Kurun Najwa

Saya Fully Breasfeeding Sikembar

Salam..

Menjawab soalan Aryati kepada saya..


Dan ini jawapan yang saya emailkan ..

Waalaikummusalam..

Terima kasih singgah ke blog dan bertanya..

yer saya berjaya fully BF sikembar dari 0- 6 bulan.. waktu tu mereka hanya minum susu badan sahaja.. bila dah nak masuk 7 bulan baru saya beri diorang makanan.. bermula dengan bubur nasi kosong dan kemudian baru dengan pendedahan rasa dan tekstur makan yang pelbagai.. cth sayur, ikan, ayam

Alhamdulillah.. tiada penolakan dari mereka..malah mereka suka akn rasa dan tektur makanan tersebut.. saya percaya .. dengan mengisap susu ibu.. deria rasa anak akan lebih terangsang.. berbanding menghisap susu botol.. ini kerana masa menghisap susu ibu banyak otot dan saraf digunakan maka ia akan cepat berkembang..(ada terbaca kat artikal..tapi lupa pula sumbernya)

Bila si kembar dah umur 7-12 bulan.. saya masih fully BF.. dan terus perkenalkan pelbagai makanan pada diorang.. diaorang pun tak takut untuk memcuba.. kalau suka diorang makan.. kalau tak suka diorang buang.. dan yang penting jangan paksa diorang makan.. takut fobia dengan makanan pula.. masa ni saya masih tidak beri diorang minum susu formula.. walaupun ada suara2 yang menyuruh.. ini kerana saya yakin diorang sihat dan cukup zat.. sebab melihat dari pertumbuhan fizikal dan mental diorang.. tapi jangan bandingkan dengan pertumbuhan fizikal bayi yg minum susu formula dari awal.. kerana berat mereka adalah berbeza.. tambahan pula untuk anak kembar yang BF.. lagik laa berbeza..

Sikembar 13-21 bulan... saya masih Fully BF.. dan terus dedahkan diorang dengan pelbagai makanan, tekstur dan rasa.. (makanan yang dimaksudkan adalah makanan yang bayi boleh makan.. sila rujuk pada jenis2 makanan tersebut) masa ni si kembar dah mula aktif.. dan banyak pergerakkan.. susu ibu banyak di perlukan.. dan saya pun mengambil suplement tambahan (produk shaklee) kerana saya percaya susu ibu yang banyak tapi kurang kualiti tidak cukup untuk mereka.. maka zat tambahan dalam susu ibu diperlukan..

Masa umur sikembar masuk 22 bulan.. baru saya.. beri minum susu formula.. sebaliknya diorang tidak suka rasa susu putih.. yang berperisa coklat baru diorang minum.. masa ni terpaksa beri diorang minum guna cawan.. diorang tak tahu mengisap menggunakan puting plastik.. masuk mulut, diorang muntah.. minum susu coklat pun tak banyak.. 1 cawan berkongsi 2 orang.. dan susu ibu juga yang diorang cari..

sekarang si kembar sudah berusia 2 tahun 4 bulan.. walaupun dah makan macam-macam.. minum susu FM.. susu ibu tetap diorang nak..

Pada pengalaman saya yang sudah ada 4 orang anak.. saya percaya.. dengan BF anak.. corak pemakanan mereka lebih baik dari anak yang minum susu FM.. ini kerana anak saya yang pertama dan kedua saya tidak fully BF hanya menyusu dalam pantang sahaja (1-3bln).. dan sekarang saya tengok mereka amat takut untuk mencuba rasa makan yang pelbagai.. walaupun dah bersekolah..

Kesimpulannya.. setiap anak adalah beza.. begitu juga dengan deria rasa dan selera mereka.. ada yang fullyBF suka makan dan ada yang tidak.. ada juga yang minum FM suka makan dan jugak ada yang tidak suka makan.. jadik ikutlah cara anak itu.. sebab yang penting kita nak anak itu membesar dengan sihat dan cergas .. minda dan fizikal.. itu saja yang dapat saya simpulakan..

wassalam..

penambahan..

fully breasfeeding yang dimaksudkan disini adalah dengan memberi minum susu ibu sepenuahnya dari umur 0-6 tanpa susu formula.. kemudian diberi makan bila berumur 7 bulan tapi tidak diberi susu formula..Fully breasfeeding hanya memberi anak minum susu ibu sahaja.. bukan tidak memberi anak makan selepas usia 7 bulan ke atas.. jarang ada orang kita yang memberi susu ibu tanpa memberi makanan lain sehingga anak berusia 2 tahun.. kalau orang arab, yahudi , mungkin mereka menyusu badan sehingga anak berusia 2 tahun tanpa makanan..kena tengok fizikal mereka juga..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails