Berat kami sekeluarga

Semalam pergi klinik.. untuk checkup twins.. ingatkan dah kena cucuk DPT(3).. tapi umur twin baru 4 bulan setengah.. jadik terpaksa set tarikh temujanji lain.. 2 minggu lagik baru datang cucuk..dapat ambik pil saya saja.. sangat letih laa.. sebab banyak menunggu!

Macam biasa.. masuk bilik.. bukak semua baju.. telanjang bolat.. letak atas penimbang, ukur panjang dan lilit kepala..

Dimulakan dengan kakak Elly..
berat 4.5 kg
panjang 60cm
lilit kepala 39cm


Di akhiri dengan adik Emmy..
berat 4.4kg
panjang 58cm
lilit kepala 39cm


Berat badan twins.. masing-masing naik 400g dalam masa sebulan.. saiz badan diorang sangat kecik berbanding bb se usia mereka.. tapi tak ada apa yang perlu dirisaukan.. kerana diorang sihat, aktif, minum susu kerap dan hasil buangan pun banyak..

Seterusnya.. meh lihat berat ahli keluarga saya..

Berat abang Iman 25kg.. umur baru 7 tahun.. rasanya budak ni paling besar dalam kelas dier..kalau bandingkan lenggan abang dengan saya.. huuu.. kalah saya..



Berat kakak Ya ialah 20kg.. wowww.. ni umur baru 5 tahun.. tapi tak nampak gemuk sangat.. sebab jenis rangka besar.. ikut papa..



Tiba pulak giliran somi naik atas penimbang.. wowww.. macam nak tercabut jarum penimbang.. 80kg lol... ooo tidakkk.. beratnya..

Berat saya pulak.. hoyeeee.. 46kg.. lebih 2kg dari berat asal.. mungkin lemak kat perut yang sangat tegar dan sungguh degil mahu terus bermaharajalela kat situ!

Dibawah adalah lakaran lukisan keluarga saya.. oleh cik somi..sambil mengeluh.."haaa abang nampak macam gergasi bila berdiri tepi ayang".. hehehe .. tahu pun..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails