Salam semua..
Hari ni saya nak berkongsi pengalaman mengenai sikembar ketika berada dalam pantang 44 hari... masalah yang dihadapi oleh mereka iaitu tidak poo-poo aka tidak beyak hampir 10 hari.. masa tu saya dan keluarga memang dah risau giler, sebab mereka minum susu laju jer.. hasil poo-poo tak ada.. banyak pee-pee jer.. tapi keadaan mereka okey jer.. malam dan siang tidur nyenyak tak ada menunjukkan rasa tak sedap badan.. walau bagaimana pun saya tetap risau.. mula fikir yang bukan-bukan..dah tersumbat ker apa?.. mana laa tau kan..
Akhirnya kami sekeluarga bawa mereka berjumpa doktor.. doktor pun mula bertanya kepada saya mengenai penyusuan dan memeriksa badan mereka...hasilnya "tak perlu dirisaukan kerana bayi menyusu susu ibu sepenuhnya.. masalah tidak poo-poo adalah disebabkan usus mereka kurang aktif sebab bayi banyak tidur dan kurang pergerakkan, hanya perlu bagi rangsangan (main-main dan korek-korek) pada tempat poo-poo dengan menggunakan putik kapas.. kalau ada tanda-tanda bayi tidak selesa(biru, pucat, lebam, sesak nafas dan sebagainya) baru datang bahagian kecemasan" Lol tu jerr.. dua hari selepas tu.. baru mereka poo-poo.. hasilnya bapak laaa manyak.. bau satu rumah.. poo-poo yang cair..
Kesimpulannya dari cerita saya, bayi yang menyusu susu ibu tidak akan mengalami sembelit dan perut tetap selesa walaupun tidak poo-poo hampir 2 minggu.. macam kakak dan adik.. tak percaya? Sila percaya.. tak tipu tau..
Sekarang ni.. hari-hari poo-poo.. nak-nak bila dah mula makan.. kadang-kadang 2 kali sehari.. hari-hari main montot lol..