Cabai Terbang

Pernah tak mama2 sekalian mengalami kejadian seperti ini..
Suatu hari.. korang tengah gigih menumbuk sambal belacan.. pelepuk.. pelepak.. pelepuk... pelepak.. memang bersemangat abis.. dalam hati duk pikir nak makan sambal belacan ngan ulam.. rasa terliur ketika tu.. aroma belacan pun dah menyusuk ke lobang idung...

Tiba2.. kedebusss... cabai tu terbang melayang dengan erti kata lain.. terpelanting tepat masuk kat dalam bijik mata.. golllllllll.... Aduhhh.. pedih.. panas... gelap seketika... sakitnya.. tak dapat nak bukak bijik mata..

Teraba-raba saya jalan masuk kebilik air.. basuh bijik mata.. rasa kalau boleh macam nak keluarkan bijik mata tu.. basuh cuci2 baru letak balik... Lepas dah keluar cabai tu.. baru boleh bukak bijik mata.. mujur tak rasa sakit lagik..tapi bijik mata dah merah menyala time tu..



Ni.. lah sambal bertuah tu.. nak makan pun rasa tak bersemangat.. bila terkenangkan mata saya yang sakit time tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails