Kurun Najwa

Sepuluh

Salam..

Saya telah di tag oleh Cikmin dan rifhaman .. untuk menjawab tag tersebut mesti mengikut peraturannya iaitu:
  1. Copy Tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda..
  2. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.
  3. Sila jawab dengan jujur..

[#1] Siapakah diri anda di rumah?
Seorang isteri dan ibu kepada 4 orang cahaya mata.

[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Tak tahu!

[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
Honda Civic TypeR
Mesin jahit sulaman yang canggih.
Sebuah bilik yang dipenuhi dengan baju dan kasut.
Sebuah banglo di pinggir desa.
Wang simpanan yang menceceh sejuta ringgit.

[#4] Siapakah nama pasangan anda?
Hakim Ayob

[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
Seorang yang penyabar dan tidak cepat marah.
Bukan jenis yang suka mengungkit.
Pandai berjimat dalam mengatur perbelanjaan keluarga.
Bukan seorang yang kedekut kerana setiap bulan dia yang bayarkan wang pinjaman PTPTN saya dan menghantar wang belanja emak dikampung.
Tidak suka melepak dikedai kopi dengan menghabiskan masa bersama kawan-kawan.

[#6] Bila tarikh anda couple?
January 2001

[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Kereta kehabisan petrol kat lebuhraya masa bulan puasa. Kes terlupa tengok meter. Saya dan anak-anak terpaksa menjadi pak pacak kat tepi jalan sementara suami meminta bantuan.. perasaan ketika itu sangat malu sebab mana ada orang naik kereta lupa isi minyak, sungguh luar biasa. kalau kereta rosak, itu perkara biasa.

[#8] Lagu tema cinta anda?
Macam tak sesuaikan.. tapi nak buat macam mana.. masa bertentang mata (ada cas letrik bzz bzz) .. lagu ni tengah berkumandang.. jadi kalau terdengar lagu ni dapat rasa getaran panahan mata masa tu.. (cehhhh ayattt)



[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Tolong kakanda ...jangan cakap/cerita benda yang sama berulang-ulang kali.. lemau telinga adinda hendak mendengarnya.

[#10] Tag 10 rakan ada yang lain
Rasanya 10 orang kawan saya sangat sibuk.. jadi tak payah ganggu mereka!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails