Kurun Najwa

Pengembaraan bayi yang baru belajar makan

Salam..

Sebagai ibu bapa, kita mesti merasa risau bila melihat makanan yang disuap pada anak ditolak dan bertaburan dilantai. Mula berfikir adakah anak mendapat makanan yang mencukupi? Sebenarnya ibubapa tidak perlu risau sekiranya anak masih menyusu badan kerana susu ibu dapat membekalkan kebanyakkan khasiat yang diperlukan oleh anak untuk membesar.



Walaubagaimanapun, anak perlu diberikan galakkan untuk makan dengan menyediakan

#Hidangan makanan yang kreatif
Makanan yang sama setiap hari boleh membosankan. Oleh itu sediakan makanan dalam gaya yang pelbagai dengan memotong roti, buah-buahan atau sayur-sayuran dalam bentuk dan saiz yang berbeza atau sediakan buah-buahan dalam bentuk jus.

#Pinggan, mangkuk dan sudu yang berwarna-warni
Gunakan pinggan, mangkuk dan sudu yang berwarna-warni kerana ia dapat menarik minat anak untuk makan supaya mereka merasakan waktu makan merupakan masa yang menyeronokkan.

#Kerusi tinggi
Sediakan kerusi khas untuk anak ketika makan. Kerusi dengan rim disekeliling dulang agar makanan tidak jatuh ke lantai. Juga mempunyai tali pinggan atau palang untuk mengelakkan anak dari tergelincir dan jatuh.

#Penggunaan sudu dan jari
Galakkan anak makan menggunakan sudu tapi sekiranya anak tidak berminat, biarkan dia makan menggunakan jari. Pastika jari anak bersih ketika memegang makanan. Mula berikan makanan yang mudah dipegang oleh anak ketika mereka berumur 8 bulan ke atas sebagai makanan tambahan selain dari bubur.

Bagi ibu pula mesti mempunyai kesabaran dalam memberi anak makan. Jangan memaksa anak untuk makan sebaliknya berikan beri mereka masa untuk belajar makan. Ibu juga harus realistik, jangan mengharapkan anak makan tanpa bersepah. Ini kerana kemahiran motor dan kemahiran mengunyah masih belum berkembang sepenuhnya.

Sumber
Di olah dari majalah Positive Parenting

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails