Kurun Najwa
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Wanita mengamuk pijak anak

Salam..

Selamat pagi semua..

Hari ni.. mood tak happy sangat .. cuaca pun mendung.. macam mood saya juga.. minggu ni memang tak bess giler... tension saya.. cehh tak buat apa pun boleh tension kan.. tu laaa pasal.. tapi tension saya tak der laa meroyan nak campak anak kat lantai.. lepas tu pijak-pijak pulak kan..

Ni baru jer terbaca berita kat kosmo... ada sorang wanita kat china.. dia campak anak dia dan pijak-pijak sebab naik minyak meroyan gila vavi sebab sekumpulan pelajar telah menuduh dia mencuri handset... oleh sebab tindakan gila vavi dia tu.. terus kena tangkap masuk lokap..Tengok.. ni laa akibatnya.. kalau tak dapat menguruskan emosi.. terlalu mengikutkan nafsu.. bukan dapat menyelesaikan masalah.. tapi menambahkan lagik masalah..

Diludah di muka dan dilempang

Salam..

Ini adalah kisah pembuli jalan.. serius orang macam ni perlu ditembak saja.. kesian kat perempuan tu.. dah la kereta yang di pandu dilanggar dari belakang.. bila nak selesai masalah.. diludahnya muka .. tak cukup ngan ludah dilempang lagik.. betul-betul kurang ajar pun orang..

PETALING JAYA: Seorang eksekutif wanita menempuh saat mencemaskan apabila diludah di muka dan dilempang berulang kali tanpa belas kasihan samseng jalan raya selepas van dipandu lelaki itu melanggar belakang keretanya, pagi semalam. Metro

Amy Search diperintah bayar RM18,000

Salam

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan penyanyi Amy Search membayar ganti rugi berjumlah RM18,000 kepada seorang kanak-kanak lelaki yang melecur akibat terkena tomyam panas di Restoran Cheng Ho milik penyanyi itu.

Hakim Sabariah Othman memutuskan bahawa sebagai majikan, Amy boleh dipertanggungjawabkan apabila kecuaian dilakukan oleh pekerja ketika dalam tugas. Metro

Apalah nasib bayi ini

Lagik berita yang tak sedap didengar.. manusia tak berperikemanusiaan.. manusia hilang akal.. manusia lupa agama dan tuhan.. akibat "bersedap-sedapan"..

Kebetulan hari ni hari valentine.. makin banyak lah pasangan kekasih yang mengambil peluang ini untuk "bersedap-sedapan" demi membuktikan rasa cinta nafsu.. nauzubillah mintak dijauhi..

KUALA KRAI 13 Feb. – Sepanjang minggu ini sudah ada empat kes buang bayi.

Tetapi yang berlaku hari ini paling kejam dan meruntun perasaan.

Dengan tali pusat yang masih segar dan uri melekat di tubuhnya, bayi lelaki berkulit cerah ini dicampakkan ke dalam tong sampah!

Di atasnya diletak timbunan rumput, kayu dan kepingan zink.

Paling memilukan, si kecil yang dipercayai baru berusia beberapa hari ini dibakar!

Badan bayi ini separuh rentung. Kakinya pula bercerai daripada badan.

Cuma yang tidak dapat dipastikan adakah bayi yang cukup sifat itu masih hidup ketika dibuang atau pun dibakar hidup-hidup.

Bacaan selanjutnya.. klik

Apa dosa bayi perempuan ini?

Kesian kan.. tergamak orang yang melahirkan bayi ini buang begitu saja... akibat malu dari hasil "bersedap-sedapan".. hilang segala sifat kemanusiaan.. jangan samakan mereka dengan haiwan.. kerana haiwan masih menyayangi dan melindungi anak yang dilahirkan..

Mayat bayi perempuan yang penuh dengan semut.. tidak diketahui sama ada.. masa dibuang masih hidup atau sudah meninggal..

Untuk berita penuh sila klik


Monyet bercinta dengan ayam betina

Cerita yang menarik untuk di kongsi... haiwan pun tahu berkasih sayang walaupun berlainan jenis.. tapi manusia pulak suka menganiaya antara satu sama lain..




LUMAJANG - Seekor monyet di Desa Pasirian di sini 'jatuh cinta' pada seekor ayam betina sehingga menjadi tumpuan penduduk kampung, lapor sebuah akhbar semalam.

Monyet itu dilihat memeluk dan mencium ayam kampung kesayangannya dengan penuh mesra.

Menurut pemilik monyet dan ayam itu, Ali Murtadi, kisah cinta unik antara kedua-dua haiwan tersebut berlaku sejak setahun lalu.

Dia berkata, monyet miliknya itu ditemui dari kawasan lereng di Gunung Semeru sebelum dipelihara dan dikurung dalam kandang di bawah pokok mempelam dekat rumahnya.

Pada awalnya, haiwan itu liar namun setelah sebulan dipelihara, ia menjadi jinak.

"Saya terkejut apabila melihat ayam milik saya sering tidur bersama monyet. Namun, kini ia tidak lagi menjadi masalah," kata Ali.

Kadangkala monyet itu menunjukkan kebolehannya menari dengan menggoyang-goyangkan badan menyebabkan ayam tersebut datang padanya. Semasa ayam datang, monyet tersebut menyambut kekasihnya dengan pelukan dan ciuman mesra.

Aksi monyet dan ayam itu menjadi tumpuan ramai penduduk kampung apabila mereka sanggup datang untuk melihat 'percintaan' antara kedua-dua haiwan itu selepas berita mengenainya tersebar.

Semasa monyet dan haiwan itu 'berkasih-kasihan,' penduduk kampung yang melihatnya akan tertawa.

Sumber kosmo

Bayi hancur dimakan biawak

Saya rasa nak termuntah bila baca berita ini.. manusia akhir zaman.. dah jadi macam orang arab jahiliah.. mengigil lutut saya..




KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.

Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.

Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.

Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.

"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.

"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.

Sumber kosmo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails