Salam..
Saya nak berkongsi dengan mama-mama mengenai panduan perkembangan berbahasa dan bertutur bagi anak-anak mengikut peningkatan usia. Panduan ini juga meliputi panduan pendengaran yang diperlukan untuk bertutur.
Part1
12 hingga 18 bulan
- Menuruti arahan -arahan yang ringkas
- Menunjuk apabila dipinta ke arah orang, bahagian badan atau benda
- Menggunakan 10 patah perkataan atau lebih
18 hingga 24 bulan
- Mendengar cerita-cerita dan nyanyian yang ringkas
- Menggunakan 20 perkataan atau lebih
- Menggabungkan 2 ayat atau lebih
2 hingga 3 tahun
- Menuruti 2 langkah arahan seperti "Ambik buku dan letakkan atas meja"
- Memahani perbezaan perkataan berlawanan makna seperti besar/kecil, panas/sejuk
- Menggunakan 2 atau 3 ayat untuk memperkatakan mengenai sesuatu benda atau perkara
- Pada usia 2 tahun, orang lain boleh sesekali sahaja memahami apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak tersebut
- Pada usia 3 tahun, orang lainboleh memahami keseluruhan perkara yang diperkatakan oleh kanak-kanak tersebut
Majalah Ibu&Ayah 2008