Anak kembar pun bergaduh dan berebut

Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh ..

Ada 1 soalan cepumas yang datang melayang..

" Adakah  anak kembar bergaduh sesama sendiri dan bagaimana menangganinya???"

Oooo sudah tentu mereka bergaduh sesama sendiri.. bila semakin besar sudah pandai berebut barang dan masing2 susah untuk mengalah.. kalau berebut mereka akan menarik rambut, menampar dan mencakar sesama sendiri.. dalam kes anak kembar saya ni.. si adik yang garang.. kakak  kalah dan  lari menyorok  masuk bawah katil..

Sakit jiwa???.. memang boleh sakit jiwa bila mereka mula bergaduh berebut sesuatu.. menanggis.. menjerit.. riuh rendah dibuatnya..suasana sangat tegang..

dan apa yang saya buat.. hehehe.. mungkin agak kejam sikitt..

kes berebut mainan.. sebab mainan tu ada 1 .. senang saja.. saya ambik mainan tu dan buang ..  cakap kat mereka " kalau berebut tak nak berkongsi mama buang.. kalau nak mesti berkongsi" .. bila barang yang direbut kena buang terus diorang pergi mengadu kat papa.. tapi papa buat tak layan.. sebab dah sedih sangat barang kena buat maka kedua2nya berbaik semula.. berhenti menanggis sendiri.. melopong sebab kedua2 melepas..

Beberapa jam kemudian.. dengar bising2 macam bergaduh berebut sesuatu.. terus saya bagi amaran " nak berkongi atau nak mama buang " terus tak berebut.. haha tahu takut..

Saya selalu ingatkan mereka supaya berkongsi dan berbaik sesama sendiri

" kakak adalah adik.. adik adalah kakak.. kamu datang bersama.. kamu berkongsi dari dalam perut mama"

Mungkin sekarang diorang tak faham.. tapi suatu hari nanti diorang akan faham betapa  diorang memerlukan 1 sama lain.







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails