Kurun Najwa

Gelagat kami

Hari ni nak criter tentang gelagat 2 orang anak dara kecik miut saya.. diorang mempunyai gelagat dan sikap yang sama.. jugak boleh bertolak ansur dan berkongsi... contohnya kalau saya tengah menyusu adik.. kakak akan tunggu giliran dier... kalau kakak dah tak sabar.. menanggis.. saya akan letak adik dan menyusu kakak... saya akan melakukan proses angkat letak dan angkat letak.. sehingga kedua-dua nya kenyang menyusu.. senang kerana kedua-dua nya memberikan kerjasama yang baik.. tak der nak menanggis atau mengamuk tak tentu pasal.. kalau tak pening kepala saya .. nak buat pilihan..

Benda yang paling mereka suka lakukan masa mandi ialah.. kentut dalam besen... protttt.. nampak air mengelembung... lepas tu dapat la ambik bau yang.. fuyoooo.. baik minum BF atau FM.. bau teramat la busyukkkk.......bila saya buat memek muka.. diorang akan tersenget.. buat muka comel..

Sekarang ni.. diorang dah semakin pandai mengawal pergerakkan tangan dan jari.. bila menyusu.. jari kecik tu dah mula meraba sampai ke muka.. kalau dapat ..mulut saya di ramas..jari tu jugak nak di cocok dalam lubang hidung.. jugak cepat nak menarik rambut..

kakak Elly

adik Emmy

Semalam.. sedang saya duk makan.. dengar adik menanggis.. bunyi tak laa kuat sangat.. macam merengget jer.. terus saya menerpa pada bb... rupa-rupanya.. kakak dah tarik rambut adik.. masa tengok tu rasa kelakar pulak.. sebab nampak adik duk merayu kat kakak mintak dilepaskan.. kakak pula buat muka comel sambil duk isap jari dier.. alahaiii...

pssss... eeeeee.. takotttt.. hari ni kami kena cucuk..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails