabila dilambai ke arahnya
Sumber
Majalah Ibu&Ayah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails