Siapa yang ambik produk 4Life Transfer Factor .. sila angkat tangan.. Kalau tak pernah dengar pasal produk ni.. mai saya kasi tau sikit.. Hehehe nak kasi tau banyak-banyak pun tak boleh jugak .. sebab saya pun baru jer cuba produk ni..
Cerita dia macam ni... 2 minggu lepas, suami saya mengalami selsema dan sakit tekak yang teruk.. .memang serak giler...sampai hilang suara. Kebetulan pulak mama memang duk guna TF ni.. jadi dia kasi anak dia makan.. 2..3 hari kemudian sakit tekak suami pun beransur sembuh.. kalau nak bergantung pada ubat klinik.. alamatnya lambat ler nak sembuh ..cakap main pakai isyarat tangan laa..
Suami pun rasa yakin dengan TF ni.. jadi beli laa sebotol .. melalui dealer yang mama selalu beli tu.. walaupun harga agak mahal.. tapi tak kisah lah, sebab ianya berkesan. Nadya pun saya kasi TF ni, sebab dia selalu selsema dan batuk..Caranya dengan campurkan TF(berbentuk serbuk dalam kapsul) dalam susu dan kacau... kalau tak ... susahnya nak beri minum ubat batuk.. sampai kena paksa.. silap haribulan terus muntah jer ..
Kalau nak tahu mengenai kebaikkan TF ni.. boleh baca kat blog Ina.. sebab dia dah lama gunakan TF..
Info mengenai TF.. di ambik dari sini
- TF adalah "molekul pendidik sistem imun" (immune IQ).
- 1biji (200mg) berpotensi mengenali lebih dari 100,00 jenis kuman, virus, kulat, parasit, bakteria, dan juga sel kanser.
- Maklumat IQ yang terkandung dalam TF merangsang sistem imun untuk menyerang segala "penceroboh"dan sel2 "rosak" (berpenyakit) didalam badan.
- Molekul TF diastrak dpd kolustrum (susu awal lembu) dan kuning telur.
- Walau bagaimana pun TF tiada mengandungi antibodi khusus spt yg terdapat didlm kolustrum (haiwan). Oleh itu,TF tidak memberi sebarang kesan elergi kepada pengguna.