Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2011 dan Selamat Balik Kampung

Salam Ramadhan 26..

Saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin pada semua kawan-kawan sekalian.. Saya memohon kemaafan sekiranya ada terkasar bahasa dalam penulisan dan ada yang tersinggung..

Dan selamat balik kampung .. berhati-hati ketika memandu..

Mood untuk balik kampung.. jom layan video Allahyarham Sudirman ..




Pss.. hehehe.. sebenarnya untuk diri sendiri juga.. hoyeyyy.. besokk balik Perlis.. Jauh tuuu perjalanan.. masakk laa nak layan anak-anak yang kebosanan dalam kereta tuuu..

Ramadhan 22.. kemenangan buat Iman

Salam Ramadhan 22..

Alhamdulillah...

Hari ini merupakan hari kemenangan buat anak teruna saya kerana telah berjaya puasa penuh.. walaupun dia hanya bersahur dengan makan bijirin honey star sahaja.. tapi dia kuat semangat.. balik sekolah ... dia cakap nak puasa sampai waktu magrib.. rehat sekejab kemudian dia bersiap-siap untuk ke kelas KAFA.. walaupun dia tengok adik-adiknya makan dan minum tapi dia tidak rasa hendak berbuka.. memang dia bertekat untuk berpuasa ..

Pukul 6 ptg tadi baru dia mengeluh letih.. lapar dan dahaga.. saya pujuk-pujuk.. dia gagahi juga berpuasa sampai waktu berbuka...

Dan akhirnya.. sampai waktu berbuka..

Iman .. mama berbangga dengan awak hari ini.. kerana Iman berjaya berpuasa, menahan lapar dan dahaga.. juga awak bersabar menghadapi keletihan itu..

Selamat Hari Jadi yang ke 2 untuk Elly dan Emmy

Salam Ramadhan 19..

Hari ini tanggal 19 ogos bersamaan dengan 19 Ramadhan .. genap 2 tahun umur Elly dan Emmy.. rasanya sekejap jer masa berlalu.. dan rasa macam tak percaya yang diorang dah berusia 2 tahun..sebab kalau tengok dari bentuk fizikal..alahai kecik miut jer orangnya..

Mama doakan semoga Elly dan Emmy membesar dengan sihat dan cergas.. jadi anak yang solehah, mendapat kejayaan hidup di dunia dan di akhirat..Amin..






Kway Teow Kerang

Salam Ramadhan 19..

Atas permintaan sorang budak yang puasa separuh hari.. puasa yang yok.. tengahari dah terus berbukak.. laju jer dia santap kway teow kerang tu.. makan kway teow jer.. kerangnya tolak ketepi..

Walaupun dia puasa separuh, tapi laparnya macam puasa sehari.. emm tak tahu laa, macam mana kalau puasa sehari.. katanya nak puasa sampai habis sehari.. tapi masih belum berjaya lagik.. mana tak nya.. bila sahur makan koko krunch jer.. mana leh tahan..



Pisang Panggang

Salam Ramadhan 18

Pisang panggang ini di masak untuk dak elly&emmy.. Sebab elly tak suka pisang mentah jadi try panggang untuk dia.. panggang atas kuali leper .. letak marjerin dan tabur gula perang.. saja masak sampai lembek.. bagi dia mudah telan.. try suap kat dia tadi.. ok jer dia makan.. tapi tak berapa nak pulun makan sebab dia duk sibuk makan kentang goreng plak..


Mama dia pulak terliur .. sebab bau pisang panggang tu wangi sangat.. padahal bukannya gemar makan pisang pun... memang dugaan bila masa puasa ni.. yang tak teringin pun jadik teringin..

Psss.. apasal asyik entri makan jer ni.. heeeee.. alasan puasaaaa.. tak dapat nak pikiaq benda lain dahhh..

Sambal Kerang

Salam Ramadhan 17..

Kalau dah puasa.. tekak rasa nak makan macam-macam.. nak yang manis laa.. nak yang pedas laaa.. hamboi-hamboi mengalahkan orang mengidam.. hehehe.. itu lah nafsu namanya.. kena lah layan nafsu juga kan.. nanti kempunan pulak.. tapi tak da laaa sampai membazir .. buang-buang makanan.. masak mengikut keperluan jer.. cukup-cukup untuk waktu berbuka dan bersahur..

Tadi berbuka dengan nasi sambal kerang.. fuhh marbelesss.. sedap sunggup.. secukup rasa.. mesti laaa.. sendiri masak.. hehehe.. sendiri puji laaa.. tapi memang sedap pun.. jap lagik nak makan untuk second round plak.. waktu sahur memang tekak saya tak larat nak telan nasik.. hanya makan biskut atau roti jaa, kurma dan teguk air bergelas-gelas.. bila tidur balik.. cepat jer bangun subuh.. sebab rasa nak terkucil.. heee.. ok selamat bersahur..




Kuih Kochi

Salam Ramadhan 17..

Selamat berpuasa dan berbukak puasa... lebih kurang 1 jam lebih lagik nak masuk waktu berbuka.. pemanis hari ni.. kuih kochi.. kali pertama cuba buat.. MIL saya ajarkan.. rupa-rupanya sangat mudah yer.. saya sangka kuih kochi ni susah sangat nak buat... ghupanya tidakkk..yang susahnya nak balut bagi jadik comel-comel jer.. tak kisah laaa.. balut jer .. rupa bentuk berbeza tapi janji ada rasa kuih kochi..


Dan budak ni pun ibarat macam kuih kochi juga.. liat (degil) tapi maniss (penyeri keluarga)... tapi tak boleh dimakan.. hanya boleh di cubit-cubit.. heeee...



Puteri Mandi dan Puteri lepas Mandi

Salam 16 Ramahdan..

Puteri Mandi.. dah masuk kali ke 3 buat dalam bulan Ramahdan.. sangat mudah dan cepat disiapkan.. rasapun sangat sedap... sweettt jerrr...


Dan yang ini juga puteri..tapi Puteri Lepas Mandi.. puteri ni tak payah nak buat tapi..susah sangat nak siapkan..ke hulu ke hilir dia berlari.. letih nak kejar.. rutin tiap-tiap hari..




Terima kasih Dunia Susu Ibu

Salam..

Alhamdulillah.. si kembar Elly&Emmy telah berjaya mendapat tempat pertama dalam Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 bagi kategori Bersalin Bayi Kembar.

Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Puan Mardziah Mohd Lokoman (Malaysian Breastfeeding Peer Counselor) http://malaysianbfpc.org/ Blog: http://duniasusuibu.com/ kerana memilih entri pengalaman tersebut untuk tempat pertama.

Hadiah yang dimenangi adalah merupakan
1.Produk penyusuan susu ibu bernilai RM121.50 : Mama Go Versatile Cooler Bag (bernilai RM49.90), Safety Plus Breastmilk Storage Bottles (4oz) 8 pcs (bernilai RM35.60), Safety Plus™ Duragel Ice Pack (3 pcs) (bernilai RM36.00).




Penyusuan di bulan Ramdhan

Salam Ramadhan..

Apakhabar semua?..

Semoga sentiasa sihat dan ceria disamping menjalani ibadah puasa.. Moga di bulan yang mulia ini, kita mendapat Rahmat dariNYA dalam setiap ibadat yang kita kerjakan..

Puasa kali ini, bagi saya agak mencabar sedikit.. melayan kerenah anak-anak.. makin besar makin banyak ragamnya...yang besar dengan kerenahnya.. dan yang kecik dengan kerenahnya..hehehe..jangan sampai mamanya pun buat kerenah udahh laaa..

Sikembar Elly&Emmy tetap menyusu macam biasa.. walaupun diorang makan dan minum macam-macam.. rasanya makin kerap diorang nak menyusu... dan kadang-kadang tu lama pulak..

kalau saya buat tak tahu saja.. diorang datang cari sendiri.. selak-selak baju mama.. "nak-nak tetekkk".. bila saya cakap tetek dah abis... nampak berubah jer air muka diorang .. kelakar pulak tengok gelagat diorang.. terus jer mencari-cari tetek .. MIL saya cakap.."kelakar laaa tengok budak kembar ni.. nampak cam anak kucing jer.. berebut-rebut nak menghisap.."

Mungkin ini pengalaman menyusu sikembar untuk bulan puasa yang terakhir.. tahun depan si kembar dah masuk 3 tahun.. Jadi saya akan menghargai setiap detik penyusuan bersama si kembar sebaik mungkin :)





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails