1 Malaysia

Sambil duk layan bb... saya dengar suara sumbang yang tengah mengalunkan irama lagu 1 Malaysia... saya toleh.. dan saya nampak budak Nadya tengah asyik melukis.. nak tengok dier lukis apa? tapi tak kasi.. tunggu siap baru nak tunjuk!

Teng..tenggg.. dah siap..
kemudian baru dier tunjuk..
"mama.. Ya lukis bendera.. betul tak?"

erk..erkkk.. betul laaa tuu...(serba salah)
emm.. cantik.. (nak ambik hati)
nanti Ya tengok bendera Malaysia.. betul tak macam tu?



Kalau nak tahu.. budak Nadya ni kidal.. kalau dier tulis mesti terbalik.. macam tulisan dalam cermin.. susah betul saya nak ajar dier tulis... pening kepala..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails