Kurun Najwa

Elly&Emmy sudah 19 bulan dan mereka masih minum susu ibu secara eksklusif

Salam ..

Selamat pagi semua..

Alhamdulillah.. saya masih lagik berupaya menyusu elly dan emmy .. berusaha dan terus berusaha untuk menyusu mereka berdua.. kadang-kadang rasa tertekan jugak.. kerana ditekan-tekan oleh mereka berdua :PP

Pada usia 19 bulan ni.. elly si kakak sudah cekap berjalan.. kadang-kadang cuba nak berlari.. saya tak risau akan perkembangan dia..

Tapi yang merisaukan saya.. bila melihat emmy si adik yang masih belum boleh berjalan.. hari tu emmy ada cuba berdiri sendiri.. tapi nampak sangat yang lutut dia tak berapa kuat.. kaki mengigil dan jari-jari kaki melekap keras dilantai.. badan pun tak diluruskannya .. kaku, keras dan mengigil jer, masa berdiri tu..

Emmy masih tidak boleh berjalan.. tapi dia dapat akal baru.. dia berjalan dengan menggunakan lutut.. haaaaa.. normal kah keadaan itu???.. risau pulak saya melihatnya..

Ada sesiapa yang nak memberi pandangan atau nasihat untuk masalah emmy ni??? kalau ada.. silakan.. saya amat menghargainya :).. mekasih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails