salam...
Kesian nyer kat si Paul.. si auw.. auww .. sotong kurita yang ada kuasa psikik...sotong peramal pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dipelihara di Akuarium Sea Life, selatan Jerman .. Mungkin bakal menjadi santapan rakyat Jerman yang sangat marah dengan kekalahan mereka..( macam tak caya jer.. boleh kalah..kan..kan..)
Ini kerana si Paul telah berjaya menarik perhatian dunia dengan ketepatan ramalannya terhadap enam perlawanan yang melibatkan Jerman. Sehinggakan ada yang menawarkan harga yang tinggi untuk membeli Paul untuk dijadikan hidangan panggang barbeku.
Hehehe terpaksa laa Paul larik ke Sepanyol.. kerana rakyat Sepanyol lah yang sangat sayang kat Paul.. ke Argentina.. hehehe .. nanti jadik pizza sotong pulak!