Kurun Najwa
Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Saiful apek positif dadah

Salam..

Lagik berita artis dengan dadah.. kali ni melibatkan pelawak yang farmous dengan aksi "gitu-gitu" ngan buat dada dag dig dug tu.. siapa lagi kalau bukan saiful apek.. hai apa laaa nak jadi ngan artis malaysia ni.. orang islam pulak tu... berita utusan

Dulu saya pernah terfikir.. mungkin si siful apek ni isap dadah.. bukan nyer aper.. tengok badan kurus kelengkeng semacam jer.. tapi tak baik ler main serkap jarang.. mungkin dia jenis kurus.. nak buat macam mana.. tapi.. tapi.. berapa banyak tapi laaa..

saya pun kurus kelengkeng jugak.. tapi saya tak isap dadah.. saya isap dadeh... tutttt...

Rita & Aidil didenda RM500

Salam..

Pasangan ini masing-masing didenda RM500 atau penjara 15 bulan kerana bernikah di Songkhla, Selatan Thailand tanpa kebenaran mahkamah pada pukul 9.30 malam, 25 Februari tahun lalu.

Lepas ni giliran sapa pulak.. tunggu dan tengok saja..

Sumber utusan

Amy Search diperintah bayar RM18,000

Salam

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan penyanyi Amy Search membayar ganti rugi berjumlah RM18,000 kepada seorang kanak-kanak lelaki yang melecur akibat terkena tomyam panas di Restoran Cheng Ho milik penyanyi itu.

Hakim Sabariah Othman memutuskan bahawa sebagai majikan, Amy boleh dipertanggungjawabkan apabila kecuaian dilakukan oleh pekerja ketika dalam tugas. Metro

Ajai dapat anak perempuan

Salam..


Tahniah kepada komposer dan penyanyi terkenal, Ajai kerana telah dikurniakan seorang anak perempuan semalam. Hasil daripada perkahwinan keduanya dengan Norliza Mohamad Ilias.

Bayi yang diberi nama Danisha itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.9 kilogram pada pukul 5.10 petang di Pusat Perubatan Roopi, Jalan Ipoh.

Sumber Kosmo

Achik Spin maut kemalangan di Lebuh Raya Lekas

Salam ..

Al Fatihah untuk arwah Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin .. semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman..


"SEREMBAN 17 April - Penyanyi, Achik Spin, 27, meninggal dunia selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaikinya terbabas di Kilometer 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) sebelum susur keluar Pajam arah selatan dekat sini lewat petang ini." Bacaan selanjutnya..


Saya rasa bersimpati keatas isteri dan anak-anak beliau yang kini telah kehilangan insan yang disayangi serta tempat untuk bergantung .. semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini..

Redmummy aka mak merah

Salam..

Sapa yang tak kenal ngan redmummy aka mak merah.. banyak kali dah keluar paper.. kat tv3 pun dah pernah keluar.. terbaru sekarang kat metro..

Saya mula baca blog mak merah ni.. sejak tahun 2007 lagik.. masa tu beliau menggunakan blogspot sehinggalah beralih ke dotcom .. saya masa tu, tak ada blog.. jadi apa lagik.. silent reader jer laa... huhuhukkk.. satu kerugian kan..

Kalau nak berjaya .. kenalah ikut panduan yang mak merah kasi tu.

Panduan menjana pendapatan menerusi blog:
  • Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
  • Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
  • Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
  • Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
  • Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
  • Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
  • Rajin serta tidak kenal erti putus asa.

Slot Akasia AdaMaya di Tv3


Salam..

Vavavaaa.. sekarang ni semua orang pakat duk cerita pasal drama AdaMaya yang di angkat dari filem I'm Not Single.. lakonan mantap Lisa Surihani sebagai Maya bersama Sein Ruffedge sebagai Adam. Drama romantik yang mencuit hati.. mana tak nya.. mula-mula marah-marah.. benci-benci.. sebab kes kena kahwin paksa atas pilihan mak bapak.. Tapi bila dah jadi suami isteri.. perlahan-lahan cinta pun mula meresap kejiwa.. sehingga membuahkan hasil.. lahir seorang permata hati...

Tapi kebahagiaan tu sekejap jer.. niii datang pulak si setan Dani lakonan Faisal Yusup bekas kekasih Maya masa di universiti.. cuba merampas Maya dari Adam.. walaupun hakikatnya dia tahu Maya sudah bahagia disamping Adam dan mereka telah dikurniakan seorang anak.. Maka bermulalah srategik jahat yang di atur oleh si Dani ni.. untuk menjatuhkan rumahtangga Maya dengan Adam..
Ni laa manusia kalau tak guna akal pikiran yang waras.. cetek agama.. bini orang pun dia nak .. macam tak ada anak dara lain.. (hehehe.. tapi dalam drama ni berbaloi laa.. sebab cik lisa tu muka cun melecun)..

Dapatkah Adam dan Maya mempertahankan kebahagiaan rumahtangga mereka serta berjayakah Dani merampas Maya dari pangkuan Adam?.. Jadi kalau nak tahu kesudahan cerita AdaMaya.. mohhh ler ramai-ramai kita pakat jadi pak pacak setiap hari Isnin hingga hari Khamis pukul 6.30ptg hingga 7.30mlm di TV3 ...

Psss .. tak suka muka kedua-dua hero dia.. tapi okey la sikit dari di ambiknya Ada Bayor yang jadik hero.. mau pengsan cik lisa tengok muka hero hitam legam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails