Kami sama tapi tak serupa

Menjawab pertanyaan mama-mama.. macam mana lah nak bezakan twins ni... nampak sama saja.. mata bolatt saja.. macam pening jugak la..

Hehehe.....barang siapa yang first time tengok(dengan nada nujum pak belalang)..memang tak dapat nak bezakan.. Macam atuk ngan wan pun tak dapat nak bezakan sebab datang tengok sekali sekala.. kalau saya.. dah biasa.. dengar bunyi pun dah tahu.. siapa yang nanggis..


kakak pink.. adik crem

meh saya nak senaraikan perbezaan mereka..
Kakak ada tanda titik itam kat pipi sebelah kiri.. bentuk muka panjang sikit.. kulit cerah sikit.. nampak kakak macam kecik dari adik.. tapi sebenarnya kakak lebih berat dan tinggi dari adik..

Adik.. muka bam-bam sikit.. (ni yang buat dier ada banyak peminat). Kulit kurang cerah sikit.. dan bila nanggis akan buat suara nyerit2.. nak tarik perhatian mama..suka gelak2 dan kalau dah gelak.. mengekek jer bunyi dier..

Realitinya diaorang ni.. memang mudah nak dibezakan.. tak da laa sampai pening kepala duk pikir yang mana kakak dan yang mana adik..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails