Kurun Najwa

Buat burger oblong sendiri

Salam..

Sebelum tu nak tanya.. siapa yang dah pernah makan burger oblong yang jual kat pasar malam tu.. macam mana?.. Sedap kan.. rasa daging dia lebih kurang macam mcD properity... tak percaya?.. kalau tak percaya, sila cuba..

Sebenarnya kita boleh buat sendiri burger oblong ni.. lebih jimat untuk orang yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai.. Ini kerana daging burger oblong ni boleh didapati di kedai perfect meat.. ada kat area bangi ngan kajang.. harga dia lebih kurang rm16 tiga kali ganda mahal berbanding daging burger biasa.. tapi berbaloi.. sebab rasa dia 3 kali ganda lebih sedap dari burger daging biasa..


Petang ni.. saya dah perkena burger oblong .. memang sangat sedap.. daging dia kurang berlemak, lembut dan manis.. Letak pulak sos lada hitam.. memang nyum.. nyummm.. delicious..


Hehehe.. burger oblong yang gemok tu terpaksa dibelah dua supaya muat dengan roti yang kurus tu...

Tiada komisen yang dibayar untuk entri ini.. sekadar berkongsi benda yang bagus dan sedap dengan kawan-kawan.

Acik mimie tanyak kat mana perfect meat (PERFECT FRESH and FROZEN) tu..
Okey Acik..
Mula2 jika drive dari Putrajaya, acik akan melalui TESCO Kajang di sebelah kanan. Dlm pada itu, terdapat 4 simpang di sebelah kiri. Sila masuk simpang yang ke-4.

sebelum masuk simpang ker golf club saujana impian kajang terdapat satu deretan kedai. One of them is PERFECT FRESH and FROZEN. haaa .. kat situ la...

SELAMAT MENCARI.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails