Kurun Najwa
Showing posts with label Hasil Jahitan. Show all posts
Showing posts with label Hasil Jahitan. Show all posts

Elly Emmy 2013

Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh ..

 Selamat tahun baru 2013..

syukur kerana masih diberi kesihatan yang baik.. dan juga dikelilingi orang2 yang disayangi.. 

si kembar elly dan emmy pun makin meningkat usianya.. tahun ini umur diorang 4 tahun (19ogos).. tapi masih belum menghantar diorang ke prasekolah.. insya allah pada umur 5 atau 6 tahun baru hantar.. 

biar diorang enjoy dulu.. 




pss.. kalau nak tempah kurung peplum macam diorang pakai.. sila klik pages baju elly emmy
http://www.facebook.com/pages/Baju-Elly-Emmy/113577708686900

Last projek 2012 lakaran ke hasil

Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh ..

Sebagai penutup 2012 .. projek peplum dengan bow atas bahu kiri kanan..
 

dan hasilnya



 
untuk tempahan sila ke
http://www.facebook.com/pages/Baju-Elly-Emmy/113577708686900

 

BEE menerima tempahan

 Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh ..

Pengumuman..
 
BEE sedia menerima tempahan gaun, jubah, peplum dan lain2.. pada yang berminat untuk mengayakan hasil tangan BEE boleh LIKE BEE untuk pertanyaan dan tempahan..



 

http://www.facebook.com/pages/Baju-Elly-Emmy/113577708686900

Klik Rambut untuk gegirl

Salam..

Sesuatu yang menyeronokkan bila dapat menghasilkan sesuatu benda dari kreativiti kerja tangan sendiri..

Baru saya faham kenapa banyak orang suka buat benda kraf yang comei nomei ni.. setelah memberikan tumpuan dan menzahirkan kreativiti yang terpendam tu.. bila tengok hasilnya.. hati rasa gembira..


Dan bila tengok anak-anak suka memakainya pula.. gembira itu jadi berganda-ganda.. hua.. huaaa..


Untuk yang berminat dengan hasil tangan saya... boleh menjengok di.. Fanpage Baju Elly & Emmy .. kalau suka boleh LIKE fanpage.. dan kalau dah jatuh cinta.. boleh order :)

Happy birthday Nadya.. oo ya ya yang ke 7

Salam..

Hari ni 28 disember..genap 7 tahun umur Nadya atau panggilan manja dari adik kembarnya oo ya ya.. 3 hari lagik masuk pulak darjah 2.. hahaha terus di anggap berumur 8 tahun.. itulah yang terjadik bagi orang yang lahir akhir tahun..

Oo ya ya mintak kek.. tapi tak suka makan.. suka nak potong saja.. yang tolong perabih kek tu.. mama ngan papa dia.. jadik permintaan itu akan dipertimbangkan nanti.. letih mama ngan papa nak makan kek..

Ucapan mama untuk oo ya ya..

Semoga jadik anak yang solehah.. rajin solat, belajar dan pandai bertolak ansur dengan adik-adik serta menghormati ibu bapa juga orang lain..
Mama tak ada hadiah untuk Nadya.. hanya mama sempat jahit sehelai telekung dan beg telekung untuk Nadya.. moga lepas ni Nadya rajin bersolat




Teknik applique yang digunakan adalah mengikut cara Mila.. boleh tengok tutorialnya di sini

Project Recycle dari batik Indonesia

Salam

Projek recycle untuk hari ini.. beg lagik yer.. beg yang ringkas jer.. untuk letak kain sembahyang atau kain baju.. hahaha.. apa-apa jer ..

Kali ini buat dari kain batik indonesia.. perca saja yer.. yang lebih hujung-hujung tuu.. ada banyak helai.. jadik saya potong kesemuanya dan buat patchwork..jahit-gunting-jahit- gunting.. dan hasilnya.. besar juga kain tu..


Persiapan persekolah dah siap!

Salam..

Minggu depan dah masuk tahun baru.. juga bermula alam persekolahan.. kelengkapan persekolahan dah siap.. buku latihan sekolah dah beli awal-awal lagik kat koperasi sekolah.. baju sekolah pun dah siap.. untuk anak perempuan.. boleh jahit sendiri baju kurung.. tapi untuk anak lelaki.. lebih baik beli yang siap saja.. sebab baju kemeja dan seluar tu, rumit nak buat.. kalau jahit tak kemas, buruk pulak.. memang tak berbaloi pulak.. hahaha silap2 rosak kain.. kasut dan beg pakai jer yang tahun ni..

Anak-anak masih lagi leka tv dan games lagik.. tidur lewat dan bangun pun lambat.. hahaha.. minggu depan baru ketawan.. termasuk laa dengan mak budak sekali .. subuh-subuh akan kecoh.. penuh dengan drama emosi ..menanggis, teriak dan leterannn..


Dan ini juga bermakna.. masa menjahit saya pun terhad.. hanya boleh menjahit di hujung minggu sahaja..

Project Recycle: Beg Barang

Salam..

Project recycle hari ini adalah beg barang untuk sopping hari sabtu.. sebab hari sabtu tak diberikan beg plastik untuk mengisi barang sopping.. kalau nak beg plastik juga.. dikenakan bayaran 20sen untuk setiap beg.. ini adalah untuk negeri selangor.. di negeri lain tak tau laa macam mana..

Beg barang ni simpel dan mudah untuk dijahit..

Material yang digunakan adalah kain dari seluar slack papa, perca kain dan ribbon..



Smocking dress yang pertama

Salam..

Apakabar semua?

Sebenarnya smocking dress ni dah siap 2 minggu lepas.. dak elly dan emmy pun dah pakai pergi kenduri kahwin.. jauh tauu.. nunnnn.. kat Kuantan...

Bukan nak puji diri sendiri.. tapi kalau anak perempuan pakai baju smocking.. memang comel sangat.. nampak macam princess tau.. nak-nak masa diorang pusing-pusing.. memang kemban semangkuk .. comelll..

Baju smocking yang saya jahit ni.. tak berapa kemas.. masih banyak yang perlu dipelajari..

go..go.. fighting.. untuk diri sendiri.. heeee...




Dress paddle pop yang dah cair

Salam

Semalam sempat menyiapkan dress paddle pop ni.. tapi rasa tak puas hati.. banyak yang tak kena dengan dress tu.. hahaha memang dah cair kut.. sesuai ngan nama dia..

Dak emmy pakai jap .. lepas tu dak elly try pulak.. masih nampak huduh juga.. nampak gaya .. dress ni memang tak menjadi.. maka terbantutlah hasrat nak siapkan yang satu lagik.. kena ubah sikit..tetas sana sinun.. tunggu hasil yang berikutnya.. kalau tak menjadi juga.. haaa.. faham-faham jerr laa..





Projek 5 minit

Salam..

Projek jahitan yang berlaku secara spontan.. hehehe.. lebihan kain batik baju kelawar yang telah di make over menjadi seluar ali baba.. kemuadian ada perca kain tu yang nampak cantik plak .. nak buang sayang pulak.. maka..jadi lahh..

ini diaaa.. bintang-bintang..

apa kah ituu??



Smocking Elly

Salam

Masih lagik gigih berlatih menjahit smocking.. sudah siap jahitannya.. hehehe.. gaun nya.. takk tahu bila akan siap.. kalau siap boleh Elly gayakan.. budak berdua ni dah tak sabar nak pakai.. asyik puji chantekkk.. mamaaaa.. chantekkk.. ni yang buat saya lebih bersemangat bersmocking...

Inilah hasil jahitan saya .. masih perlu diperbaiki...

Saya nak jadi seorang SMOCKER

Salam

Selamat pagi kawan-kawan sekalian.. Semoga kalian sentiasa ceria dan sihat selalu.. :)

Saya sekarang tengah belajar smocking.. smocking ni tak keluar asap tauuu..tapi tetap memberikan satu ketagihan dan kepuasan..

SMOCKING yang dimaksudkan adalah.. hehehe.. merupakan satu jahitan..kuang..kuanggg..

Belajar dengan bergurukan Youtube dan blog-blog sahaja.. sebab buku yang diorder belum sampai lagik.. tension saya..

Jom tengok hasil dari latihan saya..

latihan1
latihan2
latihan3
latihan4
Tunggu hasil smocking untuk baju budak berdua ni nanti :)

Projek Recycle : Seluar Ali Baba

Salam..

Untuk projek recycle kali ini adalah seluar potongan Ali Baba.. seluar potongan besar yang dijahitkan getah pada hujung kaki seluar.. supaya nampak kembong bila dipakai..

Material yang digunakan adalah daripada baju Batik Bali .. kain yang lembut dan lembik.. memang sangat selesa dipakai..

Sehelai baju dapat sehelai seluar ..


Projek recycle: Skirt Jeans

Salam..

Projek recycle kali ini adalah.. skirt jeanns yang ringkas... untuk mencomelkan skirt tersebut.. boleh jahit sulaman bunga, tampal felt, reben, butang dan sebagainya.. mengikut kreativiti masing-masing..

Material terpakai adalah dari pada seluar jeans papa.. hehehe.. dah koyak bontut..

sebelah kaki seluar dapat sehelai skirt..




Cubaan pertama Patchwork

Salam

Saja nak cuba projek patchwork ni.. potong kain kecik-kecik lepas tu jahit semula.. susun mengikut kreativiti.. memang sangat besss projek ni..

Perkara yang paling penting adalah ketepatan ketika memotong kain dan juga ketepatan bucu-bucu ketika mencantum kain-kain kecik itu.. baru menampakkan hasil yang kemas dan cantik.. tapi ini lah yang saya gagal.. totally gagallll.. antara seribu alasan tu adalah..

Potong kain menggunakan gunting.. sepatutnya mesti menggunakan set rotary cutter baru mendapat saiz dan potongan yang tepat..




Akibat daripada kain yang dipotong tidak bergitu tepat.. maka kain-kain kecik yang dijahit itu tidak mendapat susunan bucu yang tepat.. maka hasil pun tak comel..




Berlaku kekeliruan ketika menyusun kain kecik untuk dijahit .. maka terhasillah susunan yang berterabur.. akibat daripada tidak catat pada kertas dulu..





Kesimpulannya.. perlu banyak latihan lagik.. dan set rotary cutter adalah wajib untuk kerja patchwork.. tapi harganya.. mak datin.. comel betulll.. boleh bikin suami saya tak hadam makan untuk seminggu.. heee..

dan juga..gangguan dari tenaga kerja yang tak diperlukan :PPP

Baju tidur dan jubah

Salam

Selamat pagi..

Inilah aktiviti saya.. kalau tak dapat menghadap pc.. saya suka menghadap mesin jahit.. tapi kalau penyakit M datang.. saya menghadap tv sajer... haaa.. bahagianya hidup jadi wanita berkerjaya sebagai pengurus rumah tangga... hehehe jawatan paling tinggi tuuu..

oleh kerana 4 hari PC rosak hari tu.. maka saya sempat menjahit 3 pasang baju tidur dan 2 helai jubah.. untuk abang Iman dan kak Nadya..

terpaksa berhenti dulu.. dak elly&emmy dah jaga.. kena uruskan mereka dulu..

psss.. kejap lagi nak pergi jalan-jalan.. kemana tu???.. tungguuuu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails