Kurun Najwa

Ramadhan 22.. kemenangan buat Iman

Salam Ramadhan 22..

Alhamdulillah...

Hari ini merupakan hari kemenangan buat anak teruna saya kerana telah berjaya puasa penuh.. walaupun dia hanya bersahur dengan makan bijirin honey star sahaja.. tapi dia kuat semangat.. balik sekolah ... dia cakap nak puasa sampai waktu magrib.. rehat sekejab kemudian dia bersiap-siap untuk ke kelas KAFA.. walaupun dia tengok adik-adiknya makan dan minum tapi dia tidak rasa hendak berbuka.. memang dia bertekat untuk berpuasa ..

Pukul 6 ptg tadi baru dia mengeluh letih.. lapar dan dahaga.. saya pujuk-pujuk.. dia gagahi juga berpuasa sampai waktu berbuka...

Dan akhirnya.. sampai waktu berbuka..

Iman .. mama berbangga dengan awak hari ini.. kerana Iman berjaya berpuasa, menahan lapar dan dahaga.. juga awak bersabar menghadapi keletihan itu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails