Kurun Najwa

Merawat anak kucing selsema

Anak kucing memang mudah terkena jangkitan selsema. Selsema akan menjangkiti  anak-anak kucing yang lain apabila anak kucing yang selsema bersin dan hingusnya merecik. Hingus yang terkena pada bulu akan dijilat oleh anak kucing itu sendiri atau anak kucing lain.  

Jika selsema  ini lambat dirawat ia boleh menyebabkan penyakit mata. Mata anak kucing akan kelihatan berair dan bertahi mata. Selsema juga boleh menyebabkan kematian kerana anak kucing akan hilang selera makan. Kucing dewasa pun boleh dijangkiti selsema. 

Oleh itu selsema perlu di rawat dengan segera sebelum ianya menjangkiti kucing yang lain. Selsema anak kucing boleh dirawat sendiri dirumah dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat didapur.

Boleh gunakan kunyit hidup, dengan menyapukan kunyit hidup pada hidung anak kucing. Amalkan setiap hari sehingga hingus anak kucing kering tidak lagi bersin dengan terpercik hingus.

Ataupun boleh gunakan cuka epal, sedikit cuka epal dicampurkan dalam minuman anak kucing.

Menjaga kebersihan anak kucing, pastikan hidungnya dibersihkan tidak dibiar berhingus. Dedahkan anak kucing pada cahaya matahari pada waktu pagi.

Kalau selsema anak kucing masih berlarutan, sila bawa anak kucing tersebut ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan.



Terkejut aye, tiba-tiba mok tenyeh-tenyeh hidung aye dengan benda kuning. Bau dia tak bes langsung, terus aye terbersin dan terpercik hingus kat tangan mok.



Mok cakap sekarang aye dah jadi ahli kumpulan geng hidung kunyit.. 


Ni la kunyit hidup yang telah di tenyeh pada hidung aye, mujur tak boleh dimakan, kalau tak masa tu juga aye kunyah-kunyah kunyit ni.

Pusat kejiranan Presint 11 Putrajaya

Pusat kejiranan Presint 11 Putrajaya menyediakan banyak kemudahan untuk orang ramai. Antara kemudahan yang disediakan ialah dewan , Kolam renang, Tennis court, Badminton court, food court, children playground, gymnasium dll.












Jadual operasi kolam renang di Kompleks Kejiranan Presint 6, 9, 11 dan 16 adalah seperti berikut :

Sesi 1 : 9.00 pagi – 11 pagi
Sesi 2 : 1.00 petang – 3.00 petang
Sesi 3 : 5.00 petang – 7.00 petang
Sesi 4 : 8.00 malam – 10.00 malam


Bayaran yang dikenakan

Dewasa : RM2.00/2 jam
Kanak-kanak : RM1.00/2 jam



PERATURAN-PERATURAN PENGGUNAAN KOLAM RENANG AWAM PUTRAJAYA

1. Masa penggunaan kolam renang ini adalah secara berasingan mengikut jantina sepertimana yang diperincikan dalam jadual di para 2.3 di atas. Mereka yang tidak berkenaan tidak dibenarkan masuk ke kolam renang kecuali penyelamat atau kakitangan bertugas.

2. Pengguna tidak dibenarkan masuk tanpa memakai ”Wrist band”.

3. Pengguna hendaklah menggunakan pakaian mandi yang dibenarkan apabila memasuki kolam renang. Bagi kolam kanak-kanak, pengiring boleh masuk dengan pakaian biasa.

4. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun hendaklah ditemani setiap masa.

5. Pengguna hendaklah bersihkan diri di air pancuran yang disediakan terlebih dahulu sebelum memasuki kolam.

6. Pengguna yang mengidap penyakit kulit, penyakit berjangkit atau mabuk tidak dibenarkan memasuki kawasan kolam.

7. Pengguna adalah dilarang berkelakuan tidak senonoh atau sebarang tindakan kacau ganggu pengguna lain.

8. Pengguna adalah dilarang membawa masuk sebarang jenis minuman dan makanan ke dalam kolam renang. Begitu juga merokok, makan dan minum adalah dilarang semasa berada dalam kolam renang.

9. Pengguna dilarang membawa masuk sabun, syampu atau benda lain yang tidak berkaitan di kawasan kolam.

10. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekitar kolam. Dilarang membuang apa-apa benda termasuk cairan ke dalam kolam.

11. Pengguna dilarang membawa masuk sebarang jenis binatang ke kawasan kolam.

12. Pengguna dilarang mengguna atau mengalih peralatan menyelamat kecuali dengan kebenaran atau semasa kecemasan.

13. Pengguna digalakkan memakai ”goggles” semasa mandi.

14. Pengguna tidak digalakkan mandi semasa hujan lebat, guruh atau petir.

15. Pengguna yang tidak/kurang pandai berenang dinasihatkan tidak berenang berseorangan.

16. Pengguna hendaklah sentiasa mematuhi dan mengikuti semua arahan yang dikeluarkan oleh petugas atau penyelamat.

17. Perbadanan Putrajaya berhak menegur atau menasihati mana-mana pengguna yang melanggar peraturan yang ditetapkan dan mengarahkan pengguna yang tidak mematuhi peraturan supaya meninggalkan kawasan kolam renang serta merta.

18. Perbadanan Putrajaya berhak membatal, meminda atau menambah mana-mana peraturan penggunaan kawasan kolam renang dari masa ke semasa.

19. Perbadanan Putrajaya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kecederaan, kemalangan atau kematian pengguna sebelum, semasa dan selepas menggunakan kolam renang ini.

20. Tempahan berkumpulan pula tertakluk kepada peraturan tambahan seperti berikut:

a. Kelulusan tempahan bergantung kepada pembayaran penuh sebelum guna dan pematuhan syarat penggunaan seperti di atas.

b. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh guna secara bertulis atau dengan menggunakan borang yang disediakan.

c. Tempahan dari agensi kerajaan boleh dibuat dengan menggunakan surat rasmi atau pesanan tempatan masing-masing.

d. Pembayaran bagi tempahan berkumpulan boleh dibuat di kaunter atau mana-mana tempat / kaedah bayaran yang diluluskan oleh Perbadanan Putrajaya. Resit Bayaran hendaklah ditunjukan sebagai bukti bayaran semasa hendak memasuki kawasan kolam renang.

e. Sebarang perubahan masa atau tarikh penggunaan hendaklah dibuat tidak kurang dari 3 hari sebelum tarikh guna asal.

f. Pembatalan disaat akhir tidak digalakkan.

Untuk tempahan homestay putrajaya sila whatsapp 016 9550842

Jarak dari FH Homestay ke kompleks kejiranan 11 ialah anggaran 10 minit berjalan kaki.




Belajar menulis jawi

Salam

Salah satu cara saya melatih anak menulis dalam tulisan jawi, ialah  dengan mengajak anak menulis surat kepada sepupu mereka di kampung dengan menggunakan tulisan jawi. Untuk memudahkan anak menulis jawi, saya cakap isi surat dan anak menulis. Cara ini lebih cepat untuk dia menulis tanpa perlu memikirkan apa yg hendak dituliskan.

Alhamdulillah.. setelah 4 tahun berkafa dari darjah 2 sampai sekarang darjah5.. sudah nampak kecekapan Nadya membaca dan menulis jawi.. tulisan jawi pun makin elok dan lancar.. sekarang giliran dak kembar pula belajar mengenali huruf dan menulis..sungguh mencabar dan menguji kesabaran...




Cara untuk Cucur rangup dan gebu

Salam

Selamat bercuti hari pekerja..
Pagi ni kita buat cucur ikan bilis..

Nak cucur yang rangup diluar dan lembut didalam adalah dengan membancuhnya dengan menggunakan air panas.. air yang panas mendidih yer .. bancuh jangan lembik, agak2 boleh kepal.. terus goreng.. nak besar, kecik atau bertanduk, itu ikut skill masing2 yer..



Anak murai tersesat dalam rumah

Salam

Anak murai ni tersesat masuk dalam rumah.. terbang masuk bilik 3 orang anak dara tu.. apa lagi tutup pintu pakat lawan tangkap... berpeluh2 nak dapat tangkap.. terbang pusing2 rendah atas kepala jer tapi nak cukup jer, laju jer anak murai tu menggelak.. sampai penat orang yang nak tangkap dan juga anak murai tu, nampak mulut ternganga.. penat la tu.. penat terbang.. akhirnya mendarat kat belakang frame gambar.. letih sangat2 laa tu.. apa lagi terus kena cekup.. ni kalau kucing yang cekup dah lama jadi lauk..

boleh laa, budak2 ni pakat pegang.. kali pertama dapat pegang usap2 kepala burung.. seronok laa... siap mintak suruh bela, tak bagi lepas.. mana boleh.. kesian kat murai tu.. dia pun nak hidup terbang bebas.. jadi ramai2 pakat lepas.. terus jer anak murai tu terbang hinggap kat dahan pokok depan rumah..dalam hati bersyukur kerana masih boleh terbang bebas..



Slowly si kura_kura


Salam..

Binatang peliharaan dak kembar ngan kak Ya mereka. Tak bagi bela, nak juga bela sanggup kumpul duit belanja sekolah sebab nak beli kura2 ni. Rm8 sekor sebelum gst hari tu, sekarang tak tahu berapa harganya. 

Lepas dah beli sekor, nak beli lagik sekor.. hi korang ni nak suruh mama masak sup  kura2 ka?  Yang tahun lps, 2 ekor kena buang dlm tasik sebab dah malas jaga.. sekarang datang lagi penyakit hangat2 tahik ayam demam kura2 



selamat pagi

Assalammualaikum ..

Rezeki pagi ini, nasi goreng dan nescafe sebelum memulakan tugas 3m (memasak, mengemas, membasuh) dan dll..


Bahaya gusi berdarah

Salam..

Coretan hari ni, mengenai gusi berdarah.. ada sesiapa yang mengalaminya? kalau ada atau baru mengalami masalah gusi berdarah, jangan buat tak endah saja yer.. bahaya tau.. boleh menjejaskan kesihatan oral serta menyebabkan rasa kurang keyakinan diri untuk berbual dengan orang disekeliling.

Faktor utama yang mendorong gusi berdarah adalah dengan peningkatan usia kita dan faktor berikutnya adalah kerana ketidak sesuaian ubat gigi atau berus gigi yang digunakan. Ini dari pengalaman saya sendiri, masa usia belasan hingga lewat 20 an, tidak ada masalah gusi berdarah.. guna lah ubat gigi apa pun, kotak merah, kotak hijau, kotak biru semua ok, tak da masalah.. tapi bila usia sudah menghampiri 30 an.. gusi mula berdarah semasa memberus.. asalkan berus gigi jer mesti buih tu bercampur darah..  

Punca Masalah gusi berdarah  telah terjawab ..

Bila saya pergi check dengan doktor gigi, dia menasihati saya supaya menukarkan ubat gigi kerana ubat gigi yang digunakan tidak sesuai maka ia menyebabkab gusi berdarah.. kalau dibiarkan keadaan ini berlarutan gusi akan terhakis dan gigi boleh tertanggal dengan sendiri. selain itu juga nafas akan berbau busuk disebabkan darah yang ada dicelah gigi menjadi tempat pembiakkan bakteria..

Doktor gigi tersebut telah mencadangkan  beberapa jenis ubat gigi yang bagus untuk gusi berdarah ni.. salah 1 darinya adalah Sensodyne..  dan syukur masalah gusi berdarah saya dapat di atasi.. sehingga kini saya kekal menggunakan sensodyne..

jadi pada sesiapa yang mengalami gusi berdarah ketika memberus gigi, jangan buat tak endah yer.. kalau sayangkan gigi tu, sila berjumpa doktor gigi dengar nasihat dan cadangan darinya yer..





Blusher, lipstick, BB cream dari MAC

Salam

Coretan petang ni, teringin sangat.. macam orang tengah mengidam, nak guna jenama makeup yang mahal2.. huhuk sebelum ni tak pernah guna pun, kalau beli pun jenama makeup yang duk iklan kat tv saja...julat harga antara rm16 hingga rm40 saja..

mungkin juga penanggan daripada GST yang bakal rakyat Malaysia hadapi bermula minggu hadapan.. jadi apalagi, sebelum harga yang dah mahal ni bertambah mahal, saya pun menyempurnakan kempunan tersebut dengan di seponsor sepenuhnya oleh enchik abam suami tersayang.. tq lalink :)

Persoalannya.. baguih ker? bagoss ker? lawa ka muka tu? dah jadik sama taraf cam muka artis ka?

OK.. Jawapan untuk persoalan itu telah dijawab oleh juri2 yang susah bangat nak memuji ni.. macam takut kena saman saja kalau nak bagi pujian tu.. kempunan tau nak dengan pujian dari diorang.

Juri pertama.. Enchik Abam Suami
" emm cantik .. muka tu nampak cam tak bermakeup.. nampak cantik semulajadi.. berseri2 ..muda .. macam ni abang suka, kalau tempek muka bedak berlapis2 tu abang tak suka.. rasa cam nak pi cakar jer muka tu.. mesti banyak bedak kat kuku.. dah tu mulut merah menyala macam kucing baru lepas makan burung "
Pehh sempat lagi tu dalam memuji selit dengan leteran sedikit... ok noted.. isteri awak tak akan pakai bedah tebal2 cam tepung gombak plus dengan lipstik merah nyala..

Juri kedua.. anak lelaki Iman 12 tahun
ni pun jenis yang susah nak bagi pujian.. jenis tak kesah, buat dekk jer.. tapi kan hari tu dia pun puji mama dia ni.. " wahhh mama.. muka mama nampak licin lahhh, berseri, cantik.. ni kalau lalat ngap pun boleh tergelincir tau"..
peh sempat lagik tu.. sambil memuji bagi perbandingan bagai.. huhhh..  macam2..

Kesimpulannya... suka hati saya..  ni yang dikatakan alah membeli menang memakai.. walaupun mahal hasilnya walahhhh.. ni pun tak tahu bila nak habis, bukanya selalu bermakeup.. dah tu pakai nipis2 saja..

blusher MAC ..warna berton.. yang warna terang sapukan pipi, warna lembut tu sapu bawah mata atau bahagian muka yang nampak sebam tak berseri.. bagi nampak seri sikit..


cantik pulak cover compact dia.. tapi tak der cermin dalam tu.. nak sapu kena pi carik cermin :P


BB cream MAC.. senang saja, sapu jer bb cream ni, tak payah dah nak tempek2 bedak bagai.. licin dan sekata warna dia.. kalau ada cela2 atau parut2 jerawat yg tak berapa terang boleh cover, kalau muka ada parut jerawat atau jeragat yang ketara, kena pakai concealer dulu, baru dapat melitupi kesan2 tersebut dengan sempurna..

Lipstick MAC, saya pilih warna pink.. mmg suka warna pink yang lembut ni selain daripada warna nude.. hehe lagik pun Enchik Abam Suami dah pesannn.. jangan pakai warna merah angggg


huuuuuuuuuu.. heppy muka berseri2.. bukan sebab makeup MAC yang mahal ni.. TAPI sebab Enchik Abam Suami yang belanja.. sayatauawaksayangsaya

Drama Melayu Online

Salam..

Pagi ni saya nak kongsi 1 website drama melayu.. pada yang suka menonton drama melayu, boleh lah tengok kat website tu.. semua drama terkini yang kebanyakkannya adalah adaptasi dari novel2 yang meletop2 jualannya kerana jalan cerita yang bagus..

terkini drama Isteri Separuh Masa.. bagi yang terlepas peluang tengok drama Asam Pedas Untuk Dia.. yang hero dia muka manis taraf lolipop, dan heroin pun cun  dengan lakonan yang nampak selamba saja, boleh lah tengok kat situ.. tak adanya iklan yang akan mengacau keasyikkan korang melayan perasaan dan boleh senyum sorang2.. janji internet korang laju yer.. kalau tak tak payah tengok .. nanti sakit jiwa plak..

ok .. jom layan drama dan telemovie  melayu kat website ni yer.. klik pada gambar tu yer.


http://myflm4u.com/category/dramas/malay-dramas/

Malu nak beli Sexy Lingerie

Salam

Coretan untuk petang ni, ke arah kebahagian rumah tangga.. lebih tepat untuk yang dah bernikah yer..ada tak sapa2 yang menghadapi situasi macam tajuk di atas tu.. senang citer situasi saya la tu.. nak berseksi depan suami.. nak pakai yang seksi2 , jarang2 sebab wajib mengoda suami pada isnin, khamis dan jumaat..

Nak beli tapi malu, segan semua ada lah masa nak pi pilih baju nipis2 tu, rasa macam orang duk pandang saja.. padahal tak dak pun sapa2 yang nak pandang.. perasaan saja.. tapi nak jugak beli.. berat betul masalah perasaan malu tapi nak ni..

Tapi sekarang dah tak jadi masalah dah.. untuk saya beli lingerie yang seksi2 ni.. nak tau tak macam mana saya buat???.. haha.. apa lagik internet kan hadoo.. beli online looo.. ni saya kongsi website yang saya pi beli tu.. baguih perkhidmatan dia, cepat sj dia reply bila kita order.. bayaq hari ni, besok dia pos.. lusa malam dah boleh tayang kat cik suami. emm walah.. jatuh rahang cik suami bila tengokk isteri dia.. haha..

kalau nak try goda suami dengan lingerie yang seksi seksa ni.. sila klik pada gambaq tu yer.. very sexy ooo..

http://www.lovetwo.com.my/lovetwo/user/index.php

Cover gel dari Bancream

Salam..

Lama dah tak update.. malam ni nak berkongsi 1 produk yang baru masuk dalam pasaran malaysia..   ini produk di panggil cover gel dari kilang yang bernama Bancream nunnnn di utaraaa nuuu.. made in thailand.. fungsinya adalah untuk disapu pada bahagian badan yang ada selulit, kulit merekah pecah2.. kawasan paling top sekali mestilah kat perut, paha dll ..sapa yang dah try sila angkat tangan sambil sapu perut yer..

mujarab kaa?.. saya pun tak tau.  sebab baru jer pakai.. dia tulis kat box tu kena sapu canai bagai sampai 30 hari.. huhuk masak kau.. tapi jangan risau.. ofkos perut tu tak masak sebab gel ni sejukkk berangin.. kalau ada yang teringin nak try, sila beli kat watson yer.. harga rm69  laa ni tengah ofer dapat rm62++ dengan berat 100g

kalau nak tau lebih lanjut.. sila lah like page bancream malaysia tu
https://www.facebook.com/BancreamMY




Belajar tulis ABC

salam..

Elly dan Emmy dalam proses belajar menulis ABC.. pegang pensel dah pandai.. nak tulis tak berapa reti lagi.. Elly tulis tangan kidal, Emmy pula tulis tangan kanan.. tengokk kembar tak semestinya sama semuanya.. bak kata org cerdik pandai "sama tapi tak serupa" hee..

Elly lambat sikit masa menulis.. kerja sekolah tulis 1@garis tegak, dia dapat siap kan 1 muka surat saja.. tapi Emmy berjaya siap 5 muka surat.. laju dia siapkan.. bezanya cam kura2 ngan arnab ..

kalau ada yng nak mengajar anak menulis ABC.. saya syorkan website ni.. download dan printkan.. boleh menulis dan mewarna. elly emmy tengok duk mencuba.. keras tul tangan nyer yer..


klik link
http://thesingingwalrus.com/free-stuff/alphabet-writing-practice-sheets/

Elly dan Emmy ke prasekolah

selamat pagi..
update utk tahun 2015..
Elly dan Emmy dah masuk ke prasekolah.. bermangat giler..siap malamnya boleh tidur dalam senyuman.. lena di ulit intan betul diorang ni.. termimpi galas beg baru kut..

hari pertama..kedua2 mudah bangun, pukul 6 pagi dah terpacak depan bilik mama.. mandi dan siap berbaju.. masih memerlukan bantuan mama utk bersiap dengan pantas.. sarapan koko crunch dengan abang Iman dan kakak Nadya.. kat sekolah hantar sampai kelas.. tengok diorang ok.. boleh ikut arahan cikgu .. kakak nanggis sikit, gelabah sebab tak nampak adik.. lepas dah nampak adik, dia kool balik..

hari kedua.. adik pulak menanggis.. kes cuak, sebab takut cikgu tak bagi balik.. nak mama kata nya.. lawak lak adik ni..

yang pastinya diorang gembira sangat dapat pergi sekolah.. tanya jer pasal sekolah.. panjang lah cerita diorang..

                                                                             Elly

                                                                        Emmy

seronok pi sekolah sebab dapat ramai kawan.. kalau kat umah berkawan ngan Noch dan Ijat saja

                                                                              Noch

                                                                                Ijat

Elly dan Emmy sudah 5 tahun

Pantas masa berlalu.. budak kembar yg dulu kecik, lambat jalan.. pendek kata memang agak kurang/lambat pembesaran berbanding anak2 yg sebaya dengan usia mereka.. sekarang sudah berusia 5 tahun.. Alhamdulillah mereka sihat, cergas, juga byk berceloteh.. tidak menunjukkan akan ketinggalan pertumbuhan mental dan fizikal dengan anak2 yg sebaya dengan mereka..

Dulu semasa mereka bayi, saya cuba membayangkan, bagaimana keadaan mereka bila berusia 5 tahun dan lebih2 lagi bila hampir melangkah kealam persekolahan.. anak yg bagaimanakah mereka ni? fizikal mereka? pergaulan? kenakalan? kepetahan bercakap?.. Alhamdulillah sekarang sudah terjawab.. mereka anak ceria setiap masa.. manja.. suka dibelai dan diberi ciuman.. pendek kata suasana di rumah sentiasa riuh dengan tawa mereka, gurauan mereka, tangisan mereka, pergaduhan mereka, perebutan mereka, serta pelbagai penanyaan/ persoalan dari mereka. Syukur pada Allah kerana memberi nikmat ini kepada saya.

"semoga Elly dan Emmy menjadi anak yg berjaya dunia dan akhirat. dapat berbakti pada ibubapa dan negara. sentiasa dilimpahi dengan Rahmat dari NYA. Amin"




Cabaran kempiskan perut .. wacaaa..

Pehhh.. cabaran 30 hari squat hari tu, saya berjaya melakukannya.. yehaa.. last day hari tu 250 kali squat.. hari pertama, kedua, ketiga memang paha sakit giler.. lepas rehat sehari.. sambung balik  besok hari.. rasa sakit tu berkurangan.. hari2 berikutnya dah tak sakit paha..

hasilnya .. walaupun buntot tak seseksi Jenifer Lopez tapi lemak degil kat perut berkurangan .. buktinya saya dapat pakai seluar jean 10 tahun lepas, yang sebelum ni, tersangkut kat perut tak dapat nak butang.. heee.. cabaran squat ni akan diteruskan..

sekarang tambah lagi dengan cabaran ni






Pemakaian masker memberi kesan baik pada kulit muka

Tak pernah2 dalam hidup pakai masker.. tiba2 jer dah terjebak dalam misi memperabihkan duit untuk melangkah kealam kecantikkan kulit bagaikan pelakon dan penyanyi korea.. hehe ayat poyo sungguhh..

yang sebenarnya cuaca panas sangat.. nak2 kat putrajaya ni.. rasa kering sangat kulit muka.. bila kena tempek dengan masker ni... pehhh.. nikmat duniawi sungguhhh.. sejukkk mejukk..

dan yang sebenar2nya juga.. Guardian tengah buat sale.. untuk masker terpilih.. 2nd buy boleh beli dengan harga rm0.80.. pandai betul strategik perniagaan diorang yer..





bagi yang baru nak pakai mask, saya sarankan pakai 2-3 kali seminggu, baru rasa ada kelainan pada kulit muka, rasa lembih lembut, licin, segar dan liang pori pun nampak mengecil.

kebaikkan pakai mask, dapat membuang sel kulit yang mati dan melembapkan kulit wajah. Pemakaian yang teratur dapat menampakkan hasil pada kulit wajah, iaitu kulit kelihatan segar, licin, gebu dan juga dapat melambatkan proses penuaan, mengurangkan lekuk kedutan kerana kulit kelihatan anjal.

Senaman untuk paha dan punggung

Hari ni dengan semangat yang berkobar-kobar macam obor.. hehe.. jangan terpadam sudah lerr.. maka saya mencabar diri melakukan senaman squat.. tak susah pun.. hanya tunggek- tunggek.. tapi kesannya lepastu.. pehhh .. ketaq lutut.. nak jalan pun mengigil.. paha pun sakit.. terutama sekali masa nak turun tangga.. rasa macam nak terlipat saja kaki .. hehee.. dahsyat kannn..

sila percaya.. kalau tak percaya cuba buat.. kalau rajin buat senaman squat ni.. hasilnya paha jadi pejal berotot, perut kempis dan punggung jadi bulat dan melentik.. pehhh.. macam pinggang dan punggung kerengga.. ekk kerengga ada punggung ker?

kalau ada yang nak mencabar diri sendiri buat senaman squat ni.. boleh ikut cabaran ni yer.. tadi saya dah buat 50 kali.. hasilnya..emmm.. mana nak nampak lagi ler.. poyo betul :P .. paha sakit giler ada ler.. mengigil jugak  nak siap 50 tuuu...


Cara untuk melakukan senaman squat..

Baca Novel

Hasil mengalakkan dan mendorong minat  anak2 membaca buku.. tersangkut sekali ngan mama diorang sekali.. ketagih baca novel pulak.. mengalahkan orang mabuk bercinta.. kemudahan dah ada.. guna jer laa.. jadi ahli kat pusat pembelajaran kejiranan putrajaya presint8.. keahlian setahun utk kanak2(budak sekolah) rm6 boleh pinjam 2 buah buku manakala utk dewasa rm16 setahun boleh pinjam 3 buah buku..

banyak buku kat situ.. tapi tak laa sebanyak buku kat presint9.. situ lagi bes.. tapi kalau pergi kat situ.. budak tak nak masuk library pula.. mesti nak terjun kolam pulak..







40 gaya senaman untuk kempiskan perut..

  

Jom kita amalkan senaman kempiskan perut ni.. boleh juga membakar lemak2 yg degil kat perut tu.. saya dah cuba senaman ni, nampak mudah saja.. tapi bila buat.. pehh meletup juga urat saraf.. besok nya, kejong semua sendi.. nak bergerak pun sakit.. tapi lepas 2, 3 hari ok .. bila dah senam tiap2 hari.. 

sambil tengok tv (wonderpets) pun boleh senam.. kadang2 tu dapat tanggung bebanan berat pulak masa senam.. mana tak nya.. budak kembar ni terus tunggang atas mamanya.. nampak posing cantik cam kuda tongek2.. tension makkk...

kesimpulannya tak mudah nak badan yg cantik.. letih kena senam.. anak2 pun nak tumpang panjat buat kuda segala macam.. letihhhh..  ikut kan nafsu macam nak pi slimworld saja..tapi bila tanya hati dan tepuk2 kocek.. rasa cam nak tercekikk sj..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails