Kurun Najwa
Showing posts with label Keraian. Show all posts
Showing posts with label Keraian. Show all posts

Elly & Emmy sudah 4 tahun

Assalamualaikum..

Happy belated birthday utk dak elly dan emmy.. sudah berumur 4tahun pada 19 ogos 2013..

diorang dah pasang azam baru iaitu "nak cepat besar".. tak sabar nak capai umur 7 tahun.. sebab dah tak sabar nak masuk darjah 1.. amboiiii.. semoga semangat yg berkobar2 nak kesekolah bertahan sampai pada masanya.. kalau tak letih mama, pagi2 dah jadi tarzan.. nak kejut korang pergi sekolah..

doa mama utk elly dan emmy
"Ya Allah.. Kau kurniakan kesihatan mental dan fizikal yang baik pada anakku ini.. semoga nereka menjadi anak2 yang solehah.. mencapai kejayaan didunia dan juga di akhirat.. aminnn..


Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2011 dan Selamat Balik Kampung

Salam Ramadhan 26..

Saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin pada semua kawan-kawan sekalian.. Saya memohon kemaafan sekiranya ada terkasar bahasa dalam penulisan dan ada yang tersinggung..

Dan selamat balik kampung .. berhati-hati ketika memandu..

Mood untuk balik kampung.. jom layan video Allahyarham Sudirman ..




Pss.. hehehe.. sebenarnya untuk diri sendiri juga.. hoyeyyy.. besokk balik Perlis.. Jauh tuuu perjalanan.. masakk laa nak layan anak-anak yang kebosanan dalam kereta tuuu..

Selamat Hari Jadi yang ke 2 untuk Elly dan Emmy

Salam Ramadhan 19..

Hari ini tanggal 19 ogos bersamaan dengan 19 Ramadhan .. genap 2 tahun umur Elly dan Emmy.. rasanya sekejap jer masa berlalu.. dan rasa macam tak percaya yang diorang dah berusia 2 tahun..sebab kalau tengok dari bentuk fizikal..alahai kecik miut jer orangnya..

Mama doakan semoga Elly dan Emmy membesar dengan sihat dan cergas.. jadi anak yang solehah, mendapat kejayaan hidup di dunia dan di akhirat..Amin..






Selamat Hari Ibu

Salam..

Selamt Hari Ibu ..
saya ucapkan pada semua kaum hawa yang bergelar ibu, emak, mama, mak, mommy, ummi dan apa pun gelarannya.. Moga kita terus cekal dalam menjalankan tugas membesar dan mendidik anak-anak.. serta mendapat Rahmat dari Nya..

juga selamat hari ibu untuk diri saya sendiri..

macam mana?... dapat hadiah tak??

saya?? memang tak sangka.. betul-betul mendapat kejutan dari cik abang...

gembira tersebar nunnn.. sehingga keseluruh alam semesta..

hadiah nyaa..

apakah iteww?


"


"


"


"


"


ooo terima kasih kekanda.. gumbira sangat hati dinda ni.. cewahhh..

Selamat Ulangtahun perkahwinan ke 10 utk Eida & Hakim

Salam

Alhamdulillah..
Hari ni genap 10 tahun ulangtahun perkahwinan saya... syukur kerana telah dipertemukan jodoh dengan suami (Hakim), seorang yang sentiasa mengamalkan kesederhanaan dalam setiap perkara terutamanya dalam mengurus dan mentadbir rumahtangga..paling penting suami seorang yang penyabar dan baik hati, tidak berkira wang ringgit untuk dibelanjakan pada anak bini serta mentuanya..

Saya juga bersyukur kerana telah dikurniakan 4 orang yang sempurna dan cukup sifatnya.. moga mereka akan menjadi anak yang soleh dan solehah.. berjaya didunia dan akhirat..

Hadiah untuk ulangtahun perkahwinan kali ni????
Tiada apa yang saya inginkan.. sudah banyak suami memberi.. yang saya inginkan .. semoga suami dan anak-anak sentiasa sihat dan berjaya dalam setiap perkara yang mereka usahakan .. Semoga Allah memelihara kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga kita.. Amin..

Happy Birthday to me..

Salam

Errr... ada sapa-sapa yang nak nyanyikan lagu besday kat saya tak???..

Alhamdulillah.. semoga panjang umur dan murah rezeki saya..

umur??? baru masuk 23 tahun.. tapi anak dah 4 orang... hehehe.. perahsantannn.. sila baca umur tu arah bacaan jawi.. okey laa tuu..

Kekk??.. setiap tahun berkongsi kek dengan abang iman jer..

Hadiahhh??.. kalau orang tak beli.. tak kan nak mintak pulak kann??.. penampar nakk??? larikkk...

Happy 8th Birthday Abang Iman

Salam..

Hari ni merupakan hari kelahiran abang Iman yang ke 8 tahun.. kebetulan jatuh pada Hari Wilayah dan abang Iman pulak bersekolah di wilayah Putrajaya.. maka setiap tahun abang Iman mendapat cuti pada harijadi dia.. waaa.. suka betul budak ni..

Untuk Iman..
Mama doakan semoga abang Iman menjadi anak yang soleh ..patuh dan hormat pada orang tua.. rajin belajar supaya menjadi anak yang cerdik seterusnya berjaya didunia dan akhirat..Amin..


pss:
kebetulan juga hari ini merupakan harijadi ke8 abang Muhaimin... abang kepada sikembar Afnan&Affan.

Insyaallah.. kalau tak ada apa-apa halangan.. kiter berjumpa 12hb nanti.. yer ummi..

Selamat Hari Raya Qorban

Salam..

Selamat Hari Raya Qorban dari Elly&Emmy sekeluarga.. kami tidak pulang ke kampung perlis atau pahang.. duduk rumah atau mungkin esok keluar ronda-ronda saja..

Pada yang pulang ke kampung.. berhati-hati ketika memandu..

Kek coklat Nadya

Salam

Selamat pagi semua..

Jemput sarapan kek coklat Nadya yer.. baki yang semalam punya...


tangan kecik siapa kah itu??
pss..kalau nak resepi kek ini.. boleh terus ke kedai kek Kings :PP

Kami dah 11 bulan

Salam..

Hi semua.. buat apa petang2 ni?.. mama kami duk layan citer duyung .. suker laa tu.. tengok duyung berenang tertunggek-tunggek.. menyampah tau..

Kami nak bagi tau.. kami dah 11 bulan uuu... sekarang dah boleh berdiri.. tapi kena pegang objek lain dulu ler.. kalau nak berdiri sendiri.. kami tak mampu lagik.. takut.. ni pun tak berapa terrer lagik.. rasa takut-takut jugak time diri tu.. kalau rasa cam nak jatuh jer.. terus kami nanggis nyerit kuat-kuat.. bagi mama dengar.. nanti mama tolong angkat kami.. fuhh baru rasa selamat..

Tapi kalau bab naik tangga tu.. cepat jer.. sedar-sedar dah tinggi.. tu kakak ler yang paling laju.. masa nak turun.. haaa .. kami tak suka.. takut sangat.. biasa laa.. kalau takut.. menanggis dan nyerit jer lerr.. panggil supermama kami..

Kami baru 11 bulan.. tapi kan..kan.. papa dah beli kek besday kat kami.. sekali ngan nama mama ngan kak ya pun tarok kat kek tu.. tak caya tengok kat bawah tu..

Kami geram tengok itik tu.. sampai hati mama patah kan paler itik tu.. bagi kat kak ya ngap.. lepas tu badan dier papa ngan mama ngap.. eeee.. memang sadis tulll..


Selamat hari Guru

Salam ..

Selamat hari guru pada semua guru-guru di Malaysia.. jasa kalian amat besar.. dengan tunjuk ajar kalian maka.. lahirlah pelbagai insan cerdik pandai yang sebelum itu tidak mengenali apa itu ABC..

kredit google

Dan setiap kali sambutan Hari guru... saya juga sentiasa mengingati mereka..

Cikgu Rahmah..
kerana balas kad hari raya saya masa darjah 1

Cikgu Junaidah..
berikan saya sebijik gula-gula masa darjah 1

Cikgu Azizan
Suka mengetuk kepala murid dengan pembaris.. masa darjah 3

Cikgu Rohana..
sentiasa bermuka merah dan suka maki.. masa darjah 4

Cikgu Roslan..
Suka pilih kasih.. suka pada anak orang kayos.. masa darjah 5

Ustaz Ali
Suka tidur dalam kelas.. masa darjah 6

Tengok.. bertapa kuatnya pengaruh guru pada murid terutamanya masa diperingkat sekolah rendah.. Oleh itu teruskan perjuangan kalian dan laksanakan amanah yang diberi untuk terus mendidik anak bangsa..

Selamat Hari Ibu

Salam..

Selamat hari ibu kepada semua kaum wanita yang sudah bergelar ibu, emak,mak, mama, mommy, mum, mummy, ummi dan apa-apa jer gelaran.. yang pastinya pengorbanan dan jasa kita dalam membesar dan mendidik anak amatlah sangat berharga.. tiada tandingan..

Dan yang bakal menjadi ibu.. kamu juga akan merasainya .. kehebatan perasaan sebagai ibu.. bila pertama kali mendengar tangisan anak yang dilahirkan.. apatah lagik apabila melihat wajah mereka ..

Dan amat malang bagi mereka yang membuang dan mengabaikan anak.. kerana kamu sudah menolak nikmat anugerah sebagai seorang ibu.. mungkin sekarang kamu tidak insaf.. tapi masa akan menghukum kamu.. penyesalan yang sentiasa mencengkam jiwa..

Selamat Ulangtahun perkahwinan ke 9 utk Eida & Hakim

Salam ..

Selamat Ulangtahun perkahwinan ke 9 utk Eida & Hakim ... siapa pulak Eida ni..

heheheee.. saya laaaa ..tu.. Uda aka Eida..


Semoga Allah terus memberkati dan memberikan Rahmatnya pada saya sekeluarga.. Amin.

Saya dapat hadiah tadi.. dari suami.. beli kat giant jer.. jom tenggok apa dia..

"

"

"

"

"

Seperiuk kerang.. ratah sampai hijau..

Happy Birthday to me...

Err... tak dengar pun .. nyanyi laaa kuat sikit lagu besday kat saya... hahaha.. tiba--tiba rasa makin muda pulak.. contoh ayat nak sedapkan hati..

"Semoga Allah memberikan keteguhan Iman dan kesihatan tubuh badan yang baik.. supaya dapat saya melaksana tugas sebagai hamba Nya yang beriman.. sebagai isteri yang solehah.. ibu yang penyabar dan penyayang... serta limpahkan rahmat dan rezeki keatas kami sekeluaga.. amin."


Saya tak mintak apa-apa hadiah dari cik somi.. syukur dengan apa yang telah diberikan selama 8 tahun idup bersama.. tapi anak-anak dan somi tetap mahu berikan hadiah..hadiahnya adalah dua bakul penuh berisi "kasih sayang" yang perlu dibelai sepenuh kasih sayang.. agak-agaknya apa yerr.. teng.. tengggg..

"

"

"

"

"

"

"

Jom makan kek birthday

Jommmm.. kawan-kawan jemput makan.. nyum.. nyummm.. sangat dilicesss .. muah..muahh.. marbeles.. jangan jelesss..



kata pihak seponsor.. kek ni mewakili besday orang yang sambut besday dalam bulan february.. iaitu Iman , saya dan cik somi... huhuhukkk.. save bajet.. lagik pun tak elok makan selalu.. tak bagus tuk kesihatan.. kalau nak jugak.. sila makan roti sapu marjerin....



Ni besday boy.. tengah nak potong kek.. 2 kali tiup lilin baru padam.. hai... tu baru 7 batang lilin.. kalau ada 20 batang.. mesti kena guna kipas..

Selamat Harijadi Ke 7 untuk Ultraman mama..

Selamat harijadi buat satu-satunya hero mama.. hari ni genap umur abang Iman 7 tahun.. bes yer abang.. tiap-tiap tahun dapat cuti.. cuti wilayah.. kebetulan .. abang sekolah kat putrajaya..

"Semoga abang Iman menjadi seorang anak yang soleh, penyabar dan rajin dalam mengejar ilmu di dunia dan di akhirat, menghormati orang tua serta kasih kepada adik-adik." Aminnnnnnnnn

Wan Iman Hakim
umur 16 hari

Ini adalah sebahagian daripada puting tiruan abang Iman yang masih ada dalam simpanan mama.. haaaa.. dah 7 tahun yerr... kamu semua ni.. Dalam 4 orang anak mama ni.. abang Iman jer yang isap puting tiruan.. kalau tak isap tak tidur laa dia.. alahai hero sorang ni.. buat malu kat adik-adik perempuan kamu jer..

Potong kek?.. Nanti petang kek baru sampai..

Selamat Tahun Baru 2010

Salam..
Kepada semua.. selamat menyambut tahun baru 2010..
Dengan azam baru..Semangat baru..Pemikiran baru..Baju baru..Kete baru....Baby baru..
sudahhhhhhhh... sudahh.. sudahhhhhh..

Tahun baru 2010..
suka sebab anak-anak semakin membesar.....
Tak sukaaaaa.. sebab umur pun makin meningkatt...

Waaeeeeeeeeee

Besday Girl.. Nadya

Budak Nadya.. baru bangun tidor.. mata terkelip-kelip..
"mama tanya.. tahu tak, hari ni, hari apa?"
Jawapannya.. emmppp(muka ngantuk) blurrr.. terus sambung tidur..


Baru genap umur 5 tahun..
Mama doa kan semoga Nadya menjadi anak yang solehah dan bijak serta rajin dalam mengejar ilmu di dunia dan di akhirat..

Nanti mama belikan hadiah.. buku-buku cerita yang Nadya nak tu..

Salam Maal Hijrah 1431

Saya nak ucapkan..

Salam Maal Hijrah 1431 kepada semua

serta

Selamat hari jadi pada emak yang dikasihi aka Wan Mah


Salmah Bt Ramli
18 Disember 1957

Saya doakan .. semoga emak di kurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dari Nya... semoga emak jugak tabah menghadapi segala dugaan dari Nya.. Aminn

Cukur rambut

Cukur rambut kakak dan adik pada 31 ogos 2009..
Tak buat apa2 kenduri.. coz dlm bulan puasa..
Kenduri akiqah di Temerloh..


Kakak dulu....




Adik tunggu giliran...




Akhirnya sampai giliran adik




kakak yang selamat dibotakkan

Cepat jer mak bidan setelkan kedua2nya...
Baik sangat.. langsung tak nanggis ... duduk diam jer..
Bidan cakap.. mudah sangat cukur kepala dier orang ni.. walaupun dier sangat kecil.. tapi kepala dier bolat jer..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails