Tuesday, March 29, 2011

Elly&Emmy sudah 19 bulan dan mereka masih minum susu ibu secara eksklusif

Salam ..

Selamat pagi semua..

Alhamdulillah.. saya masih lagik berupaya menyusu elly dan emmy .. berusaha dan terus berusaha untuk menyusu mereka berdua.. kadang-kadang rasa tertekan jugak.. kerana ditekan-tekan oleh mereka berdua :PP

Pada usia 19 bulan ni.. elly si kakak sudah cekap berjalan.. kadang-kadang cuba nak berlari.. saya tak risau akan perkembangan dia..

Tapi yang merisaukan saya.. bila melihat emmy si adik yang masih belum boleh berjalan.. hari tu emmy ada cuba berdiri sendiri.. tapi nampak sangat yang lutut dia tak berapa kuat.. kaki mengigil dan jari-jari kaki melekap keras dilantai.. badan pun tak diluruskannya .. kaku, keras dan mengigil jer, masa berdiri tu..

Emmy masih tidak boleh berjalan.. tapi dia dapat akal baru.. dia berjalan dengan menggunakan lutut.. haaaaa.. normal kah keadaan itu???.. risau pulak saya melihatnya..

Ada sesiapa yang nak memberi pandangan atau nasihat untuk masalah emmy ni??? kalau ada.. silakan.. saya amat menghargainya :).. mekasih

5 comments:

Cik Puan Nurul said...

hurmmm jalan pakai lutut plakk huhu..apakata bawa dia jumpa doc paed la kalau rasa tak sedap hati la maybe dia mungkin blm punyai keyakinan nk berjln(takut2 lagi)tp dia sgt bersemangat nk berjln sbb tgk kembar dia dah blh berlari biasa camtu la kan..bukan apa risau plak bila eida ckp kaki dia mggigil2 nk bangun cam berat sgt dia carry badan dia sedangkan dia bkn berat sgt kan.qaseh dulu pun mula yakin berjalan sendiri masa 1thn 4bulan gitu kot lama juga dia amik masa nk lepaskan tgn dia dr pegang dinding n sbgnya.apapun elok merujuk pada pakar jika rasa bimbang n sbgnya sbb xelok plak jln guna lutut xsakit ke kepala lutut dia huhu..

SyidaGorjes said...

jalan pakai lutut?kene balikan knee pad takut sakit pulak nanti.tak pernah terbaca pulak pasal jalan guna lutut ni.

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

erm..baik uda refer pakar paed..bkn apa..depa lagi arif kan..

caiyok2..dah 19 bulan..sonot kan?? semoga Allah permudahkan segalanya..amin

ummiross said...

InsyaAllah boleh tu,cuma lambat sikit, panjang akalnya guna lutut ye,caya lah!

Sofya said...

tahniah sbb berjaya menyusu sampai tahap ni..
pasal emmy tu, mungkin tak berani..
ajaklah pimpin la dia exercise jalan2 kat taman menan.. bila dia leka lepasla tangan dia pelan2.. insyaallah xda apa2 tu.. cuma perlu lebih keyakinan diri..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails