Sunday, December 26, 2010

Terima kasih kawan-kawan

Salam..

Selamat beristirehat bersama keluarga terchenta..

Saya ucapkan terima kasih atas pandangan dan nasihat kawan-kawan.. mengenai kerisauan saya terhadap perkembangan Elly&Emmy yang sudah berusia 16 bulan dan masih menyusu susu ibu dimana perkembangan fizikal mereka agak kecil dan masih belum boleh berjalan lagik.. kalau nak dibandingkan dengan kanak-kanak sebaya mereka.. sudah ligat berlari kesana-sini..

Suami saya pun turut membaca pandangan dan nasihat kawan-kawan itu.. dan kami merasa lega dan yakin untuk terus memberikan Elly&Emmy susu ibu.. yang terbaik untuk mereka..

Saya akui.. kalau tidak mendapat pandangan dan nasihat dari kawan-kawan yang berpengalaman menyusu dan membesarkan anak-anak.. ketabahan dan semangat untuk meneruskan perjuangan penyusuan ibu agak goyah.. kerana kadangkala rasa risau dan pemikiran yang negatif akan mempengaruhi diri seterusnya mengambil jalan yang mudah.. iaitu dengan memberikan formula milk pada mereka..(semoga ini tidak akan berlaku)

Sekali lagi terima kasih kawan-kawan yang bergelar mama, ibu, ummi dan apa saja panggilan .. sayang korang.. :)



5 comments:

nza said...

trkdg kita perlukn kwn2 utk brtukar2 pndapat..itulh gunanya kwn2kn....sekurg2nya dpt mengubat keresahan hati..
jgn risau2 lg ok.setiap anak brbeza prkembangan...insyallah elly & emmy akan membesar sbg anak yg sihat n pintar...

||aLeaSaRa|| said...

yuhuu..nti kite akan kongsikan lg entri yg dpt membantu kwn2 semua.Itulah namanya kawan he3...

cikmin said...

jangan susah hati sangat besan..dari apa yang cikmin tengok..adoiiii tuwen tu gayanya lasak tu...aktif...suka tacau mama...kalau ayeem tacau ibu..dah jadi raksasa gorgon dah..ngeeee..

win@momyShaneQeisha said...

dont be worry dear..normal tu.rajin2la latih mrk dua jalan.kdg2 mrk takut nak mencuba..

kakyong said...

Insya Allah,
x lama lagi tu berjalan lah tu... depa cuma nak menguji mama & papa nyer ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails