Harimau jadian..eh.. kucing jadian..

Salam..

Selama petang semua.. baru berkesempatan menghadap blog ..

Tak tahu nak cerita apa.. hanya nak kongsi gambar si Elly dan Emmy yang suka bermain dengan topeng.. suka sangat bergurau senda sesama sendiri.. kalau bergaduh pun boleh tahan jugak.. kedua-dua hebat.. tak nak mengalah.. tapi masih boleh dipujuk lagik.. kiranya makan dek pujuk juga..

Jom lerr tengok gambar .. si Emmy yang katunn sikit nii.. suka buat lawak..

Masa ni dia suruh kiter pakaikan topeng kat dia.. lepas tu dia agah kat elly.. gelak saja si elly.. Bila dah jemu pakai.. dia kasi kat mama dia pulak.. suruh pakai.."Nah.. Nahh..Nahhh.." kalau tak layan.. abisss laaa.. golek-golek kat lantai tuu..

Jadi mama dia pn kena layan jugaaa... bila mama pakai topeng .. kedua-dua budak ni gelak golek-golek.. buat bunyi kucing, diorang gelak.. buat bunyi harimau pun diorang gelak.. memang tak takut kena sakat.. suka berbakul-bakul pulak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails