Kurun Najwa

Elly&Emmy sudah 17 bulan dan mereka masih minum susu ibu secara eksklusif

Salam..

Selamat pagi semua..

Alhamdulillah.. hari ni genap umur elly&emmy 1 tahun 5 bulan dan yang mengembirakan hati saya adalah .. mereka masih menyusu susu ibu secara eksklusif.. rezeki yang Allah berikan pada mereka.. susu ibu yang mengalir bagaikan sungai.. tiada hentinya.. syukur Alhamdulillah Ya Allah..
Mereka juga sihat dan cergas.. elly sudah pandai mengatur langkah.. setakat ini sudah boleh melangkah ke pelukan mama manakala emmy belum mahu berdiri dengan sendiri.. hanya menolak kerusi untuk berjalan..

Dari segi pertuturan.. sudah mula cuba mengikuti apa yang disebut.. walaupun lain jer bunyinya.. dan mereka selalu berlatih bertutur sesama sendiri.. nada bertutur tu dah ada.. tapi menggunakan bahasa baby, baby, baby ohh..

Dan paling saya suka.. bila tengok mereka dah pandai berpeluk-pelukkan sesama sendiri.. sambil memandang muka masing-masing... aaaaaaaa.. so sweettttt...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails