Klik Rambut untuk gegirl

Salam..

Sesuatu yang menyeronokkan bila dapat menghasilkan sesuatu benda dari kreativiti kerja tangan sendiri..

Baru saya faham kenapa banyak orang suka buat benda kraf yang comei nomei ni.. setelah memberikan tumpuan dan menzahirkan kreativiti yang terpendam tu.. bila tengok hasilnya.. hati rasa gembira..


Dan bila tengok anak-anak suka memakainya pula.. gembira itu jadi berganda-ganda.. hua.. huaaa..


Untuk yang berminat dengan hasil tangan saya... boleh menjengok di.. Fanpage Baju Elly & Emmy .. kalau suka boleh LIKE fanpage.. dan kalau dah jatuh cinta.. boleh order :)

Kakak .. tolong kemas meja!!

Salam..

Kalau korang bawak anak-anak makan kat kedai.. lepas makan tu macam mana keadaan meja makan itu?? adakah meja masih bersih dan saki baki makanan terletak elok jer.. tak sepak sana sini.. ataupun emmm..

Hehehe.. kalau saya yang beranak pinak ni.. memang susah nak kekalkan keadaan macam sebelum makan tu.. meja berterabur makanan jer.. memang susah nak kawal anak-anak kecil ni masa makan.. bukan tak ajar.. tapi mengambil masa..

sebab tu kalau makan .. saya lebih suka makan kat kedai / medan yang lebih santai sahaja.. nanti tak da lah tuan kedai nak jeling-jeling bila tengok kedai dia bersepah makanan.. kalau kat rumah.. keadaan bersepah makanan kat dapur tu biasa laa.. lepas tu mama diorang kemas.. kalau kat kedai.. tak ada lah saya nak kemas.. biar jer pekerja yang buat.. masa ni anak-anak pun dah laju kesana kesini.. kalau kena cas lebih untuk keadaan yang bersepah tuuu .. kami redhaa.. hahaha.. jangan sampai kena maki kat belakang sudah laaaa..





Sedikit info kebaikkan susu ibu tapi amat bernilai..

Salam..

Pagi ini.. terasa sungguh nikmat bila dapat menikmati semug kopi susu panas yang sekian lama tidak dijadikan minuman pilihan untuk memulakan aktiviti harian kerana bimbang kandungan kafein dalamnya akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu, walaupun tekak terasa ingin menikmatinya.. sekarang saya bebas untuk menikmati kopi kerana sikembar sudah 2 tahun 5 bulan dan susu ibu bukan pengantungan utama mereka.. itu pun hanya minum tidak melebihi 2 mug sehari.. kerana kesihatan diri perlu dititik berat.. jangan hanya mengikut rasa tekak saja..

Saya asyik melayan rasa kenikmatan kopi pagi ini sambil membelek-belek majalah MILENIA keluaran Mac2009..

tangan laju menyelak setiap helaian mukasuratnya.. dan sampai pada 1 tajuk entri"IKLAN DAN DIET KANAK-KANAK".. tangan saya terhenti.. entri itu menarik perhatian saya untuk terus membaca sehingga habis..

Sebaris ayat yang memberi info tambahan mengenai susu ibu..

Ps.. mungkin selepas ini ada produk susu tepung yang akan buat iklan mengenai susu kurang garam untuk kesihatan bayi??

Saya Fully Breasfeeding Sikembar

Salam..

Menjawab soalan Aryati kepada saya..


Dan ini jawapan yang saya emailkan ..

Waalaikummusalam..

Terima kasih singgah ke blog dan bertanya..

yer saya berjaya fully BF sikembar dari 0- 6 bulan.. waktu tu mereka hanya minum susu badan sahaja.. bila dah nak masuk 7 bulan baru saya beri diorang makanan.. bermula dengan bubur nasi kosong dan kemudian baru dengan pendedahan rasa dan tekstur makan yang pelbagai.. cth sayur, ikan, ayam

Alhamdulillah.. tiada penolakan dari mereka..malah mereka suka akn rasa dan tektur makanan tersebut.. saya percaya .. dengan mengisap susu ibu.. deria rasa anak akan lebih terangsang.. berbanding menghisap susu botol.. ini kerana masa menghisap susu ibu banyak otot dan saraf digunakan maka ia akan cepat berkembang..(ada terbaca kat artikal..tapi lupa pula sumbernya)

Bila si kembar dah umur 7-12 bulan.. saya masih fully BF.. dan terus perkenalkan pelbagai makanan pada diorang.. diaorang pun tak takut untuk memcuba.. kalau suka diorang makan.. kalau tak suka diorang buang.. dan yang penting jangan paksa diorang makan.. takut fobia dengan makanan pula.. masa ni saya masih tidak beri diorang minum susu formula.. walaupun ada suara2 yang menyuruh.. ini kerana saya yakin diorang sihat dan cukup zat.. sebab melihat dari pertumbuhan fizikal dan mental diorang.. tapi jangan bandingkan dengan pertumbuhan fizikal bayi yg minum susu formula dari awal.. kerana berat mereka adalah berbeza.. tambahan pula untuk anak kembar yang BF.. lagik laa berbeza..

Sikembar 13-21 bulan... saya masih Fully BF.. dan terus dedahkan diorang dengan pelbagai makanan, tekstur dan rasa.. (makanan yang dimaksudkan adalah makanan yang bayi boleh makan.. sila rujuk pada jenis2 makanan tersebut) masa ni si kembar dah mula aktif.. dan banyak pergerakkan.. susu ibu banyak di perlukan.. dan saya pun mengambil suplement tambahan (produk shaklee) kerana saya percaya susu ibu yang banyak tapi kurang kualiti tidak cukup untuk mereka.. maka zat tambahan dalam susu ibu diperlukan..

Masa umur sikembar masuk 22 bulan.. baru saya.. beri minum susu formula.. sebaliknya diorang tidak suka rasa susu putih.. yang berperisa coklat baru diorang minum.. masa ni terpaksa beri diorang minum guna cawan.. diorang tak tahu mengisap menggunakan puting plastik.. masuk mulut, diorang muntah.. minum susu coklat pun tak banyak.. 1 cawan berkongsi 2 orang.. dan susu ibu juga yang diorang cari..

sekarang si kembar sudah berusia 2 tahun 4 bulan.. walaupun dah makan macam-macam.. minum susu FM.. susu ibu tetap diorang nak..

Pada pengalaman saya yang sudah ada 4 orang anak.. saya percaya.. dengan BF anak.. corak pemakanan mereka lebih baik dari anak yang minum susu FM.. ini kerana anak saya yang pertama dan kedua saya tidak fully BF hanya menyusu dalam pantang sahaja (1-3bln).. dan sekarang saya tengok mereka amat takut untuk mencuba rasa makan yang pelbagai.. walaupun dah bersekolah..

Kesimpulannya.. setiap anak adalah beza.. begitu juga dengan deria rasa dan selera mereka.. ada yang fullyBF suka makan dan ada yang tidak.. ada juga yang minum FM suka makan dan jugak ada yang tidak suka makan.. jadik ikutlah cara anak itu.. sebab yang penting kita nak anak itu membesar dengan sihat dan cergas .. minda dan fizikal.. itu saja yang dapat saya simpulakan..

wassalam..

penambahan..

fully breasfeeding yang dimaksudkan disini adalah dengan memberi minum susu ibu sepenuahnya dari umur 0-6 tanpa susu formula.. kemudian diberi makan bila berumur 7 bulan tapi tidak diberi susu formula..Fully breasfeeding hanya memberi anak minum susu ibu sahaja.. bukan tidak memberi anak makan selepas usia 7 bulan ke atas.. jarang ada orang kita yang memberi susu ibu tanpa memberi makanan lain sehingga anak berusia 2 tahun.. kalau orang arab, yahudi , mungkin mereka menyusu badan sehingga anak berusia 2 tahun tanpa makanan..kena tengok fizikal mereka juga..

Petua menggelakkan semut masuk balang gula.

Salam..

Saya nak berkongsi pertua.. untuk menggelakkan semut masuk dalam balang gula.. caranya adalah.. balang itu janganlah di isikan dengan gula.. hahaha dushhh sebijik..


ok seriuss.. memang berkesan pertua nii..

caranya adalah dengan meletakkan kulit kayu manis dalam balang gula.. Insyaallah.. larik semua semut itu.. dan tak akan masuk lagikk..

selamat mencuba..

1Januari 2012

Salam..

Selamat tahun baru 2012..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails